Anda di halaman 1dari 12

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4


STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

APRIL 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

2 DRAF DSP PJ TH 4 APRIL 2013

MATLAMAT KURIKULUM Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

OBJEKTIF KURIKULUM Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Empat berkebolehan untuk: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Mengaplikasi konsep pergerakan semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dengan lakuan yang betul; Menguasai kemahiran asas permainan mengikut kategori serangan, jaring dan memadang dengan lakuan yang betul; Mengaplikasi kemahiran asas pergerakan dan komponen kecergasan semasa melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan; Melakukan senaman yang dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal; Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan; Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan; Memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala; Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal; Berinteraksi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal; Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan; dan Mengamalkan gaya hidup sihat dan sejahtera.

3 DRAF DSP PJ TH 4 APRIL 2013

TAFSIRAN o o o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik gambaran holistik tentang individu. bagi memberi

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid Instrumen : : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

4 DRAF DSP PJ TH 4 APRIL 2013

TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU DAN FAHAM TAHU

3 2 1

5 DRAF DSP PJ TH 4 APRIL 2013

BAND 1 2 3 4 5

PERNYATAAN STANDARD Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk melakukan pergerakan dan aktiviti yang dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkahlangkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan

6 DRAF DSP PJ TH 4 APRIL 2013

BAND 1 Tahu

PERNYATAAN STANDARD B1 Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal .

DESKRIPTOR B1D1 Melakukan kemahiran asas permainan yang mudah.

EVIDENS B1D1E1 Menggelecek bola dalam ruang yang ditentukan. B1D1E2 Melakukan gerak kaki ke pelbagai arah.

B1D2 Melakukan kemahiran olahraga asas.

B1D2E1 Berlari pelbagai kelajuan dalam laluan lurus dan selekoh.

7 DRAF DSP PJ TH 4 APRIL 2013

BAND 2 Tahu dan Faham

PERNYATAAN STANDARD Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan.

DESKRIPTOR B2D1 Melakukan kemahiran asas permainan.

EVIDENS B2D1E1 Melakukan servis atas bahu dan menerima servis menggunakan anggota badan dan alatan. B2D1E2 Memukul, menahan, menghantar dan menerima servis pada titik kontak yang betul. B2D1E3 Mengumpan bola menggunakan tangan dan kaki dengan postur badan yang betul. B2D1E4 Membaling dan menangkap bola dari arah sisi.

B2D2 Melakukan kemahiran olahraga asas

B2D2E1 Melakukan lari beritma melepasi halangan dan lari berganti-ganti. B2D2E2 Berlari dan melompat melepasi halangan pada pelbagai aras.

B2D3 Melakukan kemahiran gimastik asas.

B2D3E1 Boleh melakukan dirian tangan dengan sokongan.

8 DRAF DSP PJ TH 4 APRIL 2013

BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD B3 Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan

DESKRIPTOR B3D1 Melakukan kemahiran asas permainan dengan lakuan yang betul. B3D2 Melakukan kemahiran olahraga asas dengan lakuan yang betul.

EVIDENS B3D1E1 Mengadang dengan membayangi pergerakan lawan semasa menghantar dan menerima bola. B3D2E1 Berlari dan melompat menggunakan : sebelah kaki dan mendarat dengan kedua dua belah kaki yang sama. sebelah kaki dan mendarat menggunakan kaki yang sama. kaki kanan dan mendarat menggunakan kaki kiri dan sebaliknya. B3D3E1 Melakukan putaran roda. . B3D4E1 Berkebolehan mendirikan khemah pasang siap dan melakukan aktiviti pandu arah berdasarkan mata angin. atau Melakukan reaching rescue dengan menggunakan alatan yang terdapat di persekitaran kolam dan aktiviti kuak rangkak

B3D3 Melakukan kemahiran gimnastik asas dengan lakuan yang betul. B3D4 Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan atau Melakukan kemahiran akuatik asas.

9 DRAF DSP PJ TH 4 APRIL 2013

BAND 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

PERNYATAAN STANDARD B5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri

DESKRIPTOR B5D1 Mengaplikasi kemahiran asas dalam permainan. B5D2 Mengaplikasikan kemahiran gimnastik asas.

EVIDENS B5D1E1 Melakukan takel dan memintas untuk mendapatkan bola dengan betul dan selamat. B5D2E1 Melakukan imbangan dalam kumpulan kecil menggunakan pelbagai tapak sokongan di atas bangku gimnastik.

10 DRAF DSP PJ TH 4 APRIL 2013

BAND 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

PERNYATAAN STANDARD B6 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan

DESKRIPTOR B6D1 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan kreatif dalam asas permainan dan olahraga asas.

EVIDENS B6D1E1 Memperkembangkan kemahiran asas permainan atau olahraga asas secara berterusan menjurus kepada gaya hidup sihat. (lebih sesuai perkataan atau kerana ada sesetengan murid boleh melakukan hanya kemahiran asas permainan dan sebaliknya) (cari unsur kuantitatif )

B6D2 Menjana kreativiti dalam pelbagai corak pergerakan mengikut irama.

B6D2E1 Mereka cipta dan mempersembahkan pergerakan kreatif bertema mengikut muzik secara berkumpulan.

11 DRAF DSP PJ TH 4 APRIL 2013

12 DRAF DSP PJ TH 4 APRIL 2013