Anda di halaman 1dari 3

Berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan, telah dinyatakan yang kementerian pendidikan telah memberikan penekanan perkembangan murid murid

dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual, dan sosial (JERIS). Sehubungan dengan itu, sukatan pelajaran KSSR telah dirangka bagi

memenuhi impian tersebut. Salah satu penekanan pendidikan di dalam KSSR iatu kecerdasan pelbagai berkait rapat dengan seni dalam pendidikan yang mana dapat membantu guru dalam merangka aktiviti semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Contoh kecerdasan pelbagai adalah kinestetik, bahasa, matematik, intrapersonal dan lain-lain lagi. Sepertimana yang

ditekankan dalam huraian sukatan KSSR iaitu pendidikan seumur hidup, pendidikan saksama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan juga perkembangan individu yang menyeluruh, dapat kita kaitkan bahawa seni dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam objektif huraian sukatan pelajaran KSSR bagi melahirkan insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual, dan sosial (JERIS). Pertama sekali, seni dalam pendidikan dapat membantu pelajar dalam mengembangkan membangunkan potensi potensi jasmani jasmani seseorang bagi pelajar. Tujuan utama

adalah

meningkatkan kepercayaan

terhadap diri sendiri dari sudut fizikal. Seperti yang kita tahu, aktiviti yang melibatkan pergerakan ini membolehkan pelajar belajar tanpa tekanan dan dapat menambahkan fokus mereka dalam pelajaran. Bagi pelajar tahun 1, aktiviti- aktiviti ini dapat membantu mereka dari segi psycho -motor yang membolehkan mereka menulis dengan betul. Selain itu, aktiviti seperti menyayikan lagu sambil menggayakan perbuatan berdasarkan lagu tersebut juga boleh membantu pelajar menyihatkan badan mereka. Seterusnya dari segi emosi murid- murid. Emosi yang stabil perlulah dididik seawall mungkin. Jika kita lihat di barat, terdapat kes dimana pelajar yang kurang stabil dari segi emosi menembak guru dan raka - rakan sekelas mereka. Kita tidak mahu hal yang sama berlaki di dalam Negara kita. Jesteru itu, sukatan pelajaran KSSR telah direka bagi menyeimbangkan perkembangan

emosi murid- murid. Selaras dengan pengajaran berpusatkan murid, pelbagai aktiviti menarik harus dilakukan guru bagi mengelakkan murid - murid menerima tekanan dalam pelajaran kerana sistem pelajaran kite masih berteraskan pendidikan untuk peperiksaan. Kesannya, murid - murid tidak berasa begitu tertekan di samping dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru dengan lebih mudah dan berkesan. Berikutnya adalah dari segi rohani murid- murid. Jika kita lihat pada prinsip KSSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh. Tujuan

utamanya adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada tuhan dan rukun Negara yang kedua iaitu kepercayaan kepada raja dan Negara. Ini adalah bagi menyemai sifat patriotik di dalam diri murid- murid. Oleh itu, aktiviti seperti menyanyikan dan menghayati lagu negaraku dan juga menghasilkan puisi patriotic

merupakan aktiviti paling sesuai diadakan bagi memenuhi keperluan terse but. Selain itu, intelektual seseorang muridmurid itu juga harus

dikembangkan. Tujuan utamanya adalah bagi meningkatkan prestasi di dalam pelajaran serta cara menyelesaikan konflik dalam diri sendiri. Selain itu, guru juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan pelajaran. Contoh utama yang mudah kita dapati adalah dalam matapelajaran matematik. Jika kita lihat kepada cara tradisional murid - murid belajar mengenai operasi tambah dan tolak adalah apabila guru hanya men ulis pada papan hitam. Namun setelah diperkenalkan seni dalam pendidikan, dapat disimpulkan bahawa murid- murid lebih melakukan amali disamping teori. Kini, murid- murid dibekalkan dengan bahan- bahan wujud seperti guli bagi memudahkan mereka memahami tentang operasi tambah dan tolak yang diajar. Akhir sekali adalah sosial. Kemahiran social ataupun bergaul juga penting kerana murid- murid pada peringkat ini masih dalam peringkat mengenal dunia. Jadi mereka harus belajar tentang adab - adab serta cara pergaulan yang diterima masyarakat. Untuk itu, kemahiran interpersonal yang

diperkenalkan dalam KSSR haruslah diperkenalkan. Guru boleh menggunakan aktiviti yang mana melibatkan pelajar dalam memberikan pendapat dan idea supaya murid- murid belajar cara berkomunikasi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah guru membacakan buku cerita dan meminta pelajar untuk menyatakan karekter yang mereka paling minati beserta sebab. Kesimpulannya, jelaslah bahawa seni dalam pendidikan membantu pelajar dalam mengembangkan potensi yang ada di dalam diri mereka. Sukatan pelajaran KSSR yang diperkenalkan juga boleh dikatakan lebih terperinci dalam membantu pelajar dalam memperkembangkan diri mereka dan menjadikannya sebagai pendidikan seumur hidup.

Anda mungkin juga menyukai