Anda di halaman 1dari 25

2.

1 Perluasan Kuasa Asing


MEKANTALISME
Sejauhmanakah campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur pada abad ke 19 dipengaruhi oleh factor mekantalisme? Sejak abad ke-16 lagi. kegiatan penjelajahan kuasa-kuasa barat telah bermula berasaskan matlamat Gospel, Gold and ,Glory iaitu agama. ekonomi dan kemegahan. Kuasa Portugal dan Sepanyol merupakan dua kuasa terulung yang mendahului kuasakuasa Eropah lain dalam usaha meluaskan pengaruh mereka di Asia atas tujuan tersebut. Pada abad ke-19, kegiatan imperialisme kuasa barat di Asia ternyata di pengaruhi oleh perkembangan-perkembangan semasa khususnya yang berkatian dengan faktor ekonomi. Sepanjang abad ke-19, terdapat perlumbaan di kalangan kuasa-kuasa barat untuk meluaskan pengaruh di Timur berikutan tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah. Oleh itu, tumpuan utama mereka ke Timur adalah berkait rapat dengan kepentingan ekonomi khususnya perdagangan. Dengan erti kata lain, kepentingan mekantilisme telah menjadi pendorong utama kehadiran orang-orang barat ke Timur khususnya di Asia Tenggara dan Asia Timur. Tambahan pula, pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Keadaan ini telah memberi kemudahan dan menggalakkan lagi kedatangan orangorang barat ke timur untuk mengeksploitasi kekayaan bahan mentah yang dimiliki. Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-19 telah mempengaruhi kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk menguasai negara-negara yang kaya dengan bahan mentah untuk keperluan kilang-kilang mereka. Bahan mentah yang sering kali menjadi rebutan antara kuasa barat ialah bijih timah, getah, kelapa sawit. sutera. kain kapas dan lain-lain. Bijih timah sangat diperlukan untuk perusahaan ayan atau mengetin makanan. getah untuk industri automobile bagi menghasilkan tayar dan bahan penebat elektrik serta sutera dan kapas untuk industri tekstil. Selain itu. mereka juga bertujuan mencari tanah jajahan baru untuk meluaskan pasaran bagi barangan siap yang dihasilkan oleh industri mereka. Justeru itu, tumpuan diberikan ke atas negara yang bukan sahaja memiliki hasil bumi yang banyak. malahan turut juga mempunyai bilangan penduduk yang ramai seperti India, China. Indonesia dan lain-lain. Tanpa bekalan bahan mentah dan pasaran. sesebuah kuasa tidak akan mencapai hasrat untuk memajukan industrinya. Lantaran itu, negara-negara itu sering bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan agar tidak terlepas peluang kepada kuasa barat yang lain. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa faktor mekantilisme telah membawa kepada campur tangan kuasa-kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Antaranya ialah perluasan kuasa Inggens di Myanmar. Myanmar sememangnya mempunyai kepentingan ekonomi bagi lnggeris. Hal ini kerana Myanmar kaya dengan bahan mentah seperti kayu jati, galian batu permata. minyak dan tanah pertanian yang subur serta terletak di laluan perdagangan yang penting ke negara China. Kekayaan ekonomi Myanmar ini telah mendorong pihak Inggeris berusaha menguasai Myanmar melalui tiga siri peperangan iaitu Perang InggerisBurma Pertama, Perang Inggeris-Burma Kedua dan Perang Inggeris-Burma Ketiga. Akibatnya pada tahun 1886. seluruh Myanmar telah jatuh ke tangan Inggeris. Perluasan dan pengukuhan kuasa Belanda di Indonesia juga didorong oleh faktor yang sama. Kepulauan Maluku yang merupakan tempat yang paling kaya dengan hasil

rempah ratus akhirnya berjaya dikuasai oleh Belanda. Kuasa Belanda seterusnya berjaya mengukuhkan pengaruh di Jawa yang merupakan kawasan pertanian yang produktif yang mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada Belanda. Sementara Pantai Timur Sumatera dan Kalimantan pula kaya dengan petroleum. Justeru itu, Belanda berusaha mengukuhkan haknya di seluruh Indonesia dalam rangka melaksanakan eksploitasi sepenuhnya kekayaan ekonomi di Indonesia melalui penubuhan syarikat perdagangan seperti Royal Dutch Shell, Syarikat Minyak Dordrecht dan lain-lain. Sepanyol pula memerluan tebu yang banyak ekoran terciptanya mesin memproses tebu untuk menghasilkan gula. Faktor ini telah mendorong penguasaan kuasa Sepanyol di Filipina. Sementara itu di Asia Timur juga berlaku perluasan pengaruh imperialisma barat yang dipengaruhi oleh faktor mekantilisme. Negara China merupakan sebuah negara yang mempunyai kepentingan perdagangan kaya dengan teh, sutera serta hasil galian. Tambahan pula. China mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Pada tahun 1830 an. jumlah penduduk China adalah melebihi 400 juta orang. jumlah ini menjadikan negara China mempunyai kuasa beli yang amat berpotensi kepada hasil pengeluaran industri barat. Kekayaan dan kepentingan ekonomi yang dimiliki oleh negara China telah menjadi daya penarik kepada negara-negara barat untuk menguasai negara China. Kekalahan China dalam Perang Candu 1 (1839 1842), Perang Candu 11(18561860) dan Perang China-Jepun (1894-1895) telah membuka ruang kepada kuasakuasa barat untuk mengeksploitasi ekonominya. Alasan yang sama juga digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memaksa Jepun nembuka pintu negaranya dengan menandatangani Perjanjian Kanagawa pada 21 Mac 1854. Dengan itu. beberapa pelabuhan Jepun telah dibuka untuk perdagangan dengan kuasa asing. Seiringan dengan kemajuan pesat dalam ekonomi perindustrian dan perdagangan, wujud persaingan antara kuasa-kuasa barat untuk menguasai sebanyak mungkin Tanah jajahan di Asia khususnya Asia Tenggara dan Asia Timur. Inggeris pada awalnya bimbang dengan perkembangan pengaruh Perancis yang sedang mara menguasai Indochina dan India. Kedua-dua kuasa ini sedang cuba mengatasi satu sama lain. Justeru itu. Inggeris mesti bertindak terlebih dahulu menguasai Myanmar sebelum Perancis berbuat demikian. Usaha Inggeris telah membuahkan hasil apabila seluruh Myanmar jatuh ke tangannya pada tahun 1886. campur tangan Inggeris di Myanmar juga didorong oleh usaha memulihkan keamanan akibat tercetusnya Pemberontakan orang Arakan. Di Indonesia. melalui dasar monopolinya. kuasa Belanda telah berjaya mengusir keluar orang Portugis, Sepanyol dan Inggeris dan bertapak dan menguasai ekonomi Indonesia. Di Negara China, kuasa-kuasa barat telah menggunakan kesempatan dan kelemahan negara China untuk meluaskan pengaruh masing-masing. Contohnya, Rusia menguasai Manchuria Selatan. Jerman menyewa Teluk Kiaocho. Inggeris mendapat Hong Kong, Wei Hai Wei dan Perancis menyewa Teluk Kangcho. Kuasa-kuasa barat juga merebut peluang menandatangani penjanjian dengan Jepun selepas Amerika merintis jalan membuka hubungan Jepun dengan dunia luar. Campur tangan lnggeris di Jepun bermula setelah menandatangani Perjanjian Nagasaki pada Oktober 1854, Rusia menandatangani Perjanjian Shimoda pada tahun 1855 diikuti oleh kuasa Belanda pada tahun 1856. Selain danipada faktor mekantilisme, tendapat juga faktor-faktor lain yang mendorong campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Kemajuan sains dan teknologi seperti penciptaan kapal berkuasa wap, pembukaan Terusan Suez. pengenalan sistem telegraf telah berjaya menyumbang kepada campur tangan dan penguasaan orang-orang barat. Ciptaan ini telah memberi kemudahan kepada orang-

orang barat untuk tiba di Timur dengan lebih cepat dan pantas. Kos perjalanan juga dapat dikurangkan. Keadaan ini memberi peluang kepada imperialis barat menegakkan kekuasaan di Timur. Di samping itu. orang-orang barat juga berazam membalas dendam terhadap orangorang Islam kerana kekalahan mereka dalam Perang Salib. Justeru itu, mereka berusaha menghapuskan kekuasaan dan kejayaan Islam di Asia Tenggara dengan memperhebatkan misi suci untuk mengkristiankan penduduk di Asia Tenggara. Bukti kejayaan mereka terserlah apabila kuasa Sepanyol telah berjaya mengkristiankan penduduk Filipina dan tindakan Perancis menuntut kebebasan paderi Kristian di Indochina. Mereka juga mendakwa bahawa campur tangan orang-orang barat adalah didorong oleh rasa tanggungjawab untuk memperadabkan atau mentamadunkan orang Asia setanding dengan peradaban barat yang dianggap lebih baik dan unggul. Kesimpulannya. kepentingan mekantilisme merupakan faktor paling berpenganuh dalam mendorong campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Ianya dibuktikan dengan berlakunya perubahan yang pesar dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi di Negara terlibat. Wala bagaimanapun, factor-faktor lain turut juga membantu dan menyumbang kea rah campur tangan kuasa-kuasa barat pada abad ke 19.

