Anda di halaman 1dari 2

MOHAMAD UBAIDILLAH BIN MOHAMAD KHAIRI

INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

NAMA INOVASI: Kad Ganjaran sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI: Kad ini dibuat dari manila kad keras dan saya telah agihkan kepada setiap pelajar. Pada kad itu ada tertulis nama murid, kelas dan masa waktu kelas

berlangsung. Bagi murid-murid yang aktif melaksanakan tugas yang guru berikan, satu Motivater Sticker akan guru lekatkan pada kad murid itu. Sepanjang berlangsungnya kelas, murid akan berusaha dalam melakukan aktiviti dan menyiapkan tugasan bagi menarik perhatian guru supaya dapat mengumpul lebih banyak sticker. Bagi jumlah sticker yang dikumpul, guru akan memberi ganjaran berbentuk gula-gula mengikut jumlah sticker yang dikumpul pada kad murid tersebut. Semakin banyak sticker semakin banyak gula-gula yang murid akan dapat. Bagi murid yang mendapat sticker sebanyak 10 keping, murid akan mendapat 10 biji gula-gula sebangai ganjaran. PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI: Murid dilihat berusaha keras dalm mengumpul sticker tersebut. Setiap aktiviti yang dijalankan, murid-murid cuba untuk menarik perhatian guru. Ini membolehkan guru lebih mudah mengawal kelas dengan perhatian yang diberikan oleh murid. Murid juga akan lebih berusaha dalam bekerjasama dalam kumpulan dan sentiasa berusaha dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Ini menyelesaikan masalah tidak membawa

MOHAMAD UBAIDILLAH BIN MOHAMAD KHAIRI

buku teks dan latihan, dan tidak membuat kerja sekolah. Kad Gabjaran ini juga merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk mengukur sejauh mana penglibatan murid dalam aktiviti P&P dijalankan. Peneguhan positif ini memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Menurut Rahil Mahyuddin (2002), peneguhan positif meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya rangsangan tertentu. Sesuatu peneguhan itu boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah ujian). Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu akan disifatkan sebagai peneguhan positif.

Anda mungkin juga menyukai