mengenaipenutur aslinya terlebih dahulu iaitu orang Melayu. Beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern dari Belanda dan Robert Van Heine dari Austria telah mengemukakan teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok Austronesia. Kelompok manusia dari Yunan, China ini kemudiannya berhijrah dan akhirnya menduduki beberapa wilayah di Asia Tenggara. Ahli-ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu bermula dengan bahasa Melayu Kuno, diikuti dengan bahasa Melayu Klasik dn akhirnya bahasa Melayu Moden. Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara terhadap ketiga-tiga bahasa tersebut. Bahasa Melayu Kuno dipercayai dipengaruhi oleh bahasa Sankrit dan agama Hindu yang kuat, manakala bahasa Melayu Klasik Dipengaruhi oleh bahasa Arab dan agama Islam dan bahasa Melayu Moden pula banyak menerima pengaruh bahasa penjajah iaitu bahasa Inggeris. Namun begitu, penulisan ini akan lebih memberi tumpuan terhadap bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden serta meninjau perbezaan antara kedua-dua bahasa tersebut daripada sudut perkataan (morfologi) dan ayat (sintaksis).
2.0 BAHASA MELAYU KLASIK 2.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik Sebelum huraian yang lebih mendalam diberikan terhadap bahasa Melayu Klasik,takrifan mengenai bahasa tersebut perlulah difahami terlebih dahulu. Kamus Dewan (1986 : 590) mentakrifkan perkataan klasik sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama, yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai iaitu yang tinggi dan abadi nilainya. Berdasarkan takrifan tersebut ianya jelas mengambarkan bahawa bahasa Melayu Klasik telah diperakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Akan tetapi disebabkan perubahan masa dan zaman, bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para ilmuan Mengikut Pendapat Sarjana Istilah Klasik merangkumi makna lama, tradisional dan klasik itu sendiri. Menurut Holman :
Belonging or
to culture
established of Greece
tradition; and
used or
especially later
to
designate which
the
Literature
Roman
literature
partakes
of its qualities it may mean literature that has gained a lasting recognition, or it may to mean literature the that exhibits of the a the literary theme, qualities work simplicity it of classicism. usually of style, When it is
used in the
attributes of
impies clarity,
objectivity restraint,
handling
( Holman 1972: 99 )
Menurut Awang Sariyan, bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu, iaitu selepas bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno. Ianya dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa ini diasaskan sewaktu wujudnya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah pemerintahan Sultan Malikul Salih. Oleh yang demikian bahasa ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan kedatangan agama dan kebudayaan Islam.
Pada abad ke-13, kehadiran agama Islam di Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu pada ketika itu terutamanya dari aspek kosa kata, struktur kata dan hasil tulisannya. Kewujudan bahasa Melayu Klasik pada ketika itu juga telah dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Batu Bersurat Minye Tajuh di Aceh (1930). Ianya merupakan batu bersurat pertama yang ditemui dengan penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi, Allah, rahmat dan sebagainya. Ini disusuli dengan penemuan berikutnya iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung yang mempunyai sedikit perbezaan dari segi bahasanya.
Pada abad ke-14 pula, bahasa Melayu Klasik dipercayai kian berkembang dengan wujudnya tulisan Jawi atau disebut juga sebagai tulisan Arab berbahasa Melayu. Zaman permulaan bahasa ini telah ditandai dengan kemunculan prasasti di Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau bersamaan dengan 1303 Masihi. Bukan itu sahaja, prasasti bahasa Melayu Klasik juga banyak terdapat di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa pulau yang lainnya. Ianya juga turut ditenmui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.
Kemunculan bahasa Melayu Klasik juga telah dibuktikan dengan penemuan beberapa manuskrip Melayu lama. Sejumlah kira-kira 10,000 naskah manuskrip lama didapati tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua merupakan surat kiriman Sultan Pernate yang berasal dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang ditulis pada tahun 1521 dan 1522. Bahasa Melayu Klasik dikatakan berada di zaman kegemilangannya semasa berada di bawah pemerintahan kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Keadaan ini berpunca kerana kerajaan-kerajaan tersebut telah menjadi lokasi yang penting bagi kegiatan perdagangan, perkembangan agama Islam dan seterusnya
perkembangan bahasa.Zaman keagungan bahasa Melayu dikatakan berlangsung pada zaman Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu yang telahpun menerima Islam berjaya membina dan meluaskan empayar serta jajahan takluknya. Oleh itu, secara tidak langsung ianya telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. Ianya telah digunakan secara meluas dalam pentadbiran dan juga aktiviti perdagangan sehingga berupaya menjadi bahasa linguafranca kepada para pedagang. Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai alat penyebar kepada agama Islam di seluruh kepulauan Melayu. Bukan sahaja mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi, perbendaharaan katanya juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk menzahirkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan kesultanan Melayu Melaka ini telah tergambar menerusi Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya yang sangat tinggi nilainya.
