Anda di halaman 1dari 9

PENDAHULUAN Pendidikan adalah satu usaha murni untuk melahirkan insan yang seimbang dari jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sahsiah. Dalam merealisasikan hasrat ini, sekolah memainkan peranan yang penting. Walau bagaimanapun, semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua rakyat diberi peluang yang sama untuk bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan. Apabila ini berlaku, maka terjadilah apa yang dikatakan ketidaksamaan dalam pendidikan. Ketidaksamaan dalam pendidikan membawa maksud satu sekatan hak yang dikenakan ke atas seseorang daripada mengembangkan potensinya. Ketidaksamaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti lokasi sekolah, latar belakang sosio-ekonomi pelajar, pencapaian akademik, kecenderungan semulajadi, peluang hidup, sosialisi dan perbezaan bahasa. Pada hari ini, persepsi atau pandangan individu terhadap kelas sosial begitu ketara. Individu yang mempunyai kuasa dan duit yang banyak lebih dipandang tinggi dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang getah, bersawah atau makan gaji. Kelas sosial rendah tidak sepatutnya menjadi kengkangan atau penghalang kepada para pelajar untuk mencapai prestasi akademik yang baik dan mampu bersaing dengan pelajar dari kelas pertengahan atauatasan. Kerjasama daripada pihak kerajaan, sekolah, guru dan masyarakat adalah diperlukan supaya pelajar dari kelas bawahan tidak terus terpinggir dan dipinggirkan kerana sebahagian daripada pelajar ini mempunyai peluang yang cerah dalam akademik mengatasi pelajar dari kelas sosial pertengahan dan atasan. Ibu bapa yang m e m p u n y a i pendidikan menengah dan yang berpelajaran tinggi mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembelajaran anakanak m e r e k a . K a j i a n m e n u n j u k a n s u m b e r e k o n o m i i b u b a p a t e l a h memberi sumbangan yang besar dalam pencapaian akademik pelajar. Pengkategorian kelas sosial ini secara tidak langsung memberi impak kepada pencapaian akademik pelajar samada di peringkat sekolah rendah, menengah, institut kemahiran mahupun di institut pengajian tinggi. Dengan kata lain, latar belakang sosio-ekonomi mempunyai kolerasi terhadap perangai dan pencapaian akademik pelajar. Pelajar daripada kelas
1

atasan dan pertengahan tidak menghadapi banyak cabaran dan dugaan semasa pembelajaran mereka. Ini adalah disebabkan keluarga mereka berkemampuan untuk memenuhi segala permintaan dan kehendak yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka. Sebagai contoh untuk kelas tambahan, ibu bapa pelajar berkemampuan untuk menggajikan guru untuk mengajar anak mereka di rumah atau menghantar anak mereka ke kelas tambahan, mampu membelikan komputer riba atau komputer, mempunyai pemandu untuk menghantar, menunggu dan menjemput pelajar d a r i s e k o l a h , p e l a j a r - p e l a j a r i n i d a p a t m a k a n makanan seimbang dan makanan tambahan untuk kecerdasan otak dan lain-lain kemudahan yang mungkin tidak tercapai oleh pelajar d a r i k a t e g o r i bawahan. Pelajar-pelajar yang miskin dari segi ekonomi mungkin terpaksa membantu ibubapa dalam mencari rezeki atau dikehendaki mengurus urusan rumahtangga. Ini bererti masa untuk belajar dan membuat kerja rumah akan berkurangan. Kemiskinan menyebabkan pelajar daripada kelas sosial bawahan tidak mampu memiliki kemudahan peralatan sekolah seperti alat tulis, buku rujukan, buku latihan dan juga pakaian seragam sekolah yang boleh membantu mereka mencapai tahap pencapaian akademik yang lebih tinggi. Mereka juga tidak dapat hadir ke kelas-kelas tuisyen disebabkan kekangan ekonomi keluarga mereka. Sehubungan ini, timbul rasa rendah diri yang menyebabkan mereka terasing daripada pelajar lain. Bebanan yang dipikul dan kengkangan daripada keluarga akibat faktor kewangan yang mendesak menyebabkan ada di kalangan pelajar menjadi putus asa dan keciciran daripada persekolahan walaupun mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Terdapat dua isu yang berkaitan dengan ketidaksamaan pendidikan iaitu budaya tersekat dan pendidikan imbuhan. Budaya tersekat merujuk kepada sekatan peluang ke atas segolongan masyarakat yang disebabkan oleh faktor-faktor seperti kemiskinan, latar belakang, etnik dan lain-lain. Jika dibandingkan antara pelajar
2

