Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN Elemen-elemen Merentas Kurikulum dan aspek pengetahuan adalah satu ciri yang penting.

Pengetahuan boleh ditafsirkan sebagai keadaan mengetahui iaitu persepsi yang jelas tentang fakta, kebenaran, tugasan, masa hadapan dan kognisi. Namun, menurut Kamus Dewan (1989) pengetahuan ialah perihal mengetahui, kepandaian dan kebijaksanaan. Dalam hal ini, kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek (JERIS). Pernyataaan kurikulum ini perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi guru-murid di bilik darjah. Struktur kurikulum baru KBSM memperkenalkan konsep tunjang satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan inteleknya. Enam tunjang dikenalpasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan. Selaras dengan kepentingan aspek mengira dalam konteks KBSM, tranformasi kurikulum sekolah yang menjurus kepada tunjang pengiraan memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran lain semasa berinteraksi. Aspek penggabungjalinan dalam mata pelajaran Matematik sudah pasti tidak dipisahkan dengan kemahiran lain atau pun mata pelajaran lainnya. Bagi satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), hanya dua kemahiran (mendengar, bertutur dan mengira, atau mendengar, menulis dan mengira) digabungjalinkan; Antara mata pelajaran. Misalnya, aktiviti menyanyi digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran. Misalnya, unsur Matematik diserapkan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni; Nilai dalam mata pelajaran. Misalnya, aspek kerjasama dan hormat-menghormati ditegaskan dalam kerja kumpulan atau Projek.

Aspek ko-kurikulum juga tidak kurang pentingnya dalam penyempurnaan kesepaduan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti kokurikulum (badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan) menjadi pelengkap kepada aktiviti kurikulum di dalam bilik darjah, pengetahuan dan amalan. Contohnya, ilmu yang diperoleh dalam bilik darjah boleh diaplikasikan dalam situasi kehidupan seharian di rumah, masyarakat dan sebagainya. Pengalaman sedia ada murid dilengkapi dengan pengalaman baru melalui pelbagai aktiviti yang disertai di sekolah mahupun luar. Elemen merentas kurikulum (EMK) mempamerkan kesepaduan Unsur merentasi kurikulum seperti; Bahasa merentasi kurikulum; Alam sekitar merentasi kurikulum; Sains merentasi kurikulum; Matematik merentasi kurikulum; Kemahiran berfikir merentasi kurikulum; dan sebagainya. Tambahan pula, EMK dalam mata pelajaran Matematik sangat penting. Sejajar dengan perkembangan dan usaha Negara menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020, bagi memenuhi aspirasi Wawasan 2020; Negara perlu merangka serta memartabatkan sistem pendidikan ke arah penguasaan ilmu dan kemahiran sepertimana yang diperlukan dalam

Kemahiran abad ke-21. Bidang sains dan teknologi merupakan asas yang sangat penting.

PENULISAN ESEI Pendidikan Alam Sekitar merupakan salah satu Elemen Merentas Kurikulum. Menurut Muthoka (1985) Pendidikan Alam Sekitar adalah dimensi baru dalam sistem pendidikan yang terhasil di atas kerumitan dan keperluan yang mendesak terhadap masalah alam sekitar. Pendidikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaiman dunia berfungsi dan perkaitannya dengan Kehidupan untuk memupuk sikap positif untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih, sihat, produktif, seimbang dan terjamin. Pendidikan ini juga adalah satu proses yang berpanjangan. Ia adalah cara untuk melihat tentang pelbagai kehidupan yang berkaitan belajar mengenalpasti kesan baik dan buruk terhadap fizikal dan tanggungjawab yang harus diterima terhadap aktiviti alam (Hughes, 1977). Kehidupan yang lestari harus dijadikan pola hidup baru bagi semua peringkat individu, komuniti, negara dan dunia. Mengadaptasikan pola tersebut memerlukan perubahan sikap dan amalan hidup manusia. Kita perlu memastikan agar program pendidikan dapat mencerminkan kepentingan etika untuk kehidupan lestari. Matlamat Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu - isu alam sekitar. Penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar adalah salah satu strategi yang terbaik untuk mengelakkan berlakunya pertambahan mata pelajaran dalam sistem persekolahan kerana elemen - elemen yang terdapat dalam pendidikan ini dapat ditemui dalam semua mata pelajaran peringkat rendah dan menengah. Pendidikan Alam Sekitar dapat disepadukan dengan mata pelajaran seperti Sains, Bahasa, Kajian Sosial, Matematik, Pendidikan Jasmani, Seni Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan juga aktiviti kokurikulum. Penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar secara formal dalam sistem pendidikan kebangsaan bermaksud pendidikan dalam sekolah (in school education) yang merangkumi kedua - dua aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Pendidikan formal bagi Pendidikan Alam Sekitar adalah penting bagi menyokong usaha - usaha untuk mengatasi masalah persekitaran dan isu - isu yang berkaitan untuk mempercepat peranan pendidikan bagi pembangunan lestari yang berjaya. Penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam kokurikulum akan memberi kesan yang baik dalam jangka masa panjang dalam kegiatan ko - kurikulum khususnya untuk membentuk masyarakat yang peka dan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar. Tugas ini akan memerlukan murid - murid daripada semua peringkat didedahkan kepada Pendidikan Alam Sekitar. Program pendidikan dalam penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar yang merangkumi

