Anda di halaman 1dari 15

Topik

Pengenalan Kepada e-Dagang

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menyatakan definisi e-dagang; Mengenal pasti elemen dalam pengintegrasian perniagaan di Internet; Menerangkan ciri-ciri peruncitan dalam talian; Mengenal pasti jenis-jenis e-dagang; dan Mengenal pasti trend masa hadapan e-dagang.

PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan bagaimana e-dagang memainkan peranan penting dalam pengintegrasian perniagaan dengan teknologi maklumat. Kita akan lihat bagaimana dua kemahiran dalam bidang yang berbeza bergabung untuk menghasilkan satu bidang baru yang hebat dan canggih dalam perniagaan. Perdagangan elektronik bergantung kepada teknologi untuk menjadi subset kepada dunia perdagangan tanpa sempadan.

9.1

DEFINISI e-DAGANG

Dengan perkembangan yang pesat dewasa kini, kita semakin bergantung harap kepada teknologi yang ada di sekililing kita. Ini termasuklah perniagaan di mana e-dagang semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Mari kita lihat definisi e-dagang dan bagaimana perniagaan diintegrasikan bersama teknologi ini.

132 TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

9.1.1

Definisi

Secara umumnya, e-dagang adalah model perniagaan yang menggunakan Internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman sesawang bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan, melakukan pemasaran dan menerima bayaran melalui Internet dan pengurusan khidmat pelanggan secara dalam talian. Ini adalah kerana e-dagang berlaku di alam maya di mana liputannya tiada sempadan. Mari kita lihat definisi e-dagang dari perspektif berikut: (a) Perspektif Ahli Ekonomi e-dagang merupakan alat penyampaian keinginan pembeli dan peniaga untuk mengurangkan kos, meningkatkan kualiti produk dan meningkatkan kepantasan perkhidmatan penghantaran sesuatu produk. Perspektif Pengurusan e-dagang merupakan aplikasi teknologi ke arah penggunaan jentera dan aliran kerja sesuatu perniagaan. Perspektif Pemasaran e-dagang merupakan pengangkutan baru menyediakan maklumat kepada sasaran pasaran menerusi pengiklanan, promosi dan publisiti. Perspektif Teknologi e-dagang bermaksud penghantaran maklumat.

(b)

(c)

(d)

Perspektif-perspektif di atas amat berguna untuk memudahkan kita memahami pelaksanaan pelan e-dagang. Apabila digabungkan perspektif-perspektif di atas, ia akan membentuk satu pelan e-dagang yang boleh mengaut keuntungan dan meningkatkan kekayaan syarikat. Sebagai contoh, apabila kita menggabungkan perspektif ekonomi dengan pengurusan, ia menunjukkan tugas yang perlu dibuat bagi memastikan e-dagang berhasil. Di mana perdagangan menjadi sistem transaksi, interaksi antara pembeli dan peniaga menjadi rangka kerja untuk mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh watak-watak dalam sistem itu.

TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

133

Rajah 9.1: Gabungan Perspektif Ahli Ekonomi, Pengurusan, Pemasaran dan Teknologi dalam e-Dagang

Rajah 9.1 menunjukkan bagaimana e-dagang berlaku. Dalam sistem ini setiap transaksi memerlukan kebenaran dan pembayaran apabila produk atau perkhidmatan diterima oleh pembeli. Penggunaan teknologi dapat meningkatkan sistem perdagangan kepada e-dagang. Manakala penggabungan perspektif ekonomi dengan pemasaran menjadikan transaksi sebagai sebahagian daripada komunikasi. Komunikasi pasaran berfungsi untuk memaklumkan, mengingatkan dan memujuk pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam talian. Gabungan antara pengurusan dengan pemasaran akan menghasilkan projek. Pengurus memainkan peranan dalam merancang, melaksana, menilai dan mengawal operasi syarikat, manakala peranan pegawai pemasaran pula adalah untuk mentaksir, menilai dan menambahbaik pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan. Kedua-dua pengurus ini perlu bekerjasama untuk mentaksirkan kos dan faedah projek yang dijalankan, menangani projek dengan baik. Apabila perspektif teknologi digabung dengan perspektif-perspektif lain, ini menjadikan rangkaian Internet tempat untuk mengumpul data serta menganalisis dan menyebar maklumat. Cabarannya adalah untuk akses produk baru. E-dagang hampir merangkumi semua jenis transaksi komersial dalam talian. Maklumat distruktur berorientasikan kesan audit dan rutin dalam pemprosesan data. Internet yang dikenali sebagai World Wide Web (www atau Web) menjadi sempadan komunikasi kepada pertumbuhan komputer. Penggunaan Internet bukan hanya terhad kepada penjualan produk atau perkhidmatan sahaja, malah ia juga digunakan untuk mengurangkan kos dan menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.

