Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI BULAN SEPTEMBER 2013/ SEMINAR INTEGRITI Tarikh Masa Tempat Pengacara Bil

MC Pengumuman 1 IR Mengumumkan ketibaan. : : : : 23 SEPTEMBER 2013 10.15 pagi -12.30 tengahari Dewan Dato Razali Ismail Muhamad Irfan Ab Manaf

Yang Berusaha Encik Shaari Bin Osman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas serta tetamu khas masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat.

PAUSE Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku.

VIP AMBIL TEMPAT 2 IR Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Salam sejahtera Dan salam satu Malaysia

Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Encik Shaari Bin Osman Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha Puan Hajah Rohana Binti Kamaruddin Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha,PuanHajah Normah Binti Mohamad Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu,

Yang Berusaha, Tuan Haji Shaharuddin bin Suhadi Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Yang Dihormati, Ketua-ketua Jabatan Ketua-ketua Unit, Barisan Pensyarah, Ahli Jawatankuasa JPP, para pelajar serta hadirin sekalian.

Selamat datang diucapkan kepada sidang hadirin ke perhimpunan bulanan bulan September 2013 .Untuk makluman hadirin majlis pada hari ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. 3 IR hadirin yang dihormati, Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Muhammad Khairul Ridha bin Sharifuddin, pelajar G 2.9 untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan
2

BACAAN DOA 4 IR Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad KhairulRidha bin Sharifuddinatas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan, Majlis akan diteruskan lagi dengan lafaz ikrar Rukun Negara. Dengan segala hormatnya dipersilakan Saudara Muhd Syaraff Bin Alwi untuk mengetuai lafaz ikrar Rukun Negara.

BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA SH Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Saudara Muhd Syaraff Bin Alwi atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Agenda majlis akan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Normah Binti Mohamad, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu. Majlis mempersilakan. UCAPAN KJ JPM SH Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Normah Binti Mohamad atas ucapan beliau sebentar tadi.

Sidang dewan yang dimuliakan, Minggu ini merupakan minggu bersejarah bagi IPG Kampus Ilmu Khas berikutan akan berlangsungnya dua sambutan yang besar iaitu Minggu Intergriti dan juga sambutan hari ASEAN 2013. Minggu Integriti akan bermula hari ini iaitu 23 September 2013 hingga 26 September 2013 manakala sambutan hari ASEAN peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia telah ditetapkan pada 25 September 2013. Untuk makluman hadirin, ASEAN ditubuhkan oleh lima pengasas iaitu Indonesia,Filipina,Singapura dan
3

Thailand di Bangkok semasa proses penandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967. Seterusnya keanggotaannya bertambah dengan penyertaan Brunei Darussalam (1984), Vietnam (1995), Laos dan Myanmar (1997) dan Kemboja pada 1999. ASEAN secara asasnya berpegang kepada prinsip-prinsip sepertimana yang tertakluk di dalam Piagam ASEAN. Bagi memperingati peristiwa bersejarah penubuhan ASEAN, semua Negara Anggota ASEAN meraikan Hari ASEAN pada 8 Ogos setiap tahun bermula tahun 2008.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan tayangan Slaid berkenaan ASEAN. Seterusnya akan disusuli oleh persembahan......................................................................................................... ..............................................................................................................................

TAYANGAN SLAID-ASEAN DAN PERSEMBAHAN IR Hadirin yang dimuliakan, Begitulah tadi tayangan Slaid ASEAN yang telah disediakan oleh........................................................................................................................ .............................................................................................................................. dan persembahan..............................................................................................

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih.

Hadiri yang dimuliakan, Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Shaari Bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas bagi menyampaikan ucapan dan merasmikan minggu Integriti peringkat IPG Kampus Ilmu Khas bagi tahu 2013, Majlis mempersilakan.

Majlis berikutnya mempersilakan Puan Rohana binti Kamaruddin dan Puan Normah Binti Mohamad untuk tampil ke pentas bagi acara pelancaran minggu Integriti peringkat IPG Kampus Ilmu Khas, 2013. UCAPAN PENGARAH DAN PELANCARAN SH Begitulah tadi tirai minggu integrity IPG Kampus Ilmu Khas 2013 dibuka dan dilancarkan dengan rasminya.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Shaari Bin Osman, Puan Rohana Binti Kamaruddin dan Puan Normah Binti Mohamad di atas penyempurnaan pelancaran minggu integrity peringkat IPG Kampus Ilmu Khas, 2013.

Hadirin yang dihormati, Bagi menghangatkan lagi perasmian minggu integrity Peringkat IPG Kampus Ilmu Khas bagi tahu 2013 ini, marilah kita semua berdiri bagi bersama-sama menyanyi dan menghayati lagu Integriti.

NYANYIAN LAGU INTEGRITI IR Hadirin dipersilakan duduk. Hadirin yang dihormati, Seterunsya, acara majlis akan diteruskan lagi dengan Bicara Integriti yang akan disampaikan oleh
5

.......................................................................................................................

Dengan segala hormatnya dipersilakan

BICARA INTEGRITI IR Begitulah tadi bicara integrity yang telah disampaikan oleh................................................................................................................... Terima kasih diucapkan

Hadirin sekalian, Seperti kata orang bijak pandai, Ibarat belayar sudah tiba di destinasi, Ibarat bertani sudah dituai hasilnya, Ibarat berakit sudah sampai di hujung muara,

Justeru, majlis perhimpunan bulanan bulan September 2013 telahpun tiba di penghujungnya. Sebelum majlis berakhir, saya memohon maaf sekiranya terdapat kekuranngan sepanjang saya mengendalikan majlis kita pada hari ini Sebagai penutup, marilah sama-sama kita menyanyikan tiga buah lagu iaitu Lagu IPG KIK Lagu IPGM Dan Lagu Guru Malaysia

Hadirin dipersilakan berdiri. NYANYIAN 3 BUAH LAGU

Anda mungkin juga menyukai