Anda di halaman 1dari 10

NAMA : .......................................................... TAHUN: ...............................................

S.K.NANGA SKRANG, SRI AMAN


PEPERIKSAAN SEMESTER 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5 ============================================= ================== JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. B 2. 3. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Jawab semua soalan Jawab dengan membaca dahulu arahan yang diberi

4. Tulis dengan menggunakan pensil pada ruangan yang disediakan 5. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan jawapan kamu kemudian, tulis jawapan yang baru.

______________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak 1

A. BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL 1. Sebagai pelajar yang berdedikasi dan bijak menghargai masa, apakah yang akan kamu lakukan apabila guru sedang bermesyuarat? A. B. C. D. Mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja rumah Menconteng papan hitam Berbual-bual bersama rakan Mengusik murid-murid lain.

2. Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan pada waktu senggang A. Berehat sambil berangan-angan B. Membantu ibu menyiram pokok bunga C. Menelefon rakan sekolah D. Tidur Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1 3. Gambar di atas berkaitan dengan perlakuan A. peraturan B. berbudi pekerti C. adab D. adat 4. Mengapakah kita harus mematuhi peraturan sekolah? A. B. C. D. Bimbang dimarahi oleh guru jika melanggar peraturan Supaya guru-guru menyenangi dan menghormati kita Supaya kita tidak diejek oleh rakan-rakan Mewujudkan suasana harmoni dan mengutamakan keselamatan

5. Mengapakah kita perlu jadual waktu belajar? A. Supaya cikgu gembira

B. Supaya masa untuk membantu ibu boleh dikurangkan C. Supaya dapat merancang waktu belajar dengan lebih sistematik D. Supaya masa belajar kita tidak terlalu lama 6. Murid yang mempunyai disiplin diri akan sentiasa menunjukkan ciri-ciri yang berikut kecuali A. B. C. D. Mematuhi peraturan Beradab Petah bercakap Berbudi pekerti mulia

Pada hari cuti, Fariz bermain permainan komputer dari pagi hingga petang.
7. Apakah akibat daripada perbuatan Fariz? A. kurang selera makan B. adik-beradik yang lain marah C. tidak membantu ibu di dapur D. membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah Soalan 8 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 8. Berdasarkan Gambar 2, apakah peraturan yang patut kita patuhi? I Menutup aurat II Duduk dengan sopan III Membuang sampah merata-rata IV Menanggalkan kasut A. B. C. D. I dan II I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

9. Tempat beribadat ialah tempat untuk A. bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan B. mengulang kaji pelajaran C. beriadah

D. berbual-bual
Soalan 10 berdasarkan Jadual 1 Masa 1.30 petang 1.45 petang 2.30 petang 3.30 petang 5.30 petang 7.00 malam 7.30 malam 8.00 malam 10.00 malam Aktiviti Pulang dari sekolah Makan, solat, rehat Mengulang kaji pelajaran Menonton televisyen Beriadah Makan malam Solat Belajar Tidur

Jadual 1 10.Jadual belajar di atas merupakan jadual belajar Jessica. Berapa jamkah Jessica belajar dalam sehari semasa belajar di rumah? A. 1 jam B. 2 jam C. 3 jam D. 4 jam 11. Di bawah adalah contoh berbudi pekerti, kecuali A. B. C. D. mengkritik guru yang sedang mengajar membantu ibu bapa membersihkan rumah menyapu sampah di dalam kelas memberi ucapan salam kepada orang dewasa.

12.Keluarga asas terdiri daripada _____________________ I bapa II ibu III anak IV nenek A. I dan III B. I, III, IV C. I, II, III D. II, III, IV 13.

Bapa ialah ketua keluarga 4

Manakah antara yang berikut merujuk pada pernyataan di atas? A. Bapa menjaga keselamatan keluarga B. Bapa bertanggungjawab membuat keputusan dan memimpin anggota keluarga C. Bapa seorang yang kuat D. Bapa mempunyai ciri-ciri seorang ketua 14. Ibu ialah orang yang bertanggungjawab membantu bapa dalam menguruskan rumah tangga.Tanggungjawab ibu yang lain termasuklah A. B. C. D. Sentiasa memerhatikan dan mengawasi anak-anak Menghantar anak ke sekolah dan menjemputnya pulang Membuat sesuatu keputusan penting Mendidik anak-anak

15. Bapa kamu mempunyai adik lelaki. Apakah hubungan kamu dengan anak adik lelaki bapa kamu? A. sepupu B. bapa saudara C. datuk D. anak buah 16.