2.2 Campur Tangan


Jelaskan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa (1854) dan Perjanjian Nanking (1842) di negara Jepun dan China
Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika, manakala Perjanjian Nanking ditandatangani antara China dengan British. Kedua-dua perjanjian merupakan perjanjian penting yang membawa banyak kesan politik, ekonomi, dan sosial terhadap China dan Jepun. Kegiatan perdagangan giat dijalankan Amerika Syarikat pada awal abad ke 19, iaitu kegiatan perdagangannya dengan Negara China di Canton. Atas kepentingan inilah Amerika Syarikat merasakan betapa pentingnya mencari pelabuhan persinggahan. Dalam hubungan ini negara Jepun merupakan negara yang paling sesuai sebagai pangkalan arang batu dan juga pelabuhan persinggahan. Disamping itu Amerika Syarikat juga menjalankan kegiatan menangkap ikan paus di Pasifik Utara dan kebiasaannya anak-anak kapal sering terkandas di pinggir laut Jepun. Memandangkan keadaan yang sedemikian, Amerika Syarikat merasakan perlu diadakan hubungan dengan menghantar rombongan ke Jepun bagi memenuhi kepentingan desakan ekonomi ini. Hasil pertemuan ini maka perjanjian Kanagawa telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dengan Jepun pada tahun 1854. Ini merupakan perjanjian yang pertama bagi Negara Jepun ke atas Negara Barat. Sesungguhnya perjanjian ini membawa kesan yang banyak ke atas Negara Jepun Dari segi politik, Perjanjian Kanagawa menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu Jepun. Ini jelas jika dilihat beberapa siri perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang lain iaitu

dengan Britain (1854), Russia (1855) dan Belanda pada tahun 1858. Amerika Syarikat berjaya membuka konsulnya di Jepun yang diketuai oleh Townshed Harris. Dengan adanya konsul ini hubungan diplomatic yang kukuh antara Jepun dan Amerika Syarikat terjalin. Beberapa pelabuhan perjanjian dibuka malah Amerika Syarikat juga diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda Jika dilihat dari sudut politik yang lain pula, perjanjian Kanagawa memberi pengaruh yang besar kepada kejatuhan pengaruh Shogun. Pengaruh Shogun semakin lemah dan orang ramai dan golongan pembesar mendesak supaya Shogun digulingkan. Pihak Barat pula mengambil peluang ini untuk mengagung-agungkan maharaja dalam gerakan yang dikenali sebagai sonno-jai. Mereka mendesak supaya kuasa maharaja yang selama ini hilang dikembalikan semula. Shogun akhirnya terpaksa tunduk dan secara rasminya menyerah kuasanya kepada Maharaja Meiji. Dari segi ekonomi, Perjanjian Kanagawa menandakan berlakunya kegiatan perdagangan yang lebih pesat antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat. Di bawah perjanjian tersebut, Jepun telah membuka dua buah pelabuhan. iaitu Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan tujuan berdagang. Anak-anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik. Hubungan perdagangan antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat telah ditetapkan. Dari segi sosial, terdapat kemasukan unsur-unsur Barat seperti barangan buatan Barat dan fahaman Barat. Di negara China, keadaannya amat berbeza sama sekali dimana Britain telah memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking pada tahun 1842 selepas China kalah dalam perang Candu I. Dengan termeterainya perjanjian ini menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu China. Kerajaan China di bawah Dinasti Manchu juga terpaksa mengadakan hubungan dengan kuasa asing yang lain. Pada tahun 1844, China menandatangani Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Pada tahun 1847 pula, kerajaan Manchu mengadakan perjanjian dengan Norway dan Sweden. Termeterainya Perjanjian Nanking telah mendedahkan kelemahan Dinasti Manchu. Terdapat kepercayaan umum bahawa Dinasti Manchu telah kehilangan mandat daripada syurga untuk memerintah. Terdapat percubaan menggulingkan Dinasti Manchu yang semakin lemah itu. Dari segi ekonomi, China terpaksa membuka lima buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai kepada kuasa Barat demi perdagangan. Ini bermakna China terpaksa menerima perdagangan bebas. China juga terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada Britain. Sistem monopoli perdagangan Co-hong telah dihapuskan. Kerajaan China dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 21 juta tael kepada Britain. Dari segi sosial, China didedahkan kepada unsur-unsur Barat seperti barangan asing, agama Kristian, dan fahaman Barat. Agama Kristian telah disebarkan dengan meluasnya di Negara China. Sebagai kesimpulan, kedua-dua Perjanjian Kanagawa dan Nanking berbeza. Jepun menandatangani Penjanjian Kanagawa secara sukarela, manakala China menandatangani Perjanjian Nanking selepas dipaksa. Selepas perjanjian, Jepun menjadi moden dan kuat, manakala China semakin lemah dan semakin dicerobohi oleh Barat sehingga menjadi Semi Colony.

Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring


Ulaskan sebab-sebab Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring dan kesankesannya ke atas negara Burma dan Thailand Britain berminat dengan negara Burma kerana kepentingan ekonominya. Britain terlibat dalam satu peperangan dengan Burma, iaitu Perang Inggeris-Burma I yang berlaku pada tahun 1824 hingga tahun 1826. Perang ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Yandabo pada tahun 1826. Bagi Thailand pula, atas kesedaran Raja Mongkut, Perjanjian Bowring ditandatangani antara beliau dengan Britain pada tahun 1855. Kedua-dua perjanjian ini ditandatangani atas sebab-sebab tertentu dan mempunyai kesan ke atas negara masing-masing. Perjanjian Yandab telah menamatkan Perang lnggeris-Burma 1. Punca peperangan ini adalah mengenai masalah sempadan. Raja Bodawpaya telah menakluki Arakan yang berjiran dengan Chittagong. Dengan ini, Kerajaan lndia-Inggeris dan Burma berkongsi satu sempadan. Pentadbiran Burma di Arakan sangat zalim. Berlaku banyak pemberontakan dan ramai pemberontak melarikan diri ke Chittagong. Burma menuntut agar Kerajaan lndia-lggeris menyerahkan pemberontak Arakan. Pada tahun 1811, hubungan British dan Burma semakin tegang apabila Chin Byan menakluki Mrohoung, sebuah bandar Burma. Burma mengesyaki bahawa British telah menyokong Chin Byan. Pertentangan kebudayaan juga membawa kepada meletusnya Perang Inggeris - Burma 1. Burma ialah sebuah kuasa konservatif dan merasa dirinya tidak boleh dikalahkan. Utusan British dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adat menanggalkan kasut dan duduk bersila di atas lantai sebelum mengadap raja. British enggan melakukannya dan menganggapnya sebagai satu penghinaan. Utusan British memang gagal mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan konsesi perdagangan . ini juga membawa kepada ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak. Satu lagi faktor ialah kebimbangan kemaraan kuasa Perancis. Perancis berharap dapat menggunakan Burma sebagal tapak untuk menyerang British di India. Perancis telah membina sebuah pangkalan di Mergui. Kerajaan India-lnggeris ingin memujuk Burma supaya melarang Perancis daripada menggunakan pelabuhannya. British terpaksa mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Burma supaya Burma tidak berpakat dengan Perancis untuk menentangnya. Dasar perluasan kuasa Burma ke Assam, Manipur dan Cachar telah meretakkan hubungan antara British dengan Burma. Raja Bagyidaw dengan bantuan .Jeneral Maha Bandula memulakan serangan ke atas Assam pada tahun 1822 dan kemudiannya ke Manipur dan Cachar. serta Pulau Shahpuri. Ini memberikan peluang kepada British untuk mengisytiharkan perang ke atas Burma pada tahun 1824. Syarat-syarat Perjanjian Yandabo adalah seperti yang berikut: (a) Wilayah Arakan dan Tenasserim diserahkan kepada British. (b) Burma bersetuju menggugurkan semua tuntutannya ke atas Assam dan Manipur. (c) Burma bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee kepada British. (d) Burma bersetuju menerima seorang Residen British untuk menjalinkan hubungan

