Anda di halaman 1dari 5

Islam Hadhari: Suatu pendekatan siasah syariyyah dalam pengurusan negara di Malaysia (Bhg.

1) Ummatan Wasatan

27/4/2013

FRIDA Y , APRIL 26TH

WA KTU SOLA T

KOLEKSI NA SYID

search...

FIKRAH HIKMAH

KOMENTAR KAJIAN

GLOBAL PROFIL

TINTA DMI WAWANCARA

PERSPEKTIF WACANA

SOAL JAWAB TASAWUF PAPARAN KHAS

TAFSIR

RESENSI

ENSIKLOPEDIA YAYASAN PONDOK 1MALAYSIA

You are here: Home Kajian

Islam Hadhari: Suatu pendekatan siasah syariyyah dalam pengurusan negara di Malaysia (Bhg. 1)
JULY 21, 2008 11:38 AM 2 COMMENTS

WAKTU SOLAT KL JAKIM Share this Article


TWITTER FA CEBOOK DELICIOUS DIGG STUMBLE REDDIT

Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak

Author:

Editor
Oleh SHAMSUDDIN MONER PENGENALAN

Tags:
siasah syar'iyyah

PAUTAN
TerangBulan.Net MindaAktif.Net

Konsep ataupun Pendekatan Islam Hadhari masih menjadi perdebatan hangat di kalangan sesetengah masyarakat Islam di negara ini, terutamanya di kalangan intelektual Islam dan juga ahli-ahli politik. Masing-masing mengutarakan idea dan pendapat tentang Islam Hadhari mengikut acuan masing-masing. Tidak kurang juga yang berpandangan konsep Islam Hadhari hanya sekadar gimik politik pihak kerajaan di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ketidakfahaman tentang konsep ini boleh menyebabkan masyarakat Islam dan bukan Islam terkeliru. Justeru, ianya telah menarik minat penulis untuk menjalankan penyelidikan melalui tesis ini bagi merungkai segala persoalan yang mungkin timbul hasil daripada langkah kerajaan Barisan Nasional yang telah memenangi Pilihanraya UMUM Ke-11 pada Mac 2004 memperkenalkan konsep dan pendekatan Islam Hadhari ini untuk menjadi pemangkin kepada Dasar Wawasan 2020. Konsep Islam Hadhari ini adalah sebahagian daripada suatu konsep lain yang lebih besar dan menyeluruh dalam perjuangan Islam pada masa sekarang, iaitu perubahan yang menyeluruh. Dalam dunia Islam sekarang, keperluan kepada perubahan ini berkait rapat dengan kegagalan masyarakat dan Negara Islam sedunia dalam mencapai tahap kemajuan yang sepatutnya, baik dari segi pemikiran, keilmuan, kemasyarakatan, pembangunan dan seterusnya, berbanding dengan apa yang dicapai oleh masyarakat dan negara bukan Islam, baik di Barat mahupun di Timur. Kegagalan yang menyeluruh ini kemudiannya telah menjadi perangkap berbagai-bagai dimensi yang memerangkap masyarakat dan Negara Islam itu sendiri dalam suatu lingkaran yang tidak berpenghujung. Maka, untuk keluar daripada perangkap yang menyeluruh ini tiada jalan lain kecuali melakukan perubahan yang menyeluruh. (1) Dalam dunia antarabangsa juga, perubahan seperti ini sangat-sangat diperlukan, sesuai dengan tamatnya perang dingin yang memberi kemenangan kepada blok barat dan mengakibatkan kekalahan di pihak blok Timur. Dengan tamatnya perang dingin, umat Islam telah menjadi sasaran baru permusuhan Barat, terutama sekali selepas berlakunya peristiwa 11 September 2001 (9/11) yang masyhur diperkatakan selama ini. Di bawah semangat globalisasi, umat Islam dilihat oleh Barat sebagai umat yang perlu dikuasai sepenuhnya. Justeru, untuk memecahkan kepungan dan juga kekangan ini di kalangan umat Islam, maka perubahan yang

