Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN KURSUS

ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
HBLS1203 Perniagaan dan Keusahawanan ialah kursus Open University Malaysia (OUM) yang dikelolakan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini bernilai 3 jam kredit dengan mengambil masa 8 hingga 15 minggu untuk dilalui.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Kemahiran Hidup dengan Kepujian. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan masa selama 120 jam pembelajaran bagi satu semester. Anggaran penggunaan masa adalah seperti Jadual 1:

PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa Bagi Kursus Aktiviti Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal Membaca modul Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial Perbincangan atas talian Ulang kaji Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan JUMLAH MASA PEMBELAJARAN Jam Pembelajaran 3 60 10 12 15 20 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah anda mengikuti kursus ini, anda akan dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Memahami konsep perniagaan, sumber mencari idea perniagaan dan cara memulakan perniagaan; Mengenalpasti sumber-sumber pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta; Memahami konsep kewangan, kaitannya dan peranan yang boleh dimainkan oleh pengurus kewangan; Mengenalpasti elemen-elemen yang terdapat dalam promosi serta faktorfaktor pemilihan pengiklanan yang baik; Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran penyediaan rancangan perniagaan yang baik; Mengenalpasti elemen yang terdapat dalam e-dagang serta trend dan masa hadapan e-dagang; dan Mengamalkan etika dan tanggungjawab sosial yang baik dalam perniagaan dan terhadap hak-hak kepenggunaan.

SINOPSIS KURSUS
Perniagaan dan Keusahawanan merupakan matapelajaran yang berteraskan teori. Dalam Setiap topik mengkehendaki pelajar memahami konsep-konsep dan mengenalpasti elemen-elemen yang terdapat dalam bidang Perniagaan dan

PANDUAN KURSUS

xi

Keusahawanan. Untuk membolehkan anda mencapai tujuh objektif di atas, kursus ini dibahagikan kepada 10 topik, seperti berikut: Topik 1 menjelaskan konsep perniagaan, sumber mencari idea perniagaan dan cara-cara memulakan perniagaan. Ia turut membincangkan mengenai sumbersumber pembiayaan perniagaan yang boleh dikenalpasti oleh golongan usahawan. Topik 2 membincangkan mengenai pengurusan jualan iaitu memahami aspek merancang dan menyediakan jualan, bagaimana mengurus jualan yang meliputi aspek kaedah jualan, melayan pelanggan, mendapatkan pesanan dan menyusun atur barang. Strategi jualan / saluran jualan turut dikupas yang meliputi aspek pengedar industri, wakil jualan bebas, jualan berkumpulan, telemarketing dan pameran perdagangan. Topik 3 didahului dengan definisi kewangan, kaitan dan peranan pengurus kewangan. Penyata kewangan seperti penyata pendapatan, kunci kira-kira dan penyata aliran dana turut dibincangkan di samping perancangan kewangan. Perancangan kewangan merangkumi aspek belanjawan tunai dan belanjawan modal yang perlu dikuasai oleh usahawan. Topik 4 bermula dengan perbincangan mengenai promosi. Ia didahului dengan pengenalan promosi, media pengiklanan yang merangkumi aspek media bercetak, media elektronik dan media lain. Topik ini turut menyatakan mengenai faktor-faktor pemilihan pengiklanan yang perlu diambil kira oleh seseorang usahawan apabila merancang promosi produk/ perkhidmatan. Topik 5 dibentuk untuk memenuhi pengenalan kepada keusahawanan. Topik ini membincangkan mengenai definisi usahawan dan keusahawanan, sejarah keusahawanan, asas keusahawanan yang merangkumi aspek perspektif keusahawanan dan mengapa seseorang usahawan minat menceburi bidang keusahawanan. Pembudayaan keusahawanan dan kepentingannya turut dikupas. Topik 6 merupakan kesinambungan topik 5 iaitu keusahawanan dari Perspektif Islam. Pendekatan Islam terhadap keusahawanan dari aspek kesepaduan, fitrah manusia, dorongan dan ibadah turut dibincangkan. Begitu juga dengan kedudukan perniagaan dan usahawan dalam Peraturan Perniagaan Islam dan Asas Sistem Ekonomi Islam. Sifat-sifat peribadi usahawan Islam dan etika usahawan Islam turut dikenalpasti. Topik 7 adalah kesinambungan daripada topik keenam. Fokus perbincangan adalah tertumpu kepada Tabii Usahawan Berjaya. Topik ini menyentuh