diplomatik. (e) Burma bersetuju menghantar duta ke Calcutta. Perjanjian Yandabo merupakan satu penghinaan kepada Kerajaan Burma. Burma kehilangan banyak kawasan pantai. Perang lnggerisBurma I menandakan permulaan penjajahan British di Burma. Raja Mongkut sedar dan peka terhadap pergolakan politik sekitar Asia dan dasar imperialisme Barat. Contoh tersebut dilihat daripada kejatuhan Burma Hilir ke tangan British selepas Perang liiggeris-Burma I, pencerobohan British di China yang menyebabkan Perang Candu I dan penguasaan Perancis ke atas Lembah Mekong. Raja Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan Siam akan merugikan Siam sendiri. Raja Mongkut dengan relanya telah menandatangani Perjanjian Bowring dengan British pada tahun 1855. Syarat-syarat Perjanjian Bowring 1855 adalah seperti yang berikut: (a) Perdagangan bebas dijalankan. (b) Cukai import 3% ad valorem dan eksport 5% ad valorem (c )British boleh membeli dan menyewa tanah dalam lingkungan 6 KM dari Bangkok (d)Import Candu ke Siam dibenarkan (e) Seorang konsul British ditempatkan di Siam untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Raja Siam. (f) Eksport beras dibenarkan. (g) Rakyat British di Siam diberi hak-hak wilayah asingan. Perjanjian Bowring disusuli oleh perjanjian dengan kuasa-kuasa asing yang lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat (1856). Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Prusia (1860), Belgium (1868), Itali, Norway, dan Sweden (1868). Kuasa-kuasa Barat ini mendapat keistimewaan yang sama seperti yang diperoleh British. Perjanjian Bowring merupakan perjanjian yang paling memuaskan hati pihak British. Perjanjian Bowring menandakan permulaan Dasar Buka Pintu Siam. Dasar ini telah membawa Siam ke arah pemodenan. Raja Mongkut telah memulakan pemodenan Siam di sekitar istana dan Bangkok. Beliau mengupah penasihat asing untuk mengetuai jabatan-jabatan tertentu. Dasar luar negeri ini yang bertujuan mengadakan hubungan diplomatik untuk berbaikbaik atas dasar persamaan taraf menyelamatkan Siam daripada diserang oleh kuasakuasa luar. Raja Mongkut berjaya mengekalkan kemerdekaan Siam. Zaman imperialisme Barat dan pada masa kebanyakan negara lain di Asia Tenggara dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, Perjanjian Bowring dengan disusuli oleh perjanjianperjanjian lain telah membawa Siam ke arah perkembangan dan kemajuan yang pesat. Pelaburan modal asing menambahkan lagi perkembangan perdagangan dan ekonomi Siam. Siam telah ditarik ke dalam rangkaian perdagangan antarabangsa. Kesimpulannya. boleh dikatakan bahawa Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring

agak berbeza. Di bawah Perjanjian Yandabo, Burma Hilir dijajah dan Burma dipaksa menandatangani Perjanjian Yandabo akibat peperangan dengan British. Bagi Siam pula. pemodenan dapat dijalankan selepas Perjanjian Bowring dimeterai. Siam mendapat keuntungan daripada Perjanjian Bowring kerana tetap merdeka dan menjadi semakin moden.

Bincangkan kepentingan Perjanjian Kanagawa dan Perjanjian Bowring ke atas negara Jepun dan Thailand.
Pengenalan Abad ke 19 menandakan permulaan kepada persaingan kuasa-kuasa imperialis Barat untuk meneroka dan menguasai bahan-bahan mentah di Asia. Jepun dan Thailand merupakan dua buah negara yang menjadi sasaran Barat untuk memperluaskan penguasaan mereka dalam bidang ekonomi. Termenterainya perjanjian Kanagawa dan Bowring bermakna berakhirlah dasar isolasi yang diamalkan oleh kedua-dua buah Negara tersebut. Perjanjian-perjanjian ini telah memberi kesan yang mendalam ke atas keduadua buah negara tersebut dalam hubungannya dengan negara-negara Barat Isi Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika Syarikat pada 31 Mac 1854. Dengan perjanjian ini bermakna Jepun dengan secara rasminya telah menamatkan dasar pemencilan yang diamalkan sebelum ini. Perjanjian ini juga telah membawa kepada pembukaan beberapa pelabuhan iaitu Shimoda, Hakodate dan Nagasaki kepada Negara-negara barat. Kadar cukai import dan eksport ditentukan oleh Jepun, malah Amerika Syarikat diberi layanan istimewa dengan mendapat hak wilayah asingan. Perjanjian Kanagawa juga dianggap sebagai perintis ke arah hubungan Jepun dengan kuasa-kuasa Barat yang lain dan ini terbukti daripada beberapa siri perjanjian yang telah ditanda tangani Jepun dengan kuasakuasa Barat yang lain seperti Perjanjian dengan British (1854), Perjanjian dengan Rusia (1855) dan Perjanjian dengan Belanda (1856) Dengan adanya perjanjian-perjanjian yang sebegini bermakna Jepun mula menjalin hubungan diplomatic dengan Negara British, Amerika Syarikat, Belanda, Rusia dan Perancis. Tindakan sebegini terpaksa diambil demi menyelamatkan Negara Jepun dari kuasa asing seperti yang dialami Negara China dalam Perang Candu I. Malah dasar terbuka ini telah membawa menafaat yang besar kepada Jepun dalam pelbagai aspek seperti pentadbiran, ketenteraan, ekonomi dan social terutamanya semasa era pemerintahan Maharaja Meiji. Ini bermakna Negara Jepun merupakan

sebuah Negara di Asia Timur yang terselamat daripada ancaman dan pencerobohan kuasa-kuasa Barat. Walaubagaimanapun, pembukaan Jepun kepada kuasa-kuasa Barat telah menimbulkan beberapa masalah dalam Negara. Kedatangan orang-orang Barat yang semakin bertambah dan ini menimbulkan perasaan benci orang Jepun kepada orang-orang Barat yang akhirnya membawa kepada gerakan anti Barat Perjanjian Kanagawa juga merupakan detik awal kepada kejatuhan Shogun Tokugawa. Kelemahan pentadbiran Shogun Tokugawa telah memberi kesempatan kepada Satsuma, Toza, Chosu dan Hizen untuk bangun menentang pentadbiran Syogun. Kuasa-kuasa Barat turut menyalahkan Syogun Tokugawa berikutan gerakan anti Barat. Desakan-desakan dan tekanan-tekanan yang dihadapi ini menyebabkan akhirnya Shogun Tokugawa meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada Maharaja Meiji. Di Thailand pula, Perjanjian Bowring yang ditandatangani antara Thailand dengan British telah menamatkan dasar pintu tertutup yang diamalkan selama ini. Malah Thailand telah membuat perjanjian perdagangan dengan Negaranegara lain seperti Belgium, Perancis, Rusia, Portugal dan Belanda. Disamping itu sector ekonomi Thailand berkembang dengan pesatnya. Thailand telah menjadi pengeksport utama beras dan kayu jati. Pada masa yang sama Thailand turut mengimport alat-alat ganti jentera, peralatan pengangkutan besi keluli dan sebagainya. Kegiatan ekonomi moden yang pesat ini telah membawa kepada kemerosotan kegiatan ekonomi sara diri. Penguasan ekonomi Thailand oleh orang Cina mula merosot. Kegaitan monopoli perdagangan kini diambil alih oleh pedagang-pedagang British. Perjanjian Bowring juga telah membawa kepada pengenalan system kewangan moden. System perbankan diperkenalkan bagi memudahkan kegiatan perdagangan. Mata wang Bath mula digunakan semasa pemerintahan Raja Mongkut. Perubahan susunan kewangan kerajaan Thailand telah mengubah system cukai dan menamatkan monopoli perdagangan oleh golongan bangsawan dan kerajaan Thailand. Kesan Perjanjian Bowring ini telah membawa kepada lebih daripada dua puluh perjanjian antara Thailand dengan kuasa-kuasa Barat yang telah membawa kesan lain iaitu kuasa Barat boleh mendirikan konsul mereka, menyebarkan agama Kristian dan kapal-kapal boleh berlabuh di pelabuhan Thailand. Pemerintah Thailand yang dikatakan berpandangan jauh ini telah menjalankan proses pembaratan, membuka peluang perdagangan dengan

kuasa asing, menamatkan pemencilan menyebabkan Thailand satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang berjaya mengekalkan kemerdekaannya. Penutup Perjanjian Kanagawa dan Perjanjian Bowring telah membawa lembaran baru kepada kedua-dua negara tersebut. Menerusi perjanjian-perjanjian ini Jepun dan Thailand telah menjadi sebuah negara yang moden dan mula menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat atas prinsip persamaan taraf.

2.3 Kesan Terhadap Masyarakat dan Negara.


Perang Jawa dan Dahagi India
Konflik antara nilai tempatan dengan nilai Barat telah mencetuskan Dahagi India (1857) dan Perang Jawa (1825). Jelaskan. Dahagi India yang tercetus di India pada tahun 1857 dan Perang Jawa yang tercetus di Indonesia pada tahun 1825 merupakan gerakan antipenjajah. Kedua-dua gerakan menentang penjajahan British di India dan Belanda di Indonesia atas sebab konflik antara nilai Barat dengan nilai tempatan. Pembaharuan social yang dilakukan oleh Lord William Bentick di India yang pada anggapan dan pemikiran barat sebagai tradisi kuno dan merugikan telah membawa kepada penentangan terhadap Barat. Sebagai contoh amalan suttee merupakan satu adat resam yang telah berakar umbi sejak sekian lama dalam masyarakat India. Amalan ini merupakan satu pengorbanan yang dilakukan oleh si isteri di timbunan kayu mayat suami mereka semasa upacara pengebumian. Bagi British amalan ini satu jenayah besar kerana balu si mati sering kali dipaksa berbuat demikian oleh saudaramaranya. Undang-undang untuk mengharamkan amalan ini dikeluarkan pada tahun 1828. Amalan thugee pula ialah satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Kumpulan-kumpulan agama ini akan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewa Kali. Amalan ini juga telah dihapuskan oleh British. Begitu juga dengan amalan pembunuhan bayi perempuan. Satu peristiwa yang menggemparkan telah berlaku apabila terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa peluru senapang rifle enfield yang baru yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris telah disapu dengan minyak lembu dan babi dihujungnya. Sepoi-sepoi Hindu dan Muslim berpendapat tindakan Inggeris ini menentang kebudayaan dan agama mereka dan beranggapan bahawa Inggeris cuba untuk mengkristiankan mereka. Pengenalan Akta Pengambilan Tentera Am juga menimbulkan ketegangan di kalangan kaum Brahmin dan Rajput. Di bawah akta ini, askar-askar sepoi boleh dihantar ke merata wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada kasta yang tinggi. Mereka bimbang kasta tinggi mereka ini akan

