Anda di halaman 1dari 5

1.

Pernyataan masalah Masalah tidak dapat menguasai membaca dikalangan murid sekolah telah dipandang

serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana kerajaan mensasarkan sifar buta huruf pada tahun 2020. Kementerian Palajaran Malaysia melaporkan pada tahun 1993 terdapat sejumlah 80,000 murid sekolah rendah di Malaysia masig menghadapi masalah dalam penguasaan asas 2M iaitu membaca dan menulis. Laporan Kajian Penilaian Program Pemulihan Khas di sekolah Rendah oleh Bahagian Perancangan dan penyelidikan Dasar Pendidikan (2002) juga turut menemui pelbagai kes berkaitan dengan Pendidikan Pemulihan khas. Dapatan kajian menunjukkan secara purata tahun 1999 terdapat lebih 78,000 orang murid sekolah rendah telah mengikuti pemulihan matapelajaran Bahasa Melayu. Beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh ++huruf dan bakal menerajui Negara dengan lebih cemerlang. Menurut Deller (1991), membaca adalah kemahiran yang bernilai kepada semua murid sama ada murid itu normal ataupun istimewa. Membaca merupakan proses berkomunikasi sebagai usaha untuk memperoleh maklumat dan penguasaan bahasa seseorang. Kegagalan murid-murid menguasai kemahiran membaca akan mewujudkan masalah seseorang murid menguasai kemahiran dan matapelajaran lain. Kirk dan Gallgner (1989) menyatakan kanakkanak pemulihan adalah individu yang mempunyai masalah dalam membaca, mengeja dan menulis. Kelemahan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak ini berada di bawah paras normal. Aras pencapaian pelajar dapat dikesan berdasarkan umur iaitu murid-murid ini akan ketinggalan dua atau tiga tahun berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka yang lain. Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa mereka mengalami kecacatan mental, masalah emosi yang serius atau kecacatan sensori. Berdasarkan pernyataan penyelidik maka kajian ini amat penting untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi suku kata kv+ kvk. Mereka juga kurang minat dalam masalah pembelajaran. Latihan yang diberikan dalam kelas tidak dapat disiapkan dengan sempurna kerana masalah membaca yang dihadapi oleh mereka. Melalui pemerhatian yang telah dibuat menunujukkan punca murid ini tidak dapat menguasai kemahiran membaca seperti murid-murid lain disebabkan oleh tahap kognitif mereka lemah berbanding murid-muridmurid lain.

Selain itu murid-murid ini tergolong dalam keluarga yang berpendapatan rendah dan dibawah paras kemiskinan. Mereka ini kurang bimbingan kerana tiada siapa yang dapat member sokongan semasa mereka berada di rumah. Proses pembelajaran mereka terhad dan hanya berlaku di sekolah sahaja. Faktor lain, mereka kurang tumpuan dan hilang minat untuk belajar dan hanya mementingkan bermain sahaja. Sukatan Pelajaran yang diajar dikelas biasa agak tinggi dan tidak sesuai dengan aras pemikiran mereka. Beberapa ujian saringan telah dibuat untuk mengenalpasti dimana kelemahan murid-murid ini. Antara ujian tersebut ialah ujian pra mengenal huruf dan membaca perkataan mudah beserta gambar. Kebiasaannya murid pemulihan ini tidak melepasi ujian dan tersekaisekat dalam membaca walaupun perkataan tersebut muda. Kajian ini lebih memfokuskan kepada peningkatan kemahiran membaca dengan

