Anda di halaman 1dari 8

b) Pengklonan memberi kesan positif dan negatif dalam industri pertanian.

Pengklonan ialah satu teknik penghasilan organisma secara pembiakan vegetatif (aseks) dimana organisma yang terhasil adalah sama dari segi genetik dengan

induknya.Ia merupakan satu prosedur mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks atau meiosis.Ini menghasilkan organisma yang serba serupa dengan induknya daripada segi genetik dan fizikalnya. Pengklonan bukanlah sesuatu yang baru.Ianya telah dilakukan secara meluas melalui pengkulturan tisu khasnya bagi tumbuhan.Bagi tumbuhan,pengklonan boleh berlaku secara semulajadi daripada bahagian-bahagian tumbuhan.Pengklonan juga boleh dilakukan melalui keratan daripada bahagian tumbuhan untuk menghasilkan

tumbuhan yang baru melalui pembahagian sel. Bagi haiwan pula,pengklonan dilakukan melalui pemilihan sel yang berkualiti dan dibiakkan melalui pembahagian sel secara mitosis.Klon yang dihasilkan mempunyai kandungan genetik dan kandungan kromosom yang sama dengan induknya. Pakar Sains mengatakan bahawa pengklonan tidak mencipta nyawa tetapi adalah satu proses penghasilan sel yang berkualiti untuk tujuan membiakkan organisma yang berkualiti secara banyak. Walaubagaimanapun,tidak semua organisma di dunia ini sesuai diklonkan.Kita perlu meneliti dan mengambil kira tujuan, faedah dan keburukan akibat proses ini. Islam sememangnya menggalakkan manusia menjalankan kajian dalam bidang sains dan teknologi serta menyambut baik perkembangan ilmu pengetahuan dan penelitian ilmiah,serta menjadi fardhu kifayah kepada semua umat Islam untuk mengetahui dan mendalaminya.Sejak zaman rasulullah s.a.w menyeru umatnya meneroka alam untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada seluruh umat manusia.Namun begitu,sekiranya jika kajian atau produk yang dihasilkan mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan alam,maka ianya dilarang dan diharamkan oleh Islam. Pengklonan yang dihalalkan oleh Islam mestilah mendatangkan kebaikan dan manfaat untuk manusia dan alam.Kita perlu menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum melaksanakannya.Di antara syaratnya ialah klon janin manusia untuk tujuan kajian.Kaedah ini adalah diharuskan tetapi janin perlu dimusnahkan

sebelum tempoh 120 hari berdasarkan pandangan para fuqahayang mengharuskan pengguguran janin sebelum tempoh itu.Ini kerana sebelum tempoh 120 hari,janin tersebut masih belum ditiupkan roh. Klon juga dibenarkan dengan tujuan perubatan seperti menghasilkan sel-sel tertentu bagi menggantikan organ yang rosak.Kaedah ini juga dibenarkan terhadap tumbuhan dan haiwan dengan syarat penghasilan sangat penting kepada kehidupan semua manusia bukan hanya untuk kepentingan sesetengah individu sahaja.Ianya tidak menimbulkan kerosakan atau bahaya yang lebih besar dari manfaat yang diperolehi dan juga tidak mendatangkan kesakitan atau membahayakan binatang itu

sendiri.Tindakan menyakiti makhluk lain adalah haram disisi agama Islam. Seperti yang diketahui,industri pertanian merupakan salah satu bidang yang telah lama terlibat dalam proses pengklonan.Pengklonan ini dilakukan bertujuan untuk menghasilkan tumbuhan dan haiwan ternakan yang berkualiti dalam kuantiti yang

banyak.Tambahan pula di zaman ini,keperluan untuk bahan pertanian dan haiwan ternakan adalah sangat menggalakkan dengan pertambahan penduduk dunia yang semakin berkembang pesat.Oleh yang demikian,keperluan untuk bahan makanan juga semakin meningkat untuk menampung jumlah keperluan yang semakin bertambah dari hari ke hari. Proses pengklonan adalah digalakkan bagi tumbuhan dan haiwan khususnya dalam bidang pertanian.Antara kebaikan atau faedah yang boleh kita perolehi dari proses pengklonan ini ialah ciri-ciri yang baik dan berkualiti pada induk dapat dipilih dan diwariskan kepada individu yang baru sepenuhnya.Oleh itu,produk yang dihasilkan akan sama kualitinya atau lebih baik dari produk yang asal.Ini memberi banyak

