Lampiran 1
Lampiran 1
Mendengar dan Bertutur 1 Mengetahui asas mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. B1 DL1: Murid berupaya mengecam, mengajuk dan mengesan bunyi yang didengar. B1 DL1 E2: Menentukan arah bunyi yang didengar. Bahan: Kain penutup mata Empat buah kerusi. Langkah Pentaksiran: Memilih empat orang murid untuk duduk di kerusi yang disediakan. Arahkan murid yang hendak diuji berdiri di tengah iaitu tempat bertanda X seperti dalam gambar rajah 1. Murid tersebut menutup mata dengan kain penutup mata. Guru memberi isyarat kepada empat orang murid untuk bertepuk tangan secara bergilir-gilir. Murid yang diuji menyatakan arah bunyi dengan isyarat tangan secara sopan berdasarkan arah bunyi yang didengari.
DESKRIPTOR
EVIDENS
AKTIVITI PENTAKSIRAN