Anda di halaman 1dari 1

CHAR KUETIAU MAMAK STYLE Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi 1 kg kuetiau 100 gm daging ~ hiris nipis 1 peket

kek ikan ~ hiris nipis 1 peket bebola ikan ~ hiris nipis 1 cawan kerang - ita tambah 1 cawan taugeh 1 mangkuk sawi 3 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas 1 sudu makan rempah kari 3 sudu makan kicap pekat 1 sudu besar sos tiram ~ ita tambah 2 sudu makan minyak masak 1 labu bawang besar ~ cincang halus 3 biji telur ayam 3 biji cili hijau ~ hiris nipis 1 kiub ikan bilis ~ ita tambah 2 sudu besar udang kering ~ ita tambah (kisar) 2 ulas bawang putih ~ ita tambah (kisar) garam dan gula secukup rasa Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar. Masukkan kicap, sos tiram dan kuetiau. Kacau rata. Ketepikan kuetiau dan pecahkan telur ditengah2 kuali. Biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata. Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer. Biarkan kuetiau sedikit kering. Siap untuk hidangan.

Anda mungkin juga menyukai