manfaat terutamanya dalam menghasilkan tumbuhan atau haiwan ternakan yang lebih berkualiti. Melalui teknik mengkultur tisu atau mikropropagasi akan membenarkan pembiakan bahan klon tanaman yang seragam dan berkualiti tinggi.Ia sangat perlu dalam pembekalan bahan tanaman yang berkualiti terutamanya untuk tanaman secara besar-besaran.Ianya juga memberi kemudahan pengenalan yang cepat untuk variasi baru dalam pasaran,Produk yang berkualiti ini dapat dihasilkan dalam bilangan yang banyak tetapi dalam masa yang singkat untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

Keseragaman bahan tanaman sangat penting bagi membantu pengurusan sesuatu sistem penghasilan tanaman,contohnya pokok membesar secara seragam dan matang pada masa yang hampir sama akan menghasilkan produk dan kualiti yang boleh dianggar dan sekata. Proses pengklonan tidak memerlukan masa yang lama berbanding secara

proses semulajadi,contohnya pokok rambutan yang diklonkan mengambil masa yang lebih singkat untuk berbunga dan berbuah berbanding pokok rambutan yang ditanam menggunakan biji yang memerlukan masa yang panjang untuk bertumbuh dan berbuah..Ini dapat meningkatkan hasil pengeluaran dalam jangka masa yang lebih singkat. Klon tumbuhan dan haiwan mempunyai tempoh matang yang lebih awal daripada induk dan ini akan mengurangkan tempoh masa dan menjimatkan masa

serta tenaga untuk penjagaan rapi di peringkat awal.Oleh kerana klon tumbuhan berbunga dan berbuah lebih cepat dari induknya,maka masa penghasilan produk adalah lebih singkat dan kos penyelenggaraan dapat dijimatkan. Begitu juga dengan klon haiwan,tempoh untuk matang dan mengeluarkan hasil akan mengambil masa yang lebih singkat.Contohnya,ayam yang diklonkan akan membesar dalam keadaan yang seragam dan matang serta mengeluarkan hasil seperti daging dan telur dengan kadar yang lebih singkat.Melalui penyelidikan yang lebih terperinci,telur-telur yang dihasilkan mempunyai kandungan zat yang lebih baik dari yang asal seperti telur dengan LTK Omega 3.Ianya hasil dari penyelidikan oleh pihak MARDI yang bertujuan untuk mengeluarkan produk telur kegunaan tempatan dan luar negeri. Proses pengklonan khasnya pada tumbuhan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa ada had waktu ditetapkan.Ini kerana ianya melibatkan pembiakan vegetatif dan tidak memerlukan agen-agen pendebungaan. Kaedah ini juga memberi jaminan pada keseragaman baka yang baik setiap masa.Klon dari baka yang baik dan pada berkhasiat tinggi untuk

bermutu tinggi dapat digunakan untuk

meningkatkan kualiti

hasil tanaman dan ternakan.Produk yang dihasilkan akan

mempunyai nilai kualiti yang baik dan seragam pada setiap masa.Anggaran

penghasilan produk juga dapat dikenalpasti untuk penyelidikan dan kajian yang lebih terperinci. Oleh kerana kaedah pengklonan ini diambil dari induk yang baik dan bermutu tinggi ,maka klon yang dihasilkan mempunyai daya tahan yang tinggi dalam menahan serangan penyakit.Ini pasti dapat meningkatkan hasil pengeluaran dengan lebih baik dan menguntungkan. Selain bertujuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran dalam pertanian,haiwan yang diancam kepupusan juga perlu diklonkan.Ini penting untuk memastikan kemandirian haiwan-haiwan ini dapat dipelihara dari diancam kepupusan.Contoh haiwan-haiwan yang sedang dilanda kepupusan adalah haiwan-haiwan liar seperti harimau,gajah,rusa dan sebagainya.Ini terjadi kerana, habitat mereka telah dicerobohi dan haiwan ini sering menjadi buruan perlu kepada manusia yang ini tidak untuk