tercemar dengan berlakunya perpindahan. Sungai Ganges dianggap suci oleh orang India. Tindakan British hendak membina tali air yang menghubungkan beberapa kawasan dengan Sungai Ganges dianggap telah mengancam kepercayaan dan kesucian agama Hindu. Pengenalan kepada system pendidikan Barat juga telah disalah ertikan oleh orang India. Mereka beranggapan bahawa British cuba mengkristiankan orang India dan menghapuskan tradisi-tradisi mereka dan system pendidikan Hindu. Undang-Undang Lesap Waris Lord Dalhousie telah menafikan hak-hak tradisional dari segi perwarisan. Orang India terlalu marah dengan tindakan British yang menduduki wilayah-wilayah yang tiada pewaris sah. Di Indonesia pula, Perang Jawa tercetus atas sebab pembatalan kontrak sewaan tanah oleh Belanda. Dalam kontrak tersebut, orang-orang Eropah dibenarkan menyewa tanah untuk mengusahakan tanaman sendiri. Belanda menganggap sistem sewa tanah ini sebagai satu bentuk penindasan ke atas masyarakat tempatan. Undang-undang telah diluluskan untuk membatalkan semua kontrak sewaan tanah. Tokoh yang memainkan peranan penting dalam perang Jawa ialah Dipo Negoro. Beliau membenci Belanda kerana mempermainkan hak perwarisan takhtanya dan juga soal-soal keagamaan. Dipo Negoro sebenarnya merupakan anak sulung Amangkubuwono III. Apabila Amangkubuwono mangkat, Dipo Negoro telah diketepikan. Raffles yang memerintah Indonesia ketika itu telah melantik putera yang lebih muda iaitu Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta. Apabila Djarot mangkat dan Indonesia diambil alih oleh Belanda sekali lagi Dipo Negoro telah diketepikan apabila anak Djarot yang baru berusia dua tahun dilantik menjadi raja menggantikan ayahda nya. Dari segi keagamaan, Belanda tidak mengakui Dipo Negoro sebagai pemimpin agama Islam walaupun beliau disanjung tinggi oleh masyarakat tempatan. Mengikut kepercayaan tradisi orang-orang Jawa, Dipo Negoro boleh dianggap sebagai Ratu Adil. Dipo Negoro menjadi harapan mereka untuk membela nasib dan menyelamatkan mereka daripada segala penindasan dan kongkongan penjajahan Belanda. Keadaan ini menjadi lebih genting lagi apabila Belanda hendak membina sebatang jalan raya di Jogjakarta yang betul-betul melalui kawasan pemakaman moyang Dipo Negoro. Beliau berasa terhina dengan tindakan Belanda ini kerana telah melanggar tatasusila dan nilai-nilai social serta agama Islam sendiri. Bagi Dipo Negora tindakan ini sudah keterlaluan lalu melancarkan Perang Jihad ke atas Belanda. Jelas bahawa terdapat konflik antara nilai Barat dengan nilai tempatan. Kuasa-kuasa Barat tidak sensitif terhadap amalan dan kepercayaan tempatan. Mereka hanya menganggap sesuatu amalan sosial tidak berperikemanusiaan dari kaca mata mereka, sedangkan amalan-amalan sosial yang ada telah berakar umbi dalam masyarakat tempatan. Ini bermakna, British dan Belanda telah campur tangan dalam adat resam penduduk tempatan.

Jelaskan situasi yang berlaku dalam Dahagi di India

LATAR BELAKANG Peristiwa Dahagi penting bagi sejarah India kerana ia merupakan pemberontakan terbesar di India Pemberontakan ini merupakan satu rusuhan golongan tentera atau sepoi menentang Inggeris di India Mengapakah orang India menganggap peristiwa ini penting? Ada dua sebab mengapa mereka berkata demikian : 1 Pemberontakkan ini dikatakan titik permulaan perjuangan kebangsaan menentang penjajah 2 Orang India juga menganggap pemberontakan ini sebagai perang kemerdekaan Siapakah yang terlibat dalam pemberontakan ini? Sudah tentulah mereka yang tidak puas hati dengan Inggeris. Mereka itu terdiri daripada golongan tentera, golongan putera raja, pembesar dan nawab yang jelasnya telah menggangu gugat kepentingan mereka yang selama ini dikecapi sebelum kedatangan Inggeris Apa pula jika dilihat dari sudut pandangan Inggeris Bagi Inggeris, pemberontakan ini bukanlah satu pemberontakan bersifat kebangsaan kerana pada ketika itu belum wujud sebuah negara bernama India. Inggeris juga berpendapat, pemberontakan ini hanyalah berlaku disekitar Qudh dan Rohilkand dan bukannya melibatkan seluruh India Oleh itu apakah uniknya Dahagi India ini? Ini boleh dilihat daripada perjuangan pemberontakan ini. Apa yang jelas sekali perjuangan mereka sebenarnya berdasarkan kepentingan masing-masing. Malah perjuangan ini tidak melibatkan semua golongan tentera kerana tentera Sikh dan rejimen tempatan masih tetap memihak kepada Inggeris Faktor-faktor penentangan 1. Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie Ini merupakan satu cara mudah bagi Inggeris menguasai India. Ada tiga alasan yang digunakan oleh Inggeris untuk menakluki beberapa wilayah India berdasarkan Doctrine of Lapse iaitu i. Undang-undang Lesap Waris ii. Hak menakluk kuasa Agung iii. Penyalahtadbiran pemerintah tempatan Melalui dasar ini Inggeris berjaya mengilhakan wilayah Punjab, Karnatik, Qudht, Tanjur, Satera, Jhansi,Baghat Jaitpur dan Sambalpur. Dasar Inggeris ini dianggap oleh India sebagai tidak sah malah menjatuhkan maruah pemimpin tempatan. Ini dapat dilihat daripada penentangan yang melibatkan golongan putera-putera raja yang memerintah seperti Nawab, Raja Tanjor, dan Nana Sahib. Nana Sahib tidak puas hati dengan tindakan Inggeris membatalkan bayaran pencen yang sepatutnya diterima, malah perasaan dendam itu menjadi bertambah hebat lagi apabila tanah dan estet ayah angkatnya dirampas oleh Inggeris. Atas alasan itulah Nana Sahib mengetuai Dahagi diKaunpur. 2. Pembaharuan Pentadbiran Inggeris i. Suruhanjaya Inam Ini adalah kajian terhadap Pajakan Tanah tanpa sewa Melalui dasar ini Inggeris menyebabkan 20 000 estet di Deccan jatuh ke tangan Inggeris Tindakan ini telah menjejaskan pendapatan penduduk yang selama ini menggunakan sistem lama.

Malah Inggeris telah mengubah pentadbiran hasil tanah yang sudah tentunya memberi kesan kepada pemilik dan penyewa tanah ii. Pengenalan undang-undang British dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kehakiman juga ditentang oleh penduduk tempatan iii. Pembatalan jawatan tinggi kepada penduduk India. Ini bermakna jawatan ini hanya diberi kepada orang Inggeris dalam perkhidmatan awam dan tentera. Ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka yang terlibat. 3. Pembaharuan Sosial a. Amalan Sutee Ini berkaitan dengan pengorbanan diri balu-balu Hindu apabila si suami meninggal dunia. Dalam upacara pembakaran si suami, si isteri akan turut sama dibakar bersamasama suami mereka yang telah mati Malah terdapat balu-balu ini dipaksa untuk melakukan amalan ini oleh sanak saudara kerana ingin memiliki harta simati. Bagi Inggeris tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan dianggap satu perbuatan jenayah. Oleh itu Inggeris menghapuskan amalan ini melalui pembentukan undang-undang pada tahun 1929. b. Amalan Thugee Ini berkaitan rapat dengan kumpulan agama yang bersenjata Mereka ini akan menjalankan rompakan dan pembunuhan di jalanan. Mereka ini akan menyamar diri dan mencekik sampai mati ke atas pengembarapengembara atas nama Dewi Kali c. Menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan Amalan ini sebenarnya bagi mengelakkan ibubapa menanggung derita dan malu daripada pemberian dowri kepada suami apabila anak perempuan itu berkahwin kelak. Amalan ini sebenarnya merupakan adat turun temurun yg dilakukan masyarakat India d. Meluluskan Akta Kahwin semula Bagi penganut agama Hindu, seseorang yang ditinggalkan oleh si suami adalah dilarang untuk berkahwin semula. Dengan adanya akta ini bermakna telah melanggar adat tradisi masyarakat India Meskipun idea-idea radikal Inggeris ini baik tetapi ia tidak diterima oleh masyarakat tempatan kerana melanggar adat resam mereka. 4. Pengenalan teknologi Barat Teknologi Barat yang diperkenalkan oleh Inggeris ialah pembinaan jalan keretapi dan telegraf. Masalah yang timbul di sini ialah tetang amalan Inggeris yg tidak membenarkan orang India menaiki keretapi kelas satu dan dua Bagi orang India sistem ini mengancam sistem kasta dan sekaligus mencemarkan ajaran agama Hindu. Amalan diskriminasi ini sebenarnya telah menjatuhkan maruah masyarakat India yang berkelas tinggi. 5. Perasaan Dendam Sepoi Ini sebenarkan merupakan sebab serta merta yang mencetuskan Dahagi India. Perasaan dendam sepoi ini tercetus berdasarkan empat isu utama iaitu : a. Tentera yang berkasta tinggi berkhidmat di luar India Ini melibatkan golongan tentera dari Benggala yang terdiri daripada kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi. Mereka ini dari wilayah Qudh dan barat laut India Apabila Inggeris mengarahkan mereka berkhidmat di luar India bermakna mereka