bandar dan luar bandar, pelajar-pelajar di bandar mempunyai peluang yang lebih besar untuk berjaya kerana kemudahan asas pembelajaran yang diperolehi jauh lebih baik berbanding pelajar-pelajar diluar bandar. Latar belakang keluarga juga banyak membantu pelajar-pelajar di bandar dengan adanya sumber bahan pembelajaran yang disediakan oleh ibubapa mereka. Dengan sebab itu, pelajarpelajar daripada kalangan budaya tersekat berisiko keciciran sekolah yang tinggi. Pendidikan imbuhan diperkenalkan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan pendidikan yang disebabkan oleh ketidaksamaan status sosio-ekonomi. Tidak dapat dinafikan bahawa orang miskin di kawasan luar bandar dan orang kaya di bandar mempunyai peluang pendidikan yang berbeza. Rentetan daripada masalah ini, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan dan melancarkan Projek Pendidikan Wajib pada tahun 1975. Melalui projek ini, pelajar-pelajar di luar bandar dibekalkan dengan bahan-bahan pembelajaran khas serta guru-guru berkelayakan yang telah melalui latihan khas untuk mengajar.

Kesan kelas sosial dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah dalam usaha untuk menangani impak kelas sosial keluarga pelajar terhadap pembelajaran mereka.

Terdapat banyak kesan daripada kelas sosial keluarga ke atas pencapaian akademik pelajar. Oleh itu beberapa langkah-langkah yang perlu boleh di ambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini. Aspek bahan pembelajaran memberi kesan yang sangat besar terhadap pencapaian akademik pelajar. Bagi golongan kelas sosial atasan, apabila bahan pembelajaran mencukupi pelajar akan bersedia untuk belajar. Tetapi bagi kelas sosial bawahan, tidak ada bahan pembelajaran atau tidak mencukupi akan menyebabkan pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran dan menjejaskan keupayaan mereka. Oleh itu bagi mengatasi masalah di atas, bahan pembelajaran dan kemudahan infrastruktur seperti bekalan api dan air, tandas, kantin,makmal sains, makmal komputer, Pusat Sumber dan sebagainya perlulah disediakan oleh pihak yang berwajib tanpa mengira taraf sosial keluarga. Kemudahan infrastruktur seperti yang dinyatakan di atas sangat penting dan amat membantu dalam proses pembelajaran pelajar. Contohnya, bekalan api sudah tentunya akan memberi keselesaan kepada pelajar terutama ketika cuaca panas. Pusat Sumber sekolah pula boleh digunakan untuk tujuan mengulangkaji pelajaran, mencari maklumat dan menambah pengetahuan melalui pembacaan buku dan sebagainya. Penggunaan komputer di makmal komputer pula perlu diberi keutamaan kepada pelajar miskin yang tidak ada komputer di rumah untuk menyiapkan tugasan mereka. Selain itu pihak juga boleh menjemput Perpustakaan Bergerak datang ke sekolah sebagai kemudahan tambahan kepada pelajar untuk mencari maklumat.

