Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA CERAMAH ETIKA DAN MORAL PROFESIONALISME GURU SMK SUBANG, SHAH ALAM, SELANGOR

1. PENDAHULUAN Pelaksanaan ceramah bertajuk Etika dan Moral Profesionalisme Guru adalah untuk menjadikan seseorang guru itu mempunyai sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai. Melalui aktiviti yang diadakan, para peserta akan memperolehi input-input yang berguna untuk masa depan sebagai seorang guru. Selain menyebar ilmu segala tingkahlaku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar Selain itu mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baikhati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988) Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adapt yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan. Etika ialah satu system dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspekaspek tertentu.

Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan. Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod etika ini juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya. DiMalaysia, Tatasusila Profesion Keguruanyang disarankan oleh

Kementerian Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Secara tidak langsung, perkara ini akan membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN,1991).

2. RASIONAL Dari segi rasionalnya, ceramah etika dan profesinalisme guru ini dijalankan bagi merealisasikan hasrat wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para gurunya mempunyai nilai profesionalisme dan etika yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Oleh itu, ceramah ini diadakan memberi input-input berkenaan ciri-ciri profesionalisme dan etika sebagai seorang guru yang berkarisma dan inovatif.

3. MATLAMAT Menghayati prinsip-prinsip utama Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam dan Etika Perguruan. Meningkatkan pengetahuan guru tentang ilmu-ilmu pendidikan sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa. Meningkatkan tahap keprofesionalisme guru-guru dan mengaplikasikannya dalam amalan P&P.

4. OBJEKTIF Meninggikan imej dan status serta mutu perkhidmatan guru di sekolah ini. Mendorong guru untuk bekerja dengan penuh dedikasi terhadap tugas mereka dan memberi khidmat kepada masyarakat sekolah serta bersedia menambah dan memperbaharui pengetahuan. Membentukkan sikap positif barisan guru-guru. Mendedahkan amalan-amalan yang beretika dalam kehidupan serta membincangkan kesan-kesan negatif amalan tidak beretika dalam kehidupan.

4. TARIKH DAN TEMPAT Tarikh: 23 Mac 2013 (Sabtu) Tempat: Dewan Ibnu Sina SMK Subang, Shah Alam

5. SASARAN Semua guru SMK Subang seramai 130 orang.

6. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Rosnah bt Ab. Rahman (Pengetua) Naib Pengerusi : En. Sabri b. Baharom (Pen. Kanan Pentadbiran) Setiausaha: Pn. Nur Azura bt. Ahmad Zahiri Timbalan Setiausaha: Pn.Munawiza bt. Johari Bendahari: Pn. Maria bt. Saad

Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana I. Jawatankuasa Pendaftaran Cik Ainura Filzah Binti Zakaria

II.

Jawatankuasa Peralatan & Teknikal En. Ahmad Faizal b. Bahari

III.

Jawatankuasa Persiapan Tempat En. Shaharudin b. Isa

IV.

Jawatankuasa Dokumentasi Pn. Zuraidah bt Zainudin

V.

Jawatankuasa Makanan Pn. Najwa Binti Abdul Hadi

VI.

Jawatankuasa Sijil Cenderahati Cik Ruby Suapat

VII.

Jawatankuasa Pengacara Majlis En. Shaharudin b. Ismail

7. ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. 1. 2. Perkara Makanan & minuman Barangan di Stor Sijil & Cenderahati Sijil Penyertaan(130 orang) Item RM 5.00 X 130 Jumlah RM 650.00

Cenderahati Rasmi 3. Kertas A4

RM 0.50 x 130 RM 10.00 X 1

RM 65.00 RM 10.00

Jumlah keseluruhan:

RM 725.00

8. SUMBER KEWANGAN Dari peruntukan untuk program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

9. TENTATIF PROGRAM TENTATIF PROGRAM CERAMAH ETIKA DAN PROFESIONALISME GURU TARIKH: 23 MAC 2013 HARI: SABTU

8.00 8.10 PAGI 8.10 10.00 PAGI

- KETIBAAN GURU-GURU UCAPAN PENGETUA

10.00 10.30 PAGI REHAT/ JAMUAN 10.30 12.30T/HARI - CERAMAH ETIKA DAN PROFESIONALSME GURU OLEH TUAN HJ. SHAMIDI BIN KOSIRAN (PK KANAN HAL EHWAL MURID)

10.0 PENUTUP Adalah diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan yang diberikan samada dalam bentuk idea, sumbangan dan sebagainya amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh :

(Nur Azura bt. Ahmad Zahiri) Setiausaha Program

Disemak oleh :

(Munawiza bt. Johari) Setiausaha LADAP Sekolah

Disahkan oleh :

(En. Sabri b. Baharum) Pen. Kanan Pentadbiran SMK Subang

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM CERAMAH

Guru-guru sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Setiausaha LADAP sedang sibuk bekerja.

Guru-guru sedang mendengar ceramah.

Suasana ceria semasa mendengar ceramah.

Guru-guru begitu bersemangat termasuklah si penulis.

Guru-guru lelaki hampir nak tertidur.

Penceramah Tn. Hj. Shamidi seorang guru yang berpengalaman.

Penceramah yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seorang yang sangat berdedikasi

Anda mungkin juga menyukai