Anda di halaman 1dari 2

PERINGATAN: Panduan ini disediakan sebagai rujukan umum sahaja dan

bersumberkan pengalaman yang dilalui. Penulis sedia menerima sebarang komen


ataupun pandangan mengenai Istiadat ‘Sword Bearer’ yang lebih tepat dari segi
kaedahnya. Panduan yang disediakan ini adalah berasaskan kepada tatacara
anggota TLDM. Sila hantarkan emel anda kepada murguzz@yahoo.com untuk
sebarang komen/pandangan.

ISTIADAT ‘SWORD BEARER’

1. Anggota terdiri drpd 8-14 orang dilengkapi dgn pedang istiadat ATM.

2. Anggota berada berpasangan mengadap antara satu sama lain dgn


memberikan ruang laluan kpd pengantin ditengah-tengahnya.

3. Kaedah dan hukuman yg diberikan adalah seperti berikut:

a. Anggota berada dihadapan penganti dlm dua barisan. Mengadap anggota


yang bertentangan dlm kedudukan senang diri.

b. Apabila pengantin sudah bersedia utk bergerak ke pelamin, skuad leader


(salah seorang drpd anggota akan memberi hukuman ‘skuad…sedia!’
‘Bergerak ke haluan dlm dua barisan…ke haluan pusing!’ ‘Dari tengah…
perlahan jalan!

c. (Setibanya di pintu gerbang). ‘Skuad..Henti’. ‘Ke dalam…pusing!’ ‘Ke


tengah….lurus!’. ‘Pandang…Depan!’.

Formasi satu

1. Satu langkah ke kiri,tiga langkah ke hadapan, dan henti. Ke belakang pusing dan
satu langkah ke kiri.

2. ‘Ke tengah…lurus!’ ‘Pandang…Depan!’.


Formasi dua

1. Tangan kanan membawa hulu pedang rapat ke sisi pinggang kanan. Tangan kiri
memegang bilah pedang (menyentuh dgn menggunakan tapak tgn dan semua
jari terbuka dan rapat di antara satu sama lain) sebanyak satu jengkal drpd hulu
pedang.

2. Apabila mendapat hukuman ‘up!’, pasangan anggota pertama drpd arah


kedudukan pengantin akan melambungkan pedang ke hadapan dan masing2
menyambut pedang tersebut. Perbuatan ini diikuti oleh anggota berpasangan
seterusnya sehingga ke anggota berpasangan terakhir sekali.

3. Setelah habis semua lambungan pedang itu, pedang tersebut akan


dilambungkan semula secara serentak apabila mendapati hukuman’up!’ drpd
skua leader.

Formasi tiga

1. Pedang akan disilangkan dgn anggota dihadapan masing2 dgn hukuman ‘


Jadikan…gerbang pengantin!’

2. Pengantin akan berjalan lalu merentasi silangan pedang2 itu. Habis sahaja satu
silangan, anggota disebelah barisan Kanan akan mengetuk pedang sekali dan
perlahan2 kedua2 pedang diturunkan ke paras bahu anggota bertentangan.

3. Setelah selesai semuannya, hukuman akan diberikan ‘rusuk..senjata!’.

d. ‘Kepada pengantin, ke kiri pusing!’ Hormat pengantin…Ke hadapan….


hormat!’

e. ‘Rusuk…senjata!’ ‘Ke dalam…pusing!’

f. ‘Bersurai...!’