Anda di halaman 1dari 1

CERPEN MEMORI SEORANG TUA BACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN

MENGGUNAKAN AYAT ANDA SENDIRI.

Itulah orang yang tidak tahu hati dan jiwanya. Perjuangannya adalah untuk memelayukan orang Melayu, memanusiakan manusia supaya tahu menilai hak, supaya tahu menjaga maruah, supaya tahu Tanah Melayu ini mesti diterajui oleh orang Melayu, segala harta kekayaan di Tanah Melayu ini mesti diagihagihkan sama rata dan sama rasa kepada orang Melayu, bukan membuncitkan orang lain! Tetapi ramai orang Melayu yang tidak tahu jiwanya, tidak mahu mengerti visionnya. Yang pak Itam terasa sayu, ramai kawan-kawannya yang sama-sama pulang dari tanah Inggeris, hidup lebih Orang Putih daripada Orang Putih. Pulang ke tanah air sendiri menjadi tukang angguk kepada Inggeris dan memandang jijik kepada anak bangsanya yang tidak berbaju, yang tidak berkasut, yang buta huruf, alif dikatakan batang kayu, A dikatakan kayu pangkah, perut membuncit penuh cacing, pucat lesi diserang demam kura berkudis , berpanau dan kebulur tidak cukup makanan. Menunduk kepada Orang Putih meminta sedekah, jadi abdi, jadi tukang mandikan anjing Orang Putih. Jadi unta, jadi keldai Orang Putih! Inilah orang tidak mengerti hati perjuangannya. Orang Melayu mesti menjadi tuan di tanah airnya, bukan menjadi unta, menjadi keldai, dan menjadi tukang mandi anjing penjajah.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua)

1. Berikan maksud tidak mahu mengerti visionnya. (2 markah) 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa luar? Nyatakan tiga cara yang relevan. (3 markah) 3. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen itu. (4 markah)

Anda mungkin juga menyukai