Anda di halaman 1dari 35

Cadangan Aktiviti dan

Kemahiran Pendidikan
Keselamatan Jalan Raya
dalam Mata Pelajaran
Bahasa Malaysia

Tahun

4
Unit 1 Tahun 4
Berjalan Secara Berdikari

Tajuk 1 : Jalan Bersendirian

Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i)


Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 1.4.1, 4.2, 7.5.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) berbual-bual dengan rakan tentang aspek keselamatan jalan raya semasa


perjalanan mereka ke sekolah dan keadaan jalan raya yang kurang selamat.

2) membina ayat yang lengkap berdasarkan perkataan atau rangkai kata


yang diberi.

3) menyenaraikan tingkah laku yang boleh menunjukkan mereka berdikari dan


bertanggungjawab.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 18)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat tunggal


ayat majmuk

: Kosa Kata :• jejantas


• berdikari
• berfungsi
• penanda jalan
• mengimbas
• menghalang
• pembahagi jalan
• trafik

Pengisian Kurikulum : Ilmu : PKJR


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai : berdikari
bertanggungjawab
berdisiplin
mematuhi peraturan
KBT − KB : memberi pendapat
− KMD : meramal
− TKP : bercerita

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 1.1 (Kad imbasan)


• Video ‘Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 2’

Buku Aktiviti : • Aktiviti 1 (Membina lima ayat berdasarkan rangkai kata)

17
Unit 1 Tahun 4
Berjalan Secara Berdikari

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 1. Murid dan guru berbual-bual tentang perjalanan mereka Media 1.1


ke sekolah. - papan tanda jalan
• Papan tanda/penanda isyarat lalu lintas yang dilihat - penanda jalan
sepanjang perjalanan ke sekolah.
• Murid menyatakan maksud media yang dipamerkan.

2. Murid berbincang sebab-sebab mereka datang


bersendirian dan sesetengahnya pula ditemani oleh
orang yang lebih tua.
Contoh:
• Jalan raya terlalu sibuk dan berbahaya.
• Saya mempunyai kakak atau abang yang melakukan
perjalanan ke sekolah yang sama.
• Ibu bapa saya mempercayai diri saya.
• Ibu bapa saya yakin, saya seorang anak yang mampu
berdikari.
(Guru menghubungkaitkan pelbagai jawapan murid
dengan konsep berdikari).

3. Menyaksikan tayangan video tentang Siti dan ibunya Video


yang melakukan latihan untuk berjalan bersendirian. Kemahiran Asas
Guru menggalakkan murid memberi komen terhadap Keselamatan Jalan Raya
segmen video tersebut. Tahap 2
Contoh soalan yang boleh dikemukakan. Segmen:
• Apakah yang menjadikan Siti seorang pengguna ‘Merancang perjalanan
jalan raya yang bertanggungjawab? sendiri’
• Bagaimanakah ibu Siti tahu bahawa Siti seorang (03.50 − 05.50 minit)
yang bertanggungjawab?

4. Murid diminta menyenaraikan tingkah laku yang


menunjukkan mereka seorang yang bertanggungjawab
dan sentiasa berwaspada apabila menggunakan
lalu lintas secara bersendirian.

5. Murid membina ayat berdasar perkataan Buku Aktiviti


dan rangkai kata yang diberi. Aktiviti 1
(Rujuk Aktiviti 1)

18
Unit 1 Tahun 4
Berjalan Secara Berdikari

Tajuk 2 : Cabaran Pejalan Kaki

Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 2 (i)


Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 1.4.1, 1.5, 1.6.1, 7.5.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) mengemukakan pandangan atau pendapat tentang keadaan jalan raya


yang kurang selamat dengan bahasa yang betul.

2) membina ayat tunggal atau ayat majmuk berdasarkan perkataan atau


rangkai kata yang diberi.

3) menyebut lima cara untuk menangani situasi mencabar


yang diberi.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 22)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat tunggal


ayat majmuk

Pengisian Kurikulum : Ilmu − : PKJR


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai : mematuhi peraturan
berhemah
berdisiplin
menjaga keselamatan diri
KBT − KB : mengemukakan pandangan, kontekstual

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 1.2 (Poster yang berkaitan)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 2 (Menulis cara menangani situasi)


• Aktiviti 3 (Menanda arah kenderaan)

21
Unit 1 Tahun 4
Berjalan Secara Berdikari

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 1. Murid mengenal pasti persekitaran jalan raya yang Media 1.2


mencabar atau kurang selamat. Gambar / Poster yang
Contoh: berkaitan dengan situasi
• Pejalan kaki berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki. di jalan raya.
Tiba-tiba laluan tersebut tiada sambungan. (lintasan berisyarat undan
• Terdapat lampu isyarat tetapi tiada penanda jalan tidak berfungsi, laluan
untuk menyatakan tempat kenderaan perlu berhenti pejalan kaki tiba-tiba tiada
dan pejalan kaki patut berjalan. sambungan, lampu isyarat
• Melintas di kawasan bulatan. tanpa penanda jalan,
jalan dua hala tanpa
2. Dalam kumpulan kecil, murid membincangkan situasi kemudahan melintas,
mencabar berdasarkan gambar. laluan pejalan kaki dihalang
oleh kerja-kerja
3. Setiap kumpulan memilih satu contoh situasi yang pembinaan)
mencabar berdasarkan gambar dan mengemukakan
pandangan tentang cara penyelesaian yang paling
selamat.

4. Murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk Buku Aktiviti


berdasarkan situasi pada aktiviti 2. Aktiviti 2

5. Murid menangani situasi mencabar yang diberi dan Buku Aktiviti


melengkapkan aktiviti 3. Aktiviti 3

6. Murid dibimbing untuk membuat rumusan tentang


pembelajaran bertajuk ‘Cabaran Pejalan Kaki’.

22
Unit 2 Tahun 4
Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

Tajuk 1 : Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin

Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i)


Fokus Sampingan : 5.1 Aras 1 (i)
PKJR : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) berbual tentang peraturan serta undang-undang jalan raya menggunakan


bahasa yang betul.

2) membaca ayat-ayat penyata yang diberikan oleh guru dengan sebutan


yang betul.

3) menyatakan perbezaan antara undang-undang dengan peraturan jalan raya


serta memahami akibat jika tidak dipatuhi.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 28)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat penyata


Kosa kata : • penunggang basikal
• pejalan kaki
• topi keledar
• tali pinggang keledar
• lampu isyarat
• lebuh raya

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Kajian Tempatan
Nilai : berhemah tinggi
hormat-menghormati
KBT − BCB : bacaan luncuran
− KB : membanding beza
− TKP : interpersonal

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 2.1 (Kad rangkai kata)


• Media 2.2 (Borang grafik labah-labah)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 4 (Melengkapkan gambar rajah labah-labah)

27
Unit 2 Tahun 4
Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 1. Berbual tentang peraturan sekolah.


Contoh soalan:
• Apakah peraturan sekolah yang kamu tahu?
- berpakaian seragam
- beratur ketika membeli makanan di kantin
• Mengapakah peraturan sekolah perlu?
- aspek keselamatan
- tingkah laku yang baik
- memastikan harta benda dalam keadaan yang baik

Guru menghubungkaitkan pelbagai jawapan murid


dengan konsep undang-undang dan peraturan.
(Jika anda mempunyai contoh risalah, bawa dan
tunjukkan kepada murid)

2. Murid dibimbing oleh guru untuk menyatakan perbezaan Media 2.1


peraturan dan undang-undang berdasarkan kad-kad Kad rangkai kata
pernyataan yang diberi dan lekatkan pada ruangan
yang betul.

Contoh penyataan: BBM


kad manila dan pen
memakai topi keledar marker
mematuhi lampu isyarat

berjalan menghadap lalu lintas

3. Dalam kumpulan kecil, murid membina ayat penyata Media 2.2


daripada rangkai kata dan membaca ayat-ayat tersebut Gambar rajah labah-labah
dengan sebutan yang betul.
Buku Aktiviti
4. Murid melengkapkan gambar rajah labah-labah Aktiviti 4
berkaitan undang-undang dan peraturan jalan raya.

Nota:
Undang-undang jalan raya (satu akta yang mewajibkan
kelakuan yang perlu dilakukan semasa di jalan raya) dan
peraturan jalan raya (cadangan keselamatan untuk menjadikan
pengguna jalan raya selamat di jalan raya) serta berikan contoh
untuk setiap satunya. (Memakai topi keledar / tali pinggang
keledar ialah undang-undang. Memimpin tangan dan berjalan
menghadap lalu lintas ialah peraturan jalan raya).

28
Unit 2 Tahun 4
Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

Tajuk 2 : Perbezaan antara Undang-undang dengan Peraturan Jalan Raya

Kemahiran : Fokus Utama : 5.2 Aras 1 (i), (ii)


Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2) menulis ayat tunggal dan majmuk berpandukan petikan.

3) menyatakan perbezaan antara undang-undang dengan peraturan


jalan raya serta memahami akibat apabila diingkari.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 34)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat penyata


Kosa kata : • toleh
• bonceng
• ketat-ketat

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Kajian Tempatan
Nilai : berhemah tinggi
hormat-menghormati
KBT − TKP : interpersonal
− BCB : bacaan luncuran
− KB : membanding beza

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 2.3 (Lirik Lagu ‘Hati-hati di jalan raya’)


• Media 2.4 (Petikan ‘Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin’)

Buku Aktiviti :

33
Unit 2 Tahun 4
Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 1. Murid menyanyikan lagu ‘Hati-hati di Jalan Raya’. Media 2.3


(sila rujuk seni kata lagu) Poster lirik lagu
“Hati-hati di Jalan Raya”
2. Murid membaca petikan tentang peraturan dan
undang-undang jalan raya dengan sebutan dan Media 2.4
intonasi yang betul. Petikan “Jadilah Pengguna
Jalan Raya yang
3. Murid mengenal pasti peraturan dan undang-undang Berdisiplin”
yang terdapat dalam petikan.

4. Murid membezakan antara peraturan dengan


undang-undang serta mencatatnya dalam borang jadual.

Contoh:
Peraturan Undang-Undang *BBM
Borang jadual
Lintasan Belang Topi keledar

5. Murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk tentang (* bahan tidak dibekalkan)
peraturan dan undang-undang dengan betul.

6. Guru membimbing murid membuat latihan dalam


buku latihan murid.

34
Unit 3 Tahun 4
Sukarnya Melintas

Tajuk 1 : Melintas Lebih Sukar daripada yang Disangka

Kemahiran : Fokus Utama : 3.3 Aras 3 (i)


Fokus Sampingan : 9.3 Aras 1 (i)
PKJR : 2.1.6, 7.1.3, 7.3.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) menyatakan pendapat tentang hasil uji kaji pandangan sisi dengan


bahasa yang betul.

2) mencatat prosedur uji kaji yang dijalankan dengan betul.

3) menyatakan prosedur penting untuk melintas jalan raya yang perlu


dipelajari dan dilatih.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 38 - 39)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata kerja


Kosa kata : • lalu lintas
• bola mata
• ahli kumpulan
• eksperimen

Pengisian Kurikulum : Ilmu : matematik


Nilai : bertolak ansur
toleransi
KBT – TKP : visual ruang
– KB : membuat rumusan

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 3.1 (Kad Titik Buta)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 5 (Menulis tentang titik buta dan pandangan sisi)

37
Unit 3 Tahun 4
Sukarnya Melintas

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 1. Murid dan guru bersoal jawab tentang langkah melihat


lalu lintas. Tanya dan bincangkan:
• Apakah yang perlu kita lihat?
• Arah manakah perlu kita lihat?
• Mengapakah kita perlu menggerakkan kepala dan
bukan hanya menggerakkan bola mata?

