Anda di halaman 1dari 2

PROJEK HERBARIUM SCE 3112

PENGAWETAN TUMBUHAN SECARA KERING. Disediakan oleh Tumbuhan : Mohamad Amir Bin Abas : Pokok Keladi

Pengawetan tumbuhan dilakukan melibatkan proses-proses berikut: 1. Pengumpulan Spesimen tumbuhan yang dipilih dan di pungut ialah Pokok Keladi. Spesimen ini telah diambil di Kampung Hilir Kubang Rotan, Alor Setar Kedah. Spesimen yang diambil dipastikan segar dan sihat. Beberapa bahagian penting juga dikenal pasti terdapat pada tumbuhan dikumpul. Antaranya daun, batang dan akar. 2. Penekanan Selepas spesimen pokok keladi dikumpulkan, spesimen telah disusun

secara mendatar di antara surat khabar lama. Setiap bahagian tumbuhan dipastikan diletak elok dan terkembang agar mudah dilihat. Kemudiannya lagi, bahagian daun juga diselang selikan antara bahagian yang terlentang dan tertiarap. Selepas spesimen tumbuhan disusun rapi, sekeping papan nipis diletakkan di bahagian atas dan bawah susunan spesimen. Kemudiannya, spesimen itu diketatkan di antara papan nipis lain menggunakan alat pengetat. Setelah seminggu spesimen ditekan, spesimen itu kemudiannya di bawa ke bilik untuk ditekankan lagi menggunakan alat pemberat lain. 3. Pengeringan Pengeringan spesimen dilakukan di bawah alat tekanan dan alat pemberat. Pemberat dan alat tekanan digunakan membantu menekan dan mengeluarkan cecair di dalam spesimen untuk menjadi kering. Surat khabar yang digunakan untuk mengalas spesimen turut ditukar selang seminggu.

PROJEK HERBARIUM SCE 3112

4. Pemanjangan (Susun dan Lekat) Setelah spesimen kering, spesimen diletakkan di atas mounting board yang berwarna putih berukuran 30 x 40 cm. Warna cerah seperti putih digunakan bertujuan agar bahagian-bahagian tumbuhan itu jelas dapat dilihat. Spesimen dilekatkan di atas mounting board menggunakan gam (glue stick). 5. Pengelasan Dalam mengenalpasti spesimen, pengumpul telah pun melakukan beberapa rujukan dan pencarian maklumat dari pelbagai sumber. Antaranya daripada sumber internet yang banyak memberikan maklumat yang mencukupi. Selepas, maklumat diperolehi, tumbuhan spesimen dapat dikenalpasti dan diketahui dari segi nama, ciri-ciri, sifat dan kegunaannya serta lain-lain lagi. 6. Pelabelan Selepas pemerolehan maklumat mengenai spesimen dibuat, spesimen daun sederi dilabelkan. Segala maklumat dijadualkan dan dilabelkan di sebelah kanan bawah spesimen. 7. Penyimpanan Spesimen yang telah siap dilabel dibalut kemas dengan plastik lutsinar agar bertujuan untuk menjaga spesimen daripada rosak dan tahan lama. Spesimen kemudiannya disimpan elok dan disusun kemas.

Anda mungkin juga menyukai