Anda di halaman 1dari 11

1.

Tetapkan Harinya

Sebaiknya dilakukan serta-merta dengan menetapkan tarikh tertentu. Umpamanya:Tarikh lahir, tarikh hari perkahwinan, iaitu tarikh diisythiharkan oleh Penubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Hari Tanpa Tembakau

2. Berhenti merokok dengan kawan perokok

Berkongsi masalah dengan kawan yang merokok, seterusnya sama-sama membuat perancangan untuk berhenti merokok.

3. Wang Ringgit dan bukan Abuk Rokok

Setiap hari, kumpulkan berapa banyak wang yang selalunya dihabiskan untuk rokok. Wang simpanan itu boleh disalurkan kepada perkara-perkara yang lebih bermanfaat, umpamanya dibelanjakan untuk perbelanjaan ke luar negeri.

4. Buang Semua Rokok

Sehari sebelum berhenti merokok, sila buang rokok, pemetik api, tempat abu rokok dan perkara yang berkaitan dengannya.

5. Hanya Untuk Hari Ini

Idea untuk tidak merokok buat selamanya adalah sangat menggerunkan. Hendaklah bertekad pada diri sendiri "Hanya untuk hari ini saya tidak akan merokok".Dengan itu melatih pemikiran anda setiap hari.

6. Alihkan Pemikiran

Bila berhenti merokok, tangan mulut dan otak akan 'ketagihan', terutama sekali selepas makan dan semasa stres. Adalah penting tabiat merokok digantikan dengan aktiviti yang sihat seperti bersenam dan memakan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan segar bila rasa ketagihan merokok

7. Bantuan Profesional

Dapatkan bantuan profesional seperti doktor yang akan memberi nasihat dan boleh mencadangkan Terapi Gantian Nikotin. Juga dapatkan bantuan keluarga dan kawan-kawan bagi sokongan moral.

8. Terima Kasih Saya Tidak Merokok

Bila dipelawa untuk merokok, katakan dengan penuh semangat 'Terima Kasih Saya Tidak Merokok'

9. Perhatikan Berat Badan

Kenaikan berat badan adalah lumrah selepas berhenti merokok, dengan ketiadaan nikotin yang mana fungsinya mengurangkan nafsu makan. Oleh itu disarankan agar bersenam selama 30 minit setiap hari.

10. Bila Gagal

Bila tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba dan terus mencuba. Ingatlah setiap batang rokok, boleh memudaratkan kesihatan kita.

Anda mungkin juga menyukai