Gambar 3 Berdasarkan gambar 3, apakah yang sepatutnya diucapkan oleh murid tersebut? A. Apakah yang makcik beli? B. Biar saya tolong makcik bawa barang-barang ini. C. Makcik berjalan terlalu lambat D. Makcik dari mana? 17. Apakah tanggungjawab anak? I II III IV belajar bersunguh-sungguh bekerja menyara keluarga menyediakan makan minum untuk keluarga menghormati ayah dan ibu

A. I dan II B. II dan III

C. III dan IV D. I dan IV Soalan 18 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 18. Sebagai menghargai ahli keluarga kamu, apakah yang boleh kamu lakukan pada hari tersebut? I II III IV A. B. C. D. memberi kad ucapan kepadanya pura-pura lupa akan tarikh tersebut meraikan hari jadinya memberinya hadiah I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

19. Ibu bapa merupakan orang yang amat penting bagi kita. Di bawah ialah cara kita menghormati ibu bapa, kecuali A. memberitahu mereka apabila kita keluar dari rumah B. memaklumkan kepada mereka aktiviti kita C. memaksa mereka mematuhi kehendak kita D. membantu mereka meringankan beban

20. Kamu dilantik menjadi ketua kelas. Apakah tugas kamu sebagai ketua kelas? A. Memarahi rakan sekelas B. Menjaga kelas dan membantu guru C. Mengawal pergerakan rakan sekelas D. Memerhati aktiviti guru. 21. Guru kelas kamu sedang membawa buku yang banyak. Apakah kata-kata yang wajar kamu ucapkan ? A. Beratkah buku-buku itu cikgu? B. Kasihan cikgu

C. Banyaknya buku yang cikgu bawa D. Cikgu, mari saya tolong cikgu bawakan buku-buku itu. 22. Semasa berada di rumah, antara aktiviti yang sesuai dilakukan pada hujung minggu ialah I II III IV mengulangkaji pelajaran bersarapan bersama keluarga menolong ibu mengemas rumah menonton televisyen sepanjang hari

A. I, II dan IV B. I, II dan III C. II, III dan IV D. I,III dan IV 23. Apakah maksud jiran? A. Orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang B. Orang yang bermusuh dengan kita C. Orang yang mengambil berat tentang kita D. Orang yang berhubung dengan kita

Maruku Laddhu Dalcha Capati

24. Jiran kamu menggemari masakan di atas. Jiran kamu mungkin berbangsa A. Cina B. Melayu C. India D. Kadazandusun 25. Aktiviti manakah yang sesuai dilakukan secara bergotong-royong A. Menyapu sampah B. Membaiki kereta rosak C. Membersihkan surau D. Mencuci tandas 26. Kamu mendapati rumah kosong di sebelah rumah kamu telah diduduki oleh jiran baharu. Kamu bercadang untuk berkenalan dengan jiran baharu tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Tindakan kamu ialah A. Meneruskan kerja yang kamu lakukan dan melupakan niat kamu untuk berkenalan dengan jiran baharu. B. Memberitahu ibu kamu tentang kedatangan jiran baharu

C. Berhenti sebentar daripada meneruskan kerja dan keluar berkenalan dengan jiran D. Berbual dengan jiran baharu sehingga larut malam 27. Perkara yang tidak patut kita lakukan apabila hidup berjiran ialah A. memasang televisyen atau radio dengan kuat B. memberi makanan kepada jiran C. berbudi bahasa dengan jiran D. membantu jiran 28. Ketika berinteraksi dengan orang lain, perlakuan yang patut ditunjukkan ialah............ I banyak bertanya II bertutur dengan sopan III mendengar dengan teliti ketika orang itu sedang bercakap IV memberi peluang orang lain bercakap A. B. C. D. I,II dan IV I,III dan IV I,II dan III II,III dan IV

29. Semasa berada di rumah jiran kita hendaklah A. B. C. D. menjaga tingkah laku dan budi pekerti merosakkan harta benda jiran berkejar-kejar di dalam rumah jiran meminta makanan dengan jiran

30. Aktiviti-aktiviti yang berikut dapat merapatkan hubungan kejiranan I. II. III IV A. B. C. D. gotong-royong mengumpat senamrobik sambutan Hari Keluarga II dan III I, II dan III I, III dan IV I, II, III dan IV

B. Berdasarkan gambar, jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh keluarga dalam gambar di atas?

_____________________________________________________________________ 2. Apakah kebaikan melakukan aktiviti tersebut?

______________________________________________________________________ 3. Nyatakan tiga aktiviti lain yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. a) __________________________________________________________________

b) __________________________________________________________________ c) __________________________________________________________________ ( 5 markah ) 9

C. Tulis

BENAR bagi pernyataan yang benar dan

SALAH

bagi

pernyataan yang tidak benar.

1. Kita tidak perlu mengenal jiran dengan lebih dekat.

2. Kita boleh bercakap dengan kasar dan kuat dengan ibu bapa. 3. Pengurusan masa adalah amat penting kerana kita dapat membuat perkara-perkara yang penting dalam kehidupan seharian.

4. Jika kita semua mengamalkan sikap budi pekerti, akan wujudlah suasana hidup yang lebih harmoni. 5. Selain aktiviti gotong-royong, beriadah bersama jiran boleh merapatkan hubungan. ( 5 markah ) KERTAS SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai