Anda di halaman 1dari 5

SEMANTIK ass http://rujuknota.blogspot.com/2011/12/sumber-istilah-bahasa-melayu.

html

Thursday, December 22, 2011


Sumber Istilah Bahasa Melayu
Perbendaharaan kata umum bahasa Melayu: Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat: (a) Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. (b) Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: hospital dan rumah sakit, dipilih hospital; fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi. (c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. Bahasa Serumpun: Kalau tidak dapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, maka hendaklah dicari pula daripada bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu. Misalnya:

gambut (Banjar) peat nyeri (Sunda) pain engkabang (Iban) ellipenut awet (Jawa) lasting

Perbendaharaan kata bahasa asing: Kalau istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya dalam bahasa sumber (yakni disesuaikan, seperlunya), dan penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Demi keseragaman, bahasa yang paling internasional (iaitu Inggeris) menjadi sumber, melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Misalnya:

Atom- atom electron -elektron professional -profesional

psychology -psikologi structure -struktur

http://www.tutor.com.my/tutor/cetakarkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=2&i=PNP&t=2&r=g

Peristilahan
Perkembangan Penciptaan Istilah Usaha yang diatur bagi mencipta peristilahan bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu zaman sebelum 1975 dan zaman selepas 1975 . Tahun1975 adalah penting kerana terbentuknya Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI). PUPI yang dibentuk oleh MBIM, disusun oleh anggota MBIM menjadi asas peristilahan Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkembangan Sebelum Wujudnya Pedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu bermula semenjak tahun 1957 dengan penubuhan jawatankuasa istilah yang pertama , JKI Kerajaan pada 15 Januari 1957 . Masa sebelum 1957 ini sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu, pertama , zaman awal yang bermula dengan penubuhan JKI yang pertama pada tahun 1957 hingga tahun 1960 dan kedua , zaman dari 1990 hingga 1975 yang ditandai dengan pengunaan satu pedoman pembentukan istilah yang disusun oleh DBP. Tatacara Pembentukan Istilah Sebelum 1975 , tidak ada pedoman pembentukan istilah . Oleh itu JKI mengamalkan sikap tulen dalam pembentukan istilah. Istilah hendaklah dicipta dengan mempertahankan sifat bahasa Melayu. Mereka menolak peminjaman unsur asing untuk membentuk istilah kerana unsur-unsur asing merosakkan bahasa Melayu. Contoh : Istilah Inggeris Psychology Ethnology Mathematics Geomorphology Istilah Melayu Ilmu Jiwa Kaji Rumpun Bangsa Ilmu Hisab Kaji Bentuk Bumi

Oleh sebab ingin mengelakkan peminjaman, JKI yang berpegang kepada prinsip ketulenan mencipta istilah dengan cara mengabungkan unsur-unsur daripada kata-kata bahasa Melayu untuk membentuk istilah. Dari situ, timbullah istilah seperti maun (makan + daun), maging (makan + daging), janabah (jalan+bawah+tanah), jentolak (jentera + tolak) dan lain-lain. Zaman Antara 1960 hingga1975 Usaha pembentukan istilah mula menunjukkan perkembangan yang aktif selepas tahun 1960.Sejak tahun 1990 ,DBP menyusun satu pedoman pembentukan istilah.

Jawatan Kuasa Istilah Semenjak tahun 1959, JKI bagi setiap bidang telah dibentuk dan kegiatan pembentukan istilah ini telah berkembang pesat .Oleh itu DBP menubuhkan beberapa JKI lain untuk mempercepat usaha memperkaya perbendaharaan kata dan istilah bahasa Melayu. Usaha menubuhkan dan cara kerja JKI bersesuaian dengan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah - sekolah. Pelaksanaan bahasa Melayu di sekolah- sekolah dibuat secara berperingkat , dan istilah - istilah dalam pelbagai bidang ilmu bagi menampung keperluan pengungkapan idea, proses di dalam pelbagai bidang ilmu. Zaman Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) Selepas 1975 Ada beberapa ciri yang membeza zaman PUPI dengan zaman sebelumnya. Pertama, bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat pada masa ini. Ledakan ilmu sangat terasa. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di maktabmaktab dan di universiti menuntut peristilahan yang banyak dengan serta merta. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Penerbitan PUPI menandakan bermulanya zaman ini. PUPI diterbitkan oleh DBP pada tahun 1975. Pedoman ini ialah hasil usaha MBIM. Dengan terbitnya pedoman ini semua JKI di DBP dan di institusi pengajian tinggi serta para pengguna bahasa menjadikannya sebagai panduan dasar untuk menggubal istilah. Istilah yang dibentuk perlu mengutamakan sumber-sumber bahasa Melayu dan kata-kata dari bahasa-bahasa serumpun. Peminjaman hanya dilakukan sebagai pilihan terakhir. Dari segi perlambangan dan penulisan, istilah hendaklah mematuhi amalan antarabangsa. Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) Pada zaman selepas 1975, perancangan bahasa Melayu dijalankan pada peringkat antarabangsa. Indonesia dan Malaysia mengadakan usaha kerjasama untuk merancang, membina dan memperkembang bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. MBIM juga menghasilkan Pedoman Penyusunan Kamus Istilah dan Pedoman Transeliterasi Huruf Arab ke Rumi.

http://www.istilah.utm.my/mal/panduan.htm http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/07/semantik-dan-peristilahan-bahasa-melayu.html http://hasmah042790.blogspot.com/2012/10/v-behaviorurldefaultvmlo.html OK

Anda mungkin juga menyukai