Ulama Madinah (Abu Jafar) 6210 ayat Ulama Mekah (Ibnu Kathir) 6220 ayat
6205 ayat
Hitungan jumlah ayat AlQuran yang paling tepat ialah hitungan yang disahkan oleh ulama alAzhar yang diketuai oleh Hafni Bek Nashif pada Malik Fuad ialah :
b)
Rasulullah S.A.W kadang-kadang berhenti ketika membaca AlQuran di awal ayat sebagai satu pengajaran kepada sahabat tentang awal ayat sehingga mereka mengetahui hal tersebut lantas rasulullah menyambung pula bacaan tersebut kerana kesempurnaan makna. Oleh itu, sebagian sahabat menyangka tempat yang disambung bacaan tersebut bukan al-fasil dan menganggap ia sebagai satu ayat dan sebahagian lain beranggap ia ayat yang lain.
Ada sebahagian daripada mereka memandang fawatih As-Suwar adalah sebagai satu ayat manakala yang lain tidak mengira ia sebagai satu ayat.
Surah al-quran
Jumhur Ulama menyatakan bahawa jumlah surah alQuran seperti dalam mushaf Usman adalah 114 surah
Pendapat yang diterima dari Mujahid surah al-Quran adalah 113 surah dengan menggabungkan surah al-Anfal dengan surah al-Taubah menjadi satu surah. Hasan, ketika ditanya apakah surah al-Baraah dan surah al-Anfal itu satu surah atau dua surah, menjawab satu surah
sebagian di antara ulama Syiah menetapkan bahwa jumlah surat alQuran 116. Hal ini kerana mereka memasukan surat qunut yang dinamai surat al-khaf dan al-hafd yang oleh ditulis oleh Ubay di kulit al-Quran. (Ash-Shiddieqy)
Ibnu Masud dalam mushafnya terdapat 112 surah. Ini kerana ia tidak memasukan dua surah terakhir (muawidzatani) (al-Sayuti, Abu Syuhbah,)