Anda di halaman 1dari 3

CARA-CARA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI

MALAYSIA

a. memperbanyak tempat pelancongan yang baru / mengenal pasti tempat-


tempat menarik yang baru
b. memajukan kemudahan pengangkutan
c. menyediakan kemudahan asas untuk para pelancong
d. mengekalkan keamanan negara ( rakyat Malaysia mesti mengamalkan
nilai-nilai murni: jujur, bersopan santun mesra )
e. menjalankan promosi secara besar-besaran untuk memperkenalkan
negara Malaysia kepada dunia luar

Karangan:

Malaysia merupakan sesuatu negara tropika yang indah, aman dan


sedang bergerak ke arah mencapai status negara perindustrian yang maju.
Lantaran itu, tidak hairanlah jika negara ini menjadi tumpuan para
pelancong dari seluruh pelosok dunia / seantero dunia sejak belakangan
ini. Di Malaysia, industri pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan
bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang
lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan
mega Malaysia menuju negara maju dalam abad. Memandangkan Malaysia
mempunyai potensi yang besar dalam bidang pelancongan, inisiatif yang
efisien perlulah diambil untuk memajukan industri pelancongan di tanah air
kita.

Langkah yang primer ialah pihak kerajaan perlulah


memperbanyak tempat pelancongan di negara ini untuk menggalakkan
lebih banyak pelancong antarabangsa datang ke negara kita. Kerajaan
Malaysia juga perlulah mengenal pasti tempat-tempat pelancongan yang
baru dan menarik di negara ini dan berusaha utk memajukannya. Dalam
kondisi ini, para pelancong akan mempunyai banyak alternatif tempat-
tempat untuk dilawati. Oleh itu , mereka tidak akan berasa bosan kerana
melawat tempat yang berlainan. Sebaliknya, para pelancong akan lebih
meluaskan ilmu pengetahuan seseorang pelancong itu. Contohnya,
bangunan bersejarah di Malaysia, Kota A Famosa tugu-tugu lama
peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain perlulah dijaga dan
akan menjadi tarikan pelancong dari negara asing. Bangunan itu telah
membuktikan peristiwa bersejarah bahawa negara kita pernah dijajah oleh
negara asing. Dengan ini, dapat memajukan industri pelancangon di
Malaysia.

Sistem pengangkutan perlu dimajukan juga merupakan salah


satu langkah yang efektif untuk memajukan industri pelancongan di ibu
pertiwi ini. Dengan ini, sistem pengankutan yang sistematik akan
memudahkan pelancong asing pergi dari satu destinasi ke satu destinasi
yang lain. Dengan adanya sistem pengangkutan yg mengenakan tambang
pada harga yang berpatutan, selamat, selesa, cekap dan mengikut jadual
yang ditetapkan, para pelancong mudah pergi ke sesebuah tempat tanpa
perlu menghadapi banyak masalah. Antara contoh pengangkutan moden
yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter, kapal laut, bas, teksi dan
sebagainya. Mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah pengangkutan
untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para
pelancong boleh menggunakan perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk
pergi ke Pulau Langkawi. Terbukti bahawa pengangkutan awam memainkan
peranan penting dalam memajukan ekonomi di Malaysia.

Di samping itu, industri pelancongan akan dapat berkembang


dengan cepat dan dimajukan sekiranya terdpt kemudahan-kemudahan
asas. Kemudahan-kemudahan asas yang penting seperti kemudahan jalan
raya, sistem pengangkutan, tempat-tempat penginapan yg mencukupi
( chalet dan hotel ) , tempat makan, tandas awam dan sebagainya perlu
disediakan kepada para pelancong. Contohnya, pihak kerajaan boleh
mengurangkan kadar cukai membina chalet atau hotel kepada syarikat
yang berkaitan. Dengan ini, chalet yang sewanya rendah dapat menarik
para pelancong. Selain itu, tempat-tempat pelancongan yang sedia ada
perlulah dijaga dengan sempurna agar bersih dan selamat. Kebersihan
patutlah diberi keutamaan kerana kondisi ini juga merupakan suatu daya
tarikan kepada para pelancong.

Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah tempat atau


negara itu akan mudah dikenali sekiranya kita berusaha untuk
mempromosikannya. Pihak kerajaan melalui agensi iaitu Kementerian
Kesenian dan Pelancongan mestilah menjalankan promosi secara besar-
besaran untuk memperkenalkan nagara Malaysia kepada dunia luar.
Promosi ini dapat dilakukan melalui media massa di dalam negara dan di
luar negara. Pameran-pameran, kempen dan besta kebudayaan juga perlu
sentiasa diadakan di negara ini untuk memperkenalkan cara-cara hidup,
pemakanan, adat resam berbilang kaum di Malaysia. Kini, perkembangan
teknologi maklumat yang luas dan tiada batasnya. Oleh itu, kita boleh
mengaplikasikan kemudahan ini untuk memperkenalkan negara kita ke
seluruh dunia. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai
program seperti Tahun Melawat Malaysia, Pesta Flora Malaysia, program
Cinta Warna dan sebagainya untuk menarik lebih banyak pelancong
melawat tanah air kita.

Seperkara lagi, pihak kerajaan perlulah menguatkusakan undang-


undang untuk menjamin masyarakat sering berada dalam keadaan yang
aman dan harmoni. Hal ini demikian, dalam era globalisasi ini, sikap
pemandu kenderaan-kenderaan awam dan para pengusaha di negara ini
yang mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain
semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Insiden-insiden
para pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat
makanan, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak
berpatutan dan seumpamanya telah menjejaskan imej negara Malaysia
dalam jiwa para pelancong. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengenakan
hukuman yang berat kepada pemandu atau para pengusaha yang
melanggarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Contohnya, pesalah-
pesalah akan dikenakan denda atau dipenjarakan. Dengan ini, dapat
mengekalkan keamanan negara dan juga memajukan industri pelancongan.

Malaysia mampu menjadi sebuah negara destinasi pelancongan


tropika indah yang popular ( tersohor ) dan berpotensi di rantau Asia ini
dan di dunia dengan keistimewaan yg dimiliki oleh negara ini. Pepatah
Melayu juga ada mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah. Oleh itu, semua pihak perlu berkotmitmen untuk memajukan
indusri pelancongan di negara kita kerana industri ini membawa pulangan
yang lumayan kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, rakyat Malaysia
harus memberikan sokongan kepada kerajaan dan pihak swasta dalam
usaha memajukan industri pelancongan agar negara dapat “duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju. Tindakan ini
penting bagi membantu negara mencapai tahap negara maju pada tahun
2020.