bertanggungjawab.Pihak

yang

berkuasa

menangani

masalah

memastikan haiwan-haiwan ini akan kekal wujud pada masa-masa akan datang. Walaupun pengklonan bagi tumbuhan dan haiwan memberikan banyak manfaat,kekuatan dan kebaikan kepada manusia dalam menghasilkan produk yang lebih baik dan lebih banyak dalam jangka masa yang singkat,terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti.Kelemahan yang wujud adalah seperti produk klon yang dihasilkan mempunyai daya rintangan yang sama terhadap serangan penyakit atau perosak.Sekiranya salah satu produk klon ini diserang penyakit atau perosak,maka ianya akan melibatkan semua.Kebarangkalian untuk menyebabkan kerosakan atau kemusnahan klon yang sama adalah sangat tinggi. Pengklonan sesuatu spesies itu dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal.Sekiranya persekitaran tersebut berubah menjadi tidak sesuai,keseluruhan klon mungkin akan musnah. Bagi teknik pengkulturan tisu pula,tidak semua tisu sesuai digunakan.Pemilihan tisu yang baik dan bermutu perlu diperincikan untuk menghasilkan produk yang mempunyai kualiti yang diinginkan. Kaedah pengklonan tidak akan menunjukkan variasi dari segi genetik.Oleh yang demikian, hasilnya adalah sama sepanjang pengeluaran dan memerlukan kajian dan penyelidikan dari semasa ke semasa untuk peningkatan hasil pengeluaran.

Kesimpulannya,teknologi pengklonan adalah diakui sebagai teknologi dan alat yang hebat di abad ini. Pencapaian teknologi pengklonan adalah merupakan satu pencapaian teknologi yang dapat meningkatkan taraf kehidupan manusia dengan lebih baik. Namun begitu,dalam kehidupan manusia,peranan agama amat penting sebagai panduan ke arah kehidupan yang lebih diredhai Allah.Tuntutan agama tidak harus dipinggirkan demi mencapai kemajuan sains dan teknologi bagi menambah keselesaan dalam kehidupan manusia.Agama Islam amat menggalakkan penemuan-penemuan baru yang boleh meningkatkan taraf hidup manusia tetapi perlu selaras dengan tuntutan syariah dan mengelakkan sebarang aktiviti atau tindakan yang boleh merosak dan mendatangkan bencana kepada tamadun kemanusiaan walaupun,pada dasarnya mempunyai niat yang baik untuk kepentingan dan kebaikan manusia sejagat. Secara umumnya,kaedah ini memberi revolusi baru kepada manusia serta akan menjaga alam dan persekitaran jika sekiranya kita melakukan dengan cara ,kaedah dan niat yang betul.Contohnya teknologi pengklonan dalam tumbuhan dan haiwan banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia,tetapi bagi pengklonan

manusia,pencapaiannya banyak memberi impak negatif kepada manusia terutama pada kehidupan kekeluargaan Islam.Pengharamannya adalah jelas di sisi agama dan tidak perlu dipertikaikan lagi kesahihannya.

RUJUKAN

1. http://ridzuan1706.wordpress.com/2009/08/28/pengklonan-haram-di-sisi-islam/ 2. http://cikgurazak.blogspot.com/2010/03/pengklonan.html 3. http://blogspot.com/hukum bank sperma 4. Muhammad ali Atan(2004)Pertanian Masa Hadapan: Penerbitan Pintar Firus 5. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11032.0 6. http://tabunguji.blogspot.com/2008/01/bank-sperma-dimana-keperluanya.html