2.3 Konsep dan Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu Klasik tidak dapat ditentukan dengan jelas dari aspek fonologinya. Awang Sariyan menyatakan perlambangan bunyi vokalnya terdiri daripada tiga vokal sahaja iaitu i, a dan u yang berasal daripada vokal Arab alif, ya dan wau. Namun begitu, bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam bahasa Melayu hari ini iaitu a, e peper, e taling, i, o dan u. Bunyi konsonan bagi bahasa Melayu Klasik pula sama seperti yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Dalam Bahasa Melayu Klasik bunyi getaran konsonan r jelas menggunakan huruf ra dalam bahasa Arab. Penggunaan pada hujung suku kata akhir tertutup mengambarakan bunyi getaran itu hidup dan tidak senyap. Bunyi diftongnya pula dilihat mempunyai persamaan dengan bunyi diftong bahasa Melayu Moden, iaitu ai, au dan oi. Aspek tatabahasa pula didapati mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu Moden terutamanya penggunaan imbuhan. Keadaan yang sama juga terjadi bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis pula, ayat-ayat yang terkandung dalam bahasa ini terdiri daripada empat pola ayat dasar iaitu ayat tunggal, ayat majmak, ayat
kompleks dan ayat pasif. Pengaruh Islam yang semakin kuat menjadikan bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari aspek kosa kata, struktur ayat dan juga bentuk tulisan. Antara ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. Penggunaan ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit. Mengandungi banyak ayat pasif dan ayat songsang. Menggunakan bahasa istana. Seringkali menggunakan kosa kata klasik seperti ratna, mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), masyghul (bersedih), sahaya dan lain-lain. v. Kerap menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya. vi. vii. Banyak menggunakan partikal lah dan pun. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelabagai bidang bahasa. viii. Turut menggunakan aksara Jawi yang dipinjam dari bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
Mengandungi banyak ayat pasif dan ayat songsang. Seringkali menggunakan kosa kata klasik seperti ratna, mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), masyghul (bersedih), sahaya
Turut menggunakan aksara Jawi yang dipinjam dari bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
2.4 BAHASA MELAYU MODEN Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hinggalah sekarang. Bahasa ini dipercayai berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia Tenggara. Keadaan ini telah mengakibatkan bahasa Portugis, bahasa Belanda dan kemudiannya bahasa Inggeris mula bertapak di Nusantara, dan seterusnya mempengaruhi bahasa Melayu. Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu Klasik, tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat.Namun begitu, bahasa Melayu Moden ini tidak menerima sistem pembentukan bahasa tersebut. Ianya juga tidak mengenepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang pernah diguna pakai sebelumnya. Banyak istilah-istilah daripada bahasa Inggeris diterima pakai dalam Bahasa Melayu Moden bagi tujuan mengungkap pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari masa ke
semasa.Keadaan ini berlaku kerana tamadun Melayu dan bahasanya tidak mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian. Keterbukaan bahasa Melayu Moden menerima unsur-unsur bahasa asing telah menajadikannya semakin dinamik dan dapat meneruskan
kelangsungannya.Tidak seperti Bahasa Melayu Kuno atau Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Moden tidak mampu berkembang secara bersendirian. Catatan sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu Moden telah mengalami beberapa perancangan dan
pembangunan oleh sebuah badan bahasa yag ditubuhkan khas iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bahasa Melayu Moden telah diangkat statusnya sebagai bahasa kebangsaan melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
