Anda di halaman 1dari 1

BELI SAYUR YANG BERKUALITI.

Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran serta buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka mengenal pasti mengamalkan makan makanan seumpama itu dapat meningkatkan kualiti hidup. Penyelidik juga menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan bagi menjamin kualiti hidup lebih baik. Bagaimanapun, tahukah anda ketika ini, sayur yang sejak dulu diperakui terkandung pelbagai nutrien dan zat terbaik boleh dimanfaatkan tubuh juga boleh mendatangkan mudarat? Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajah, berkata banyak faktor penyebab yang boleh menjejaskan kualiti sayuran termasuk kesegaran sayur itu sendiri. Seperti pernah dipaparkan di akhbar dan laman blog, dikhabarkan pernah terjadi situasi iaitu pendatang terdiri daripada kalangan warga asing di Pasar Borong Selayang menjual sayur-sayuran hampir layu yang didakwa dibuang pembekal. Sayur itu dipercayai dikutip dari tong sampah dan dibeli individu termasuk pemilik restoran kerana harga ditawarkan jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. Ia sukar dikawal kerana kuasa memilih dan membeli ada di tangan pembeli itu sendiri walau pada hakikatnya Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) mewartakan Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang dikenali sebagai Peraturan 3P, pada 18 Ogos 2008, bertujuan menjaga standard sayuran terpilih sama ada untuk pasaran domestik, eksport atau import. Malangnya, penjual juga tidak mengamalkan Peraturan 3P sementara pengguna pula tidak peka mengenai penggredan. Justeru, mungkin kerajaan wajar meluaskan pelaksanaan termasuk mendidik pengguna mengenai kepentingan memilih sayur berkualiti mengikut gred ditetapkan, katanya. Bagi memastikan kualiti luaran sayur terjaga dan pengeluaran tidak terjejas oleh cuaca dan serangga, ramai pekebun menggunakan racun perosak. Racun perosak adalah isu global dalam industri pertanian, bagaimanapun, disebabkan permintaan terhadap sayur bebas racun, ada pembekal yang menanam sayur organik. Justeru, kerajaan disarankan supaya mewujudkan platform khas bagi mengumpulkan laporan mengenai penyalahgunaan dan kesan penggunaan racun perosak dalam sumber makanan.Tindakan seterusnya tentunya perlu diambil pihak berkuasa bagi memastikan kelangsungan hidup lebih terjamin. BELI SAYUR YANG BERKUALITI. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran serta buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka mengenal pasti mengamalkan makan makanan seumpama itu dapat meningkatkan kualiti hidup. Penyelidik juga menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan bagi menjamin kualiti hidup lebih baik. Bagaimanapun, tahukah anda ketika ini, sayur yang sejak dulu diperakui terkandung pelbagai nutrien dan zat terbaik boleh dimanfaatkan tubuh juga boleh mendatangkan mudarat? Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajah, berkata banyak faktor penyebab yang boleh menjejaskan kualiti sayuran termasuk kesegaran sayur itu sendiri. Seperti pernah dipaparkan di akhbar dan laman blog, dikhabarkan pernah terjadi situasi iaitu pendatang terdiri daripada kalangan warga asing di Pasar Borong Selayang menjual sayur-sayuran hampir layu yang didakwa dibuang pembekal. Sayur itu dipercayai dikutip dari tong sampah dan dibeli individu termasuk pemilik restoran kerana harga ditawarkan jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. Ia sukar dikawal kerana kuasa memilih dan membeli ada di tangan pembeli itu sendiri walau pada hakikatnya Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) mewartakan Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang dikenali sebagai Peraturan 3P, pada 18 Ogos 2008, bertujuan menjaga standard sayuran terpilih sama ada untuk pasaran domestik, eksport atau import. Malangnya, penjual juga tidak mengamalkan Peraturan 3P sementara pengguna pula tidak peka mengenai penggredan. Justeru, mungkin kerajaan wajar meluaskan pelaksanaan termasuk mendidik pengguna mengenai kepentingan memilih sayur berkualiti mengikut gred ditetapkan, katanya. Bagi memastikan kualiti luaran sayur terjaga dan pengeluaran tidak terjejas oleh cuaca dan serangga, ramai pekebun menggunakan racun perosak. Racun perosak adalah isu global dalam industri pertanian, bagaimanapun, disebabkan permintaan terhadap sayur bebas racun, ada pembekal yang menanam sayur organik. Justeru, kerajaan disarankan supaya mewujudkan platform khas bagi mengumpulkan laporan mengenai penyalahgunaan dan kesan penggunaan racun perosak dalam sumber makanan.Tindakan seterusnya tentunya perlu diambil pihak berkuasa bagi memastikan kelangsungan hidup lebih terjamin. BELI SAYUR YANG BERKUALITI. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran serta buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka mengenal pasti mengamalkan makan makanan seumpama itu dapat meningkatkan kualiti hidup. Penyelidik juga menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan bagi menjamin kualiti hidup lebih baik. Bagaimanapun, tahukah anda ketika ini, sayur yang sejak dulu diperakui terkandung pelbagai nutrien dan zat terbaik boleh dimanfaatkan tubuh juga boleh mendatangkan mudarat? Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajah, berkata banyak faktor penyebab yang boleh menjejaskan kualiti sayuran termasuk kesegaran sayur itu sendiri. Seperti pernah dipaparkan di akhbar dan laman blog, dikhabarkan pernah terjadi situasi iaitu pendatang terdiri daripada kalangan warga asing di Pasar Borong Selayang menjual sayur-sayuran hampir layu yang didakwa dibuang pembekal. Sayur itu dipercayai dikutip dari tong sampah dan dibeli individu termasuk pemilik restoran kerana harga ditawarkan jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. Ia sukar dikawal kerana kuasa memilih dan membeli ada di tangan pembeli itu sendiri walau pada hakikatnya Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) mewartakan Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang dikenali sebagai Peraturan 3P, pada 18 Ogos 2008, bertujuan menjaga standard sayuran terpilih sama ada untuk pasaran domestik, eksport atau import. Malangnya, penjual juga tidak mengamalkan Peraturan 3P sementara pengguna pula tidak peka mengenai penggredan. Justeru, mungkin kerajaan wajar meluaskan pelaksanaan termasuk mendidik pengguna mengenai kepentingan memilih sayur berkualiti mengikut gred ditetapkan, katanya. Bagi memastikan kualiti luaran sayur terjaga dan pengeluaran tidak terjejas oleh cuaca dan serangga, ramai pekebun menggunakan racun perosak. Racun perosak adalah isu global dalam industri pertanian, bagaimanapun, disebabkan permintaan terhadap sayur bebas racun, ada pembekal yang menanam sayur organik. Justeru, kerajaan disarankan supaya mewujudkan platform khas bagi mengumpulkan laporan mengenai penyalahgunaan dan kesan penggunaan racun perosak dalam sumber makanan.Tindakan seterusnya tentunya perlu diambil pihak berkuasa bagi memastikan kelangsungan hidup lebih terjamin.