Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacaraan Majlis Restu Ilmu PMR 2013 SMK Bukit Sagu, Kuantan KATA ALUAN Melati kuntum

tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Salam sembah pembuka bicara. Assalaamualaikum w.b.t, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Dr Hj Tajuddin bin Mohd Yunus, Pengetua SMK Bukit Sagu, Yang berbahagia, En Mohd Shahar bin Abdullah, Pengerusi Kelab Mahasiswa Paya Besar, Yang dihormati En Hirudin bin Mohit, GPK Pentadbiran, En Badruddin bin Shukor, GPK HEM, En Abd Aziz bin Jaafar, GPK Koko, Guru-guru kanan bidang, barisan guru-guru, para jemputan daripada Kelab Mahasiswa Paya Besar dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), para ibu bapa serta pelajarpelajar tingkatan 3 yang diraikan sekalian. Selamat datang ke Majlis Solat Hajat dan Penitipan Ilmu PMR 2013. Alhamdulillah marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita ke hadrat Ilahi dengan kasih saying dan izinnya, kita dapat berhimpun bersama-sama pada pagi Jumaat yang indah ini bagi meraikan dan memeriahkan Majlis Solat Hajat dan Penitipan Ilmu PMR bagi tahun 2013 ini. Majlis ini diadakan khas buat pelajar Tingkatan 3 sebagai tanda sokongan padu pihak sekolah kepada calon-calon PMR 2013. BACAAN DOA Panjang-panjang si pohon buluh, Jangan dijolok sarang penyengat, Menadah tangan jari sepuluh, Doa dipohon biar berkat. Bagi memberkati majlis ini, dengan hormatnya mempersilakan Ustaz Muhd Juhari bin Salim bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan. ******** Amin Ya Rabbal alamin. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Muhd Juhari di atas bacaan doa itu tadi.

SLOT MOTIVASI Majlis diteruskan lagi dengan slot motivasi daripada wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)..(nama). Majlis mempersilakan. ***** Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ceramah motivasi yg telah disampaikan oleh (nama) itu tadi. Semoga ceramah tadi dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan PMR yang akan dihadapi nanti. UCAPAN WAKIL PELAJAR Seterusnya, dijemput adik .(nama) untuk menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar tingkatan 3. Majlis mempersilakan. ***** Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik . (nama) di atas ucapan sebentar tadi. UCAPAN WAKIL GURU Majlis seterusnya menjemput En/Pn .(nama) bagi menyampaikan ucapan sebagai wakil guru. Dipersilakan. ***** Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En/Pn atas ucapan yang penuh bermakna tadi. UCAPAN PENGERUSI KMPB Bagi meneruskan lagi aturcara majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput ..(nama) , Pengerusi Kelab Mahasiswa Paya Besar (KMPB) untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. ***** Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada .. di atas ucapan itu tadi. UCAPAN YDP PIBG Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YDP PIBG SMK Bukit Sagu, En Wan Ludin bin Wan Ali untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ***** Ribuan terima kasih diucapkan kepada En Wan Ludin di atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi.

UCAPAN TUAN PENGETUA Pergi ke kota beli selasih, Selasih berasal dari Tanjung Batu, Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan doa iringkan restu. Majlis dilengkapkan lagi dengan ucapan daripada Dr Hj Tajuddin b. Mohd Yunus, Pengetua SMK Bukit Sagu. Majlis mempersilakan. ******* Majlis merakamkan setinggi penghargaan di atas amanat yang telah disampaikan oleh tuan pengetua itu tadi. IKRAR PELAJAR Sidang hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan ikrar pelajar. Dengan ini dijemput untuk mengetuai ikrar pelajar. Dipersilakan. ******* Terima kasih kepada adik kerana mengetuai ikrar sebentar tadi. SESI BERSALAMAN PELAJAR TARGET Kini tibalah kita ke kemuncak aturacara iaitu sesi bersalaman memohon restu bagi pelajarpelajar target PMR 2013. Majlis dengan hormatnya menjemput para ibu bapa pelajar-pelajar target dan guru-guru mentor tingkatan 3 untuk naik ke pentas dan bersalaman dengan para pelajar. Dengan ini dijemput naik ke pentas, ibu/bapa kepada adik .. Seterusnya, ibu/bapa adik. dan ibu/bapa adik ******* PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA WAKIL SETIAP KELAS TINGKATAN 3 Alhamdulillah selesai sudah sesi bersalaman antara para ibu bapa, guru dan pelajar target PMR tahun 2013 sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada wakil setiap kelas tingkatan 3. Dengan penuh hormatnya, majlis menjemput . dengan diringi oleh . bagi menyampaikan cenderahati kepada pelajar. Dipersilakan. adik

Dijemput ketua tingkatan 3 amanah/barakah/fathanah/hidayah cenderahati daripada pihak sekolah.

untuk

menerima

Setinggi ucapan terima kasih kepada .kerana sudi menyampaikan cenderahati kepada pelajar sebentar tadi. SESI BERSALAMAN SEMUA PELAJAR DENGAN IBU BAPA DAN GURU Sebelum berakhirnya majlis kita pada hari ini, dijemput semua guru dan ibu bapa untuk berbaris bagi sesi bersalaman dengan anak-anak pelajar untuk memberi restu dan menghalalkan semua ilmu yang telah dicurahkan selama ini. Dijemput guru lelaki dan para bapa untuk berbaris di bahagian kanan dewan dan guru perempuan dan para ibu untuk berbaris dibahagian kiri dewan. Semua pelajar dipersilakan bangun dan berbaris dengan teratur untuk selawat dan bersalam-salaman dengan para guru dan ibu bapa anda semua Selingan: Ku Mohon Restumu CIUM TANGAN mereka..MOHONLAH KEAMPUNAN MEREKA ! andai ada terkasar bahasa...tersilap kata...mohon diampunkan dosa...peluklah mereka seerat-eratnya... .Ibu dan ayah...berikanlah restumu....doakan kejayaan mereka Para pelajar yang tiada ibu bapa pada pagi ini..tidak hadir mungkin atas sebab bertugas....atau anda tidak menjemput mereka...atau sememangnya mereka tiada lagi di dunia ini..dapatkan guru-guru anda di hadapan ini...kerana guru adalah pengganti kepada ibu dan ayah di sekolah...ciumlah tangan mereka...mohonlah ampun maaf...minta direstukan segala ilmu yang diberi...mungkin semalam anda melawan guru anda, tidak menyiapkan tugasan yang diberi dan sering menyakiti hati guru...mohonlah kemaafan mereka.... Para pelajar yang telah pun mendapatkan restu ibubapa dan guru...diminta mengambil semula tempat di dewan ini dan diminta tidak ke mana-mana. Pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa yang sudi hadir pada pagi ini. Sesungguhnya komitmen tuan puan adalah inspirasi kami...dengan itu,tamatlah majlis kita pada pagi ini. semoga berjumpa lagi...sekian..wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh Dijemput semua tetamu, guru-guru, dan ibu bapa untuk menjamah jamuan yang telah disediakan di kantin sekolah.