Anda di halaman 1dari 2

Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah 31120 Sungai Siput(U)

Membaiki Atap Bocor


1. Pendahuluan Atap adalah merupakan komponen bangunan yang sering terdedah kepada hujan dan panas. Keadaan ini menyebabkan atap mudah rosak dan memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Kekangan kewangan yang dihadapi oleh pihak sekolah menyebabkan kerosakan yang berlaku tidak dapat diperbaiki. Ini kerana kos penyelenggaraannya adalah tinggi dan berisiko. Namun demikian sekiranya kebocoran yang berlaku tidak dibaiki dengan kadar segera komponen lain di dalam bangunan seperti syiling dan perabot akan rosak. Syiling yang rosak jika dibiarkan mungkin akan jatuh dan menimpa pelajar di dalam kelas. 2. Objektif Menjalankan kerja-kerja menanggalkan dan menggantikan atap yang bocor di Blok D dan Blok G. 3. Lokasi Kerosakan 3.1. 3.2. 4. Penutup Kelas 5 Kemanusiaan 1 adalah merupakan sebahagian daripada dewan peperiksaan. Sekiranya kerosakan ini tidak dibaiki segera dibimbangi akan menyebabkan air hujan masuk ke dalam dewan peperiksaan dan mengganggu kelancaran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Blok D - Atap kelas 2 Permata Blok G - Atap kelas 5 Kemanusiaan 1

Disediakan oleh,

.......................................... (HJ ADNAN BIN REJAB) Pengetua

Lampiran Gambar menunjukkan syiling kelas 2 Permata yang rosak kesan daripada kebocoran yang berlaku kepada atap kelas berkenaan

Gambar menunjukkan syiling kelas 5 Kemanusiaan 1 yang rosak kesan daripada kebocoran yang berlaku kepada atap kelas berkenaan

Gambar menunjukkan syiling kaki lima kelas 5 Kemanusiaan 1 yang rosak kesan daripada kebocoran yang berlaku kepada atap kelas berkenaan

Gambar menunjukkan air yang bertakung di atas meja dan lantai kelas-kelas berkenaan selepas hujan

Gambar menunjukkan atap Blok D yang menempatkan kelas 2 Permata