Anda di halaman 1dari 3

MEREKA KAD HARI IBU

Disediakan oleh CIK YUZIYANA KAMARUDIN dan CIK RUSMAWATI MOHAMAD,


AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama, CIK NAWAL SYATHIRAH
AZIDIN ( Jurugambar)

TARIKH : 8 Mei 2009

TEMPAT : Kelas Pendidikan Khas

AKTIVITI :

Sempena Hari Ibu yang akan disambut pada 10hb Mei 2009, murid – murid
Pendidikan Khas SKSI II telah membuat kad ucapan Selamat Hari Ibu untuk diberikan
kepada ibu mereka. Setiap murid telah diberikan sekeping kertas warna yang berbentuk
bunga. Dengan menggunakan kreativiti masing – masing, murid – murid istimewa ini
mencorakkan kertas yang diberikan. Selain daripada kad, mereka juga menghadiahkan
kek dan bahulu kepada ibu mereka.

Melalui aktiviti ini, nilai yang dapat diterapkan kepada murid – murid ialah kasih
sayang, hormat menghormati dan menghargai pengorbanan seorang ibu.
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah


Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Anda mungkin juga menyukai