Anda di halaman 1dari 2

NAMA UNIT

: CHING SUIT LI : S4PISMP BC/PJ/KH 1 AMBILAN JAN 2012

REFLEKSI INDIVIDU

Terlebih dahulu, saya rasa bersyukur kerana berpeluang menyertai program Bina Insan Guru yang dijalankan pada 12hb hingga 14hb September 2013, bertempat di Kampung Sega, Rantau, Negeri Sembilan. Program ini merupakan fasa keempat dan merupakan program bakti siswa yang dapat menyediakan peluang kepada guru pelatih untuk berkhidmat di kawasan luar bandar. Program ini disertai oleh guru pelatih dari program PISMP semester 4. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.

Pertama sekali, program bakti siswa ini dapat menyediakan guru pelatih untuk bersosial dengan komuniti kawasan kampung. Guru pelatih diagihkan

kepada keluarga angkat masing-masing. Kami berkenalan sesama lain semasa aktiviti silaturahim dijalankan. Semasa hari pertama, kami memasak lemang dan rendang bersama dengan mereka manakala pada hari kedua, kami bergotong royong dan memasak dodol bersama dengan orang kampung. Melalui aktiviti memasak dan gotong-royong, ini dapat merapatkan hubungan sosial antara guru pelatih dengan masyarakat luar terutamanya masyarakat dari lapisan bawah sosial. Semasa berkomunikasi dengan masyarakat luar bandar, kami perlu bersikap prihatin dan mempunyai sikap ingin tahu tentang keadaan serta keperluan mereka. Selepas mendengar luahan perasaan dan pendapat mereka, guru pelatih dapat memahami situasi pelajar-pelajar miskin yang berasal di kawasan kampung. Dengan ini, guru dapat membantu mereka dengan strategi yang sesuai.

Selain itu, saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan

masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti yang seterusnya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih cepat dan menyebabkan kami menghadapi kekurangan masa bagi sesuatu sesi atau slot aktiviti. Sebagai contoh, kami dikehendaki berada di dewan lebih awal bagi slot moral pada waktu pagi. Namun demikian, sesetengah guru pelatih telah lewat dan mengakibatkan masa untuk aktiviti disingkatkan dan sesetengah aktiviti tidak dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Pengurusan masa adalah amat penting bagi bakal guru untuk memastikan segala urusan kerja berjalan dengan lancar.

Di samping itu, program BIG ini mampu saya berpendapat bahawa kursus BIG ini mampu mencungkil bakat dan potensi yang sekian terpendam dalam diri seseorang. Sebagai contoh, saya baru perasan bahawa rakan sekelas saya mempunyai bakat untuk berlakon selepas menghadiri program ini apabila kami dikehendaki untuk mempersembahkan lakonan semasa slot moral malam pertama. Semasa perbincangan, kami dapat berkomunikasi dengan baik dalam mencapai persepakatan. Melalui perbincangan dan lakonan, saya dapat mengetahui guru pelatih yang kreatif dan berbakat berlakon. Jadi, program BIG telah menyedarkan saya tentang kepentingan guru memerhati dan mengasah bakat pelajar yang tidak perasan selama ini dan dari situlah pelajar itu akan berusaha untuk mengasah dan meningkatkan kebolehan dan bakat masingmasing.

Secara keseluruhannya, program BIG ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih kompeten dan berjiwa pendidik. Saya berasa seronok dan bersemangat menyertai aktiviti BIG ini. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

Anda mungkin juga menyukai