Perbezaan kelas sosial juga menyebabkan ibu bapa dari golongan kelas sosial bawahan tidak mampu untuk membayar yuran kelas tuisyen. Ini menyebabkan pemerolehan pengetahuan pelajar bergantung sepenuhnya kepada sekolah dan diri sendiri. Manakala bagi kelas sosial atasan, mereka mampu untuk mempunyai seorang tutor sendiri dan ini akan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar.
4

Oleh itu, untuk membantu kelas sosial bawahan, pihak sekolah perlu mengadakan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu dari segi kewangan. Dengan adanya kelas tambahan percuma ini, pelajarpelajar kelas sosial bawahan akan dapat meningkatkan pemerolehan ilmu mereka. Ini membolehkan mereka untuk bersaing dengan pelajar yang lain dan menambahkan keyakinan diri mereka. Secara tidak langsung, prestasi pencapaian akademik mereka dapat ditingkatkan. Selain daripada kelas tambahan percuma, Skim Baucer Tuisyen juga diadakan di sekolah di mana pelajar-pelajar miskin dipilih untuk mengikuti kelas tuisyen ini di mana guru-guru yang mengajar akan dibayar melalui tuntutan baucer. Kemudahan ini sudah tentu dapat membantu untuk meningkatkan pecapaian para pelajar di sekolah. Kita juga dapat lihat pelajar kelas sosial atasan memakai pakaian seragam sekolah yang bersih, kemas dan baru. Ini akan dapat meningkatkan harga kendiri pelajar. Mereka sentiasa berkeyakinan tinggi semasa mengikuti pelajaran di dalam kelas. Bagi pelajar dari kelas sosial bawahan pula, pakaian seragam mereka lusuh, compang-camping dan dan tidak terurus. Kesannya, pelajar menjadi kurang yakin dan rendah diri. Dengan adanya Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 100.00 akan dapat meringakankan beban ibu bapa terutama golongan kelas sosial bawahan untuk membeli pakaian seragam sekolah anak-anak mereka. Sekiranya pelajar ini dapat berpakaian seperti rakan mereka yang lain sudah tentu ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri mereka.

Selain itu, bantuan Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin ( KWAMP) juga banyak membantu ibu bapa kelas sosial bawahan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran untuk anak-anak mereka. Pihak sekolah hendaklah membuat pemilihan yang tepat pelajar yang layak untuk menerima bantuan seperti ini agar agihan dapat dilakukan dengan seadilnya. Bagi ibu bapa pula, wang bantuan ini hendaklah digunakan sebaik-baiknya untuk memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak.
5

Adakalanya, pelajar-pelajar dari kelas sosial bawahan datang ke sekolah tanpa mengalas perut. Ini menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan adanya Rancangan Makanan Tambahan (RMT) membolehkan pelajar-pelajar ini mengisi perut dengan menu seimbang yang disediakan oleh pihak kantin sekolah. Ini dapat membantu mereka untuk belajar dengan lebih selesa dan bertenaga. Bantuan Susu Sekolah juga dapat meringankan bebanan golongan ibu bapa kelas sosial bawahan. Seperti yang telah disebutkan di awal perbincangan, di mana kemiskinan keluarga menyebabkan ibu bapa kelas sosial bawahan tidak mampu menyediakan kemudahan seperti buku latihan, buku rujukan, alat tulis dan juga pakaian seragam sekolah. Dengan adanya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kepada semua pelajar, ianya amat melegakan ibu bapa dan banyak membantu pelajar kelas sosial bawahan. Sekiranya pinjaman buku teks tidak diberikan, maka lebih ramai lagi pelajar-pelajar kelas sosial bawahan akan tercicir. Dengan adanya buku teks, sekurang-kurangnya pelajar ini ada buku sebagai sumber rujukan semasa proses pembelajaran dan bahan untuk ulangkaji di rumah. Bagi pelajar-pelajar miskin yang tinggal jauh dari sekolah, mereka boleh memohon penempatan di sekolah yang ada menyediakan kemudahan asrama harian. Ini dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan harian ke sekolah di samping menjimatkan masa untuk berulang-alik ke sekolah. Dengan adanya kemudahan asrama yang lebih selesa, pelajar-pelajar ini akan dapat menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran di samping jadual pembelajaran yang lebih sistematik.

