Anda di halaman 1dari 7

« PANDUAN MENTERNAK ITIK PEDAGING

PANDUAN MEMPROSES TELUR MASIN »

9 Okt

PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG


SECARA KECILAN
Dikirim oleh harizamrry dalam Agro - Journal Pertanian. Tagged: Agro - Journal
Pertanian. 248 komen

PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita
dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari
keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang
dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam
kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi
ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri
yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan
ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai
ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-
jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan
juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka
lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam
Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam
Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti
ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan
pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;

Telur dan daging untuk makanan keluarga


Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG

Boleh dibiakkan sepanjang tahun


Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
SISTEM PERUMAHAN

Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh.
Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20
ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN

Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)

Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit


Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)

Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit


Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN

Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli


1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

Reban sentiasa bersih


Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan
kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit

Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

Kurang nafsu makan


Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

Sampar ayam (ND)


Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan
nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Galeri Ayam Kampung

Pemasangan bidai bagi mengelakkan telor terkena air hujan.

Bangsal ternakan ayam kampung yang dibahagikan kepada tiga petak iaitu untuk induk
ayam, anak ayam dan ayam dara (dewasa)
Pemasangan pagar tertutup bagi mengelakan kemasukan dan gangguan bintang buas

Anak ayam yang berumur 1 bulan