aktiviti kurikulum dan kokurikulum akan menyebabkan kanak - kanak dan remaja dapat menghayati sikap positif dan menguasai kemahiran supaya mereka dapat memainkan peranan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar dan lebih peka dan prihatin terhadapnya. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Salah satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pendidikan Alam sekitar tidak terhad di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sahaja dan perlu dilihat sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum dan

kokurikulum. Ini dengan jelas menunjukkan elemen ini dapat melahirkan modal insan sebagaimana hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Didapati bahawa penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu penyelesaian terhadap pertambahan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi. Ini dapat membentuk masyarakat yang peka atau prihatin dan mempunyai sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar. Pendidikan Alam sekitar boleh ditemui dalam hampir semua mata pelajaran peringkat rendah dan menengah. Penyepaduan elemen-elemen Pendidikan Alam Sekitar antaranya dalam mata pelajaran Sains, Bahasa, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan termasuk juga aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh dalam mata pelajaran sains yang berkaitan dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Murid-murid diterapkan sikap menghargai kehadiran haiwan dan tumbuhan sebagai suatu keperluan untuk kesinambungan hidup manusia. Murid-murid diberi kefahaman betapa pentingnya menjaga alam sekitar supaya hidupan tidak terancam. Berbagaibagai aktiviti luar bilik darjah boleh dijalankan seperti kaji selidik dan eksperimen yang berkaitan dengan hidupan dan alam sekitar. Melalui cara ini potensi individu itu dapat dibentuk pada peringkat awal lagi untuk melahirkan masyarakat yang seimbang sebagaimana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pembelajaran akan menjadi berkesan dan bermakna sekiranya murid mendapat pengalaman menerusi penglibatan diri secara langsung dengan alam sekitar. Sesungguhnya, melalui pembelajaran di luar bilik darjah sewaktu melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum, khususnya yang berkaitan dengan persekitaran dan alam semula jadi, murid akan sedar keadaan sebenar dan masalahnya. Justeru itu, murid akan lebih proaktif dalam usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Pendidikan luar bilik darjah di dalam Pendidikan Alam Sekitar, yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran tentang persekitaran semula jadi dan keperluan untuk memeliharanya dan tentang persekitaran terbina dan keperluan untuk membaikinya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar yang menarik dan menyeronokkan seperti kerja lapangan, kerja amali, kajian dan eksperimen, perbincangan, sumbang-saranan, demonstrasi, pemerhatian, bercerita, projek, permainan dan simulasi, lawatan, kempen alam sekitar dan sebagainya disyorkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti luar bilik darjah. Murid-murid perlu dilatih untuk bekerjasama dengan individu lain, mereka juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan secukupnya , rohani dan

jasmani yang kuat dan dapat mengawal emosi bila bekerja dalam kumpulan serta saling hormat-menghormati, bertoleransi dan memahami perbezaan wujud antara satu sama lain. Bimbingan dan tunjuk ajar guru amat diperlukan untuk menjayakan sesuatu aktiviti ini. Melalui usaha ini akan tercapailah hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kejayaan penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam kurikulum sekolah amat bergantung bukan usaha kepada komitmen guru sebagai pelaksana malah kepada semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung. Matlamat akhir Pendidikan Alam Sekitar untuk melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar mudah dicapai jika semua pihak seperti ibu-bapa, masyarakat sekeliling sekolah dan semua pihak yang terlibat memberi kerjasama untuk mengambil tanggung jawab untuk mendidik generasi baru ini supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna

sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Tahun: 3 Rafflesia Tema: Kebudayaan Tajuk: Pakaian Tradisional Bangsa Melayu, Cina dan India STANDARD KANDUNGAN 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. STANDARD PEMBELAJARAN 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. bercerita dengan tepat tentang pakaian tradisional bangsa Melayu, Cina dan India OBJEKTIF menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu: Kebudayaan Nilai: Kerjasama, hormat - menghormati, TMK SISTEM BAHASA Tatabahasa: Kata nama khas Sebutan dan intonasi BAHAN BANTU MENGAJAR Slaid power point, kad gambar

