Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PRESTASI SEMASA PERNIAGAAN Untuk meningkatkan prestasi perniagaan saya dalam jangka pendek, iaitu

dalam tempoh setahun, saya bercadang untuk mengurangkan belanja yang tidak memerlukan seperti belanja alat tulis. Oleh itu, saya hanya membeli alat tulis sekali dalam tempoh 3 bulan dan tidak membeli dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, saya juga bercadang untuk mengurangkan kadar bayaran. Hal ini dapat dilaksanakan sekiranya pemilik perniagaan dan pengkilang tidak membazirkan air dan elektrik. Di samping itu, saya patut meningkatkan jualan dengan mencari pasaran baru. Sebagai contoh, saya memasarkan kerepek saya di pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara. Saya juga akan membayar hutang secepat mungkin bagi memperoleh diskaun tunai. Ini akan menyebabkan kos belian menjadi kurang dan untung akan meningkat. Akhlirnya saya juga meningkatkan hasil dengan menyewa sebahagian bangunan pejabat saya. Saya juga boleh meningkatkan harga kerepek untuk meningkatkan hasil jualan Hal ini dapat meningkatkan untung saya dalam jangka pendek.

Perniagaan Kerepek Latte

CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PRESTASI JANGKA PANJANG PERNIAGAAN Bagi mempertingkatkan prestasi perniagaan dalam jangka panjang, saya bercadang untuk menukarkan pemilikan tunggal kepada perkongsian. Melalui perkongsian, modal perniagaan akan menjadi lebih besar dan pelbagai peningkatan taraf perniagaan dapat dijalankan. Selain itu, saya akan memperbesar perniagaan saya dengan meningkatkan belian dan jualan agar dapat menjual lebih banyak barang siap. Hal ini dapat meningkatkan keuntungan perniagaan . Di samping itu, saya akan membuka cawangan baru untuk memasarkan hasil saya. Akhirnya, saya akan mendapatkan bantuan Penyelidikan dan Pembangunan(R&D) daripada agensi kerajaan dan luar untuk memperoleh peluang bagi memasarkan kerepek saya ke luar Negara.

Perniagaan Kerepek Latte

RUMUSAN Dalam melaksanakan perniagaan saya, saya telah memperoleh pelbagai ilmu tentang pengurusan perniagaan. Saya telah mengetahui cara untuk merekod urus niaga secara sistematik dan menyediakan pelbagai penyata untuk mengetahui kedudukan ekonomi perniagaan saya. Saya telah dapat merancang perniagaan saya pada masa depan dengan menyediakan belanjawan tunai. Dalam melaksanakan perniagaan ini, saya telah mengamalkan nilai kerajinan. Untuk mengusahakan perniagaan agarnya berkembang maju, saya haruslah sentiasa bersikap inovatif dan kreatif untuk menarik perhatian pelanggan. Saya juga telah mengamalkan sikap bertanggungjawab kerana sentiasa memikul tanggungjawab bagi memperoleh keuntungan yang lebih. Saya juga bersikap rasional dalam membuat keputusan agar tidak menanggung kerugian yang teruk manakala memperoleh keuntungan yang tinggi. Saya berharap agar perniagaan saya dapat diteruskan dan tidak menghadapi masalah yang rumit manakala berkembang dan terkenal di seluruh dunia pada masa yang akan datang.

Perniagaan Kerepek Latte