134 TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

Terdapat tiga jenis perniagaan yang boleh dijalankan melalui medium Internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan. Antara kebaikan dan keuntungan menggunakan e-dagang ialah perangkaian dan integrasi antara semua syarikat yang berhubung baik dengan pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan berkenaan. Ia memudahkan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan dengan sekelip mata serta tidak dibelenggu dengan karenah pengisian borang-borang dan birokrasi. Kebaikan e-dagang yang paling ketara ialah ia memberi keselesaan membelibelah di dalam ketenteraman rumah. Keadaan ini memberi peluang kepada pembeli untuk berbincang bersama ahli keluarga sebelum membuat pembelian. E-dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini.

9.1.2

Integrasi Perniagaan

Perniagaan secara dalam talianini memerlukan pengintegrasian kumpulan syarikat perniagaan secara meluas tanpa had sempadan bagi memastikan mereka dapat bersaing secara sihat. Ia memerlukan perancangan yang rapi kerana dimensi pengurusannya menggunakan banyak sumber. Bagi memastikan pengintegrasian perniagaan ini berjalan dengan lancar, suatu perisian integrasi perniagaan perlu dibina. Pada kebiasaannya, sistem ini digubah dalam tiga bahagian iaitu: (a) Pangkalan Data Teknologi Perkongsian gedung yang mengandungi perincian dan spesifikasi semua bahan, produk dan peralatan. Sistem Perancangan Aturan pengeluaran untuk suatu tempoh masa termasuk penjadualan kakitangan dan keperluan bahan mentah. Pengukuran Pencapaian Membandingkan pencapaian sebenar dengan perancangan.

(b)

(c)

Sistem ini perlu melepasi sempadan organisasi tunggal untuk mengintegrasikan kontraktor, pembekal dan juga pelanggan. Ia memastikan standard adalah tinggi dan mengurangkan ketidakseragaman. Ia menjurus ke arah kebolehramalan dan kebolehpercayaan yang tepat bagi pengintegrasian perniagaan ini.

9.1.3

Peruncitan

Apakah pandangan anda terhadap perkara ini? Bolehkah imej nyata menggantikan kepuasan memilih produk, menyentuh material, mencubanya (jika kasut) atau baring di atasnya (jika tilam) sebelum membuat keputusan

TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

135

untuk membelinya? Perkara inilah yang menyebabkan peruncit menghadapi pelbagai cabaran dalam menjalankan perniagaan menerusi Internet. Berikut adalah ciri-ciri perniagaan e-dagang: (a) Menjual menggunakan Internet dengan rangkaian komputer bermula dari peringkat pertanyaan, pesanan, pengeluaran invois hingga ke peringkat bayaran. Secara dalam talian antara penjual dengan pembeli dari seluruh dunia. Mewujudkan laman sesawang atau Web dan gerai pameran dalam Internet. Gambar dan maklumat terperinci dipaparkan di skrin komputer. Perlu membuat pembayaran awal (prabayar) dengan memasukkan nombor kad kredit. Barang pesanan akan dihantar melalui pos atau kurier. Jika belian didapati tidak menepati deskripsi, ia mungkin boleh dikembalikan semula, tertakluk kepada syarat jualan.

(b) (c) (d) (e) (f) (g)

Oleh sebab itu, transaksi secara dalam talian ini dilindungi oleh undang-undang, cukai dan perkara yang melibatkan kepercayaan. Isu keselamataan data dan hak peribadi pengguna telah mendapat perhatian dunia. Sehubungan dengan itu, jalan penyelesaian bagi masalah keselamatan ini termasuk perisian antivirus, halangan e-mel yang tidak diketahui sumbernya dan menggunakan pertimbangan yang baik apabila menggunakan kad kredit. Memandangkan e-dagang menyediakan peluang kepada perniagaan peruncitan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing, pembangunannya dipergiatkan lagi menerusi penubuhan infrastruktur asas termasuklah penyediaan dan penggalakan pelbagai mekanisme transaksi elektronik.

