Anda di halaman 1dari 11

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5

Mata Pelajara Tahun Bilangan Murid Tarikh Masa Tajuk Hasil Pembelajaran Fokus Utama

: Bahasa Malaysia : 5 : 28 orang : 04 Mac 2009 : 60 Minit : Generasi Muda dan MSC ( Bacaan / Kefahaman )

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 i. Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus Sampingan 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Aras 2 i. Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang berkaitan. ii. Menjawab soalan yang mempunyai makna yang tersirat.

Objektif pelajaran:Pada akhir pelajaran ini murid dapat: 1. membaca teks Generasi Muda dan MSC dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. membina 5 soalan berdasarkan petikan secara lisan. 3. menjawab 3 soalan bertumpu dan 3 soalan bercapah secara lisan dan bertulis. 4. membanding beza penggunaan komputer dan tulisan tangan. Sistem Bahasa: Tatabahasa: Sinonim Kosa Kata: Mengharungi, pentadbiran, menguasai, hubungan, dan canggih. Pengisian Kurikulum : Ilmu : Nilai: Sains dan Teknologi Bangga menjadi rakyat Malaysia dan yakin kepada diri sendiri

Kemahiran Bernilai Tambah: i. Kemahiran Berfikir : Menyenaraikan Maklumat ii. Kemahiran BCB : Bacaan, membanding beza maklumat dan pembentangan. Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid mengetahui tentang alat-alat komunikasi yang sedia ada Bil 1. 2. 3. Sumber Gambar Komputer Lembaran kerja Kad imbasan Kuantiti 1 28 1

4.

Pita rakaman Aktiviti Murid Catatan

Langkah / Isi Kandungan Set Induksi ( 5 Minit ) Bersoal jawab berdasarkan gambar komputer. Menyanyikan lagu I 1. Guru menunjukkan gambar komputer sambil mengemukakan beberapa soalan.

1. Murid-murid menjawab beberapa soalan guru secara lisan 2. penerangan secara ringkas penggunaan Komputer. 3. Guru bersama murid-murid menyanyikan lagu IT.

Lampiran A Lampiran B Lampiran C Pita Rakaman

Langkah 1 ( 15 minit ) Mengedarkan bahan bacaan kepada murid. 1. Guru menerangkan isi kandungan petikan secara ringkas. 1. Murid-murid membaca dan memahami petikan yang telah diedarkan oleh guru dengan senyap. 2. Murid-murid membaca petikan secara kumpulan dan individu dengan bimbingan guru. 3. Murid-murid memberi erti kosa kata yang dipamerkan oleh guru secara lisan dengan bantuan guru. 4. Murid membina tiga ayat dengan menggunakan kosa kata tadi secara lisan. Langkah II ( KBKK ) Membanding Beza ( 15 minit ) 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setia 1. Murid-murid dibahagi kepada beberapa kumpulan. Lampiran D

Lampiran E

kumpulan

Langkah / Isi Kandungan 2. Guru membuat rumusan hasil pembentangan

Aktiviti Murid 2. Setiap kumpulan akan berbincang mengenai lembaran kerja tersebut. 3. Ketua kumpulan akan membentangkan hasil kerja kumpulan masing

Catatan Lampiran G

Langkah III ( 20 minit ) Bersoaljawab soalan bertumpu dan bercapah. 1. Guru menyuruh setiap murid menyediakan sekurangkurangnya 2 soalan yang berbentuk bertumpu dan bercapah. 2. Guru juga membimbing murid-murid yang lambat dengan menggunakan kata soal yang disediakan oleh guru. 3. Guru akan mencatat di papan tulis hasil jawapan murid yang berbentuk bertumpu dan bercapah.

1. Murid-murid juga disuruh untuk menjawaba soalan-soalan yang dikemukakan oleh rakan mereka secara lisan. 2. Latihan bertulis: Pengayaan : Murid-murid ini akan membina soalan berpandukan hasil perbincangan tadi yang telah dicatat oleh guru di papan tulis. Pemulihan: Murid-murid ini akan membuat lembaran kerja yang disediakan dengan bimbingan guru.

Lampiran H

( Sekurangkurangnya 3 soalan bertumpu dan bercapah ). Lampiran I

Penutup ( 5 minit ) Rumusan pelajaran 1. Guru dan murid-murid menyanyikan sekali lagi lagu IT. 2. Guru merumuskan pelajaran hari ini

1. Murid-murid mendengar rumusan guru dengan teliti.

Lampiran C Pita Rakaman

LAMPIRAN B Cadangan soalan yang boleh dikemukakan oleh guru 1. Apakah nama alat ini?