memberi penekanan dalam mengenal huruf memadamkan dengan gambar dan menyebut serta mengeja perkataan. menggunakan satu kaedah yang dikira berkesan iaitu kaedah Pandang dan Sebut. Namun banyak kenkangan yang terpaksa di hadapi oleh guru pemulihan dalam masalah ini kerana kebanyakkan murid ini mempunyai keluarga yang tidak mementingkan pelajaran. Tahap kesedaran yang rendah di kalangan ibubapa dan mereka mudah selesa dengan apa yang ada. Disebabkan golongan ini berpendapatan rendah maka mereka tidak mampu untuk membeli bahan bacaan dan mengharapkan pelajaran di sekolah sahaja. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan telah mensasarkan sifar buta huruf maka murid tahun satu yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca melalui program Linus. Murid-murid yang tidak dapat dipulih oleh guru LINUS akan dihantar ke kelas pemulihan dan mereka dipanggil murid pemulihan tegar di sekolah. Dari pemerhatian di dalam kelas pemulihan menunjukkan Kaedah Pandang Dan Sebut yang digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran amat sesuai dan murid-murid cepat menguasai bacaan dan berjaya di masukkan semula ke kelas biasa dan mereka dapat belajar seperti murid-murid lain dengan baik.

1.4

Persoalan Kajian 1.4.1 Apakah kaedah pandang dan sebut berkesan dalam menangani murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca? 1.4.2 Adakah kaedah pandang dan sebut dapat meransang minda murid yang dihantar ke kelas pemulihan mendorong minat untuk belajar membaca di kalangan muridmurid tersebut? 1.4.3 Sejauhmanakah kaedah pandang dan sebut dapat memulihkan murid-murid ini menguasai kemahiran membaca agar mereka tidak tercicir? 1.4.4 Adakah kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru sesuai dengan tahap kognitif murid-murid?

1.5

Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah pandang dan sebut

dalam membantu murid tahap satu kelas pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca dengan cepat tanpa mengalami keciciran berulang dan mencapai kejayaan kearah sifar buta huruf 2020 nanti. Antara objektif yang hendak dicapai iaitu: 1.5.1 Mengkaji keberkesanan kaedah pandang dan sebut untuk digunakan kepada murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca. 1.5.2 Memastikan kaedah pandang dan sebut dapat menarik minat murid-murid membaca dan meransang perkembangan kognitif mereka supaya dapat menguasai kemahiran membaca. 1.5.3 Mengenalpasti masalah membaca dikalangan murid tahap 1 supaya tidak berlarutan sehingga pada tahun berikut. 1.5.4 Mengenapasti kaaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap kognitif murid-murid.

1.6

Kepentingan kajian Kaedah pandang dan sebut ini akan dapat diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan dan dapat member manfaat kepada semua murid supaya dapat menguasai kemahiran membaca dalam masa yang singkat. Program cepat membaca ini diharapkan akan dapat membendung masalah keciciran murid dalam menguasai kemahiran membaca di kalangan murid-murid sekolah Rendah. Selain itu kajian ini dapat member manfaat kepada guru Bahasa Melayu mengenalpasti kelemahan murid dan menangani sifar buta huruf menjelang 2020 di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kaedah pandang dan sebut ini akan dapat member dorongan atau motivasi kepada guru untuk mengajar murid-murid tanpa rasa jemu dan dapat memupuk minat membaca supaya bacaan mereka lebih lancar berbanding menggunakan kaedah lain. Di samping itu, guru pemulihan dapat menyumbang idea yang kreatif kearah mendidik anak bangsa Celik buta huruf.

1.7

Batasan Kajian. Kajian ini dijalankan melibatkan guru pemulihan dan murid-murid pemulihan Tahap Satu iaitu Tahun 1 hingga 3 di salah sebuah sekolah Kebangsaan Seri Aman. Seramai dua puluh orang sampel telah dipilih yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Kajian ini juga dijalankan dengan memberi penekanan terhadap aspek bacaan membaca perkataan dan ayat-ayat mudah yang mengandungi sukukata kv+kvk

1.8

Penerangan Terminologi 1.8.1 Kemahiran membaca Kemahiran membaca ialah suatu kemahiran bahasa yang berkait rapat dengan penguasaan pelbagai ilmu dan kemahiran lain. Membaca adalah suatu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis dan bercetak. Oleh itu, membaca ialah proses mendapat erti atau makna daripada bahan bertulis dan melahirkan sama ada secara pertuturan atau senyap.

Anda mungkin juga menyukai