9.2

JENIS e-DAGANG

Dalam tahun 1970-an dahulu, transaksi perniagaan adalah menggunakan EDI (Electronic Data Interchange) menerusi VAN (Value Added Networks). Kini, transaksi perniagaan kebanyakannya menggunakan laman sesawang sebagai instrumen perniagaan. E-dagang boleh dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu B2B, B2C, C2B, dan C2C. Seterusnya, kita akan membincangkan kategori e-dagang ini.

136 TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

9.2.1

B2B (Business-to-Business)

B2B (Business-to-Business) ialah urus niaga antara peniaga dengan peniaga. Syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan antara satu sama lain seperti pengilang menjual produk kepada pengedar dan pemborong menjualnya kepada peruncit. Penentuan harga adalah berdasarkan kuantiti pesanan dan boleh dirunding antara pengilang dengan peniaga berkenaan. Berikut adalah antara kelebihan e-dagang kepada peniaga (B2B) iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Penghantaran barangan mempunyai perlindungan jaminan kualiti. Menjual secara global pada kos yang paling minima. Tidak memerlukan premis, hanya perlukan gudang sahaja. Kos operasi murah dengan menyediakan satu laman sesawang sahaja. Operasi boleh dilaksanakan secara besar-besaran menerusi pengguna Internet di seluruh dunia. Melaksanakan sistem prabayar di mana peniaga tidak akan menanggung hutang lapuk.

Setiap perkara pasti ada kelemahannya kerana ia adalah ciptaan manusia. Mari kita lihat kelemahannya kepada peniaga (B2B). (a) (b) (c) (d) (e) Berlaku persaingan sengit dengan laman sesawang yang lain. Perang harga yang mungkin akan merugikan peniaga. Kos membangunkan laman sesawang adalah mahal. Terdapat kemungkinan berlakunya pencerobohan di laman sesawang. Akibat proses globalisasi, e-dagang akan menguntungkan peniaga di negara maju.

9.2.2

B2C (Business-to-Consumer)

B2C (Business-to-Consumer) ialah urus niaga antara peniaga dan pelanggan. Perniagaan yang menjual produk atau perkhidmatan kepada orang awam biasanya berniaga menerusi katalog yang menggunakan perisian carta membelibelah. E-dagang secara B2C telah melonjak dari $11.2 bilion pada tahun 1998 kepada $31.2 bilion pada tahun 1999. Peniaga harus berterima kasih kepada perkembangan kedai secara dalam talian ini kerana menjadikan perniagaan dalam talian tidak lagi memerlukan pelaburan yang besar oleh peruncit. Ini adalah kerana peruncit hanya perlu menyediakan

TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

137

katalog, bakul tempahan, proses pembayaran, pengurusan kandungan dan pengurusan ahli sama ada dengan mencipta sendiri kedai dalam talian atau menyewa tapak perniagaan berkenaan. Mari kita lihat kelebihan menggunakan e-dagang kepada pelanggan (B2C) pula iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Pilihan pelbagai kerana pasaran sedunia tanpa sempadan. Barang berkualiti tinggi dengan harga yang murah. Menjimatkan kos, masa dan tenaga dengan membeli-belah dari rumah atau pejabat sahaja. Maklumat produk atau perkhidmatan adalah relevan, terperinci dan sentiasa dikemaskini. Amalan pegangan tunai yang minimum kerana bayaran menggunakan kad kredit. Penawaran harga boleh berubah serta-merta di dalam talian. Panggilan telekomunikasi jalur lebar akan meningkatkan pengalaman membeli pelanggan.

Walaupun begitu, antara kelemahan e-dagang kepada pelanggan (B2C) ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Pelanggan membeli secara prabayar tanpa melihat barang sebenar. Kemungkinan berlakunya unsur penipuan dan manipulasi data. Undang-undang siber tidak dapat memberikan perlindungan sepenuhnya. Penggunaan kad kredit boleh menyebabkan berlakunya kebocoran nombor pin. Mungkin berlaku pembaziran kerana terpengaruh dengan tawaran yang pelbagai dan menarik.