2. Di manakah kamu boleh melihat alat ini ?

3. Adakah kamu boleh melihat alat ini ?

4. Apakah kegunaan alat ini ?

LAMPIRAN C IT agenda baru Negara Malaysia melangkah ke Cyberjaya Teknologi hebat penyebar maklumat Mencipta satu bangsa berjaya IT budaya hidup kita Kekayaan baru dunia Cintai pada IT Sejahtera diri Kenal IT Suka IT Pelajari setiap hari IT terkini Oh IT Guru IT Tingkatkan ilmu IT Malaysia bestari Oh IT Guna IT Tingkatkan ilmu IT Malaysia bestari Terima IT Belajar IT Sayang IT

Guna IT IT Generasi Muda Dan MSC


Generasi muda kini sedang mengharungi dunia Teknologi Maklumat yang akan mengghubungkan perkembangan maklumat dari seluruh negara. Sebagai generasi yang akan melengkapkan Wawasan 2020, mereka haruslah bergantung kepada keupayaan dan menyesuaikan diri dalam IT ini. Langkah kerajan khususnya Perdana Menteri mewujudkan Koridor Raya Multimedia yang mengandungi Bandar Teknologi, Pusat ilmu dan Cyberjaya harus diterima oleh generasi muda. MCS merupakan tempat terbaik membangunkan hasil kajian dan perkhidmatan yang berasaskan multimedia dan Malaysia akan menjadi tumpuan dunia melalui saluran maklumat antarabangsa. Oleh itu, generasi muda kita janganlah terus kekal dengan konsep dan sikap menunggu dan melihat sahaja tetapi harus melibatkan diri dalam dunia teknologi maklumat. Melalui sistem komunikasi terkini, pelajar dan generasi belia mendapat ilmu dan pendidikan yang tetap dan cepat serta maklumat ilmu yang sesuai dalam abad ini. Generasi pelajar hari ini lebih canggih disebabkan sistem komputer. Mereka akan melibatkan diri dengan sikap dan era ingin mencuba dengan daya fikiran kreatif tanpa menunggu jawapan daripada guru. Langkah mewujudkan sekolah bestari akan lebih berjaya jika pelajar dapat menguasai bidang komputer yang baik kerana mereka telah menguasai sikap berfikir dan mencari keputusan sendiri. Tepat sekali ilham Perdana Menteri kita melalui projek MSCnya yang meliputi semua bidang pendidikan dengan projek sekolah bestari, bidang kesihatan dengan projek kesihatannya, bidang kewangan dengan projek Multipurpose Card serta sistem pentadbiran kerajaan sekarang akan berubah menjadi system kerajaan elektronik. Rakyat negara ini dari bandar ke desa memang sudah lama didedahkan dengan sistem teknologi maklumat melalui rangkaian televisyen, komputer, alat komunikasi dan lain-lain lagi. Projek rangkaian hubungan melalui internet akan mengubah gaya hidup rakyat, khasnya generasi muda dan remaja dimana mereka perlu menguasai teknologi ini secara aktif.

KOSA KATA

mengharungi pentadbiran

menguasai

hubungan

canggih

( membanding dan membeza ) 1. Buat perbandingan antara dua gambar di bawah ini berdasarkan ciri-ciri penggunaannya.

Alat penggunaannya 1. 2. 3. 1. 2. 3 1. 2. 3

Komputer 1. 2. 3. 1. 2. 3 1. 2. 3

Tulisan tangan

Tenaga

Kos

Masa

2. Di antara kedua-dua alat di atas tadi, yang manakah pilihan anda ? Mengapakah kamu memilih untuk menggunakannya ? ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________ ____ LAMPIRAN G Cadangan rumusan guru.

Komputer merupakan ciptaan yang amat penting pada masa kini. Di sekolah komputer membantu menyimpan data-data serta mempercepatkan kerja seseorang. komputer juga digunakan sebagai alat komunikasi. Dengan menggunakan computer kita boleh berhubung dengan rakan-rakan yang berada di dalam negara mahupun yang berada di luar negara. Di dalam bidang perubatan, computer digunakan untuk mengesan penyakit. komputer dapat membantu para doctor mengesan penyakit dengan mudah dan cepat. Ini dapat membantu menyelamatkan banyak nyawa. Kesimpulannya, kegunaan computer amat meluas sekali. Kita haruslah belajar menggunakan komputer.

LAMPIRAN H Guru boleh menggunakan kata soal seperti berikut. 1. Apakah 2. Siapakah 3. Bilakah 4. Di manakah 5. Mengapakah 6. Kenapakah

Bina soalan berpandukan jawapan yang disediakan di bawah ini. 1. Generasi muda merupakan generasi yang melengkapkan 2020. Siapakah ____________________________________________________________? 2. Perdana Menteri yang telah mewujudkan Koridor Raya Multimedia. Siapakah ____________________________________________________________? 3. Malaysia yang akan menjadi tumpuan dunia melalui saluran maklumat antarabangsa. Siapakah____________________________________________________________? 4. Sekolah bestari akan berjaya sekiranya pelajar dapat menguasai bidang computer dengan lebih berjaya. Bagaimanakah________________________________________________________? 5. Langkah kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia harus diterima kerana ia merupakan tempat terbaik membangunkan hasil kajian dan perkhidmatan yang berasaskan multimedia. Mengapakah_________________________________________________________?

Anda mungkin juga menyukai