ISI PELAJARAN

AKTIVITI/ LANGKAH

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Bercerita dengan Set Induksi (10 minit): menyebut perkataan/frasa dengan betul

TMK Sivik

Slide dan Powerpoint KP: - Interpersonal

1. Guru memberikan kad misteri Ilmu:

yang terkandung gambar pakaian Kewarganegaraan tradisional kepada murid. 2. Guru menyuruh Nilai: Hormat

murid menghormati

menayangkan slaid power point tentang pakaian tradisional

berdasarkan kad misteri. 3. Murid menceritakan tentang pakaian tradisional bangsa

Melayu, Cina dan India yang terdapat di Malaysia dengan

penggunaan frasa yang sesuai. Contoh: Baju Melayu, Baju

Kurung, Baju Dhoti, Sari, Baju Cheongsam dan Samfu. Bercerita menggunakan Langkah 1 (15 minit): 1. Guru membahagikan murid tiga kumpulan dan BBB: gambar BCB KB: Klasifikasi Penilaian Kad

ayat tunggal atau kepada ayat majmuk

diberikan dua keping kad gambar baju tradisional bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia 2. Secara berkumpulan, murid dikehendaki menceritakan tentang pakaian kelebihan dengan tradisional pakaian menggunakan kaum dan

tersebut ayat

tunggal atau ayat majmuk yang gramatis secara bertatasusila Bercerita daripada maklumat Langkah 2 (20 minit): TMK Lembaran Kerja Tekun, 1 BCB:

1. Guru mengedarkan lembaran Nilai: yang kerja berkaitan pakaian tradisional Kerjasama

diakses

yang dipelajari untuk diisi. 2. Guru mencadangkan alamat laman web untuk dilayari bagi mendapatkan maklumat lebih tentang banyak pakaian

Konstruktivisme Pemulihan

tradisional yang dipelajari 3. Murid mencatat maklumat yang diperoleh pada lembaran kerja. 4. Wakil setiap kumpulan diminta menceritakan diperoleh. 5. Murid mendengar dan menulis jenis - jenis pakaian tradisional lain yang mereka ketahui Membina menulis ayat dan Langkah 3 (10 minit) 1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid untuk menulis ayat majmuk yang sesuai Lembaran Kerja 2 maklumat yang

berdasarkan kad gambar dengan merujuk maklumat yang diberikan pada langkah satu Penutup (5 minit): Nilai Murni: Semangat 1. Murid memadankan gambar bermasyarakat pakaian tradisional dengan nama pakaian tradisional tersebut 2. Murid bercerita tentang majlis atau waktu yang sesuai untuk memakai pakaian tradisional

RUJUKAN o Australian Capital Territory, Department of Education & Training. (1997). Environment education curriculum support di http://www.decs.act.gov.au/publicat/pdf/envsupp2.pdf (akses pada 20 September 2013). o o o Bandura, A. (1997). Self Efficacy: The Exercise of Control. New York: W. H. Freeman. Day, C. (2004). A Passion for Teaching. London: Routledge Falmer. Guskey, T. R. (1988). Teacher efficacy, self concept, and attitudes toward the implementation of instructional innovation. Teaching and Teacher Education 4(1): 63-69

LAMPIRAN Bercerita tentang jenis pakaian yang dipaparkan melalui slaid powerpoint

Ceritakan tentang pakaian tradisional tersebut.

Isikan maklumat tentang pakaian tradisional Kaum Pakaian Lelaki Pakaian Wanita

Tulis maklumat dengan menggunakan ayat majmuk Baju Melayu ______________________ ______________________ ______________________ ______________________ ______ Baju Dhoti ______________________ ______________________ ______________________ ______________________ _____ Baju Cheongsam ______________________ ______________________ ______________________ ______________________ _____ Baju Kurung ______________________ ______________________ ______________________ ______________________ _____ Sari ______________________ ______________________ ______________________ ______________________ _____ Baju Samfu ______________________ ______________________ ______________________ ______________________ _____

Cantumkan gambar dibawah dengan nama pakaian yang betul

Baju Melayu

Baju Dhoti

Sari

Baju Kurung

Anda mungkin juga menyukai