Anda di halaman 1dari 8

[Type text]

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap


mandi 4.. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu


cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum


tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3.


melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi
(gosok gigi) 3. Bercakap dengan orang soleh 4.. bergaul dengan para ulama\

Saya ingin bertanya akan hukum seorang imam yang membaca ayat-ayat quran ketika solat dengan
salah sebutan, tajwid dan makhrajnya. Adakah ia membatalkan solat. ?
Soal Jawab majalah-i keluaran November 2006
[Type text]

Hukum Imam Silap Dalam Bacaan


Saya ingin bertanya akan hukum seorang imam yang membaca ayat-ayat quran
ketika solat dengan salah sebutan, tajwid dan makhrajnya. Adakah ia membatalkan
solat. ?
- Dr Iman, Shah Alam-
Jawapan
Mazhab Hanafi dan kebanyakan ulama Syafie berpandangan dengan pandangan yang
agak keras apabila mereka berijtihad bahawa solat si imam adalah batal, terutamanya
apabila makna ayat itu berubah atau tiada makna. Malah sekiranya si imam itu
beri'tiqad dengan bacaan salah itu, maka ia boleh menjadi kufur. Tetapi jika tersilap
dan diulangi maka solat adalah sah.( Ad-Durrul Mukhtar, 1/589; Rawdah at-Tolibin,
hlm 109, cet Dar Ibn Hazm)
Manakala kebanyakan ulama mutaakhir menyebut kesilapan dalam tajwid dan makhraj
serta tatabahasa di dalam bacaan ayat quran, tidak membatalkan solat.
Bagaimanapun sekiranya bertukar huruf yang mudah disebut kepada huruf yang lain
seperti "solehat" kepada "tolehat", maka solat adalah batal secara sepakat ulama.
Adapun, jika huruf yang sememangnya agak sukar di lafazkan seperti ‘sin' dengan
‘shim' atau bertukar ‘shod' kepada ‘sin' dalam bacaan fatihah. Ia tidak membatalakn
solat kerana umum al-balwa (perkara silap yang sukar dielakkan).
Tidak membaca "tasydid" pada bacaan al-fatihah seperti (iyyaka na'budu) dibaca
(iyaka na'budu) atau (rabbil ‘alamin) dibaca ( rabil ‘alamin) akan merosakkan solat.
Manakala Mazhab Hanbali berijtihad bahawa sebarang kesilapan di dalam bacaan
imam yang menukar erti ayat selain pada bacaan al-Fatihah tidak membatalkan solat.
Silap dalam fatihah pasti membatalkan solat. ( Al-Mughni, 2/198)
Bagi mengelakkan masalah ini berbangkit, setelah melihat yang paling mengetahui
ilmu tentang hukum solat, Nabi SAW amat menggalakkan individu yang layak menjadi
imam adalah paling baik bacaannya di samping syarat-syarat yang lain. Berdasarkan
hadith : ertinya " "menjadi imam bagi sesuatu kaum adalah yang paling baik bacaan
al-Qurannya, sekiranya bacaannya sama, maka yang lebih mengathui perihal sunnah" (
Riwayat al-Jamaah kecuali al-Bukhari, Nasb ar-Rayah, 2/24)
Sekian Ust Zaharuddin Abd Rahman Last update: 30-10-2006 19:01
dfdf1

8 September 2008
Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat
fardhu Jumaat ialah 2 orang.
[Type text]

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka
semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya,
seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat
terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat
yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang
diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian
menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang
dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-
orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan
solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-
Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat
berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai
orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi
kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah
membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda
mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di
masjid.
Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi
s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith
riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang
dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia
akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke
masjid dan semasa dia berada dalam masjid.
Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan
kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.
Wallahu a’lam.
[Type text]

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan
solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas
elektrik iatu cas positif dan cas negatif.
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu
banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif,
yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah
menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran
tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam
mensyariatkan solat
berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam
mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak
menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu
bertemu bahu dan bersentuhan
tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu
mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan
tubuh ahli jemaah lain yang berada
di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia berlaku apabila cas yang
berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat
setelah berehat berapa
jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang
hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya
memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat
dicapai. Sebab itu, solat Subuh
didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak
stabil akibat kehilangan
cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak
pertukaran cas. Solat jemaah yang
disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas
berkenaan. Sebab itu, solat Zohor
didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas
dakam tubuh.
[Type text]

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika
menyambung kembali tugas.
Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat
Zohor, 4 rakaat solat Asar yang
dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih
lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-
aktiviti yang banyak
menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka,
solat Maghrib hanya dikerjakan
sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang
berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4
rakaat.Logiknya, pada waktu
malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran cas yang
banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat
dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar
mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta
memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan
istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat
untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.
Akhirnya, dengan hidayah Allah
beliau memeluk agama Islam.
Sekian untuk renungan kita bersama
SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan
solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita
mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita,
sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas
negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas
menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk
[Type text]

mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa
Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan
orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli
jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan
oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama
pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat
selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif
yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya
keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali
tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan
lebih banyak pertukaran cas.

Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan


cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang
lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika
menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang
banyak.
[Type text]

Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses
pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti
yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan
penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat.
Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat
dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak
sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga
untuk kita bangun malam (qiamulllail).

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap
dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang
tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya,
dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.

1
1

Anda mungkin juga menyukai