Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS CAT.

PERKARA TEKS

PENGUMUMAN Perhatian kepada hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Sila matikan telefon bimbit anda agar majlis dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih atas kerjasama anda.

KETIBAAN VIP

Mengumumkan ketibaan Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Tn Haji Daud bin Md Saman diiringi oleh Tn Timbalan Pengarah, Tuan Hj Abu Bakar bin Othman, Pensyarah-pensyarah Kanan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, para pensyarah dan Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun tiba di Dataran IPG KTB

NYANYIAN

Para hadirin diminta bersedia untuk nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Pulau Pinang dengan iringan muzik. Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dijemput duduk.

KATA-KATA ALUAN

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali Selamat datang saya ucapkan Moga dilimpahi rahmat Ilahi. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Yang Berusaha Tn Haji Daud bin Md Saman,Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Tn Haji, Tn Timbalan Pengarah, Tn Hj Abu Bakar bin Othman Pensyarah-pensyarah Kanan,Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, para pensyarah, barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar seterusnya guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun sekalian.

PENDAHULUAN

Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berkumpul di Dataran Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun untuk menjayakan Perhimpunan Akhir Semester tahun 2012.

BACAAN DOA DAN QURAN

Pasrah memohon semoga majlis diberkati Allah Doa dipohon tangan ditadah Semoga Majlis indah jalannya dipermudah Bagai memakmurkan lagi majlis kita pada petang ini, majlis menjemput Saudara dari untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Amin amin ya Rabbal alamin.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi. Ucapan Pengarah Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada tuan pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun.
3

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan yang dikasihi, Tuan Hj Daud b. Md Saman untuk menyampaikan ucapan beliau.

SELESAI UCAPAN PENGARAH

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan yang disampaikan. Semoga segala amanat yang disampaikan tersemat rapi di hati kita semua.

Dengan berakhirnya ucapan pengarah sebentar tadi, majlis kita pada pagi ini hampir melabuhkan tirai seperti mana pepatah, Setiap yang datang pasti akan pergi, Setiap yang bermula pasti akan berakhir.

UCAPAN Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi PENGHARGAAN penghargaan kepada Tuan Pengarah atas kesudian beliau menhadirkan diri pada hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarahpensyarah kanan, ketua-ketua jabatan, ketuaketua unit, para pensyarah . mari bakar kuih buhulu, buat hidangan si dang wangi, izin kami berundur dahulu, lain ketika berjumpa lagi.
4

sekian, wabillah hi taufik wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

VIP TINGGALKAN Dataran

Mengumumkan Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, diiringi oleh pensyarah-pensyarah Kanan, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, meninggalkan dataran.