PA LING BA NYA K DIKOMEN

1. Saintis Barat akui matahari akan terbit


dari barat 36 COMMENTS

2. Sains dalam al-Quran? 12 COMMENTS 3. Skeptisisme: Manusia ke bulan? 10


COMMENTS

4. Pentas Eskatologi 8 COMMENTS 5. Fahaman Wahhabi 7 COMMENTS


KOLEKSI NASYID

http://ummatanwasatan.net/2008/07/islam-hadhari-suatu-pendekatan-siasah-syar%E2%80%99iyyah-dalam-pengurusan-negara-di-malaysia-bhg-1/

1/5

Islam Hadhari: Suatu pendekatan siasah syariyyah dalam pengurusan negara di Malaysia (Bhg. 1) Ummatan Wasatan

27/4/2013

menyeluruh perlu dilakukan dalam masyarakat Islam itu sendiri. Di atas kesedaran inilah, maka Malaysia di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil langkah yang ke hadapan berbanding dengan negara-negara Islam lain dengan memperkenalkan konsep ataupun Pendekatan Islam Hadhari. PERMASALAHAN KAJIAN Kajian mengenai Islam Hadhari ini bukanlah semata-mata ianya merupakan permasalahan umat Islam, bahkan ianya menjadi penting kepada bangsa-bangsa dan kaum-kaum lain yang bukan beragama Islam di Malaysia. Sebenarnya Islam Hadhari ialah konsep yang menyeluruh dalam perjuangan Islam untuk mengharungi pelbagai cabaran kehidupan di dunia ini. Oleh hal yang demikian, masyarakat Islam perlu berubah dari aspek pemikiran, sikap serta segalanya untuk menjadi ummah yang terbaik. Dalam dunia Islam, keperluan kepada perubahan tidak boleh dipandang ringan berikutan kegagalan masyarakat dan negara Islam dalam mencapai tahap kemajuan yang sepatutnya kini. Meskipun tenaga pakar umat Islam semakin bertambah, tetapi peranan sesetengah mereka tidak berjalan seperti kehendak Islam. Sebaliknya, banyak berlaku maksiat dan jenayah sosial dalam masyarakat seperti rasuah dan sebagainya. Justeru, satu perubahan yang menyeluruh dari aspek pemikiran, ilmu pengetahuan, teknologi, ekonomi, kemasyarakatan dan sebagainya perlu dilakukan secara komprehensif serta holistik. Kajian ini akan melihat bagaimana konsep Islam Hadhari boleh menjadi pemangkin dan penggerak kepada perubahan ini. Perubahan dalam erti kata Malaysia yang dahulunya dijajah oleh British, kini telah merdeka sejak tahun 1957, dari sebuah negara kecil yang miskin menjadi sebuah negara membangun dan menjelang tahun 2020 akan memacu aras pula sebagai sebuah negara Islam yang maju. Kajian ini akan menelusuri beberapa aspek dasar dan pentadbiran negara yang berasaskan kepada Kontrak Sosial dan juga konsep Power Sharing antara masyarakat majmuk di negara ini yang berjaya menghasilkan kesepakatan di dalam menjayakan dasar Pendekatan Islam Hadhari ini. Permasalahan kajian yang dikupas di dalam penulisan ini adalah bersumberkan kepada Teks Ucapan dasar Presiden UMNO di dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-55 pada 23 September 2004 dan juga Perhimpunan Agung UMNO Ke-57 pada 15 November 2006. Ini penting kerana UMNO adalah tunjang kepada pemerintahan negara Malaysia sejak dari merdeka hinggalah kini. Apa-apa yang diputuskan oleh Presiden UMNO dan juga Perhimpunan Agung Tahunannya, maka itulah yang menjadi dasar dan juga teras kepada pemerintahan kerajaan Malaysia. Penulis juga akan melihat kepada beberapa peruntukan undang-undang di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjadi nadi dan juga roh kepada umat Islam di negara ini memperkasakan apa-apa sahaja agenda dan juga dasar yang bersabit dengan kepentingan agama Islam. Islam Hadhari yang hendak dijadikan dasar pentadbiran kerajaan Malaysia pada masa kini tidak akan dapat direalisasikan secara harmoni sekiranya tiada penegasan dan hak mutlak ini di dalam Perlembagaan Negara. Status Malaysia sebagai sebuah negara Islam juga akan diperbincangkan untuk memberi satu kekuatan kepada agenda Islam Hadhari ini di Malaysia. Tanpa status sebagai sebuah negara Islam, maka Malaysia tidak layak dan tidak berhak untuk memperkenalkan Pendekatan Islam Hadhari ini di kalangan negara-negara Islam yang lain. Juateru, permasalahan mengenai apakah Malaysia sebuah negara Islam ataupun sebaliknya akan turut menjadi perbincangan dan juga kupasan penulis di dalam membicarakan persoalan Islam Hadhari ini. KEPENTINGAN KAJIAN Dalam membangunkan tamadun berdasarkan Islam Hadhari, umat Islam seharusnya mempunyai persepsi yang jelas tentang tamadun Islam. Untuk melaksanakan mesej keagungan Islam sebagai agama yang membina peradaban dan akhlak manusia seluruhnya, maka umat Islam tidaklah seharusnya sentiasa hanya menyanyikan lagu merdu klasik mereka yang telahpun ditelan zaman. Kita tidak perlu bernostalgia mengingati kemenangan dan keagungan zaman silam semata-mata kerana ingin dibuai mimpi yang indah-indah. Sebaliknya, memperingati keagungan Islam dan umatnya yang telah menonjol dan memberi sumbangan kepada dunia dalam bidang peradaban serta tamadun manusia, haruslah merupakan satu bahan sejarah yang mesti dipelajari dan diambil iktibar. Justeru, kajian ini amat penting buat masyarakat Islam masa kini kerana sebelum ini kita hanya mengagungkan kemajuan dan juga ketamadunan umat Islam di zaman silam tanpa melihat kepada apa yang telah dicapai oleh umat Islam masa kini. Dengan mempersembahkan kejayaan Islam Hadhari ini, maka umat Islam masa kini dan juga generasi seterusnya akan dapat mengambil iktibar pula bagaimana kebangkitan umat Islam yang dahulunya dijajah, ditindas, miskin, dihina dan mundur dari segala aspek kehidupan di dunia ini, akhirnya telah menjadi sebuah negara Islam Maju yang dihormati dan juga disegani oleh masyarakat antarabangsa. Ini semua adalah hasil daripada suatu perubahan pemikiran dan sikap yang menyeluruh pada masyarakat Islam di Malaysia dengan satu pendekatan baru yang dinamakan Islam Hadhari. Kajian ini amat menarik dan penting sekali bagi umat Islam di seluruh dunia masa kini. Ini kerana Malaysia yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa, kaum, adat resam dan berbilang agama mampu untuk bersatu dan membangunkan negara ini menjadi sebuah negara Islam contoh yang termaju berbanding dengan negara-negara Islam lain yang mana terdapat sebahagiannya berpenduduk seratus peratus Muslim. Kenapa sebahagian negara umat Islam yang penduduknya hampir seratus peratus Muslim tidak boleh maju dan sering berlaku huru-hara, perang saudara dan juga sering menghadapi masalah kegawatan politik?

'I Believe' featuring Maher Zain is the first single from Irfan Makki's new album also bearing the same name, out now from Awakening Records.