2. Uji kaji 1 : Pandangan Sisi


a. Murid secara berpasangan menjalankan uji kaji
pandangan sisi.
b. Murid perlu meluruskan kedua-dua belah tangan
ke hadapan selari dengan paras bahu. Penglihatan
murid haruslah tertumpu ke arah hadapan.
Kemudian, mereka perlu menegakkan kedua-dua
ibu jari mereka.
Bolehkah semua orang melihat ibu jari mereka?
c. Teruskan menegakkan ibu jari sambil menggerakkan
tangan ke arah sisi badan, pada waktu yang sama
mereka terus menumpukan perhatian ke arah
hadapan. Arahkan murid untuk berhenti
menggerakkan tangan mereka apabila mereka tidak
lagi dapat melihat ibu jari mereka.
d. Minta murid untuk membandingkan kelebaran tangan
mereka dengan pasangan mereka sebelum mereka
tidak lagi dapat melihat ibu jari mereka.
e. Murid dengan bimbingan guru membuat rumusan
bahawa penghujung garis penglihatan dikenali
sebagai pandangan sisi. Pandangan sisi kanak-kanak
belum berkembang seperti orang dewasa.

38
Unit 3 Tahun 4
Sukarnya Melintas

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

3. Uji kaji 2 : Titik Buta Media 3.1


a. Murid melakukan uji kaji secara berpasangan. Kad Titik Buta
Seorang pembaca dan seorang pelaku.
b. Setiap pasangan dibekalkan sekeping kad titik buta
untuk menentukan pembatasan pandangan sisi
mengikut ukuran X 1 cm dari kiri dan • 1 cm dari
kanan. Jalankan uji kaji berdasarkan langkah-langkah
berikut:
• Murid memegang kad pada paras mata lebih kurang
sehasta ke hadapan.
• Pastikan tanda X berada di sebelah kanan.
• Tutup mata kanan dan lihat tanda X menggunakan
mata kiri.
• Fokus pandangan pada tanda X.
• Gerakkan kad tersebut perlahan-lahan mendekati
muka.
c. Murid memberi pandangan hasil uji kaji yang
dijalankan.
d. Murid diminta menyusun prosedur uji kaji. Buku Aktiviti
Aktiviti 5
4. Murid membuat rumusan uji kaji tentang pembatasan
penglihatan pandangan sisi adalah sangat penting untuk
mereka memusingkan kepala dan LIHAT lalu lintas serta
memastikan jika terdapat kenderaan.

39
Unit 3 Tahun 4
Sukarnya Melintas

Tajuk 2 : Berfikir Sebelum Melintas

Kemahiran : Fokus Utama : 1.3 Aras 2 (i), (ii)


Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i)
PKJR : 7.1.6 ,7.3.2, 7.3.3, 7.4.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) mendengar dan melaksanakan arahan melintas jalan raya dengan selamat.

2) mencatat beberapa rumusan berkaitan aktiviti cara melintas yang selamat


menggunakan bahasa yang betul.

3) menyatakan elemen-elemen penting untuk melintas jalan raya


yang perlu dipelajari dan dilatih.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 43)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata kerja


Kosa kata : • lalu lintas
• ruang sela
• bola mata
• berwaspada
• bebendul jalan

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Kajian Tempatan

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : Media 3.2 (Poster lima langkah melintas dengan selamat)

Buku Aktiviti : Aktiviti 6 (Menjawab soalan berdasarkan gambar)

42
Unit 3 Tahun 4
Sukarnya Melintas

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 1. Murid bersoal jawab dengan guru tentang lima langkah Media 3.2
untuk melintas jalan raya dengan selamat yang telah Poster lima langkah
mereka pelajari dan mengetahui tentang lalu lintas yang melintas dengan selamat
datang dari semua arah perlu diberi perhatian.

2. Murid menyatakan masa dan ruang sela yang sesuai


untuk melintas dengan selamat berdasarkan simulasi
yang dijalankan di luar bilik darjah.

• Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.


Kumpulan A dan Kumpulan B bergerak pada arah
bertentangan di atas jalan raya buatan.
(Kumpulan A dan B bertindak sebagai kenderaan)
• Guru memberi arahan untuk mereka bergerak dalam
situasi yang berbeza iaitu pergerakan kenderaan laju,
perlahan dan jarak yang berbeza.
• Guru mengarah beberapa murid untuk cuba melintas
jalan raya tanpa berlanggar dengan kenderaan.
• Murid memberi pandangan dan pendapat cara
selamat untuk melintas tanpa berlaku perlanggaran
berpandukan arah, ruang dan masa daripada aktiviti
yang telah dijalankan.

Contoh simulasi:
Pengerakan murid A
A A A A A A A

B B B B B B B
Pengerakan murid B

Murid melintas

3. Murid dan guru membuat kesimpulan daripada dua


aktiviti di atas, perlunya mereka memilih ruang sela yang
selamat di antara kenderaan bergerak supaya mereka
mempunyai banyak masa untuk melintas.

4. Murid membuat rumusan aktiviti yang dijalankan dengan Buku Aktiviti


melengkapkan lembaran kerja. Aktiviti 6

Nota:
Pemilihan ruang sela adalah kompleks kerana melibatkan
kelajuan dan masa.
Pejalan kaki harus membuat perkiraan tentang kelajuan
kenderaan (yang boleh berubah-ubah), masa untuk
kenderaan-kenderaan tiba ke tempat melintas dan masa yang
diperlukan untuk pejalan kaki melintas jalan raya. Kesemua
perkiraan tersebut harus dilakukan dalam masa yang singkat
dan apabila keadaan trafik berubah (contoh: pertukaran lampu
isyarat, penambahan kenderaan yang keluar dari simpang dan
lain-lain), perkiraan semula harus dilakukan.

43
Unit 4 Tahun 4
Keselamatan Berbasikal

Tajuk 1 : Cermat dan Selamat

Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 2 (i)


Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i)
PKJR : 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3, 5.1.4, 5.1.5, 5.1.6

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) menyatakan pendapat tentang cara yang selamat ketika berbasikal dengan


ayat yang betul.