ini telah mencemar kedudukan dan pandangan tinggi masyarakat India terhadap mereka. Imej mereka sebagai golongan berkasta tinggi terjejas. b. Akta pengambilan tentera am Menurut akta ini sepoi-sepoi India akan dihantar ke wilayah-wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Tindakan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati Tindakan Inggeris ini sebenarnya untuk mengimbangi bilangan tentera India dan Eropah. c. Amalan diskriminasi dalam tentera Sepoi-sepoi India menerima gaji dan layanan yang jauh lebih rendah daripada apa yang diterima tentera Inggeris. Sistem kenaikan pangkat berdasarkan mengikut tempoh perkhidmatan bukan berdasarkan kepada kebolehan. Ini mengecewakan pegawai-pegawai yg berkebolehan tambahan pula pihak Inggeris sengaja menukarkan mereka untuk mengisi jawatanjawatan awam yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka. d. Masalah senapang Inggeris telah memperkenalkan senapang Rifle Royal Enfield Masalahnya di sini ialah peluru yang digunakan hendaklah digigit terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam senapang. Di percayai bahawa peluru tersebut telah disapu dengan minyak babi dan lembu Suasana ini sebenarnya telah menyentuh isu keagamaan dan kebudayaan tradisional mereka yang membabitkan sepoi Hindu dan muslim. Walaupun Inggeris telah menarik balik peluru tersebut namun ini tidak dapat menamatkan kemarahan penduduk India, akhirnya mereka ditangkap dan dipenjarakan. Tindakan ini membangkitkan kemarahan tentera sepoi yang lain dan akhirnya melancarkan pemberontakan menentang Inggeris

Huraikan kesan-kesan penghijrahan orang Cina ke Indonesia dan Filipina sehingga Perang Dunia Kedua
Pengenalan Perkembangan ekonomi yang begitu pesat sekitar abad ke 19 telah berlaku kekurangan buruh untuk menggerakkan sector ekonomi di Asia Tenggara. Keadaan ini menjadi bertambah rumit apabila penduduk tempatan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sector ekonomi moden. Bagi mengatasi masalah buruh ini pihak Barat telah membawa masuk buruh asing dari China dan India. Belanda telah membawa masuk buruh Cina ke Indonesia untuk menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah, sementara pemerintah Sepanyol di Filipina telah membawa orang Cina untuk menjalankan kegiatan ekonomi moden. Bagaimanapun kedatangan buruh asing ini telah menimbulkan pelbagai kesan dari sudut politik, ekonomi dan social. Isi Kedatangan orang Cina ke Indonesia telah membawa kebaikan kepada pemerintah Belanda kerana kegiatan ekonomi berkembang dengan baik, tetapi dalam masa yang sama telah menimbulkan ketidakpuasan hati kepada penduduk tempatan. Pada peringkat awal kegiatan ekonomi orang Cina hanyalah dalam aktiviti perburuhan di estet estet Belanda. Bagaimanapun menjelang pertengahan abad ke 19, orang Cina telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi terutamanya perdagangan. Mereka mula menjalankan kegiatan pengangkutan feri, perjudian dan sebagainya. Pendek kata orang Cina telah Berjaya menguasai ekonomi Indonesia malah kekayaan mereka melbihi kekayaan penduduk pribumi. Menyedari ancaman daripada penduduk

pribumi dan bagi menjamin perniagaan mereka dilindungi, orang Cina telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina pada tahun 1908. Dari sudut social pula, orang Cina telah menubuhkan sekolah Cina untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Ini sudah tentu memberi kesan ke atas system pendidikan Negara Indonesia. Bagaimanapun system persekolahan tersebut menggunakan kurikulum Belanda. Tujuan Belanda berbuat demikian adalah untuk menyekat pengaruh sekolah Cina dan cuba mengurangkan penguasaan orang Cina di Indonesia. Perkembangan ini telah mendapat bantahan daripada kerajaan Negara China dan Persatuan China Seberang Laut. Dari segi politik, orang Cina juga terlibat dalam bidang pentadbiran. Apabila Belanda menubuhkan Volsksraad pada tahun 1918, orang Cina telah memainkan peranan penting dalam Dewan tersebut. Suara mereka didengar dalam Dewan perwakilan demi memperjuangkan hak dan kepentingan mereka. Orang Cina juga terlibat dalam gerakan nasionalisma. Walaupun gerakan mereka menjurus kepada perkembangan nasinalisme Negara asal mereka, namun ini telah memberi kesedaran kebangsaan orang Cina di Indonesia dengan wujudnya pertubuhan seperti Persatuan Orang Cina dan Kelab pengembara Nanyang. Pertubuhan ini giat mengadakan kempen kesedaran di kalangan orang Cina. Walau bagaimanapun kegiatan mereka ini disekat oleh Belanda kerana bimbang akan terbentuknya kerjasama antara orang Cina dengan golongan nasionalis Indonesia. Kedatangan orang Cina di Filipina telah membawa kesan yang besar terhadap perkembangan ekonomi Filipina. Orang Cina di Filipina melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan borong dan runcit, perlombongan, perbankan dan pertanian. Dalam perniagaan beras, orang Cina menguasai lebih 2000 daripada 2500 kilang beras yang terdapat di Filipina. Selain itu mereka juga terlibat dalam industry pembalakan, kilang garam, dan juga sebahagian besar kilang-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan barangan kulit, tembakau dan pemprosesan makanan. Semasa Filipina di bawah Amerika Syarikat, orang Cina merupakan pemodal kedua terbanyak dalam bidang perbankan selepas Amerika Syarikat dengan modal sebanyak 100 juta dollar AS. Mereka juga terlibat dalam penerokaan tanah-tanah kawasan sungai dan kampong-kampung tepi pantai di Kepulauan Selatan Filipina. Kedatangan orang CIna di Filipina juga telah member kesan kepada system pendidikan di Filipina dengan terbinanya sekolah-sekolah Cina sekitar pertengahan abad ke 19. Semasa penjajahan Sepanyol terdapat dua jenis pendidikan sekolah Cina iaitu sekolah yang didirikan oleh mubaligh kristian dan sekolah yang didirikan oleh orang CIna. Sekolah Cina yang pertama di Filipina ialah Anglo Chinese. Kebanyakan pelajar diajar tentang buku-buku klasik Cina dan tulisan Cina. Sehingga abad ke 20 terdapat 58 buah sekolah Cina di seluruh Filipina. Kebanyakan sekolah ini dibiayai oleh Dewan Perniagaan Umum Cina Kemasukan orang Cina telah melahirkan apa yang dipanggil golongan Mestizo. Golongan ini muncul hasil perkahwinan campur antara orang Cina beragama Kristian dengan penduduk tempatan yang berketurunan Tagalog. Golongan ini diberikan beberapa keistimewaan misalnya diberi tanah yang dikecualikan daripada cukai. Mereka muncul sabagai kuasa ekonomi yg berpengaruh di Filipina malah menjadi orang tengah antara pengimport barat dengan pengeluar Filipina. Mereka juga menguasai perdagangan antara pulau-pulau di Filipina. Kesimpulannya kedatangan orang Cina di Filipina dan Indonesia telah member kesan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat tempatan. Kesan yang paling penting ialah penguasaan ekonomi orang Cina ke atas kedua-dua buah Negara tersebut.