Aktiviti Lawatan Sambil Belajar juga dapat membantu menangani impak kelas sosial keluarga. Pelajar yang kurang berkeupayaan boleh di bawa melawat ke tempat-tempat menarik seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan sebagainya. Cara ini dapat membantu untuk merangsang minda dan memberi pendedahan kepada luasnya alam ini. Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri pelajar. Sekolah juga boleh mengadakan kem-kem motivasi dan kesedaran kepada pelajar agar mereka mempunyai jati diri dan semangat juang tinggi. Dengan itu,
6

walaupun mereka susah tetapi mereka sentiasa bersemangat dan berusaha dengan dengan lebih gigih untuk berjaya demi mengubah nasib keluarga mereka yang susah. Kem motivasi ini juga boleh diadakan khusus untuk ibu bapa atau penjaga yang taraf sosialnya rendah. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa agar memberi peluang anak-anak mereka belajar seterusnya berjaya dalam hidup. Ini kerana dengan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa dan keluarga akan dapat melahirkan pelajar yang berjaya.

KESIMPULAN Setiap individu yang dilahirkan mempunyai potensi untuk berkembang ke arah kecemerlangan. Bagi memastikan potensi ini berkembang ke arah yang positif, ibu bapalah yang terbaik memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak ini mencapai keunggulan peribadi. Anak-anak beruntung jika dilahirkan oleh orang tua yang penuh kasih sayang, perhatian dan pengertian dan memiliki kesempatan terbaik untuk mengembangkan fikiran mereka dengan penuh kegembiraan dan kejayaan.
7

Namun ada sesetengah ibu bapa tidak memainkan peranan

dengan

berkesan dalam usaha menyalurkan bantuan yang amat diperlukan oleh anak-anak mereka disebabkan kesibukan tugas atau tidak mempunyai pengetahuan untuk membantu anak remaja. Mereka tidak lagi prihatin tentang perkembangan anakanak di sekolah, tidak mengetahui siapakah rakan-rakan anak mereka dan tidak menghiraukan bagaimana masa lapang mereka dihabiskan. Institusi keluarga di dalam masyarakat luar bandar tidak dapat memainkan peranannya sebagaimana institusi keluarga di dalam masyarakat bandar. Oleh itu, institusi pendidikanlah yang harus memikul untuk memikul tanggungjawab bagi meningkatkan prestasi pendidikan para pelajar. Guru-guru di kawasan luar bandar perlu lebih berdedikasi di dalam mengajar pelajar mereka. Latihan yang mencukupi dan bahan mudah diperolehi perlu digunakan seperti yang dilakukan oleh para guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang amat mengambil berat prestasi akademik pelajarnya Walaubagaimanapun keperitan hidup bukanlah alasan untuk seseorang pelajar mengalah dalam hidupnya dan bukanlah alasan untuk seseorang berjaya dalam pelajarannya. Kerana telah terbukti dalam keputusan SPM 2007, dimana empat pelajar cemerlang itu ialah Siti Fatimah Hamzah, seorang anak yatim; Muhammad Shariff Mat Yusoff, anak pemandu teksi, Mohamad Firdaus Zulkifli, anak warden penjara dan Nik Ahmad Naimudin Nik Othman, anak penggawa di daerah Machang telah memperolehi 8A dalam matapelajaran yang diambil.

BIBLIOGRAFI 1. 2. 3. 4. http://www.amaljaya.com http://www.scribd.com/doc/4787134/pengelasan-sosial http://www.treebuilder.blogspot.com http://www.slideshare.net


8

5.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1984). Falsafah Pendidkan. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn. Bhd.

LAMPIRAN
9

Anda mungkin juga menyukai