Irfan Makki - I Believe Maher Zain - Insha Allah Mesut Kurtis - Burdah Maher Zain - The Choosen One

KANDUNGAN
Fikrah Komentar Global Tinta DMI Perspektif Soal Jawab Tasawuf Tafsir Resensi Hikmah Kajian Profil Wawancara Wacana Paparan Khas Ensiklopedia

ARKIB
Select Month

TAGS 1malaysia akhlak al-azhar amanah Berita bersih demontrasi jalanan

forum ibadah ibnu bajjah ibnu nafis integriti islamophobia islamopobia


kelebihan Ramadan kemajmukan

ketuanan melayu liberalisme


mabuk kuasa majlis peguam

manusia dan kemanusiaan melayu


musibah nikmat kemerdekaan
nikmat sihat

paparan-khas
politik

perhimpunan perhimpunan haram peribadi anak perpaduan perspektif

politik antarabangsa politik sempit politik wang protes puasa resensi ruyung sengketa
antara agama sensitif taubat tragedi ambon

umat melayu islam usia emas


LAJUKAN AKSES INTERNET!

Gunakan Google DNS


http://ummatanwasatan.net/2008/07/islam-hadhari-suatu-pendekatan-siasah-syar%E2%80%99iyyah-dalam-pengurusan-negara-di-malaysia-bhg-1/ 2/5

Islam Hadhari: Suatu pendekatan siasah syariyyah dalam pengurusan negara di Malaysia (Bhg. 1) Ummatan Wasatan

27/4/2013

Bagaimana pula Malaysia yang penduduk Muslimnya hanya lebih kurang 60 peratus sahaja dan yang selebihnya penduduk yang bukan Muslim boleh aman, membangun dan maju secara dikongsi bersama antara semua kaum dan agama di negara ini? Inilah rahsianya yang akan dibongkar oleh penulis di dalam kajian ini yang mana ianya amat penting kepada generasi umat Islam masa kini untuk mengambil iktibar daripadanya. OBJEKTIF KAJIAN Objektif dan juga matlamat kepada kajian ini adalah untuk merungkai tentang apakah yang dimaksudkan dengan Konsep dan Falsafah Islam Hadhari dan juga bagaimanakah ianya boleh dikaitkan dengan kebijaksanaan pemerintah di dalam mengaplikasikan Pendekatan Siasah Syariyyah untuk memacu Pembangunan dan Kemajuan Negara menjelang Tahun 2020. SKOP KAJIAN Skop kajian di dalam penulisan ini adalah terfokus kepada persoalan-persoalan yang berhubungkait dengan perkara-perkara berikut: - Maksud Islam Hadhari menurut perbahasan bahasa dan juga pandangan-pandangan intelektual Muslim. - Maksud Islam Hadhari secara kontekstual di Malaysi, iaitu menurut gagasan yang ditetapkan matlamatnya oleh Perdana Menteri Malaysia. - Islam Hadhari dalam Konteks Malaysia Negara Islam. - Panduan Al-Quran dalam membina Tamadun. - Penjelasan mengenai 10 Prinsip Utama Islam Hadhari. - Siasah Syariyyah dalam Pembangunan Negara

Gunakan Google DNS


8.8.8.8 8.8.4.4
*Baca lanjut di sini. Cara setup di sini .

PELAWAT

8775 visits since 27 Mar 2013

METODOLOGI PENYELIDIKAN Metod penyelidikan yang telah dijalankan oleh penulis di dalam membahaskan tajuk ini ialah berasaskan secara dasarnya kepada metod berikut: 1. Metod Pengumpulan Data. Metod pengumpulan data adalah usaha-usaha yang dilakukan dengan cara pengumpulan data dan seterusnya mentafsirkan data-adat tersebut. Bagi tujuan ini, penulis menggunakan beberapa metod untuk mendapatkan data-data yang diperlukan daripada beberapa sumber sama ada sumber primer (al-Quran) atau sekunder (al-hadith). Data-data ini akan disusun dengan sistematik agar kajian yang dijalankan akan mendatangkan hasil dan nilai yang bermutu. Berikut adalah kaedah-kaedah yang telah digunakan oleh penulis untuk mengumpul data-data berkenaan: Kaedah Dokumentasi. Penggunaan kaedah ini lebih menjurus kepada kaedah pengumpulan data-data, maklumat-maklumat daripada buku-buku yang memperkatakan tentang tamadun (hadharah ), siasah syariyah dalam Pengurusan Negara di Malaysia. Petunjuk-petunjuk utama dalam penyelidikan ini adalah buku-buku, kenyataan-kenyataan akhbar, yang berkelayakan dalam bidang yang dikaji. Di samping itu juga, penulis turut melakukan pengumpulan pendapat di kalangan tokoh ulama dan intelektual Islam dari dalam dan luar negara termasuk Orientaslis Barat. Kaedah Temubual. Kaedah Temubual (interview) adalah kaedah untuk mendapatkan data, maklumat dan fakta-fakta kajian melalui kaedah temubual. Metod temubual ini dilakukan setelah mengambil kira kesukaran untuk mendapatkan bahan bertulis dan sebagainya. Ini disebabkan tajuk yang dikupas oleh penulis yang berkaitan dengan Islam Hadhari ini merupakan satu dasar baru Negara di bawah kepimpinan Perdana Menterinya Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang diuar-uarkan pada bulan September 2004. Ianya adalah suatu isu yang agak sukar dan kurang diperbincangkan dan masih belum terdapat dokumen-dokumen bertulis dari pihak kerajaan secara rasmi dan kukuh untuk dijadikan bahan rujukan. 2 . Metod Analisis Data. Setelah semua data yang diperlukan dikumpul melalui metod-metod di atas, penulis akan menjalankan analisis terhadap data tersebut melalui beberapa metod. Pada peringkat ini, penulis akan melihat beberapa hubungkait antara fakta yang berlaku, sebab musabab sesuatu perkara dan sebagainya. Seterusnya penulis akan membuat beberapa kesimpulan terhadap data-data tersebut. Pada peringkat ini, penulis akan menggunakan kaedah-kaedah berikut: Kaedah Induktif. Kaedah ini bermaksud satu cara menganalisis data melalui cara berfikir untuk mencari bukti dan keterangan daripada hal-hal yang bersifat khusus untuk sampai kepada dalil-dalil yang bersifat umum. Metod ini akan dihuraikan gaya pelaksanaannya dalam membahaskan teori siasah syariyah nanti. Kaedah Deduktif. Kaedah ini bermaksud cara menganalisis data dan melakukan penulisan berdasarkan kepada pola berfikir bagi mencari pembuktian dan menggunakan dalil-dalil umum terhadap dalil-dalil yang khusus. Metod ini akan digunakan dengan meluas dalam membincangkan tajuk ini. Kaedah Komparatif. Kaedah ini bermaksud proses penelitian hubungan lebih daripada satu fenomena dengan menunjukkan persamaan dan perbezaan yang di dapati dalam aspek dasar pemerintahan Negara berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan aspek perlaksanaan sebenar dalam realiti

http://ummatanwasatan.net/2008/07/islam-hadhari-suatu-pendekatan-siasah-syar%E2%80%99iyyah-dalam-pengurusan-negara-di-malaysia-bhg-1/

3/5

Islam Hadhari: Suatu pendekatan siasah syariyyah dalam pengurusan negara di Malaysia (Bhg. 1) Ummatan Wasatan

27/4/2013

pemerintahan masa kini. Perbandingan sebegini dilakukan bagi membuat kesimpulan atau keputusan secara adil terhadap beberapa data yang diperolehi supaya keputusan atau kesimpulan yang dibuat adalah tepat dan betul serta telus terutamanya dalam menilai kejayaaan Pendekatan Siasah Syariyyah dalam Pengurusan Negara di Malaysia. Kaedah Observasi. Kaedah ini berdasarkan kepada pengalaman penulis yang terlibat secara langsung sebagai Panel Pemikir dan juga Penceramah Khas Islam Hadhari dengan Sekretariat Islam Hadhari di Pejabat Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri. Penulis juga telah terlibat secara langsung memberikan penjelasan dan penerangan berkenaan dengan Islam Hadhari kepada seluruh kakitangan Perkhidmatan Awam dan swasta di seluruh negara. Justeru, kaedah observasi ini sering digunakan penulis di dalam menghuraikan konsep dan falsafah Islam Hadhari. HURAIAN ISTILAH Terdapat dua huraian istilah-istilah pokok yang menjadi fokus kepada perbincangan serta kajian penulis di dalam tajuk ini, iaitu Islam Hadhari dan Pendekatan Siasah Syariyya : 1. Islam Hadhari Islam Hadhari adalah gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu: Islam dan Hadhari (sifat). Asal perkataan Hadhari ialah Hadharun Hadharatun (Hidup di Bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun lawan kepada perkataan badawah ( kepedalaman atau kemunduran). (2) Bertolak daripada kata dasar tersebut maka perkataan hadharah ataupun sifatnya hadhari bolehlah ditakrifkan sebagai hasil tindakbalas antara manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan dan peredaran semasa ( waqie). (3) Pengertian hadharah itu semakin luas skopnya apabila komuniti manusia itu semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil-hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebarluas faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia sejagat. Islam Hadhari boleh juga diertikan sebagai Islam Semasa , iaitu mengimplimentasikan kaedah Siasah asSyariyyah dalam sistem politik, pentadbiran dan undang-undang negara yang bertujuan untuk menjaga tatasusila, kepentingan umum serta sistem kehidupan manusia di dunia ini mengikut keperluan semasa. Ianya bersandarkan kepada Maslahah Ammah (kemaslahatan umum) bagi tujuan melaksanakan siyasah ad-dunia (memakmurkan dunia) dalam ruang lingkup memberi rahmat kepada sekalian alam. Merujuk kepada penggunaan istilah Islam Hadhari di Malaysia, ia sebenarnya satu pendekatan baru yang berkonsepkan kepada kemajuan dan pembangunan yang seimbang antara keperluan fizikal dan rohani (dunia dan akhirat) dalam usaha untuk membina semula keagungan tamadun umat Islam dalam era globalisasi masa kini. Ianya berasaskan kepada prinsip Siasah Syariyyah dalam ruang lingkup menjaga dan memartabatkan kelima-lima Maqasid As-Syariah: Memelihara kesucian agama, memelihara kemuliaan akal, menjaga kesejahteraan nyawa, menjaga hak pemilikan harta dan menjaga kemurnian keturunan. 2. Pendekatan Siasah as-Syariyyah Ibn Aqil menyatakan bahawa Siasah Syariyyah ialah apa-apa tindakan yang diambil oleh pemerintah bagi tujuan membawa manusia kepada kebaikan dan menjauhkan mereka dari keburukan sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. dan tidak terdapat dalam wahyu yang diturunkan. (4) Sementara itu, Ibn Najim pula mentakrifkan: Siasah Syariyyah itu ialah sesuatu tindakan yang diambil oleh pemerintah yang pada pandangannya boleh menjaga kepentingan umum, sekalipun tidak terdapat dalil khusus berkenaannya. (5) Syeikh Abdul Rahman Taj dalam tulisannya al-Siasah al-Syariyyah merumuskan pengertian siasah syariyyah dengan katanya: Apa yang dimaksudkan dengan siasah syariyyah ialah peraturan-peraturan yang bertujuan untuk menyusun agensi-agensi negara dan mentadbir hal ehwal umat, dengan mengambil kira ianya tidak bertentangan dengan roh syariat serta dapat mencapai matlamat menjaga kepentingan rakyat; sekalipun peraturan-peraturan tersebut tidak terdapat dalil tentangnya secara terperinci dalam al-Quran dan asSunnah. (6) Dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia, mengimplimentasikan Pendekatan Siasah Syariyyah tidak bermakna bahawa kita harus mengikut sepenuhnya sistem pemerintahan di zaman Rasulullah dan Khulafa ar-Rasyidin; tetapi kita boleh mengambil faedah dari pengalaman orangorang bukan Islam dalam bidang pentadbiran selagi ianya boleh menghasilkan keadilan dan menjamin kepentingan umum. Yang pentingnya ia tidak bertentangan dengan mana-mana nas syarak sama ada secara khusus atau secara umum mengikut kepentingan-kepentingan ad-dharuriyat (kepentingan asasi), al-hajiyat (kepentingan biasa ) dan at-tahsiniyat (kepentingan mewah). Ini kerana Syariah Islam itu bersifat murunah (flexible) dan ianya bersifat syumul (universal). Di antara ciriciri utama Syariah Islam itu yang termasuk dalam ruang lingkup Siasah Syariyyah ialah:

http://ummatanwasatan.net/2008/07/islam-hadhari-suatu-pendekatan-siasah-syar%E2%80%99iyyah-dalam-pengurusan-negara-di-malaysia-bhg-1/

4/5

Islam Hadhari: Suatu pendekatan siasah syariyyah dalam pengurusan negara di Malaysia (Bhg. 1) Ummatan Wasatan

27/4/2013

Pertama. Objektif Syariah ( Maqasid al-Syariah ) ialah melindungi dan mensejahterakan lima kategori asas: agama, akal, keturunan, nyawa dan harta. Kedua. Syariah Islam bersifat komprehensif merangkumi perkara dunia dan akhirat serta kehidupan individu dan kehidupan sosial. ( Hubungan Manusia dengan Allah , Manusia sesama Manusia , dan manusia sesama makhluk) Ketiga. Syariah Islam bukanlah suatu sistem perundangan semata-mata , malah ia lebih merupakan sistem akhlak dan moral. Dalam konteks di Malaysia, Pendekatan Siasah Syariyyah yang diimplimentasikan ialah dengan memberi penekanan kepada pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban yang berteraskan kepada prinsip akhlak dan aqidah. Fokus utamanya (aulawiyat) ialah dengan pendekatan mempertingkatkan mutu kehidupan di bidang penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan dan pembangunan fizikal.

Nota hujung: (1) Mahmood Zuhdi Hj Abd Majid, Kertas Kerja, Memahami Islam Hadhari (dalam buku Islam Hadhari Dari Perspektif Intelektual Muslim, API Universiti Malaya, 2006, hlm. 20 (2) Lihat Kamus Al-Marbawi, Muhammad Idris al-Marbawi, Kamus B. Arab-Melayu (3) Said Ramadhan al-Buti, Islam Hadhari dalam Pembangunan Insan, Yayasan Islam Hadhari. 2004 , hlm. 2 (4) Lihat Wan Zahidi Wan Teh , Pelaksanaan Siasah Syariyyah dalam Pentadbiran Kerajaan , JAKIM, 2002, hlm. 9 (5) Ibid (6) Ibid, hlm. 10
(Bersambung )

LEAVE A REPLY

Name (required) E-Mail (will not be published) (required) Website

Submit Comment

Topik Lain
PREVIOUS NEXT

HOME

CARIAN GOOGLE!

GET CHROME!

GET FIREFOX!

BAYAR ZAKAT!

BACA UTUSAN MALAYSIA!

SEARCH:
Waktu Solat Koleksi Nasy id search... GO

Copyright 2013 Ummatan Wasatan. All Rights Reserved

Designed by wp

http://ummatanwasatan.net/2008/07/islam-hadhari-suatu-pendekatan-siasah-syar%E2%80%99iyyah-dalam-pengurusan-negara-di-malaysia-bhg-1/

5/5

Anda mungkin juga menyukai