Anda di halaman 1dari 3

2.ia Seperti yang kita ketahui, saintis merupakan individu yang mengkaji dan banyak terlibat dengan penyelidikan.

Melalui peneyelidikan inilah mereka akan dapat merungkai sesuatu kejadian, dan mencipta sesuatu teknologi yang akhirnya membawa kemajuan kepada kita semua. Namun bagi melaksanakan kajian dan penyelidikan mereka amat memerlukan bantuan alatan-alatan saintifik. Hal ini kerana deria manusia sangat terhad. Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa, deria sentuhan, deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing-masing menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya. Sebagai contohnya, deria penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan deria pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa had dan halangan tertentu kepada deria penglihatan dan deria pendengaran manusia. Sebagai contohnya, mata manusia tidak dapat melihat objek atau organisma yang sangat kecil seperti kuman. Manakala telinga manusia pula tidak dapat mendengar bunyi yang sangat kecil atau yang sangat kuat. Namun, dengan adanya teknologi, halangan dan had kepada deria seperti ini dapat juga diatasi. Alatan sains seperti teleskop, mikroskop, kanta pembesar, sinar-X, periskop, teropong dan alat pengimbas ultrabunyi dapat membantu mengatasi had kepada deria penglihatan manusia. Selain dari semua itu, alatan sains yang biasa dilihat di makmal-makmal sains seperti tabung uji, bikar, silinder penyukat, jam randik, pembaris dan banyak lagi turut memainkan peranan masing-masing dalam membantu saintis melaksanakan peneyelidikan dan kajian. Sekiranya tiada alatan-alatan saintifik ini, sudah pastinya sangat sukar bagi saintis untuk menjalankan ujikaji dan penyelidikan mereka. Selain itu, alatan saintifik juga membantu saintis untuk mendapat keputusan yang tepat tentang sesuatu yang ingin diukur atau direkod. Hal ini kerana sains tidak boleh diterima pakai keputusannya dengan hanya membuat ramalan tetapi sebaliknya perlu mempunyai bukti yang kukuh dan tepat supaya keputusan yang diperoleh tidak boleh dipertikaikan. Contohnya alat pengukuran, tidak kiralah samaada pengukuran panjang, berat, masa, suhu dan sebagainya. Saintis tidak boleh sesuka hati untuk

meletakkan bacaan dengan sekadar mengagak atau menganggar tetapi mereka perlu untuk menggunakan alatan sains seperti pembaris, penimbang, termometer dan sebagainya untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Alatan saintifik juga sangat berguna kepada saintis dalam menjaga keselamatan mereka. Kebiasaannya dalam bidang kimia, kita tahu bahawa saintis ini banyak bermain dengan bahan-bahan kimia yang boleh menghakis, mudah meletup dan merbahayakan sesiapa yang menggunakannya. Namun dengan menggunakan alatanalatan saintifik, saintis dapat mengelakkan daripada berlaku sebarang kecederaan terhadap diri mereka. Contohnya penyelidikan yang melibatkan asid, dengan sifatnya yang mampu menghakis sangat merbahaya sekiranya penggunaannya tidak

dilaksanakan dengan betul. Saintis akan menggunakan tabung uji, bikar atau beberapa jenisa alatan saintifik yang lain untuk mengisi asid ini untuk memastikan diri mereka tidak terdedah kepada bahaya dan persekitaran mereka juga selamat.

Kriteria-kriteria yang perlu ada pada alatan saintifik. Antara kriteria-kriteria yang perlu ada pada alatan saintifik ialah pertama sekali ia perlulah selamat untuk digunakan. Alatan-alatan ini perlu diselenggara dengan baik dan setiap kali ingin digunakan alatan saintifik perlu dipastikan samada dapat berfungsi dengan baik atau tidak. Hal ini kerana, sesetengah alatan saintifik sekiranya rosak boleh mendatangkan bahaya kepada individu yang menggunakannya. Selamat disini bukan sahaja beerti bebas dari kerosakan tetapi juga bersih. Ada sebahagian alatan sains perlu disteril supaya tiada kuman-kuman yang boleh mendatangkan jangkitan kepada pengguna. Contohnya seperti alatan-alatan elektronik seperti mikroskop, ia perlu berada dalam keadaan baik kerana jika tidak ia mungkin boleh menyebabkan litar pintas atau boleh merosakkan deria pengelihatan pengguna. Selain itu, alatan-alatan saintifik juga tidak boleh adanya ralat dan ia perlu tepat. Ini biasanya bagi alatan-alatan pengukuran kerana amat penting apabila ingin merekod sesuatu bacaan, bacaan tersebut perlulah tepat dan tidak sembarangan sahaja. Jika tidak, ia akan mempengaruhi keputusan sesuatu ujikaji atau penyelidikan. Keputusan yang diperoleh juga boleh dikatakan tidak sah dan ujikaji perlu dilakukan semula bagi mendapatkan bacaan dan keputusan yang tepat. Contohnya untuk mengira berat, alat penimbang tersebut perlu dipastikan tidak terdapat zero error supaya bacaan yang diperoleh adalah bacaan yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai