P. 1
New

New

5.0

|Views: 454|Likes:
Dipublikasikan oleh sakuraskater94

More info:

Published by: sakuraskater94 on Jul 04, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/04/2010

pdf

text

original

Penghargaan….

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya, saya dapat menyiapkan kerja kursus Sejarah ini dengan sempurnan pada masa yang telah ditetapkan. Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penjaga saya, Elias bin Abdul Rahman dan juga keluarga saya yang telah banyak memberi sumbangan dari segi kewangan dan pengangkutan ke kawasan kajian serta semangat dan dorongan kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, setinggi- tinggi ucapan terima kasih juga dilupakan buat semua tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, terutamanya, Puan Norliah binti Samad yang banyak memberikan maklumat yang berguna serta bimbingan kepada saya. Beliau juga telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses menghasilkan folio ini. Akhir sekali, tidak dilupakan juga kepada rakan- rakan sekelas saya, terutamanya, Nur Amalina, Zainab serta Siti Nur Zulaikha yang juga telah banyak menyumbang maklumat, berkongsi idea dan bertukar- tukar pendapat dengan saya.

Hasil Kajian..
1. Nama..
Kota Cornwallis mendapat nama sempena nama seorang Jeneral di Bengal, Charles Cornwallis pada lewat tahun 1700. Gabenor Jeneral Cornwallis ialah ketua angkatan tentera British yang menentang angkatan tentera Amerika yang diketuai oleh George Washington semasa Revolusi Amerika. Di dalam peperangan tersebut, tentera British tewas dan Jeneral Cornwallis menyerah diri kepada George Washington. Kota Cornwallis yang terletak di Padang Kota Lama telah menjadi tapak petempatan orang Inggeris yang pertama di Tanah Melayu. Selain itu, Kota Cornwallis ini juga dikenali sebagai Ang Mo Sia ( hokkien ) yang bermaksud ‘ European City ‘ dan Pulau Thoi ( kantonis ).

2. Latar Belakang.

a) Asal – usul.

Pulau Pinang ialah sebuah pulau milik kesultanan Kedah sebelum pengambil alihan Pulau Pinang oleh Inggeris pada tahun 1780. Kota Cornwallis telah dibina di tempat Captain Francis Light mula mendarat di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786 di Tanjong Penaga. Light telah mendiami kota ini semasa beliau tinggal di Pulau Pinang. Kota Cornwallis dibina menghadap ke arah pelabuhan Pulau Pinang.

b) Pengasas.
Kapten Francis Light adalah pengasas petempatan British yang pertama di Pulau Pinang, Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1740 di Suffolk, England dan merupakan bekas kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun 1759 hingga 1763. Beliau meninggal dunia pada tahun 1794. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas bandar Georgetown pada tahun 1768. Francis Light mempunyai anak bersama-sama dengan Martina Rozells, tetapi tidak pernah berkahwin dengannya secara rasmi. Anak luar nikahnya, Kolonel William Light ialah pengasas Adelaide,Australia.

c) Tarikh pembinaan
Kota Cornwallis telah dibina pada lewat tahun 1700 yang didirikan oleh para banduan dari India

d) Lokasi
Kota Cornwallis dibina menghadap ke arah pelabuhan Pulau Pinang. Kota ini terletak di Padang Kota Lama yang pernah dikenali sebagai Esplanade, Pulau Pinang. Satu ketika dahulu, bahagian ini dinamakan Tanjung.

e) Tujuan penubuhan
Ketika Francis Light mendarat di Esplanade yang kini dikenali sebagai Padang Kota Lama, kawasan itu ditumbuhi tumbuhan-tumbuhan liar dan hutan yang tebal. Francis Light mengarahkan supaya kawasan itu dibersihkan dan dibuat petempatan. Tidak lama kemudian, kawasan itu mula menarik pedagang-pedagang untuk berdagang. Seterusnya, bagi melindungi petempatan itu, British telah membina sebuah kota pertahanan yang diberi nama Kota Cornwallis dan bertujuan untuk mempertahankan kepentingan British daripada serangan Perancis. Di dalam kota ini terdapat beberapa kubu pertahanan. Kini, Kota Cornwallis telah menjadi salah satu mercu tanda di Malaysia dan salah satu destinasi pelancongan yang menarik.

f) Kos pembinaan
Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000

3. Keistimewaan bangunan.

a) Reka bentuk pelan.

Kota Cornwallis ini dikatakan sebagai salah sebuah mercu tanda negara kita yang menarik kerana reka bentuk kota ini ialah reka bentuk sebuah kubu pertahanan yang lama dan masih kekal sehingga ke hari ini. Kota yang berbentuk 5 bucu bintang ini dilengkapi dengan meriam di sekelilingnya dan meriam yang masih terkenal sehingga ke hari ini, iaitu meriam Seri Rambai terletak di bahagian barat laut kota ini. Meriam yang dikatakan sudah wujud sejak tahun 1605 telah dibawa dari Belanda untuk dihadiahkan kepada Sultan Johor. Seri Rambai telah dirampas oleh Sultan Selangor dan ditempatkan di Kota Melawati, Selangor. Tentera Infantri Asli Madras yang menyertai Inggeris dalam perang Selangor telah merampas meriam Sri Rambai dan dibawa ke Pulau Pinang dan sejak itu ditempatkan di baluarti Kota Cornwallis.