2) menulis karangan autobiografi ’Aku Sebuah Basikal’.

3) menyenaraikan ciri keselamatan yang perlu ada pada basikal dan


penunggang basikal.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 48)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata adjektif


Kosa kata : • ves keselamatan
• pemantul cahaya
• penebat
• cerah
• berfungsi
• menjejak
• penunggang
• kenderaan
• persekitaran

Pengisian Kurikulum : Ilmu : PKJR


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai : berdikari
bertanggungjawab
berdisiplin
KBT – KB : mengklasifikasi
– BCB : mencatat

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 4.1 (Poster penunggang basikal dan basikal)


• Video ‘Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 2’

Buku Aktiviti : • Aktiviti 7 (Mewarna dan melabel peralatan)

47
Unit 4 Tahun 4
Keselamatan Berbasikal

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 1. Murid menyatakan cara mereka datang ke sekolah;


• menaiki bas
• menaiki kereta
• berjalan kaki
• berbasikal

2. Murid berbincang dan menyatakan pendapat secara Media 4.1


berpandu tentang cara yang selamat ketika berbasikal. Poster ilustrasi
• Memakai pakaian yang cerah untuk meningkatkan penunggang basikal dan
kebolehlihatan. basikal
• Pastikan basikal berada dalam keadaan yang baik
(semua komponen berfungsi).
• Pastikan saiz basikal bersesuaian (kaki boleh menjejak
tanah dengan selesa apabila berhenti).
• Topi keledar berada dalam keadaan yang baik dan
dipakai dengan betul.
• Lampu dan pemantul cahaya dipasangkan serta
berfungsi.
• Tayar berada dalam keadaan yang baik serta anginnya
mencukupi.
• Hendal basikal disarungkan dengan penebat pada
hujungnya.

3. Murid menonton tayangan video segmen perjalanan Video


menggunakan basikal. Setelah tamat, bincangkan Kemahiran Asas
perkara yang berkaitan dengan tayangan video tersebut: Keselamatan Jalan Raya
• Apakah peralatan yang menjamin keselamatan Tahap 2
berbasikal? Segmen :
• Nyatakan tempat yang selamat dan tidak selamat ‘Perjalanan menggunakan
untuk berbasikal (taman, padang permainan, lorong basikal’
basikal, laluan pejalan kaki, jalan raya). (09.35 – 11.10 minit)
• Apakah pakaian berbasikal yang sesuai untuk
memastikan keselamatan semasa berbasikal?

4. Murid melabel peralatan yang dapat meningkatkan Buku Aktiviti


keselamatan semasa berbasikal dalam aktiviti 7. Aktiviti 7

5. Murid menghasilkan sebuah karangan autobiografi


yang berjudul ‘Aku Sebuah Basikal’.

6. Murid dipilih secara rawak untuk membaca hasil


karangan mereka.

48
Unit 4 Tahun 4
Keselamatan Berbasikal

Tajuk 2 : Topi Keledar

Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 2 (i)


Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i)
PKJR : 6.3.1, 6.3.2, 6.3.3, 6.3.4, 6.3.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) berbincang dengan mengemukakan pendapat tentang kebaikan


memakai topi keledar.

2) menulis tiga kepentingan memakai topi keledar menggunakan ayat yang betul.

3) menyenaraikan langkah-langkah pemakaian topi keledar yang betul.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 53 - 54)

Sistem Bahasa : Ayat : ayat tunggal


ayat majmuk
Kosa kata : • penunggang
• hentakan

Pengisian Kurikulum : KBT – KB : mengklasifikasi


– BCB : mencatat
Ilmu : PKJR
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai : berdikari
bertanggungjawab
berdisiplin

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 4.2 (Gambar topi keledar basikal)


• Media 4.3 (Poster cara memakai topi keledar basikal dengan betul)

Buku Aktiviti :

52
Unit 4 Tahun 4
Keselamatan Berbasikal

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 1. Pamerkan Media 4.2 atau jika boleh tunjukkan topi Media 4.2
keledar basikal yang sebenar. Gambar topi keledar
basikal
2. Murid dan guru berbincang untuk mengemukakan
pendapat tentang:
• Mengapakah seseorang perlu memakai topi keledar
dengan betul? (Untuk perlindungan kepala jika terjatuh
dari basikal.)
• Pada pendapat kamu mengapakah sesetengah orang
tidak memakai topi keledar semasa menunggang
basikal? (Contohnya, mereka mementingkan fesyen
daripada keselamatan; rasa panas; tidak mampu)
• Apakah akan berlaku jika anda tidak memakai topi
keledar semasa berbasikal? (Contohnya, kecederaan
otak; lumpuh; kematian)
• Bagaimanakah topi keledar mampu melindungi
penunggang basikal jika berlaku kemalangan?
(Menyerap hentakan dan meminimumkan perlanggaran
atau gegaran otak ke tengkorak; menyebarkan tekanan
hentakan ke kawasan yang lebih luas bagi
mengurangkan keretakan tengkorak; menyerap
sebahagian tekanan perlanggaran daripada
kemalangan)

3. Murid melakukan satu uji kaji bagi menguji *BBM


keberkesanan topi keledar melindungi kepala jika Telur rebus
terjatuh dari basikal berdasarkan arahan yang diberi kadbod, polistiren, plastik
oleh guru.

4. Murid menulis kepentingan memakai topi keledar *Bahan maujud


sebagai rumusan uji kaji dengan ayat yang betul dalam (topi keledar)
buku latihan.
(* bahan tidak dibekalkan)

53
Unit 4 Tahun 4
Keselamatan Berbasikal

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

5. Arahan-arahan berikut dapat membantu murid.


• Bahagikan murid mengikut kumpulan kecil. Setiap
kumpulan dibekalkan sebiji telur rebus, kadbod,
polistiren, plastik dan bahan-bahan lain.
• Guru mendemonstrasikan telur rebus dijatuhkan
ke lantai dari paras bahu.
• Murid dan guru berbincang hasil daripada aktiviti
tersebut.
• Setiap kumpulan perlu mencipta topi keledar untuk
telur tersebut menggunakan bahan-bahan yang
disediakan.
• Setiap kumpulan perlu menguji topi keledar ciptaan
mereka dengan menjatuhkan telur tersebut.
• Periksa keadaan telur dan bandingkan kerosakan yang
dialami dengan telur pertama yang tidak dilindungi
serta dengan kumpulan lain.
• Nyatakan topi keledar yang paling efektif dan berikan
alasannya.

6. Rumuskan pembelajaran menggunakan Media 4.3 dan Media 4.3


topi keledar pelajar untuk mendemonstrasikan cara yang Poster cara betul
betul untuk memakai topi keledar. memakai topi keledar
basikal

54
Unit 5 Tahun 4
Berbasikal dengan Selamat

Tajuk 1 : Peraturan Berbasikal

Kemahiran : Fokus Utama : 4.3 Aras 2 (i)


Fokus Sampingan : 9.3 Aras 3 (i)
PKJR : 5.1, 5.1.2, 5.1.3, 5.1.4, 5.1.5, 5.1.6, 5.1.7, 5.1.8, 5.1.9

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) memberikan pendapat dan alasan tentang risiko yang dihadapi oleh


penunggang basikal.

2) murid menulis cadangan tindak balas terhadap situasi yang diberi.

3) menyatakan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya dan laluan yang


selamat, untuk meningkatkan keselamatan semasa berbasikal secara
bertatasusila

Aktiviti : (Rujuk muka surat 58)

Sistem Bahasa : Kata tanya : ayat tanya


ayat majmuk
Kosa kata : • topi keledar
• papan tanda jalan
• alat pemantul cahaya
• penunggang

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganergaraan


Nilai : mematuhi peraturan
KBT – KB : pembelajaran kontekstual
– TKP : interpersonal

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran :

Buku Aktiviti : • Aktiviti 8 (Menyesuaikan tindakan mengikut situasi)


• Aktiviti 9 (Menulis risiko, bahaya, tindak balas dan cadangan kepada
penunggang basikal)

57
Unit 5 Tahun 4
Berbasikal dengan Selamat

Aktiviti Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 1. Seorang murid berjalan di hadapan kelas dengan BBM


mata yang tertutup dan berbagai halangan seperti Kain penutup mata
meja atau kerusi diletakkan di hadapan murid tersebut.
Murid-murid lain menyatakan keadaan yang boleh
mendatangkan bahaya kepada murid tersebut.

2. Murid mendengar penerangan guru tentang keadaan


yang boleh mendatangkan bahaya kepada penunggang
basikal. Murid menerima penerangan maksud perkataan
risiko.

3. Murid menyatakan pendapat dan alasan berkaitan BBM


persekitaraan jalan raya yang boleh mendatangkan risiko: Gambar: persekitaran jalan
i) Permukaan jalan raya yang berbeza seperti batu
kerikil dan jalan yang basah.
ii) Lubang berlopak dan penutup longkang.
iii) Bonggol seperti bonggol jalan.
iv) Objek tajam seperti batu dan kaca.
v) Persimpangan.
vi) Haiwan seperti kucing dan anjing yang melintas.
vii) Kenderaan yang diletakkan kerana pintunya mungkin
akan dibuka pada bila-bila masa.

4. Berdasarkan persekitaran jalan raya yang telah BBM


dinyatakan, murid berbincang tentang risiko yang Lembaran kerja
dihadapi dan tindakan yang akan diambil dengan
melengkapkan lembaran kerja.

5. Murid menulis tindak balas berdasarkan situasi yang Buku Aktiviti


diberi (Aktiviti 8 dan 9) Aktiviti 8, 9

58
Unit 5 Tahun 4
Berbasikal dengan Selamat

Tajuk 2 : Bahaya Semasa Berbasikal

Kemahiran : Fokus Utama : 2.2 Aras 2 (i)


Fokus Sampingan : 5.1 Aras 2 (i)
PKJR : 1.4.1, 1.4.7, 1.6.3, 1.6.5, 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3, 5.1.4,
5.1.5, 5.1.6, 5.1.7, 5.1.8, 5.1.9, 6.3.1, 6.3.2, 6.3.3,
6.3.4, 6.3.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) menyatakan bahaya yang dihadapi semasa berbasikal dengan bahasa


yang betul.

2) membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3) menyatakan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya dan laluan yang


selamat untuk meningkatkan keselamatan semasa berbasikal.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 62)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat penyata


ayat majmuk
Kosa kata : • berlopak
• risiko
• laluan kongsi
• sepit udang
• persimpangan

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kajian Tempatan


Nilai : rasional
berhati-hati
KBT – KB : memberi pendapat

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 5.1 (Gambar penunggang basikal di jalan raya)


• Media 5.2 (Kad imbasan ayat)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 10 (Menulis peraturan untuk berbasikal)

61
Unit 5 Tahun 4
Berbasikal dengan Selamat

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 1. Guru mempamerkan gambar tunggal tentang Media 5.1


penunggang basikal di jalan raya yang bergerak Gambar penunggang
bersama-sama kenderaan yang lebih besar dan laju. basikal di jalan raya

2. Murid berbincang tentang bahaya yang dihadapi oleh


penunggang basikal, contoh :
i) Penunggang basikal tidak jelas kelihatan kepada
pengguna jalan raya yang lain.
ii) Penunggang basikal menghadapi risiko yang tinggi
jika kemalangan berlaku.
iii) Bahaya tetap menanti walaupun di kawasan pejalan
kaki terutama ketika kenderaan lain akan membelok
atau mengundur.
iv) Berbasikal di jalan raya yang permukaannya tidak
rata atau rosak.

3. Murid menyatakan tempat yang lebih selamat untuk


berbasikal seperti laluan kongsi dan lorong basikal kerana
terpisah daripada kenderaan yang lebih besar dan laju.

4. Murid mendengar penerangan guru tentang peraturan


dan undang-undang berbasikal dengan selamat.

5. Murid membaca peraturan-peraturan yang disediakan Media 5.2


oleh guru dengan sebutan dan intonasi yang betul. (Kad imbasan ayat)
i) Beri isyarat sebelum membelok atau berhenti.
ii) Patuhi isyarat lalu lintas.
iii) Berhati-hati akan kenderaan yang berada di bahu
jalan.
iv) Pakai pakaian yang berwarna cerah.
v) Pakai topi keledar yang diikat dengan betul.

6. Murid membuat latihan bagi aktiviti 10. Buku Aktiviti


Aktiviti 10

62
Unit 6 Tahun 4
Perjalanan Selamat Menggunakan Pengangkutan Awam

Tajuk 1 : Pengangkutan Awam di Malaysia

Kemahiran : Fokus Utama : 3.1 Aras 3 (ii)


Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 6.1.1, 9.1.1, 9.1.3, 9.1.4, 9.1.7

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) membentangkan maklumat tentang beberapa jenis pengangkutan


awam di Malaysia.

2) menulis kelebihan dan kelemahan menggunakan pengangkutan awam.

3) menyatakan cara menggunakan pengangkutan awam secara berhemah.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 68)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata nama am


Kosa kata : • pengangkutan awam
• monorel
• komuter

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kemahiran Hidup


Nilai : bersyukur
bertolak ansur
KBT : membanding beza
TKP : interpersonal

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : Media 6.1. Grafik tulang ikan (jenis-jenis pengangkutan awam)
Media 6.2 Kad imbasan gambar dan perkataan pengangkutan awam
di Malaysia

Buku Aktiviti : • Aktiviti 11 (Menyenaraikan peraturan dalam pengangkutan awam


dan akibat jika tidak dipatuhi)

67
Unit 6 Tahun 4
Perjalanan Selamat Menggunakan Pengangkutan Awam

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 1. Murid mengenal pasti pengangkutan awam di Malaysia Media 6.1


(rujuk Media 6.1). Grafik tulang ikan
Contoh soalan: (Jenis-jenis pengangkutan
a) Apakah maksud pengangkutan awam? awam)
• Sebarang sistem yang mengangkut orang awam.
b) Apakah jenis-jenis pengangkutan awam?
• Jenis pengangkutan awam seperti teksi, monorel,
LRT, bas, beca, komuter, van sekolah dan lain-lain.
c) Apakah yang membezakan pengangkutan awam
dengan kenderaan yang persendirian?
• Kenderaan persendirian hanya digunakan oleh ahli
keluarga. Kemudahan awam dikongsi
bersama-sama orang lain.
d) Apakah yang sewajarnya dilakukan apabila
menggunakan pengangkutan awam?
• Bertimbang rasa - kongsi ruang, beratur
• Bertanggungjawab - menjaga kebersihan
• Menepati masa
• Tidak mengganggu penumpang lain
• Menyediakan tambang yang secukupnya

2. Murid membentangkan maklumat tentang pengangkutan Media 6.2


awam di Malaysia. (Kad imbasan gambar dan
perkataan pengangkutan
3. Murid berbincang tentang kelebihan dan kelemahan awam di Malaysia)
pengangkutan awam.

4. Murid menulis kelebihan dan kelemahan


menggunakan pengangkutan awam. Buku Aktiviti
Aktiviti 11
5. Murid menyatakan golongan yang perlu dibantu
semasa menggunakan pengangkutan awam
dan cara membantu mereka?

6. Murid membuat latihan dalam aktiviti 11.

68
Unit 6 Tahun 4
Perjalanan Selamat Menggunakan Pengangkutan Awam

Tajuk 2 : Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab

Kemahiran : Fokus Utama : 4.4. Aras 2 (i)


Fokus Sampingan : 8.4 Aras 1 (i)
PKJR : 9.1.1, 9.1.2, 9.1.3, 9.1.4, 9.1.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) menyatakan kelakuan yang tidak selamat dan akibatnya jika tidak mematuhi
peraturan penggunaan pengangkutan awam.

2) menyenaraikan beberapa peraturan penting ketika menaiki bas.

3) menyatakan cara menggunakan pengangkutan awam secara berhemah.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 73)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata nama am


Kosa kata : • monorel
• komuter
• pengangkutan awam
• keselamatan
• kecederaan

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kemahiran Hidup


Nilai : bersyukur
bertolak ansur
KBT – KB : mencirikan
– TKP : interpersonal

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 2


Segmen: “Menaiki bas” (13.02 – 14.20 minit)
“Menaiki LRT” (15.16 – 16.20 minit)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 12 (Tulis maksud papan tanda yang diberi)


• Aktiviti 13 (Nyatakan peraturan dan akibat jika tidak dipatuhi)

72
Unit 6 Tahun 4
Perjalanan Selamat Menggunakan Pengangkutan Awam

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 1. Murid menonton tayangan video, kemudian Video


berbincang tentang tayangan video tersebut. Kemahiran Asas
Keselamatan
2. Murid menyatakan pelakuan yang selamat dan tidak Jalan Raya Tahap 2
selamat semasa menggunakan pengangkutan Segmen :
awam. ‘Menaiki bas’
Contoh: (13.02 – 14.20 minit)
a) Melakukan perjalanan bersama-sama rakan atau ‘Menaiki LRT’
orang dewasa. (15.16 – 16.20 minit)
b) Mematuhi arahan.
c) Jangan tolak-menolak.
d) Jangan terburu-buru.
e) Memberi keutamaan kepada orang tua atau orang
kurang upaya.

3. Murid menjawab soalan guru.


Contoh soalan:
a) Pada pendapat kamu, apakah akibat sekiranya kamu
tidak mematuhi peraturan semasa menggunakan
perkhidmatan awam?
b) Mengapakah kita perlu mematuhi peraturan semasa
menaiki kenderaan awam?
(Beri penekanan kepada murid tentang aspek-aspek
keselamatan selepas turun dari bas seperti berdiri jauh
dari bas dan melintas jalan selepas bas bergerak).

4. Murid membuat rumusan tentang peraturan dan langkah


keselamatan yang perlu dilakukan semasa menaiki bas
berpandukan video yang ditonton dan pengalaman
sendiri.

5. Murid membuat latihan dalam aktiviti 12-13. Buku Aktiviti


Aktiviti 12-13
6. Murid melakukan simulasi menaiki bas dengan selamat.
Arahan:
i) Gunakan kapur untuk menandakan kawasan
jalan raya, bebendul jalan, dan hentian bas seperti
yang terdapat di perhentian bas sebenar.
ii) Murid melakukan simulasi menaiki bas dengan
selamat.

73
Unit 7 Tahun 4
Dilema

Tajuk 1 : Utamakan Keselamatan

Kemahiran : Fokus Utama : 6.3 Aras 1 (i)


Fokus Sampingan : 9.2 Aras 2 (i)
PKJR : 10.1.3, 10.1.6

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) membaca dan menyatakan fakta yang terdapat dalam


kad permainan Roket Dilema.

2) mencatat nota sebab dan akibat sesuatu tindakan yang diambil


berdasarkan situasi tertentu dalam bentuk grafik.

3) menyatakan akibat pengaruh rakan-rakan semasa membuat


keputusan tentang situasi yang selamat di jalan raya.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 78)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata adjektif


Kosa kata : • positif
• negatif
• bonceng
• menghasut

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai : yakin diri
KBT – KB : penyelesaian masalah

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 7.1 (Poster penyelenggaraan jalan raya)


Media 7.2 (Roket Dilema)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 14 (Borang pengurusan grafik)

77
Unit 7 Tahun 4
Dilema

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 1. Guru menunjukkan gambar rangsangan iaitu poster Media 7.1


penyelenggaraan jalan raya. Murid-murid diminta Poster penyelenggaraan
memberi pendapat mereka berdasarkan Media 7.1. jalan raya
Contoh:
Pendapat positif: BBM
• Jalan dibaiki untuk keselamatan pada masa hadapan. Kertas sebak
• Lorong pejalan kaki ditutup untuk mengelakkan
berlakunya kecederaan.
Pendapat negatif:
• Jalan yang ditutup menyusahkan pengguna jalan raya.
• Pembinaan berdekatan laluan pejalan kaki berbahaya
jika ada kanak-kanak melaluinya.

2. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.


Setiap kumpulan diminta menulis pada kertas sebak
tentang senario mengganggu keselamatan jalan raya
yang pernah mereka hadapi.
Contohnya:
• Keadaan kelam-kabut dan berbahaya di pintu pagar
sekolah pada waktu menghantar dan menjemput
murid kerana terdapat banyak murid dan kenderaan.
• Di pasar malam, orang meletakkan kenderaan sesuka
hati dan bukan di tempat sewajarnya.
• Berpayung di tepi jalan untuk menunggu bas.

3. Murid dibahagikan kepada kumpulan dan wakil setiap Media 7.2


kumpulan akan membalingkan dadu untuk mendapatkan Permainan Roket Dilema
situasi dalam permainan Roket Dilema. Kemudian murid
membaca catatan yang terdapat pada kad Roket Dilema.

4. Setiap kumpulan akan berbincang dan melengkapkan


borang grafik yang diedarkan berdasarkan situasi. Buku Aktiviti
Aktiviti 14
5. Setiap kumpulan akan membacakan jawapan yang
dicatat.

6. Murid membuat rumusan dengan bimbingan guru.

78
Unit 7 Tahun 4
Dilema

Tajuk 2 : Keselamatan di Jalan Raya

Kemahiran : Fokus Utama : 4.3 Aras 1 (i)


Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i)
PKJR : 10.1.2 , 10.1.3, 10.1.4, 10.1.8

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) memberi pendapat tentang sesuatu situasi keselamatan jalan raya yang


ditunjukkan.

2) menulis karangan tentang pengalaman menggunakan pengangkutan awam.

3) menyatakan akibat pengaruh rakan-rakan semasa membuat keputusan


tentang situasi yang selamat di jalan raya.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 86)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata arah


Kosa kata : • kelam-kabut
• menghantar
• menjemput
• meletakkan
• pinggir

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Sains


Nilai : berdikari
KBT – KB : menganalisis

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 7.3 (Kad situasi)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 15 (Menulis akibat daripada setiap keputusan yang dibuat
berkaitan dilema keselamatan jalan raya)

85
Unit 7 Tahun 4
Dilema

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 1. Murid diminta membaca dan membuat keputusan Media 7.3


berdasarkan situasi. Kad situasi

2. Murid berbincang dan memberi pendapat tentang


sesuatu situasi keselamatan jalan raya berdasarkan kad
situasi yang diberikan.

3. Murid diminta melengkapkan borang pengurusan


grafik.
Contoh:
“Anda dan rakan anda dalam perjalanan balik dari
sekolah dan perlu melintas jalan yang sibuk. Terdapat
jejantas di situ, tetapi rakan anda cuba menghasut
anda untuk tidak menggunakannya. Sebaliknya,
berlari melintas jalan tersebut.”
Saya menggunakan Saya tidak
jejantas menggunakan jejantas
Akibat positif

Akibat negatif

4. Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil


dapatan dengan bimbingan guru untuk membuat
keputusan yang positif.

5. Murid menulis karangan tentang pengalaman mereka Buku Aktiviti


menggunakan pengangkutan awam. Aktiviti 15

86
Unit 8 Tahun 4
Jalan Raya di Malaysia

Tajuk 1 : Kenali Jalan Raya di Malaysia

Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 3 (i)


Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i)
PKJR : 1.1.4, 1.1.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) memberi respons tentang ciri-ciri jalan raya di Malaysia.

