Anda di halaman 1dari 22

karangan Laporan

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku.

Pada hari Sabtu 29 Februari 2012 yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kemaman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku, di Dewan Pusat Dagangan Terengganu. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mengenali buku-buku bermutu yang sesuai dibeli oleh murid.Selain itu murid-murid juga dapat menimba pengetahuan tentang perjalanan pameran buku.Di samping itu murid juga dapat menambah pengalaman semasa mengikuti lawatan sambil belajar.

Kami tiba di Dewan Pusat Dagangan Terengganu pukul 9.30 pagi. Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah sudut pameran buku terbaharu. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagaibagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP dan syarikat penerbitan buku yang lain.

Selepas itu, kami menuju ke setiap gerai buku yang disediakan.Di situ terdapat penerbit yang mempamerkan dan mempromosikan buku daripada syarikat masing-masing.Kami meluangkan masa untuk melihat dan membelek-belek buku yang dipamerkan di setiap gerai.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku rujukan UPSR dan buku cerita. Kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak penerbit buku tersebut.Ada juga rakan kami yang menyertai pertandingan kuiz sempena pameran buku tersebut.

Sesungguhnya pameran buku kali ini amat berbeza dengan pameran buku yang pernah dianjurkan sekolah kami.Hal ini demikian kerana terdapat beebrapa acara menarik seperti pertandingan bercerita dan mewarna yang disediakan untuk pengunjung khususnya murid-murid sekolah.Oleh itu lawatan ini memberi pengetahuan dan dapat menambahkan pengalaman kepada semua ahli. Harapan kami agar lebih ramai murid di sekolah ini akan menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Laporan disediakan oleh,

2 Mac 2012.

(MUHAMMAD AIMAN BIN ALI) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Padang Air.

TIDAK HADIR KE SEKOLAH 2


Andaikan bahawa kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana pulang ke kampung setelah menerima berita kematian nenek kamu. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu beliau tentang perkara tersebut . Kampung Burung Baru, 23000 Dungun, Terengganu. _________________________________________ Guru kelas, Tahun 6 Bestari, Sekolah Kebangsaan Padang Pulut, 23000, Dungun, Terengganu. Cikgu, Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6 Bestari ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang ke kampung ayah di Besut,Terengganu kerana menziarahi arwah nenek yang meninggal dunia dua hari yang lalu. 2. Jenazah nenek saya telah selamat dikebumikan pada sebelah petang pada hari beliau 20 MAC 2010

menghembuskan nafasnya yang terakhir.Saya memohon maaf kerana tidak dapat

mengikuti pelajaran di sekolah sepanjang tiga hari tersebut.Saya berjanji akan menyalin kembali semua kerja sekolah yang diberi oleh guru daripada rakan-rakan. 3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan sijil kematian nenek saya untuk perhatian dan

makluman cikgu. Saya berharap cikgu dapat memaafkan saya.

Sekian ,terima kasih.

Yang benar,

( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR )

Langkah-Langkah Menjadi Murid Cemerlang


Semua murid mempunyai impian menjadi pelajar cemerlang.Tuliskan langkah-langkah yang kamu ambil untuk mencapai impian kamu itu.

Setiap murid ingin cemerlang dalam pelajaran.Banyak langkah yang boleh diambil untuk menjadi murid cemerlang.

Langkah pertama ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka.Mereka harus tahu subjek yang tidak dapat dikuasai. Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi mengatasi kelemahan tersebut. Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar sendiri.Murid akan tahu masa yang sesuai untuk belajar , berbual-bual dengan rakan dan bersukan.Oleh itu mereka tidak akan membuang masa dengan sia-sia. Di samping itu, setiap murid mesti memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan.Murid perlu banyak membuat latihan. Latihan yang sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak. Seterusnya, semua murid mesti menjaga kesihatan diri. Mereka mesti makan makanan yang seimbang dan bijak mengawal emosi.Dengan itu murid akan lebih yakin

dan tenang menjawab soalan peperiksaan.

Sekiranya murid mengikuti langkah-langkah tersebut, sudah tentu mereka akan berjaya dengan cemerlang.Ingatlah kejayaan tidak akan datang tanpa usaha

KARANGAN UPSR (fakta) : Faedah Memanfaatkan Perpustakaan

SOALAN : Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu tentang faedah-faedah yang diperoleh jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.

Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita. Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.

Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang lain. Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya.