Keadaan ini sudah tentu member saingan kepada penduduk tempatan dan dalam keadaan tertentu telah menutup peluang perniagaan penduduk tempatan. Dalam keadaan sedemikian, timbul gerakan anti Cina yang dilancarkan penduduk pribumi di Indonesia dan Filipina yang membawa tindakan keganasan. Malah pihak penjajah yang menguasai kedua-dua Negara tersebut telah cuba mengenakan sekatan ke atas orang Cina bagi menghalang monopoli orang Cina dalam perniagaan

Penentangan rakyat Filipina ke atas Penjajahan Sepanyol


Pemberontakan rakyat Filipina Menentang kuasa Sepanyol Tujuan penjajahan Sepanyol di Filipina Untuk menguasai perdagangan rempah Sebagai pangkalan tapak penyebaran agama kristian di negara China dan Jepun. Mengkristiankan penduduk Filipina Sepanyol memerintah Filipina selama 300 tahun. Dlm tempoh tersebut berlaku penindasan yg dilakukan oleh pegawai-pegawai dan pederi Sepanyol. Sejak awal pemerintahan Sepanyol, masyarakat tempatan sering bangun menentang penjajah kerana tidak puas hati dgn tindakan pegawai-pegawai Sepanyol yg menggunakan kuasa mereka utk memeras rakyat jelata di Filipina. Ada diantara paderi-paderi Sepanyol yg menindas rakyat untuk kepentingan gereja. Misi Sepanyol untuk mengkristiankan penduduk Filipina telah berjaya dengan sebahagian besar penduduk telah menganut agama ini. Dari sini ramai paderi-paderi lahir akibat wujudnya proses kristianisasi terhadap penduduk Filipina. Wujud diskriminasi di antara paderi-paderi Sepanyol dengan paderi-paderi berbangsa Filipina telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka meskipun mereka ini memiliki kelayakan dan latihan setanding dgn paderi-paderi Sepanyol. Mereka hanya diberi jawatan-jawatan yg rendah di gereja. Keadaan ini telah mencetuskan anti-Sepanyol di kalangan bangsa Filipina Pelaksanaan Sistem Encomiendia, sistem Polo dan sistem Vandala telah menyemarakkan lagi perasaan anti Sepanyol Sistem Encomienda Rakyat dikenakan cukai yg tinggi sebanyak satu hingga sembilan peso Cukai ini dianggap sebagai ufti kepada pemerintah Sepanyol di Filipina. Rakyat dikerah menjadi buruh paksa kepada pentadbir Sepanyol. Sesiapa yg tidak membayar cukai dan enggan melaksanakan kerja-kerja paksa tindakan tegas akan diambil spt membinasakan kampung, mencedera dan memenjarakan mereka Sistem Polo Semua lelaki berumur antara 18-60 tahun kecuali penghulu dan putera sulung mereka dipaksa berkhidmat secara paksa selama 40 hari setahun dgn kerajaan Sepanyol. Sistem ini dianggap satu penindasan kerana mereka tidak diberi gaji sebaliknya diberi sedikit beras untuk mengelakan mereka drp mati kebuluran. Sistem Vandala Rakyat dikehendaki menyerahkan barangan tertentu kepada kerajaan secara paksa.

Lazimnya mereka tidak diberi apa-apa bayaran terhadap barang yg diserahkan. Kadangkala mereka diberi kupon yang tidak bernilai sebagai tanda hutang oleh kerajaan. Ketiga-tiga sistem ini jelas membuktikan wujudnya amalan diskriminasi dan penindasan ke atas rakyat Filipina. Akibat sistem ini berlakunya pengabaian terhadap tanaman makanan sehingga berlakunya kekurangan makanan. Keadaan ini berlanjutan sehingga membawa kebuluran dan wabak penyakit. Beribu-ribu org tlh mati kebuluran dan ada antara mereka telah melarikan diri ke kawasan pedalaman untuk mengelakkan sistem ini. Perasaan tidak puas hati ini telah membawa kepada penentangan terhadap penjajah Sepanyol namun penentangan ini bukanlah satu gerakan nasionalisma tetapi lebih kepada gerakan bersifat kedaerahan Penentangan masyarakat tempatan Filipina sebenarnya berlaku sejak abad ke 16 lagi yg melibatkan golongan tentera, agama, masyarakat awam dan golongan intelektual. Pada peringkat awal terdapat lebih kurang 100 penentangan dan lazimnya pemberontakan awal ini tidak teratur dan mudah ditewaskan oleh penjajah Sepanyol. Antara penentangan-penentangan utama sepanjang abad ke 16 hingga ke 18 ialah : Pemberontakan Tondo 1584 Penentangan Org Islam Moro di Mindanao dan Sulu. Pemberontakan petani Leyte 1621 Pemberontakan Sumoroy 1649 Pemberontakan Dagohoy di Bohol 1744 Pemberontakan Diego Silang. Pada peringkat kedua penentangan juga dipenuhi dgn kebangkitan anti-penjajahan Sepanyol yg melibatkan pemimpin tempatan, golongan aristokrat, golongan agama dan tentera. Antara penentangan yg wujud ialah : 1. Pemberontakan Basi (Casi) 1807 2. Pemberontakan Novales 1823 3. Pemberontakan Tayabas 1840-1841 4. Dahagi Tagalog 1871 5. Pemberontakan Cavite 1872 Pemberontakan Basi (Casi) 1807 Pada tahun 1807, pengharaman kerajaan Sepanyol ke atas industri membuat arak (casi) tlh mencetuskan pemberontakan Casi di Ilcandia. Industri membuat casi merupakan pekerjaan tradisional penduduk tempatan yg menghasilkan pendapatan yg lumayan kepada penduduk. Perasaan tidak puas hati timbul apabila kerajaan Sepanyol mengambil alih industri ini disebalik pengharaman industri tempatan. Keadaan ini menyebabkan rakyat Filipina yg terlibat dlm industri ini telah terjejas pendapatan mereka. Kebencian masyarakat tempatan menjadi kemuncak apabila kerajaan Sepanyol dikatakan telah menggangu adat resam masyarakat tempatan yg tlh diamalkan sekian lama. Rakyat tempatan juga dikehendaki membeli arak daripada kerajaan Sepanyol dengan harga yang tinggi Penentangan adat resam dan penindasan kerajaan Sepanyol ini telah mencetuskan pemberontakan Basi.

Pemberontakan ini dapat disamakan dengan peristiwa Whisky Rebellion di Amerika Syarikat pada tahun 1794 Pemberontakan Novales 1823 Pemberontakan ini melibatkan golongan tentera Filipina yg tidak puas hati dgn amalan diskriminasi tentera Sepanyol terhadap tentera Filipina. Mereka dibezakan dari segi gaji, taraf jawatan dan pekerjaan, layanan dan peluang kenaikan pangkat. Ini terbukti apabila tentera Filipina diberi gaji yang rendah, layanan yang buruk dan tidak berpeluang menjawat jawatan yg lebih tinggi berbanding tentera Sepanyol. Dalam pemberontakan ini tentera Filipina hampir menawan Manila. Pemberontakan ini sebenarnya satu usaha untuk mengembalikan maruah tentera Filipina yang ditindas agar setanding dgn tentera berbangsa Sepanyol. Pemberontakan Tayabas 1840-1841 Pemberontakan Tayabas merupakan pemberontakan golongan paderi-paderi Filipina menentang paderi Sepanyol. Pemberontakan ini disebabkan amalan diskriminasi dikalangan paderi Sepanyol dgn paderi Filipina. Paderi-paderi Sepanyol diberi pelbagai kemudahan, keistimewaan dan memegang jawatan yang tinggi dalam gereja sedangkan paderi berbangsa Filipina diketepikan dan tidak dibenarkan menduduki jawatan penting dalam gereja. Gerakan ini dipimpin oleh paderi Apolinario de La Cruz Beliau cuba menubuhkan persatuan Gereja St.Joseph yang ahlinya terdiri daripada orang-orang Filipina sahaja. Namun cubaan Cruz mendapat tentangan daripada gereja Katolik.Cruz kemudiannya telah menubuhkan gerejanya sendiri dan melantik dirinya sebagai ketua Cruz juga tidak dibenarkan belajar di gereja katolik sebagai langkah menghalang peluasan kuasa paderi Filipina. Cruz tlh menubuhkan pertubuhan agama yg dikenali sebagai Confrdia de San Jose yg bertujuan menghalang diskriminasi penguasa Sepanyol dlm gereja. Pertubuhan ini diharamkan oleh Sepanyol bagi menghalang bergerak aktif dan mempengaruhi paderi-paderi lain. Pemberontakan ini tamat apabila Cruz dihukum bunuh dan penyokongpenyokongnya disingkirkan daripada gereja. Dahagi Tagalog 1871 Merupakan satu gerakan penentangan menuntut persamaan hak oleh tentera berbangsa Filipina. Tindakan Kerajaan Sepanyol memperalatkan masyarakat Filipina yg lain tlh memecahbelahkan penduduk Filipina. Keadaan ini tlh menyedarkan rakyat Filipina tentang ketidakadilan penjajah Sepanyol, penindasan serta segala kekejaman yg dilakukan. Pemberontakan Cavite 1872 Pemberontakan Cavite pada tahun 1872 adalah bercorak nasionalisma. Pemberontakan bersenjata ini berlaku di gudang senjata di Cavite. Ia dianggotai 200 orang askar diketuai oleh sarjan Lamadrid untuk menentang pegawai-pegawai Sepanyol. Gerakan ini gagal kerana kekurangan senjata dan kekuatan tentera mereka tidak setanding tentera Sepanyol.

