Anda di halaman 1dari 18

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan

secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

1)DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN. remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti ataubudaya baru tidak tahu membezakan antara gejala yang negatif ataupositif. remaja mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan atau orang lain tanpa menyedari kesan buruknya. 2)SIKAP INGIN MENCUBA. pada zaman sekarang,remaja semakin aktif dan sentiasa ingin mencuba perkara yang baru dan ini merupakan peringkat pertama bagi sesuatu ketagihan dadah.

3)KEKURANGAN KASIH SAYANG. kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa juga akan menyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti negatif kerana tingkah laku anak-anak tidak diperhatikan dan mereka akan lebih mempercayai individu lain yang sentiasa bersama mereka daripada ibu bapanya walaupun individu tersebut tiada niat yang baik. 4)TIADA KEPERCAYAAN ROHANI YANG TEGUH. bagi remaja yang kurang kepercayaan rohani,mereka akan mengabaikan pantang larang hidup dan melanggarnya dengan perbuatan seperti menghisap dadah dan seks rambang. 5)KURANG PENDIDIKAN/PENGETAHUAN TENTANG DADAH . ramai remaja negara masih lagi kurang mengetahui tentang dadah dan tahap bahaya kesan dadah tersebut. Ibu bapa tidak memainkan peranan masing masing untuk mendidik anak-anak mengelakkan diri daripada dadah.

Kesan Dadah dapat dilihat dari 4 sudut Iaitu:-

Akibat ke atas Penagih

Akibat ke atas keluarga Penagih.

Akibat ke atas Masyarakat.

Akibat ke atas Negara.

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya . Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .

TINGKATAN PENGETAHUAN:-

cari maklumat tentang ubat-ubat yang sering disalah guna dan tanda-tanda penyalahgunaan sering berkongsi maklumat dengan ibu bapa, guru dan jiran hargai maklumat orang lain tentang anak anda

Pendidikan yang kukuh dan berkesan adalah bermula dari rumah :-

terapkan kepentingan ubat dan cara pengambilan yang betul beritahu anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat ubatan awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang ketara

Jadi rakan yang paling baik kepada anak anda :-

sentiasa bekomunikasi dengan anak anda berkongsi masalah dan pengalaman dengannya kenali rakan anak anda ketahui dimana anak anda berada pada setiap masa.

Gambar hiasan bagaimana seorang penagih dadah tradisional heroin menyuntik dirinya.

Konsekuensi dari penyalahgunaan dadah!