B2C menghadapi dua cabaran utama dalam membina hubungan dan mengekalkan kesetiaan pelanggan kepada mereka. Jika kita lihat, kebiasaannya syarikat yang besar akan menang dalam pertandingan merebut pelanggan dan akan menguasai sebahagian besar pasaran dalam talian. Ini menyukarkan syarikat-syarikat kecil untuk memasuki dan kekal berdaya saing secara global dalam talian, di mana pelanggan atau pembeli secara dalam talian sangat peka dengan tawaran harga dan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang dipaparkan. Mendapatkan dan mengekalkan pelanggan baru adalah sukar bagi kebanyakan syarikat yang menggunakan perkhidmatan secara dalam talianini.

138 TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

9.2.3

C2B (Consumer-to-Business)

C2B (Consumer-to-Business) ialah urus niaga yang melibatkan antara pelanggan dengan peniaga. Pengguna boleh menyatakan bajetnya dalam talian. Syarikatsyarikat yang ada hubung kait dengan projek yang diminta oleh pengguna akan menghubungi pengguna untuk menawarkan projek berkenaan mengikut bajet mereka. Pengguna berpeluang menerima pelbagai tawaran dan boleh memilih mana-mana syarikat yang bersesuaian dengan kehendaknya. Ia memberi kuasa kepada pengguna seluruh dunia dengan menyediakan tapak atau platform pertemuan untuk urus niaga tersebut. Cuba kita lihat contoh ini. Seorang pelajar mahu terbang dari London ke New york, tetapi hanya mempunyai 200 (RM950) di bank untuk membayar perjalanan ini. Beliau meletakkan iklan di laman C2B di Internet, mencari manamana syarikat penerbangan yang sanggup menawarkan perjalanan dengan kos 200 (RM950) atau kurang. Keistimewaan Internet adalah ia membuka peluang dan mewujudkan pasaran kepada mana-mana syarikat penerbangan yang tertarik dengan tawaran berkenaan. Ramai penganalisis ekonomi menyatakan bahawa e-dagang kategori C2B dan C2C ini akan berkembang dalam masa terdekat ini. Ia merupakan satu tugas mencabar kerana pembangunan sistem ini bersifat pelbagai.

9.2.4

C2C (Consumer-to-Consumer)

C2C (Consumer-to-Consumer) pula merupakan urus niaga yang melibatkan antara pelanggan dengan pelanggan. Terdapat banyak tapak menawarkan iklaneka percuma, lelongan dan forum di mana individu boleh membeli dan menjual dengan adanya sistem pembayaran secara online seperti PayPal. PayPal membolehkan orang ramai menghantar dan menerima wang dalam talian dengan mudah tanpa berkongsi maklumat kewangan mereka. Penggunaan PayPal membolehkan bakal pelanggan mendapatkan kemudahan berikut iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Berurus niaga secara dalam talian dengan berjuta-juta peniaga. Membayar transaksi secara dalam talian dengan menggunakan akaun PayPal, akaun bank ataupun kad kredit. Daftar keluar dengan cepat pembayaran dan penghantaran. tanpa perlu memasukkan maklumat

Dibayar dengan apa yang terjual di e-Bay, di laman web mereka sendiri atau dalam iklaneka dan forum dalam talian. Menderma kepada badan amal kegemaran mereka. Mengunakan kad kredit untuk mendapat mata ganjaran.

TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

139

Di PayPal, keselamatan kewangan pelanggan adalah dijamin kerana mereka menggunakan teknologi anti-penipuan yang terkini dan mereka dilindungi 100% daripada bayaran yang tidak dibenarkan yang dihantar dari akaun pelanggan. Rajah 9.3 menunjukkan contoh laman web PayPal.

Rajah 9.3: Laman Web PayPal

Perkhidmatan lelongan e-Bay adalah contoh yang baik di mana urusniaga orang ke orang berlaku setiap hari sejak tahun 1995 lagi. Rajah 9.4 menunjukkan laman web e-dagang untuk kategori C2C. E-Bay kini dianggap sebagai salah satu edagang C2C yang paling berjaya.