Dalam pemberontakan tersebut, 41 org tlh dihukum bunuh termasuk 3 org paderi berbangsa Filipina iaitu Jose Burgos, Mariano Gomez dan Jancita Zamora. Pembunuhan 3 org paderi ini merupakan satu tindakan kejam kerana mereka tidak terlibat langsung dlm pemberontakan ini. Peristiwa ini tlh menyemarakan perasaan anti-Sepanyol yg menyeluruh sehingga melahirkan golongan yg ingin membebaskan bangsa mereka. Gerakan Propaganda La Solidaridad 1882-1896 Kebanyakan ahlinya merupakan pelajar Filipina yang menuntut di Sepanyol. Gerakan ini wujud sejak tahun 1882. Gerakan ini disertai oleh golongan profesional. Antaranya termasuklah Dr.Jose Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar. Perjuangan mereka melalui media massa yang cuba mendedahkan kezaliman kerajaan Sepanyol serta perjuangan menuntut hak persamaan taraf antara pegawai Filipina dengan pegawai Sepanyol. Gerakan propaganda disalurkan melalui akhbar La Solidaridad. Liga Filipina 1892 Diasaskan oleh Jose Rizal. Tujuan Liga Filipina: 1. Menentang ketidakadilan dan kekejaman 2. Mewujudkan kesatuan antara pulau-pulau Filipina 3. Sentiasa membuat kajian dan menjalankan perubahan 4. Menggalakkan kemajuan dalam segala bidang. Perjuangan bersifat sederhana dan secara aman Bagaimanapun Kerajaan Sepanyol mengesyaki Liga Filipina sebagai sesuatu yang subversif dan revolusioner Akhirnya Jose Rizal ditangkap dan dijatuhi hukuman mati atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan

Perang Jawa

1. Perang Jawa berlaku di Jawa Tengah yang dipimpin oleh seorang putera diraja Jogjakarta bernama Dipo Negoro. 2. Sebelum berlakunya Perang Jawa, Pulau Jawa pernah satu ketika dahulu dijajah oleh Inggeris. Raffles telah dilantik sebagai Laftenan Gabenor Inggeris di Pulau Jawa. 3. Raffles telah membentuk Dewan Penasihat untuk membantu pentadbirannya yang ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai Belanda dan Inggeris. Banyak perubahan yang telah dibuat oleh Raffles dari segi politik, ekonomi dan social. 4. Semasa Perang Napoleon antara Perancis dengan Belanda di Eropah berlaku, Belanda telah menandatangani surat-surat Kew dengan Inggeris. Menurut surat-surat

kew tersebut, Belanda telah menyerahkah semua tanah jajahannya di Timur kepada Inggeris. 5. Apabila Perang Napoleon tamat, seperti yang terdapat dalam surat-surat Kew, semua tanah jajahan Belanda di Timur termasuk Pulau Jawa dikembalikan kepada Belanda. 6. Raja William iaitu raja Belanda ketika itu telah melantik tiga orang Pesuruhjaya Jeneral di Pulau Jawa untuk menyusun semula system politik,ekonomi dan social. Dua daripada tiga orang Pesuruhjaya tersebut telah kembali ke Belanda sementara seorang lagi iaitu Baron Van der Capellan meneruskan tugasnya sebagai Gebenor Jeneral India. 7. Untuk memulihkan imej Belanda dan mengatasi masalah hutang Belanda, Capellan telah mengadakan pelbagai pembaharuan tetapi malangnya usaha beliau mendapat tentangan penduduk tempatan dan akhirnya mencetuskan peperangan yang dikenali sebagai Perang Jawa atau Perang Diponegoro. 8. Perang ini melibatkan golongan bangsawan dan para petani yg tdk puas hati dgn pentadbiran Belanda di Pulau Jawa. 9. Bagi rakyat Pulau Jawa Dipo Negoro dianggap sebagai seorang wira negara dan menggelarkannya sebagai Ratu Adil atau Ratu Pembebas yg membebaskan Jawa drp ketidakadilan Belanda 10. Tektik yang digunakan ialah tektik gerila untuk menentang pasukan tentera Belanda yang terlatih. 11. Tektik ini digunakan kerana bersesuaian dgn pasukan Dipo Negoro yg kurang lengkap dan tidak mempunyai senjata yang cukup. 12. Perang Jawa meletus akibat daripada factor-faktor ekonomi, politik, agama atau social. Faktor Ekonomi 1. Sistem kontrak sewa tanah telah lama dipraktikkan antara tuan tanah Indonesia dengan org-org Eropah dan Cina. 2. Menurut sistem ini, penyewa akan membayar wang pendahuluan kepada tuan tanah dan mereka ini diberikan hak bukan sahaja menggunakan tanah tetapi juga diberi hak menguasai petani-petani. 3. Keadaan ini menyebabkan petani diperas sementara tuan-tuan tanah mendapat banyak faedah daripada sistem ini. 4. Apabila Van Der Capellan menjadi gabenor, beliau tlh membatalkan kontrak sewa tanah 5. Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan bangsawan dan para petani terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakarta. 6. Langkah ini sebenarnya tlh menyebabkan kehilangan sumber pendapatan di kalangan bangsawan sementara para penyewa pula tlh menuntut balik bayaran pendahuluan yg diberikan kepada tuan-tuan tanah. 7. Tuan-tuan tanah pula telah membelanjakan kesemua wang tersebut dan menghadapi masalah membayar balik. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati dgn pembatalan kontrak sewa tanah 8. Sebagai langkah terakhir tuan tanah terpaksa mengerah para petani bekerja keras utk mendapatkan hasil yang lebih untuk menjelaskan hutang kepada penyewa tanah. 9. Langkah ini sebenarnya menyebabkan para petani tidak mempunyai masa untuk mengusahakan tanaman mereka sendiri. Keadaan ini menyebabkan petani tidak puas hati dgn dasar baru Belanda ini. 10. Para petani juga tidak puas hati kerana dikenakan cukai yang tinggi. Contohnya di Kediri terdapat 35 jenis cukai antaranya cukai tanah, cukai sempadan,cukai garam

serta cukai membawa bayi. 11. Para petani semakin marah apabila cukai ini dipajakkan kepda org Cina kerana mereka tlh mengenakan cukai yg tinggi daripada yg ditetapkan oleh kerajaan. 12. Perasaan anti Cina semakin memuncak apabila org Cina mengenakan kadar faedah yg tinggi ke atas pinjaman-pinjaman kerana pada masa itu org Cina menjadi peminjam wang dan org tangah dalam urusan perniagaan. 13. Petani-petani juga dipaksa menjual hasil tanaman mereka pada harga yang rendah kepada kerajaan Belanda. Faktor Politik 1. Faktor ini berkaitan dgn kepimpinan Dipo Negoro dalam perkara perebutan takhta. 2. Dipo Negoro atau Pangeran Anta Wiria adalah putera sulung Sultan Hamengkubuwono III yg memerintah Jogjakarta (1810-1814). 3. Apabila kemangkatan ayahandanya, beliau tidak dilantik sebagai sultan sebaliknya adiknya Djarot yg berketurunan gahara ditabalkan menjadi raja oleh Raffles yg memerintah Jawa pada masa itu. 4. Raffles berjaya mententeramkan keadaan dgn memujuk dan menjanjikan takhta selepas kemangkatan Djarot. 5. Pada tahun 1822 Djarot mangkat. Pada masa itu Jawa diperintah oleh kerajaan Belanda di bawah Gabenor Baron Van der Cappelan. 6. Jika pada perjanjian yg dibuat Raffles, maka Dipo Negoro dilantik menjadi sultan tetapi sebaliknya, Baron Van der Cappelen tlh melantik anak Djarot yg berusia dua tahun sebagai raja. 7. Dipo Negoro sgt marah kerana sudah dua kali beliau diturunkan drp takhta serta keengganan Belanda menunaikan janji Raffles. 8. Perasaan dendam Dipo Negoro terhadap Belanda bukan sahaja soal takhta malah juga soal pembatalan kontrak sewa tanah. Faktor Sosial 1. Dipo Negoro adalah seorg yg alim dalam soal agama Islam. Ketokohannya sebagai pemimpin agama Islam tidak diakui Belanda sungguhpun beliau disanjung tinggi sebagai pemimpin agama oleh masyarakat tempatan. 2. Menurut kepercayaan tradisional org Jawa, Dipo Negoro boleh dianggap sebagai Ratu Adil yg akan membela nasib dan menyelamatkan mereka daripada segala penindasan dan cengkaman penjajah. 3. Dalam suasana genting itu, Dipo Negoro berasa terhina apabila kerajaan Belanda berkeras ingin membina jalan raya di Jogjakarta melalui perkuburan moyangnya. Beliau bukan sahaja berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarga dan juga mencabul kesucian Islam. 4. Pada tahun 1825, apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya tersebut, Dipo Negoro mengistiharkan perang Jihad terhadap Belanda. Masyarakat tempatan di Jogjakarta tlh memberi sokongan kpd Dipo Negoro. Beliau disertai Sentot dan Mangku Bumi. Kesan-kesan Perang Jawa Dari segi social 1. Peperangan ini tlh mengorbankan 200 000 org Jawa sementara bagi pihak Belanda pula seramai 7000 org askar Indonesia dan 8000 org Belanda terkorban. 2. Peperangan ini juga menyebabkan berlakunya wabak penyakit dan kebuluran terutamanya di Jogjakarta dan Surakarta kerana banyak kawasan pertanian musnah. Dari segi ekonomi 1. Perang ini menyebabkan Belanda kerugian 20 juta Guilder. Belanda tlh meminjam

wang ini dari negara-negara lain. Dalam masa yg sama Belanda juga menghadapi pemberontakan di Belgium menentang pemerintahan Belanda. 2. Ini menyebabkan Belanda hampir muflis dan mengambil langkah berjimat cermat dlm pentadbiran serta kurangkan bilangan residensi di Jawa. 3. Bagi memulihkan keadaan kewangan Belanda telah menghantar Gabenor Jeneral yang baru di Jawa iaitu Johannes Van der Borsh. Beliau tlh memperkenalkan sistem tanaman paksa bagi mengatasi masalah kewangan. Dari segi politik 1. Belanda mengambil langkah merampas beberapa wilayah di Pulau Jawa bagi melemahkan kekuatan kerajaan tempatan utk menentang Belanda. Antara wilayah tersebut ialah Banjumas, Bagalen,Madium dan Kediri. 2. Sultan-sultan tlh diberi ganti rugi bagi mengelakkan rasa tidak puas hati. 3. Kuasa pemerintah tempatan juga dikurangkan . Susunan pangkat dalam istana Jogjakarta dan Surakarta diperbaiki dan diletak dibawah pengawasan Belanda.

