P. 1
pengenalan anatomi dan fisiologi

pengenalan anatomi dan fisiologi

4.13

|Views: 67,576|Likes:
Dipublikasikan oleh bitt
berkaitan dengan pengenalan dalam anatomi dan fisiologi iaitu definisi, sistem-sistem dalam tubuh badan dan fungsinya. Jika tak dapat download, berikan email.
berkaitan dengan pengenalan dalam anatomi dan fisiologi iaitu definisi, sistem-sistem dalam tubuh badan dan fungsinya. Jika tak dapat download, berikan email.

More info:

Published by: bitt on Jul 03, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/04/2015

pdf

text

original

1.0 1.

1

PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI Anatomi

Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.

1.2

Fisiologi

Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita.

1.3

Organisasi Struktur Manusia

Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia. Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori. kesejahteraan kehidupan Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai

Rajah 1: Aras Kompleksiti Struktur Manusia

2

ANATOMI DAN FISIOLOGI

1.5

Sistem-sistem Tubuh Manusia

Terdapat 11 jenis sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus.

Rajah 2: Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia

3

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia 1. Sistem Integumentari

Rajah 3:Struktur Kulit

Rajah 4:Struktur Kuku Komponen Utama Kulit Rambut Kuku Kelenjar peluh Fungsi Melindungi dan mengelak kecederaan pada tisu-tisu dalaman Pembalut luar tubuh Sintesis vitamin D Peka pada rangsangan sakit, sejuk, panas, tekanan dan sentuhan. Mengkumuhkan air, asid urik dan lebihan garam mineral.

• • • • •

4

ANATOMI DAN FISIOLOGI

2. Sistem Rangka

Komponen Utama Tulang rangka Kartilej Ligamen Sendi

• • • • • •

Fungsi Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan Menyokong berat badan Melindungi organ-organ dalaman Tuas untuk pergerakan badan Lokasi pembentukan sel darah merah dan putih serta platelet dalam sum-sum tulang Lokasi perlekatan otot

5

ANATOMI DAN FISIOLOGI

3. Sistem Otot

Komponen Utama Otot rangka • • • • •

Fungsi Menghasilkan lokomotor Mengekalkan postur badan Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot Mempamerkan ekspresi muka Menstabilkan sendi

6

ANATOMI DAN FISIOLOGI

4. Sistem Saraf

Komponen Utama Otak Saraf tunjang Saraf periferi Reseptor • • •

Fungsi Sistem kawalan tindak balas pantas badan Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima. Menyimpan maklumat yang diterima

7

ANATOMI DAN FISIOLOGI

5. Sistem Endokrin

Komponen Utama Kelenjar: Tiroid Pituitari Adrenal Pankreas •

Fungsi Kelenjar merembeskan hormon untuk menyelaras dan mengawal atur proses fungsi tubuh seperti pertumbuhan, reproduktif dan metabolisma Mengubahsuai aktiviti sistem organ-organ yang lain dengan bertindak balas secara perlahan terhadap struktur atau persekitaran.

8

ANATOMI DAN FISIOLOGI

6. Sistem Kardiovaskular

Komponen Utama Jantung Darah Salur darah • •

Fungsi Jantung mengepam darah Darah merupakan pengangkutan utama badan dengan membawa hormon, nutrien dan oksigen ke seluruh badan serta bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem respiratori Salur darah menyerap oksigen dari paru-paru ke jantung secara resapan

7. Sistem Limfatik
9

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Komponen Utama Nodus limfa Pembuluh limfatik Duktus torasik Timus • • •

Fungsi Rumah kepada sel darah putih yang menjadi sistem pertahanan badan Menghasilkan limfosit Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati

8. Sistem Respiratori

10

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Komponen Utama Rongga hidung Farinks Larinks Bronkiol Paru-paru • • •

Fungsi Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengkumuhkan karbon dioksida Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara paruparu Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil (homeostasis)

9. Sistem Pencernaan
11

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Komponen Utama Rongga mulut Esofagus Perut Usus besar Usus kecil Rektum Ileum Hati • •

Fungsi Memecahkan makanan kepada unit-unit kecil yang boleh diserap oleh darah Makanan yang tidak dicernakan dikumuhkan dalam bentuk najis

10. Sistem Urinari

12

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Komponen Utama Ginjal Pundi kencing Ureter Uretra • • •

Fungsi Menyingkirkan bahan kumuh nitrogen dari badan Mengawal air dan eletrolit Mengawal keseimbangan asid-bes dalam darah

11. Sistem Reproduktif

13

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Komponen Utama Lelaki: Testis Penis Pundi postat Skrotum Vasikel semen Perempuan: Ovari Tiub Fallopio Uterus Vagina

Fungsi • • • Menghasilkan zuriat Testis menghasilkan sperma dan hormon seks lelaki Duktus dan kelenjar membantu menyalurkan sperma ke trek reproduktif wanita

• •

Ovari menghasilkan telur dan hormon seks wanita Uterus merupakan lokasi persenyawaan antara sperma dan ovum dalam perkembangan janin semasa kehamilan

1.6

Kesimpulan

14

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sistem-sistem yang berfungsi dengan baik dapat memantapkan keefisenan organisma. Kerosakkan terhadap sistem dalam tubuh akan memberi kesan kepada sistem-sistem lain. Sebagai contoh, kesan rokok akan menyebabkan prestasi kerja menurun. Ini berlaku apabila tar daripada rokok telah menyelaputi pundi-pundi udara di alveoli dan menyebabkan resapan oksigen berkurangan. Tanpa oksigen yang mencukupi, tubuh manusia tidak dapat menghasilkan tenaga bagi keperluan aktiviti daya tahan. Secara tidak langsung juga, keupayaan aerobic akan berkurangan.

1.7

Rujukan

15

ANATOMI DAN FISIOLOGI

Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5. Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd. Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Argosy.(2009). Visible Body : Discover Human Anatomy Like Never Before. Retrieved 2007 from http://www.visiblebody.com/ Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/ imagepages/ 19678.htm

16

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->