KARANGAN UPSR (fakta) : Kepentingan Kelas Tambahan

Murid-murid sekolah kini digalakkan mengikuti kelas tambahan. Nyatakan Kepentingan mengikuti kelas tambahan.

Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar waktu persekolahan atau ketima musim cuti sekolah.Ketika ini, kelas tambahan seakan-akan menjadi suatu kewajipan bagi mana-mana sekolah. Pihak ibu bapa pula beranggapan kelas tambahan ini perlu bagi meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak. Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu bapa kerana kelas ini boleh diikuti oleh murid-murid secara percuma. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos perbelanjaan ibu bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri. Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya. Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula. Di samping itu, kelas tambahan yang dijalankan biasanya memberikan lebih kefahaman kepada murid-murid. Murid-murid yang lemah akan diberikan lebih tumpuan kerana kelas ini tidak menekankan silibus. Oleh itu, kelas tambahan banyak membantu murid-murid sederhana dan lemah untuk menguasai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran. Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu. Ini dapat menghalang mereka terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.

Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak menberikan manfaat. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah.

Karangan Fakta : Faedah Bersukan

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh. Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri

mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah. Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

KARANGAN UPSR (fakta) : Cara Menggunakan Masa dengan Berfaedah

SOALAN : Tulis sebuah karangan tentang " Cara Menggunakan Masa dengan Berfaedah"

Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja. Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita. Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca.

Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini. Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.

KARANGAN UPSR (syarahan) "Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid"

SOALAN : Kamu akan menyertai pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah "Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid". Tulis syarahan itu selengkapnya. ........................................................................................................

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, "Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid".

Hadirin Sekalian, Sekolah yang bersih menjadi impian para guru dan murid-murid. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh semua pihak untuk memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih.Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah pertandingan kelas terbersih. Selain dapat mewujudkan suasana kelas yang ceria, usaha ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid. Meskipun ada pekerja yang ditugaskan membersihkan kawasan sekolah muridmurid tidak wajar meletakkan tanggungjawab ini kepada mereka semata-mata. Sebagai murid, kita perlu sedar bahawa kawasan yang perlu dibersihkan oleh pekerja itu terlalu luas. Oleh itu, tidak salah jika kita turut sama membantu mereka. Segala kemudahan seperti penyapu dan tong sampah yang mencukupi telah disediakan di dalam setiap kelas. Sebagai murid yang bertanggungjawab, segala kotoran dan sampah-sampah perlu disapu dan dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan. Sekolah dan kelas yang bersih juga memberi impak kepada pembelajaran muridmurid. Sekiranya persekitaran kotor, keadaan ini akan menzahirkan pemandangan yang kurang enak. Hal ini menyebabkan kita gagal menumpukan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tidakkah itu merugikan diri kita sendiri ? Hadirin sekalian, Akhir sekali saya ingin menyeru kepada rakan-rakan, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan sekolah. Sesungguhnay menjaga kebersihan merupakan ibadah yang mulia dan harus dimanfaatkan oleh setiap insan. Sekian, terima kasih.

Faedah Makan Buah-buahan Tempatan

Negara kita kaya dengan hasil buah-buahan.Buah-buahan tempatan ialah buah yang berasal dari negara kita.Contoh buah-buahan tempatan yang banyak terdapat seperti durian,langsat,rambutan manggis dan lainlain. Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar.Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang dan sebagainya.Sudah tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara. Di samping itu kita patut makan buah-buahan tempatan kerana buahbuahan ini mudah didapati dan dibeli terutama pada musim buahbuahan.Tambahan pula sekiranya kita rajin bercucuk tanam terutama mereka yang tinggal di kampung, buah-buahan seperti pisang dan betik hanya diperoleh di belakang rumah sahaja. Selain itu , buah-buahan tempatan juga harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport.Tahukah kita harga buah-buahan import harganya dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan.Oleh itu kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian. Seterusnya dengan makan buah-buahan tempatan, kesihatan kita lebih terjamin.Ini disebabkan buah-buahan tempatan tiada bahan pengawet yang mengandungi bahan kimia berbahaya.kebanyak buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama.Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan dan sebagainya. Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri. CONTOH KARANGAN. KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.

Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut. Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut. Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Mutusamy .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan. Biar Lambat Asalkan Selamat Pengenalan maksud peribahasa sesetengah orang tidak sabar dalam sebarang

Perenggan ke-2 pekerjaan Perenggan ke-3

contoh seorang pemandu kenderaan pandu laju kerana mahu cepat sampai ke destinasinya

Perenggan ke-4 berlaku perkara yang tidak diingini menyesal Penutup peribahasa ini merupakan contoh yang baik dalam kehidupan seharian dan sentiasa selamat kalau mengamalkan peribahasa ini Peribahasa Biar Lambat Asal Selamat membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhatihati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya. Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya.

Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujunya. Tanpa disedari, perbuatannya itu berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain. Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu. Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut. Contoh Jawapan : Kampung Kemudi, 23000, Dungun, Terengganu. _____________________________________________ Pengurus Pemasaran, Penerbitan Sasmurni Sdn. Bhd., 23 & 24, Jalan Murai, 80400, Johor Bahru. 10 MAC 2010. Tuan, Memesan Buku Merujuk kepada perkara di atas, saya Mohd Aikal Bin Asri telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.

2. Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut : Bil. 1. 2. 3. Judul Buku Misteri Rumah Api Misteri Patung Bernyawa Rahsia Kotak Hitam Harga Seunit 1 RM 3.00 1 RM 4.00 2 RM 4.00 Jumlah RM 11.00 Kuantiti

3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 007 yang bernilai RM 11.00. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. Yang benar,

( MOHD AIKAL BIN ASRI ) Soalan Ramalan 2010 Andaikan bahawa kamu diserang demam panas. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah selama tiga hari. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu beliau keadaan kamu. Kampung Burung Baru, 23000 Dungun, Terengganu. _________________________________________ Guru kelas, Tahun 6 Bestari, Sekolah Kebangsaan Padang Pulut, 23000, Dungun, Terengganu. 20 MAC 2010

Cikgu, Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6 Bestari ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana diserang demam panas. 2. Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Pusat Kesihatan Daerah Bukit Besi. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama tiga hari. 3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti biasa.

Sekian ,terima kasih.

Yang benar,

( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR ) Soalan Ramalan 2010 Daripada analisis soalan peperiksaaan yang dilakukan ,karangan jenis surat kiriman rasmi belum pernah keluar dalam peperiksaan UPSR Tahun 2005 - 2009.

Kelab Kajian Tempatan sekolah kamu akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran RTM di Angkasapuri Kuala Lumpur. Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah stesen tersebut untuk memohon kebenaran.

Kelab Kajian Tempatan, Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati, 23000, Dungun, Terengganu. ____________________________________________________ Pengarah, Stesen Penyiaran RTM, Angkasapuri, 50164 Kuala Lumpur. 10 MEI 2010. Tuan, Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran RTM Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran RTM di Angkasapuri. 2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancanganrancangan di RTM.Tambahan pula televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada murid-murid. 3. : Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami Tarikh : 25.MEI.2010 Masa : 9.00 pagi Ahli : 35 orang termasuk 3 guru pengiring 4. Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat meluluskan permohonan kami. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang menjalankan tugas,

(NUR AIN NASUHA BT NASRAN) Setiausaha Kajian Tempatan, Sekolah Kebangsaan Pulau Sekati. Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru. Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. Rakan sekalian, Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar . Sekian , terima kasih.

Contoh Karangan Ucapan Sempena Hari Guru Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru. Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. Rakan sekalian, Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah

Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar . Sekian , terima kasih.

Biar Lambat Asalkan Selamat Pengenalan maksud peribahasa sesetengah orang tidak sabar dalam sebarang

Perenggan ke-2 pekerjaan Perenggan ke-3

contoh seorang pemandu kenderaan pandu laju kerana mahu cepat sampai ke destinasinya

Perenggan ke-4 berlaku perkara yang tidak diingini menyesal Penutup peribahasa ini merupakan contoh yang baik dalam kehidupan seharian dan sentiasa selamat kalau mengamalkan peribahasa ini Peribahasa Biar Lambat Asal Selamat membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhatihati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya. Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya. Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujunya. Tanpa disedari, perbuatannya itu berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain. Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal

kerana perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu. Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.

Kekisi ,kekuda, tetupai dan sesiku L

Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lainlain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain, atau jeruji.

Kekuda bermaksud kayu penyangga tulang bumbung rumah atau kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain.

Tetupai bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu.

Sesiku bermaksud sejenis alat berbentuk `L' atau `T' (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); atau sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90, 60, dan 30 atau 90, 45, dan 45).

Anda mungkin juga menyukai