Kesan Kemasukkan Buruh Asing ke Asia Tenggara


2.3 Kesan Terhadap Masyarakat dan Negara 2.3.1 Masyarakat Berbilang kaum 2.3.2 Penentangan Masyarakat berbilang kaum Masyarakat Barat mula datang ke Timur sejak abad ke 14 lagi sehingga penghujung abad ke 19. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk perdagangan dan keagamaan tetapi kemudiannya menjalankan dasar penjajahan. Kadar pertumbuhan ekonomi yg pesat akibat dasar laissez-faire memerlukan tenaga buruh yang banyak bagi mengusahakan sistem ekonomi komersil terutama dlm bidang pertanian, perlombongan dan perindustrian Keengganan penduduk tempatan melibatkan diri dalam sektor ekonomi moden tlh memaksa org barat membawa masuk buruh asing Kedatangan buruh asing ini tlh menimbulkan banyak masalah sosial dan politik di kawasan Asia ini. Tambahan pula kedatangan mereka telah memyebabkan jumlah mereka melebihi daripada penduduk asal. Ini berlaku di Pulau Jawa, sekitar Lembah Irrawaddy(myanmar), Sungai Mekong(Vietnam) dan Lemabh Chao Phraya (Thailand) Indonesia Belada telah memperkenalkan dasar Liberal dan Etika yg telah membawa masuk ramai buruh-buruh Cina di Pulau Jawa dan Pulau-pulau luar. Org Cina menjalankan perdagangan runcit , menjadi buruh di ladang dan di lombong dan terdapat sebilangan mereka menjadi org tengah yg mengutip cukai bagi pihak kerajaan Belanda. Ada juga antara mereka bertugas membantu pentadbiran

Belanda. Org Cina tlh melakukan pelbagai bentuk penindasan terhadap masyarakat tempatan. Contohnya memungut cukai yg tinggi drp kadar yg ditetapkan oleh Belanda. Selain itu memberi pinjaman dgn kadar faedah yg tinggi, mengamalkan dasar beli murah, jual mahal dll. Walaupun org tempatan menganggap org Cina ini sebagai memeras penduduk tempatan, tetapi penjajah pula menerimanya sebagai perangsang kpd perkembangan ekonomi. Jumlah org Cina meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 1850 jumlah org Cina di Indonesia ialah 150 000 org. tahun 1900 menjadi 277 000. Ada antara mereka tinggal menetap di Indonesia dan berkahwin dgn masyarkat tempatan. Perkahwinan ini melahirkan peranakan Cina-Jawa. Hal yg sama juga berlaku dgn org Belanda yg melahirkan peranakan Indo-Belanda Org Belanda yg dtg ke Indonesia kebanyakannya bertugas dlm bidang pentadbiran. Kemasukan org asing dan pertambahan bilangan penduduk tempatan menyebabkan Indonesia mengalami lebihan penduduk yg sgt tinggi. Jumlah penduduk yg tinggi ini tdk seimbang dgn jumlah kawasan pertanian sehingga membawa masalah kebuluran dan wabak penyakit. Penduduk tempatan yg ketinggalan dlm bidang ekonomi mengalami keperitan hidup hingga memaksa mereka berhijrah ke pulau-pulau luar berhampiran spt Borneo dan Tanah Melayu. Thailand Di Thailand pula, kesan drp perjanjian Bowring antara Raja Mongkut dgn pihak Inggeris iaitu Sir John Bowring telah bertanggung jawab kepada kemasukan pedagang asing. Org-org Cina dan Barat membanjiri negara Siam untuk tujuan perdagangan. Lama kelamaan mereka berjaya mengeksploitasi ekonomi tempatan. Org Cina tlh masuk ke Siam disebabkan adanya permintaan tenaga buruh dlm bidang perlombongan dan pertanian. Selaian itu adanya galakkan dari kerajaan Chakri di Siam. Faktor lain ialah upah yg ditawarkan adalah tinggi. Org Cina di Siam menjadi org tengah yg melakukan pelbagai jenis penindasan ke atas mesyarakat tempatan. Misalnya membeli hasil pertanian dgn harga yg murah dan

menjualnya dgn harga yg tinggi. Org Cina juga memberi pinjaman wang dgn kadar faedah yg tinggi disamping itu mereka juga mengutip cukai yg tinggi drp yg ditetapkan oleh kerajaan. Bukan itu sahaja, org Cina juga terlibat dlm aktiviti perdagangan dan Industri. Akibatnya industri tempatan merosot kerana terpaksa bersaing dgn barangan import yg murah dan berkualiti. Kemasukan org Cina juga membawa kepada perkahwinan campur antara org Cina dgn anggota keluarga aristokrat Thailand yang dikenali sebagai Lukchin Org Cina juga diberi beberapa keistimewaan kerana peranan mereka yg penting sebagai penggerak ekonomi misalnya mereka dikecualikan drp cukai kepala serta tiada imigresen. Mereka tlh memperkenalkan sistem pendidikan sendiri dan persekolahan sendiri yg menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini dibiayai oleh saudagar-saudagar Cina yg kaya. Bagaimanapun perkembangan ini tersekat menjelang tahun 1930-an kerana org Siam sendiri mula sedar dan merasakan mereka tertindas di negara sendiri. Keadaan ini menyebabkan pemimpin Siam mula mengamalkan dasar anti Cina dan dasar mensiamkan org Cina di Siam. Burma Di Burma, kerajaan Inggeris telah membawa masuk buruh-burh India utk bekerja di ladang-ladang serta kawasan perlombongan. Org India dibawa masuk dgn memberikan subsidi tambang perjalanan dan gaji yg dibayar kpd mereka adalah rendah. Ada tiga cara org India masuk ke Burma : 1.Melalui syarikat-syarikat persendirian 2.Melalui kerajaan 3.Datang sendiri. Selain itu org India juga terlibat dlm bidang pentadbiran Tujuan org India dibawa masuk ke Burma ialah 1.Menggalakkan pembangunan negara 2.Mengurangkan kesengsaraan di India 3.Mengurangkan kos upah pekerja 4.Mengisi kekosongan dlm bidang pendidikan dan perusahaan. 5.Membekalkan pekerja yg terlatih dan boleh bekerja di dermaga serta rangkaian keretapi di Burma.

Satu golongan org India yg masuk ke Burma dikenali sebagai golongan Chettiar yg berperanan sebagai peminjam wang kpd petani Burma. Biasanya tanah menjadi cagaran dan jika gagal membayar tanah akan dirampas. Kesan daripada ini tlh menyebabkan ramai petani di Burma Hulu menjadi buruh dan penyewa kpd golongan chetiar. Kemasukan org India begitu menggalakkan misalnya pada tahun 1910 seramai 250 000 org masuk ke Burma setiap tahun dan ia meningkat menjadi 480 000 pada tahun 1927. Terdapat juga org Cina dibawa masuk ke Burma yg bekerja di sektor perlombongan dan perniagaan. Contohnya pada tahun 1931 lebih kurang 200 000 org Cina di Burma. Walaupun bilangan org Cina tdk ramai tetapi mereka memainkan peranan penting dlm aktiviti perdagangan, perindustrian dan perlombongan. Org Cina diterima di Burma kerana mempunyai pegangan agama Buddha yg sama. Ini membolehkan mereka mudah diserap dlm masyarakat Burma Filipina Org Cina merupakan kumpulan terbesar org asing. Mereka memainkan peranan penting dlm ekonomi Mereka masuk ke Filipina semasa pembukaan Manila kpd arus perdagangan dari tahun 1876-1886. Kesan Kemasukan Orang Cina Rusuhan anti Cina tercetus di Cabantuan pada tahun 1924 Pengenalan akta kira-kira pada tahun 1921 Lahirnya kaum Mestizo Cina iaitu : 1.Berketurunan bapa Cina yg memeluk agama Kristian dan ibu keturunan Tagalog. 2.Diberikan tanah dikecualikan cukai 3.Muncul sebagai kuasa ekonomi yg sgt berpengaruh di Filipina. 4.Berperanan sebagai org tengah antara pengimport Barat dgn pengeluar Filipina. 5.Menguasai perdagangan antara pulau dan merupakan tuan punya tanah. 6.Org Filipina bencikan kaum Mestizo Cina sehingga berlaku pembunuhan beramairamai Rumusan Kemasukan kaum asing menimbulkan banyak masalah yang menyukarkan proses

perpaduan. Ini disebabkan : 1.Mereka hidup berkelompok mengikut kaum dan tdk bersatupadu 2.Mempunyai ciri perbezaan dari segi agama dan kebudayaan 3.Mereka terasing dari segi ekonomi 4.Mereka tinggal di kawasan berasingan dgn masyarakat asal Kebanyakan kaum pendatang mempunyai kedudukan ekonomi yg baik berbanding dgn penduduk peribumi Fahamkan soalan di bawah kemudian buat pengenalan dan penutup. isi hanya dalam bentuk point Soalannya

Anda mungkin juga menyukai