2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan grafik hierarki jalan raya
dengan betul.

3) melengkapkan hierarki jalan raya di Malaysia dan menyatakan kepentingan


merancang perjalanan.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 92)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : ayat tunggal


ayat majmuk
Kosa kata : • lorong
• plaza tol
• kenderaan berat
• kenderaan ringan

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kajian Tempatan


Nilai : berhati-hati
KBT – KB : mencirikan

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 8.1 (Rajah hierarki jalan raya di Malaysia)


• Media 8.2 (Kad gambar jenis-jenis jalan raya di Malaysia)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 16 (Melengkapkan maklumat yang bersesuaian berdasarkan


gambar)

91
Unit 8 Tahun 4
Jalan Raya di Malaysia

Aktiviti Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 1. Murid diperkenalkan jenis-jenis jalan raya yang terdapat Media 8.1


di Malaysia. Hierarki jalan raya di
Malaysia.
2. Murid dan guru bersoal jawab. • Lebuh raya
Contoh soalan: • Jalan persekutuan
Apakah kenderaan yang menggunakan; • Jalan negeri
• jalan tempatan • jalan bandaran • lebuh raya • Jalan bandaran
• Jalan tempatan
3. Murid melihat rajah hierarki jalan raya di Malaysia. • Jalan kampung
• Jalan kawasan
4. Murid diperlihatkan dengan gambar jenis-jenis jalan raya perumahan
di Malaysia.

5. Murid dan guru bersoal jawab tentang ciri-ciri jalan raya


mengikut jenisnya.
a) Apakah jenis permukaan jalan raya tersebut?
b) Berapakah bilangan lorong yang ada?
c) Adakah jalan tersebut mempunyai tol?
d) Adakah jalan tersebut mempunyai lorong pejalan kaki Media 8.2
atau lorong motosikal atau laluan kecemasan? Kad gambar jenis-jenis
jalan raya di Malaysia.
6. Murid memberi respons tentang ciri-ciri jalan raya
di Malaysia.
• Jalan Tempatan:
- Terdapat di kawasan perumahan, kawasan kampung
dan pekan-pekan kecil.
- Hanya kenderaan ringan yang menggunakan jalan
tersebut seperti basikal, motosikal, dan kereta.
- Kenderaan bergerak dengan kelajuan sederhana.
• Jalan Bandaran:
- Jalan-jalan yang terdapat dalam bandar.
- Pelbagai jenis kenderaan boleh lalu di jalan tersebut.
- Kenderaan bergerak laju.
• Jalan Negeri:
- Menghubungkan antara dua buah negeri.
- Pelbagai jenis kenderaan boleh lalu di jalan tersebut.
- Kenderaan bergerak laju.
• Jalan Persekutuan:
- Terdapat di kawasan bandar raya seperti Kuala Lumpur,
Johor Bahru dan sebagainya.
- Pelbagai jenis kenderaan boleh lalu di jalan tersebut.
- Kenderaan bergerak laju.
• Lebuh Raya:
- Jarak laluan yang jauh.
- Lebar biasanya dua atau tiga lorong.
- Laluan sehala.
- Mempunyai plaza tol.
- Pengguna perlu membayar tol.
- Kenderaan berat dan ringan boleh melalui jalan ini.
- Kenderaan bergerak sangat laju.

7. Murid membina ayat berdasarkan bahan grafik. Buku Aktiviti


Aktiviti 16

92
Unit 8 Tahun 4
Jalan Raya di Malaysia

Tajuk 2 : Tiba dengan Selamat

Kemahiran : Fokus Utama : 6.5 Aras 3 (i)


Fokus Sampingan : 2.1 Aras 2 (i)
PKJR : 7.5.1, 7.5.2, 7.5.3, 7.5.4, 7.5.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;

1) membaca maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan dengan betul.

2) bercerita tentang tanda dan isyarat jalan raya yang dilihat dengan bahasa
yang betul.

3) menyatakan kepentingan merancang perjalanan untuk tiba ke destinasi.

Aktiviti : (Rujuk muka surat 97)

Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata arah


Kosa Kata : • mercu tanda
• peta
• jambatan
• lokasi

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kajian Tempatan


Nilai : rasional
KBT – KB : menyelesaikan masalah
mentafsir

Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran)

Media Pengajaran : • Media 8.3 (Kad jemputan perkahwinan)

Buku Aktiviti : • Aktiviti 17 (Menandakan laluan yang mudah dan paling selamat)
• Aktiviti 18 (Menombor dan melabel)

96
Unit 8 Tahun 4
Jalan Raya di Malaysia

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 1. Murid membaca dan meneliti kad jemputan perkahwinan. Media 8.3


Kad jemputan
2. Murid dan guru bersoal jawab tentang maklumat dalam perkahwinan dengan peta.
kad jemputan tersebut.
• Apakah kandungan kad tersebut?
• Bilakah majlis tersebut diadakan?
• Siapakah yang mengundang ke majlis tersebut?

3. Murid meneliti peta pada kad jemputan.

4. Murid menyatakan maklumat yang terdapat dalam


peta tersebut.
Contoh:
• Nama jalan
• Bangunan atau mercu tanda
• Sungai atau jambatan
• Lampu isyarat
• Kemudahan untuk melintas

5. Murid menandakan laluan yang mudah dan paling Buku Aktiviti


selamat untuk sampai ke destinasi yang disediakan pada Aktiviti 17
peta. (Aktiviti 17)

6. Murid bercerita tentang perkara yang dapat dilihat


sepanjang perjalanan berdasarkan bahan rangsangan.
Contoh:
• Lampu isyarat
• Jambatan
• Lintasan pejalan kaki
• Lorong basikal
• Pulau pelindung

7. Murid membuat aktiviti 18. Buku Aktiviti


Aktiviti 18

97

Anda mungkin juga menyukai