Anda di halaman 1dari 2

PERTIKAIAN berdarah di Syria hampir memasuki tahun kedua tanpa sebarang tanda ak an reda.

Krisis Syria antara agenda penting dalam ucapan kalangan 120 pemimpin di Perhimp unan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-67 di New York. Turut mendapat sorotan ialah seruan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu me ngenai niat Iran membina bom nuklear yang bertujuan menghapuskan watannya. Malah, isu kemarahan umat Islam terhadap tayangan filem Innocence of Muslims yan g menghina Nabi Muhammad saw turut diperkatakan banyak pemimpin. Ketegangan mutakhir di Asia-Pasifik mengenai pertindihan tuntutan ke atas pulaupulau yang kaya dengan hasil galian, hasil perikanan dan laluan strategik turut mendapat sorotan. Malapetaka kemanusiaan di Syria telah digemakan sekali lagi oleh Setiausaha Agun g PBB, Encik Ban Ki-moon. Katanya, keutamaan pada perhimpunan itu adalah agar me ndapat kesepakatan antarabangsa bagi menamatkan krisis Syria. Lebih kurang 50 rundingan diadakan di peringkat PBB, namun terdapat jalan buntu dalam menamatkan krisis Syria. Menurut Encik Ban, krisis Syria telah meragut ribuan jiwa, terutama orang awam. Ia kini bak perang saudara dengan pertempuran terus berlaku antara tentera rejim Bashar Al-Assad dengan para pemberontak. Sejauh ini tiga sidang penting peringkat tinggi telah diadakan agar cuba menghur aikan krisis di Syria. Di samping itu, terdapat beberapa rundingan tambahan yang diadakan di peringkat para pegawai tinggi. Para raja, presiden dan perdana menteri telah menyarankan pelbagai langkah demi mengakhiri kemelut Syria. Namun, sehingga kini tiada sebarang inisiatif baru yan g muncul. Terdahulu, mantan Setiausaha Agung PBB, Encik Kofi Annan, diberi tugas menghurai kan isu itu. Atas daya utamanya sendiri, beberapa kemajuan telah dicapai. Malangnya, pergeseran di kalangan kuasa-kuasa besar dalam Majlis Keselamatan PBB telah menggagalkan usahanya, kata Encik Annan. Kini tugas Encik Annan diisi ole h Encik Lakhdar Brahimi, diplomat terkemuka dari Algeria. Krisis Syria memang berserabut. Ia kini menjadi medan proksi kuasa-kuasa Barat d i satu pihak dengan Russia dan China di pihak yang lain. Keadaan ini mendorong kalangan pengamat membandingkan keadaaan semasa di Syria s erupa dengan zaman Perang Dingin (1945-1991) dulu. Sering pergeseran Timur dan Barat mewarnai Perhimpunan Agung PBB dari masa ke ma sa. Memandangkan Barat mewakili negara-negara kaya, maka terpapar jurang ekonomi ant ara dua bahagian dunia. Presiden Barack Obama merupakan ketua negara kedua (sesudah Presiden Brazil, Cik Dilma Vana Rousseff) yang berucap pada Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini. Berlatarkan suasana panas kempen Pilihan Raya Presiden Amerika kini, Encik Obama lebih berdiplomasi agar ucapannya tidak akan disalah tafsir calon lawannya, Enc ik Mitt Romney.

Encik Obama sekadar menekankan dasar pentadbirannya terhadap Syria tidak berubah dan beliau mahu Presiden Al-Assad mengundurkan diri dan memberi laluan kepada p ara pemimpin lain. Laporan media di Russia dan China melahirkan bantahan mereka terhadap gangguan d an campur tangan luar dalam krisis Syria yang tercetus sesudah kesan Kebangkitan Arab yang bermula pada Disember 2010 di Tunisia. Russia dan China amat tegas menolak sebarang campur tangan luar di Syria. Kededu anya telah mengenakan veto (undi pembatal) dalam Majlis Keselamatan PBB - menent ang tiga resolusi mengenai krisis Syria. Bagaimanapun, banyak negara anggota PBB masih percaya bahawa hanya tindakan bers ama Majlis Keselamatan PBB akan dapat memecahkan kebuntuan di Syria. Russia dan China juga khuatir meningkatnya pengaruh golongan pelampau Muslim di Syria dan ini menjejas keseimbangan di Timur Tengah. Kalangan pemimpin Arab, terutama Arab Saudi dan Qatar, dilaporkan akan cuba meng gunakan pertemuan dengan para diplomat dan pemimpin Russia dan China sepanjang P erhimpunan Agung PBB. Mereka cuba meyakinkan Russia dan China bahawa golongan pe lampau akan menjadi lebih kuat jika krisis Syria berterusan. Masalah runcing ialah mengurangkan nestapa orang awam di Syria. Difahamkan 2.5 j uta orang awam Syria terpaksa diberi perlindungan di sepanjang sempadan Turkey, Iraq dan Lebanon. Keadaan akan mencengkam menjelang musim sejuk kini. Oleh itu, PBB perlu menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak AS$435 juta ($535 juta). Sejauh ini badan dunia itu hanya dapat mengumpulkan 40 peratus jumlah ban tuan itu sejak beberapa bulan lalu. Tampaknya, PBB terpaksa menggunakan tabung daruratnya demi membantu warga awam S yria.

Anda mungkin juga menyukai