xii

PANDUAN KURSUS

mengenai tabii orang yang efektif, ciri-ciri personaliti usahawan berjaya. Begitu juga dengan kompetensi usahawan berjaya dan profil usahawan berjaya di Malaysia turut dibincangkan bagi memotivasikan usahawan untuk terus bergerak maju ke hadapan. Topik 8 membawa pelajar menghasilkan rancangan perniagaan berdasarkan pengetahuan yang diperolehi dari topik satu hingga topik tujuh. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan mengenai perniagaan dan keusahawanan untuk menghasilkan satu rancangan perniagaan yang baik. Topik 9 adalah mengenai perdagangan elektronik dan ia bermula dengan penjelasan definisi e-dagang, integrasi perniagaan dan peruncitan. Empat jenis edagang dimasukkan dalam topik ini iaitu B2B, B2C, C2B dan C2C. Trend masa depan e-dagang turut di bincangkan di bahagian ini. Topik 10 membincangkan mengenai etika dan tanggungjawab sosial. Topik ini turut membincangkan mengenai perniagaan dan masyarakat di mana terdapat pihak berkepentingan (stake holder), pendekatan Timur dan Barat tentang etika dan tanggung jawab sosial perniagaan. Tidak ketinggalan juga kepenggunaan turut diteliti dari aspek definisi, hak-hak pengguna dan peranan Persatuan Pengguna dan kerajaan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-

PANDUAN KURSUS

xiii

soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

xiv

PANDUAN KURSUS

PENGETAHUAN ASAS
Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya. Contoh:

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN
Wajib Ab. Aziz Yusof. (2003), Prinsip Keusahawanan. Selangor: Prentice Hall. Aini Hayati Mohamed. et al. (2009), Longman Teks Pra-U STPM Pengajian Perniagaan 2. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Chiew Tung Moi. et al. (2011), Asas Keusahawanan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Jamaluddin Che Sab. (2004), Bagaimana Memulakan Perniagaan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Syed Zamberi Ahmad. (2009), Keusahawanan, Teori, Proses dan Amalan. Selangor: Leeds Publications. Tambahan Adnan Alias dan Mohamed Dahlan Ibrahim (2002), Keusahawanan Islam, Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

PANDUAN KURSUS

xv

Cheng Wei Hin. et al. (2003), Pengajian Perniagaan STPM. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Khaairuddin Khalil. (2002), Keusahawanan Sebagai Kerjaya. Kuala Lumpur: DBP. Kuratko, Donald F. dan Hodgetts, Richard M.(2009), Entrepreneurship: Theory, Process, Practice, Edisi ke 7. Ohio: Thomsom South-Western. Mokhtar Ahmad. (2003), Globalisasi, Perkongsian Pintar dan Kerajaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mustafa Haji Daud. (1994), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Muhammad Abdul Mannan, terjemah oleh Radiah Abdul Kader. 1994. Ekonomi Islam : Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Tinta Image Ridwan Sanjaya & Josua Tarigan. (2010), Pemasaran Online Secara Kreativiti. Kuala Lumpur: Synergy Media. Sabri Hj Hussin. (2005), Pengurusan Perniagaan. Jilid 1. Singapura: Thomson Learning. Wan Liz Ozman Wan Omar & Sulzari Mohamed. (2002), Memperkasakan Usahawan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Wan Mohd Nazif & Fazilah Ibrahim. (2005), Formula Menjadi Usahawan Berjaya. Kuala Lumpur: PTS Professional. Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2010), Asas Pemasaran. Selangor: Leeds Publications. Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2010), Asas Pengurusan Perniagaan. Selangor: Leeds Publications. Zafir Mohd Makhbul, Mohd Rizal Palili & Ahmad Khairy Ahmad Domil. (2004), Mengurus Perniagaan. Kuala Lumpur: PTS Publications.