b) Bahan binaan.
Pada awalnya, kota ini dibina dengan menggunakan batang- batang nibong oleh Nakhoda Ketobil. Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu serta digantikan dengan tembok dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R. T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang

c) Pengubahsuaian
Kota ini telah lama dibina dengan menggunakan batang nibong pada asalnya tanpa binaan kekal. Namun setelah beberapa tahun, kota ini mengalami beberapa perubahan yang nyata. Pada tahun 1805, kota ini dibina semula dan digantikan dengan tembok batu. Sebuah terusan sedalam 1.8 meter dan 8. 23 meter panjang dibina di sekeliling kota yang mengalir ke laut melalui satu pintu air yang kecil. Apabila berlaku perselisihan antara British dan Perancis, kota ini dibiarkan terbiar. Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menganggap kedudukan kota ini tidak strategik menyebabkannya ia terus terbiar. Pada tahun 1922, terusan yang mengelilingi kota ini ditimbus untuk pembinaan jalan raya. Seterusnya, pada tahun 1977, kerajaan telah , meletakkan Kota Cornwallis sebagai warisan antik Negara. Kota kuno ini menjalani kerja- kerja membaik pulih yang besar pada tahun 2000 melibatkan kos RM 1.9 juta. Pakar- pakar kaji purba, mikrobiologi, geologi dan jurutera elektrik telah berganding bahu dalam kerja- kerja memulihkan kota ini.

d) Hiasan dalaman
Kota ini dikatakan unik kerana di dalamnya mengandungi rumah, berek, pejabat, dapur, rumah peluru dan penjara. Pada bahagian tembok yang mengahadap ke arah laut, diletakkan meriam- meriam yang dirampas daripada lanun. Terdapat meriam diberi nama

‘ seri rambai ’ yang dibuat pada tahun 1613 dan mempunyai lambing Syarikat Hindia Timur Belanda.

~Meriam Seri Rambai~
Meriam Seri Rambai mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarah meriam ini bermula dari tahun 1606 apabila diberikan keoada Sultan Johor. Pada tahun 1613, meriam ini dibawa ke Acheh dan kekal di sana sehingga tahun 1795. kemudian meriam ini dibawa pula ke Kuala Selangor. Pada tahun 1871, barulah Meriam Seri Rambai ini dibawa semula ke Pulau Pinang. Bagaimanapun ada peristiwa yang berlaku sebelum sampai ke Pulau Pinang iaitu meriam ini dibuang ke dalam laut sebelum sampai ke darat berhampiran Esplanade. Menurut lagendanya lagi, Meriam Seri Rambai mempunyai kuasa ghaib. Meriam ini tidak akan timbul setelah dibuang walaupun berbagai- bagai usaha dilakukan untuk membawanya semula naik ke darat. Namun begitu, seorang wizurai dari Selangor telah berjaya menaikkan meriam ini ke darat. Sejak itu, Meriam Seri Rambai diletak di Kota Cornwallis, Pulau Pinang.

~ Monumen Rumah Api Fort Cornwallis ~
Monumen Rumah Api Fort Cornwallis ini telah siap dibina dan digunakan pada tahun 1882 oleh kerajaan Kolonial Inggeris. Dikenal juga sebagai Fort Point Lighthouse. Pada tahun 1914, Rumah Api Fort Cornwallis ini telah ditukar nama kepada Penang Harbour Lighthouse. Kini, ia dikenali sebagai Rumah Api Fort Cornwallis dan dibina dari kerangka besi keluli berwarna putih dengan menara setinggi 21 meter. Jarak penglihatan kerlipan apinya ialah menjangkau 16 batu nautical. Tugas utamanya ialah untuk

membawa juragan membawa kapal keluar dan masuk pelabuhan Pulau Pinang yang merupakan pelabuhan kedua terbesar di Malaysia selepas Pelabuhan Kelang.

~ Tugu peringatan Francis Light ~
Patung gangsa Francis Light ini telah ditempah khas oleh Majlis Pembandaran Pulau Pinang. Ia kemudian diletakkan di dalam kawasan Kota Cornwallis sebagai Tugu Peringatan Light sempena ulang tahun ke- 150 pendaratan Francis Light di Pulau Pinang. Upacara perasmian Tugu Peringatan Light ini telah disempurnakan oleh Gabenor Sir Shenion Thomas Palang. Gangsa ini mula diukir di Burlton’s Foundry pada tahun 1935 berdasarkan wajah anak sulung Francis Light, iaitu Kolonel William Light. Pada mulanya patung gangsa ini diletakkan di bahagian selatan Kota Cornwallis yang merupakan tapak dimana Francis Light mendarat di Pulau Pinang. Kemudian ianya dipindahkan di bangunan Mahkamah Tinggi sebelum bermulanya Perang Dunia ke dua dan seterusnya ke Muzium Negeri di Lebuh Farquhar pada tahun 1965. Walaubagaimanapun, akhirnya patung ini dipindahkan semula ke tempat asalnya di Kota Cornwallis pada tahun 2003.

e)

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->