Anda di halaman 1dari 1

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN *********************************************** ************ . . Assalammualaikum w.b.

. Assalammualaikum w.b.t Majlis mengucapkan selamat datang ke solat hajat perdana yassin UPSR/ UPKK/ dan PSRA peringkat sekolah tahun 2013 1. Yang berusaha Pn Hjh Sadiah Bt Hussin, GB SKBBST 2. Yang berusaha Pn , GB KAFA ANNUR 3. Yang berbahagia En Shahrul Amir bin Hj Abdul Rahman (Yang dipertua PIBG Sekolah) 4. Yang dimuliakan penceramah jemputan kita sohibus samahah En Khairul Azwar Bin Abd Razak 5. Guru-guru penolong kanan 6. Guru guru SKBBST dan KAFA ANNUR 9. Ibu bapa dan penjaga serta anak2 murid yang di rahmati sekelian Alhamdullillah. bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia Nya pada hari ini, kita sekali lagi bersama-sama berhimpun di Surau ini bagi mengada kan majlis solat hajat dan bacaan yassin UPSR / UPKK / PRSA anjuran SKBBST dan KAFA ANNUR. Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran hadirin dan hadirat sekalian ke majlis yang penuh barakah ini. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa pada majlis kali ini membolehkan kita duduk berkumpul dalam ikatan kekeluargaan di samping mendoakan kejayaan anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan UPSR / UKPP / PSRA yang bakal menjelang Hadirin yang dirahmati Allah sekelian, Sebelum memulakan majlis, sukacita saya untuk membacakan perjalanan aturcara majlis pada hari ini.... Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan solat hajat, kemudian solat isyak dan slot motivasi dan di akhiri

dengan jamuan makan. Sehubungan dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput sohibus samahah __________________________ untuk mengetuai bacaan yassin dan solat hajat. Dengan segala hormatnya dipersilakan... Hadirin yang dirahmati sekelian, majlis kita akan diteruskan lagi dengan mendengar motivasi daripada penceramah jemputan kita . Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan sohibus samahah En Khairul Azwar Bin Abdul Razak untuk menyampaikan motivasinya yang bertajuk Pecutan Akhir Sebelum Peperiksaan . dipersilakan Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas motivasi yang telah disampaikan oleh sohibus samahah En Khairul Azwar Bin Abdul Razak sebentar tadi. Semoga segala yang disampaikan tadi dapat dijadikan ikhtibar dan panduan buat kita semua dalam menempuh cabaran yang mendatang

Hadirin yang dihormati sekelian, Dengan berakhirnya ceramah itu tadi , maka majlis sudah sampai kepenghujungnya. Saya selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan saya sebagai makhluk Allah bernama insan Sebelum kita bersurai marilah kita sama-sama membaca Surah al-Asr dan tasbih Kafarah Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan semua tetamu untuk menikmati juadah yang telah disediakan di kantin sekolah. Dengan itu saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayah wassalammualaikum w. b.t dan terima kasih