Rajah 9.4: Contoh e-dagang C2C

Seek.com.au

dan CareerOne.com.au merupakan laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan yang penting kepada pelanggan atau pengguna yang sedang mencari pekerjaan. Majikan boleh membuat pengiklanan di dalam laman-laman sesawang yang ada dan bakal pekerja yang berpotensi boleh menghubungi organisasi berkenaan untuk ditemuduga. Organisasi komunikasi berasaskan web merupakan salah satu contoh operasi menggunakan konsep

140 TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

C2C. Contohnya, Sastasopping.com dan ICQ.com bertindak menjadi medium komunikasi untuk perbincangan peer-to-peer MSN.com. Walaupun tiada faedah komersial di dalam laman sesawang berkenaan, akan tetapi ia menyediakan kemudahan untuk pertukaran pendapat, idea dan pandangan antara pengguna dengan pengguna. Penyertaan sektor swasta terutamanya institusi kewangan dan persatuan industri penting dalam penyediaan pertukaran kewangan bagi transaksi dalam talian untuk peniaga dengan peniaga (B2B) dan peniaga dengan pengguna (B2C). Maka beberapa pelan tindakan di bawah perkhidmatan perbankan Internet dan Program e-Niaga MSC dilaksanakan secara perintis. Tujuannya adalah untuk menggalakkan komunikasi dan transaksi elektronik melalui transaksi perniagaan dalam talian. Sebagai langkah keselamatannya, beberapa langkah telah diambil untuk menggubal Rang Undang-undang Transaksi Elektronik, Rang Undangundang Aktiviti Kerajaan Elektronik dan Rang Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi. Rajah 9.5 menunjukkan bagaimana proses transaksi peruncitan dalam talian berjalan.

Rajah 9.5: Proses transaksi e-dagang

TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

141

9.3

TREND MASA DEPAN e-DAGANG

Peniaga sekarang mempunyai pilihan untuk mempromosikan sekaligus menjalankan perniagaan melalui e-dagang. Seperti yang telah dibincangkan, terdapat pro dan kontra dalam menjalankan perniagaan melalui e-dagang. Namun begitu, terdapat banyak kelebihan dalam e-dagang. Mari kita lihat dengan lebih terperinci trend masa depan e-dagang.

9.3.1

Pembangunan Digital Word-of-Mouth

Word-of-mouth atau dari mulut ke mulut merupakan sebahagian daripada


pemasaran yang sangat efektif dan mempunyai pengaruh yang luar biasa. Ramai pengamal pemasaran menyatakan bahawa strategi word-of-mouth merupakan promosi yang efektif untuk pengguna. Malah, pengaruhnya boleh mengalahkan promosi melalui media above line. Data hasil penyelidikan pemasaran menunjukkan bahawa word-of-mouth dapat menewaskan pengaruh TV, radio dan media cetak. Selain itu ia juga menjadi sumber maklumat terbaik dan mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan. Gabungan word-ofmouth dengan teknologi digital akan mencipta kesan multiplikasi. Laman sesawang, blog, jejaring sosial dan blog mikro akan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan word-of-mouth pada masa kini dan akan datang. Kemampuannya memberi maklumat dan rujukan secara cepat kepada pengguna-pengguna secara dalam talian menjadikannya sebagai pilihan utama pengguna. Penggunaan teknologi digital ini membolehkan pertemuan dan komunikasi di dalam talian berlaku 24 jam sehari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat. Saranan atau rujukan yang ditulis dapat dibaca oleh rakan atau jaringannya setiap saat tanpa perlu bertemu. Malahan, orang lain di luar jaringan turut boleh membacanya ketika mereka mendapatkan ulasan tersebut menggunakan enjin pencarian Google, Yahoo dan sebagainya seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah.

142 TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

Rajah 9.6: Contoh penggunaan enjin pencarian Google

Kesan penyebarannya adalah cepat dan meluas. Pengguna akan mendapat maklum balas serta merta dalam Blog, Facebook, Plurk dan lain-lain. Setiap pendapat dan cadangan boleh dipaparkan semerta tanpa melalui proses penyuntingan dan percetakan untuk sampai kepada pengguna. Berikut adalah antara contoh blog yang menggunakan strategi word-of-mouth:

TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

143

Rajah 9.7: Blog guna strategi word-of-mouth

9.3.2

Komuniti Digital

Pada masa kini, kita akan dapati bahawa terdapat komuniti tertentu yang berkumpul untuk membincangkan produk atau perkhidmatan kesukaan mereka di dalam talian. Dalam Komuniti Kelab Ferrari contohnya, ahi-ahli kelab itu akan membincangkan pelbagai aspek mengenai kereta Ferrari termasuklah aktivitiaktiviti yang boleh mereka lakukan secara bersama. Kelab ini menyatukan semua anggota komuniti yang menyertai kelab berkenaan. Komuniti ini mempunyai pengaruh besar dalam membicarakan semua aspek mengenai kesukaan mereka tanpa had dan sempadan di dalam talian. Jika kita tinjau konsep tradisional, maklumat mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan yang berkualiti akan mudah tersebar ke seluruh dunia. Begitu juga sebaliknya, jika kualitinya teruk, maka ia akan cepat menjadi perbualan ramai.

144 TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

Penggunaan komuniti digital ini memungkinkan apa-apa sahaja boleh berlaku. Kepantasan penyebaran maklumat sama ada baik atau teruknya kualiti produk atau perkhidmatan adalah sangat cepat dan ia akan mempengaruhi kepercayaan dan kesetiaan pelanggan kepada produk berkenaan.

Rajah 9.8: Contoh laman sesawang

Jika dilihat Rajah 9.8, laman sesawang berkenaan jelas menunjukkan maklumat yang segera perlu diambil perhatian oleh seluruh masyarakat dunia iaitu mengenai kes penipuan yang berlaku dalam transaksi di dalam talian. Ini boleh membantu pelanggan atau bakal pembeli supaya tidak turut terlibat dalam kes penipuan tersebut. Maka oleh sebab itulah setiap transaksi secara dalam talian perlu dibuat dengan jujur dan amanah. Dengan adanya maklumat sebegini, secara tidak langsung ia memberi pengajaran kepada mereka yang mempunyai keinginan mengaut keuntungan tanpa perlu menjual produk atau perkhidmatan. Cuba kita perhatikan berapa juta e-mel, laman sesawang dan blog yang memaparkan ketidakpuasan hati serta kekecewaan pengalaman pembeli atau pengguna sesuatu produk mahupun perkhidmatan di Internet. Maklumat ini akan menjadi rujukan percuma kepada mana-mana bakal pelanggan yang lain. Ketika kita menaip kata kunci di Google ataupun Yahoo mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan, sudah pasti kita akan dapati banyak kaitan yang merujuk kepada produk atau perkhidmatan berkenaan. Di sinilah menjadi medan perbualan komuniti digital di Internet.

AKTIVITI 9.1
Pernahkah anda menganggotai mana-mana komuniti di Internet? Jika ada, kongsikan pengalaman anda menggunakan ruangan tersebut dengan rakan sekelas anda.

TOPIK 9 PENGENALAN KEPADA E-DAGANG

145

SEMAK KENDIRI 9.1


Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 45 minit. 1. 2. 3. Bagaimanakah e-dagang dapat menyumbang kesejahteraan dan keharmonian negara? Jelaskan empat kategori e-dagang. Jelaskan perbezaan konsep antara B2C dengan C2B. kepada

e-dagang menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi dunia. Perniagaan secara e-dagang membolehkan produk atau perkhidmatan dipasarkan ke seluruh dunia tanpa sempadan dan tanpa had. Usahawan akan dapat berkembang maju dan bersaing dengan pesaing-pesaing dari seluruh dunia secara global dan adil. Aktiviti peruncitan banyak dilaksanakan secara dalam talian dan ia mengintegrasikan kumpulan syarikat yang dikawal oleh undang-undang siber. Terdapat empat jenis perniagaan secara e-dagang dan ia mempunyai peranannya tersendiri iaitu B2B, B2C, C2B dan C2C. Trend masa hadapan e-dagang lebih berfokuskan kepada konsep word-ofmouth dan komuniti digital. Trend ini akan menambahkan kepercayaan bakal pelanggan mahupun pembeli untuk berurusniaga dalam talian.

B2B (Business-to-business) B2C (Business-to-consumer) C2B (consumer-to-business) C2C (consumer-to-consumer)

E-dagang Komuniti digital Paypal

Word-of-mouth

Anda mungkin juga menyukai