Kebaikan pengklonan: a) ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan. b) bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam mas ayang singkat untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. c) klon tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih cepat. (Tumbuhan yang ditanam daripada biji bernih mengambil masa yang panjang unutk tumbuh dan menghasilkan buah) Tempoh matang klon lebih awal daripada induk dan dengan ini mengurangkan masa serta menjimatkan tenaga unutk penjagaan rapi pada peringkat muda. d) menjamin keseragaman baka yang baik; spesies daripada baka yang baik dan bermutu tinggi dapat digunakan untuk meningkatkan mutu hasil tanaman. e) pengklonan dalam tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif dan oleh itu, tidak memerlukan agen pendebungaan serta boleh dilakukan pada bila-bila masa. f) memberi harapan kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak. g) Pengklonan boleh digunakan untuk mengubati penyakit atau menggantikan organ yang telah rosak (seperti jantung, hati atau ginjal). Keburukan pengklonan: a) klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya sstu klon diserang penyakit atau perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan penyakit atau perosak tersebut, juga akan mati dan menyebabkan kepupusan spesies itu. b) pengklonan dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal, maka, jika persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin musnah. c) bagi teknik kultur tisu, bukan semua sel atau tisu boleh diklonkan. d) klon tidak menujukkan variasi dari segi genetik. Pengkolnan manusia adalah diharam kerana: e) meruntuhkan institusi kekeluargaan kerana seorang lelaki ataupun wanita tidak memerlukan pasangan untuk mendapatkan anak. f) jangka hayat manusia klon adalah singkat kerana bayi klon akan mempunyai kromosom yang sama dengan usia penderma. g) kadar keguguran dan kematian adalah tinggi. h) membolehkan manusia hidup selama-lamanya (bertentangan dengan hukum alam) Contoh dan peristiwa kejayaan pengklonan: 1. Dolly dan Polly Sebenarnya penyelidikan mengenai klon telah dijalankan sejak tahun 70-an. Namun begitu hanya pada 1997, kaedah pengklonan akhirnya, dibuktikan. Dr. Ian Wilmut dari Scotland, berjaya melahirkan Dolly ( sempena nama penyanyi country, Dolly Parton dan sel yang digunakan berasal daripada sel pada kelenjar buah dada seekor kambing biri-biri betina yang lain ). Kelahiran Dolly diberi liputan yang meluas kerana ia amat dinanti-nantikan. Bayangkan sahaja, Dolly menjelma daripada teknik pengklonan reproduktif adalah merupakan satu-satunya hasil daripada 277 percubaan dengan 29 bejaya tiba ke peringkat pembahagian sel diikuti dengan 13 biri-biri yang bunting dan akhimya seekor sahaja yang selamat melahirkan anak iaitu Dolly. Manakala yang lain gugur atau

mati sebaik saja dilahirkan. Selepas Dolly, muncul pula Polly yang mempunyai gen manusia, Faktor IX - sejenis protein yang diperlukan untuk membekukan darah. Teknik pengklonan akan 'melahirkan' lebih banyak Polly yang boleh mengeluarkan protein manusia dalam susu mereka untuk digunakan bagi mengubati pesakit hemofilia. Hemofilia adalah penyakit keturunan di mana darah tidak boleh membeku dan sehingga kini penawarnya tidak ditemui. Selain itu, haiwan lain yang bedaya diklonkan lilah monyet, tikus, lembu, khinzir, ayam dan yang terbaru ialah kucing. 2. Kucing Klon Setelah khinzir, kambing, lembu, ayam dan tikus, tibalah giliran untuk kucing diklonkan. CC atau Copy Cat, kucing klon pertama di dunia im yang kini berusia dua bulan. Dengan bulu pendek berwarna hitram dan putih berlainan deripada induk genetiknya, dia kelihatan cukup sihat, comel dan amat aktif bermain. Menurut saintis warna bulu bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor genetik tetapi juga keadaan kandungannya. Para penyelidik tersebut memperoleh sebanyak 87 embrio tetapi dua ekor kucing yang mengandung dan hanya CC yang selamat dilahirkan.Ekspenimen yang dijalankan oleh Taxes A&M University itu bertujuan menggalakkan orang ramai mengklonkan binatang kesayangan mereka. Kesimpulan Teknologi pengklonan perlu diakui sebagai teknologi dan alat yang hebat di abad ini. Kaedah pengklonan dapat memberi revolusi kepada manusia serta menjaga alam dan sumber persekitaran jika kita melakukan dengan kaedah dan cara yang betul. Akan tetapi kita adalah diharam mengklonkan manusia dan menghasilkan individu yang seiras dengan induk manusia, kerana ia bukan sahaja menentang hukum alam semula jadi juga dengan agama.

Anda mungkin juga menyukai