Anda di halaman 1dari 2

Bab 13 - Instrumen Penarafan Kendiri

BAB 13 INSTRUMEN PENARAFAN KENDIRI

Dalam usaha menggunakan makmal/ bilik sains secara berkesan, semua pihak yang bertanggungjawab perlulah menguruskan makmal/ bilik sains tersebut dengan sempurna. Pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan makmal/ bilik sains terdiri

daripada semua pentadbir sekolah selaku pengurus kurikulum, para guru sebagai pelaksana kurikulum dan pembantu makmal yang membantu pengurusan makmal sains dan pelaksanaan amali.

Pengurusan makmal/ bilik sains yang efisien merangkumi ke semua aspek yang telah dibincangkan dalam buku ini. Semua aspek penting dalam Fungsi dan peranan organisasi dalam pendidikan sains; Infrastruktur makmal/ bilik sains; Peranan guru sains dan kakitangan makmal; Pembekalan, prosedur penggantian dan pembelian; Perancangan perbelanjaan; Pengurusan aset; Keselamatan dan keceriaan; Pengurusan p&p;

Penyelenggaraan makmal/ bilik sains; dan Hapus kira dan pelupusan bahan serta peralatan; telah disusun sebagai satu senarai semak yang dipanggil Instrumen Penarafan Kendiri. Instrumen ini dikendalikan oleh semua pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan

makmal/ bilik sains diurus dengan sempurna untuk pelaksanaan amali yang berkesan. Segala butiran dan isi kandungan Instrumen Penarafan Kendiri ini menjadi standard kepada pengurusan makmal/ bilik sains di semua sekolah.

Justeru, Bab ini mengandungi Instrumen Penarafan Kendiri Pengurusan Makmal Sains/ Bilik Sains Sekolah Menengah Dan Rendah yang terdiri daripada item-item untuk mengesan pelaksanaan ke semua aspek pengurusan makmal/ bilik sains seperti yang telah dibincangkan dalam bab-bab terdahulu. Instrumen ini hendaklah dilengkapkan oleh pihak yang berkenaan sepanjang sesi persekolahan setiap tahun bagi memastikan makmal/ bilik sains diurus dengan sempurna dan berkesan.

227 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 13 - Instrumen Penarafan Kendiri

Maklumat yang diperolehi daripada instrumen ini boleh digunakan oleh pihak pentadbir sekolah, para guru sains dan pembantu makmal dalam memperbaiki pengurusan dan pengendalian makmal/ bilik sains di sekolah. Pihak yang berkenaan juga boleh menggunakan maklumat dari instrumen ini dalam merancang untuk memperbaiki dan mempertingkat kemahiran mereka yang terlibat dalam pengurusan makmal/ bilik sains sebagai salah satu program pembangunan staf. Semasa membuat penarafan kendiri pihak

yang bertanggungjawab ini akan dapat mengenalpasti item yang belum dilaksanakan atau item yang berada pada tahap pencapaian yang rendah. Justeru, tindakan yang sewajarnya mestilah diambil untuk memenuhi kehendak pengurusan dan pengendalian makmal/ bilik sains selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain daripada item-item yang disenaraikan dalam Instrumen Penarafan Kendiri ini, pihak sekolah juga boleh menambah baik instrumen ini dengan menambah item yang sesuai dengan keperluan sekolah mereka.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 228

Anda mungkin juga menyukai