2.5 Definisi Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga sekarang. Bahasa ini berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia Tenggara. Dalam tempoh tersebut, bahasa Eropah, bermula dengan bahasa Portugis, diikuti dengan bahasa Belanda dan kemudiannya bahasa Inggeris telah bertapak di nusantara dan seterusnya telah mempengaruhi bahasa Melayu. 3.2 Perkembangan Bahasa Melayu Moden Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu Moden telah mengalami dua fasa perkembanagan. Ianya dikenali sebagai fasa sebelum Perang dunia Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua. Jika dilihat sebelum Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu Moden mendapat kedudukan yang tinggi, ekoran daripada kecemerlangan sebelumnya. Sungguhpun kerajaan British yang mentadbir Tanah Melayu pada ketika itu, pegawaipegawainya dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan lulus dalam ujian bahasa yang diadakan bagi membolehkan mereka berhubung dengan penduduk tempatan dengan mudah dan lancar. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya terdapat ramai pegawai atasan British seperti Brown, Kilkinson, Maxwell, Winstedt, Dussek, Marsden, Skinner dan lain-lain didapati mahir dalam menggunakan bahasa Melayu. Sebaliknya, selepas Perang Dunia Kedua, British telah mengubah dasarnya dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Individu yang berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan diberi keutamaan untuk bekerja dengan pemerintah Inggeris. Akibat dari itu, ramai pelajar Melayu telah diberikan pendidikan Inggeris dan dihantar berkursus di England. Mereka telah menggunakan Bahasa Inggeris dalam urusan seharian. Pada ketika itu, individu yang boleh berbahasa Inggeris dianggap sebagai orang bijak dan bertaraf tinggi. Namun begitu, apabila negara kita mencapai kemerdekaan, status bahasa Melayu telah dikembalikan. Perkara 152 Perlembangaan Persekuatuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan wajib digunakan dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Status bahasa Melayu ini telah diperkukuhkan lagi dengan pengubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Selain digunakan dalam institusi pendidikan,
bahasa Melayu juga telah diperluaskan penggunaannya dalam urusan kehakiman, persidangan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
2.6 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Terdapat beberapa ciri khusus bahasa Melayu klasik. Antaranya adalah seperti berikut ; Menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ), nga ( ) , ga ( ) , nya ( ) dan ca ( ) . Bahasa Melayu klasik telah menerima beberapa fonem Arab : kh ( ) seperti Khamis, Z ( ) seperti pada zakat, Sy ( ) seperti pada syarat dan lain-lain. Bahasa Melayu klasik telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti dalam bidang ilmu kegamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan katakata umum untuk bahasa umum. Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab yang digunakan itu dengan menggunakan tanda-tanda baris. Contohnya seperti; (maka ) ( dia ) Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi;( maka ) )dia )
Menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ), nga ( ) , ga ( ) , nya ( ) dan ca ( ) .
Bahasa Melayu klasik telah menerima beberapa fonem Arab : kh ( ) seperti Khamis, Z ( ) seperti pada zakat, Sy ( ) seperti pada syarat dan lainlain.
Bahasa Melayu klasik telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti dalam bidang ilmu kegamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum untuk bahasa umum.
Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab yang digunakan itu dengan menggunakan tanda-tanda baris.
Setelah itu baru timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. Sistem ini mengandungi dua tahap. Tahap pertama dengan membubuh huruf saksi ( vokal) dan tahap kedua dengan membubuh huruf saksi ( vokal ) pada kedua-dua suku kata. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa Ketahuilah olehmu atau pada ayat Sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfih daripada teks-teks bahasa Arab. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam beberapa banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang Ilmu Kalam, Tasawuf, Ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengn bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu. Beberapa genre sastera Islam mula meresap ke dalam bahasa Melayu seperti syair, nazam, rubai, tasmil, ibarat dan lain-lain. Pengaruh kesusteraan Islam terutamanya dari Arab dan Farsi banyak didapati dalam zaman bahasa Melayu klasik seperti cerita-cerita Nabi dan para sahabat, sastera agama, sastera sejarah, sastera undang-undang dan pemerintahan dan lain-lain.
Selain daripada mempunyai ciri-ciri tertentu seperti di atas bahasa Melayu Klasik juga memberi sumbagan pada zaman kegemilangannya. Antaranya ialah; i. Kebudayaan Untuk memperkembangkan sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa.
ii.
Peranan Kemasyarakatan Sebagai lambang jati diri bangsa dan sebagai alat penyatuan sesuatu bangsa atau kaum.
iii.
Pendidikan Sebagai alat untuk pengajaran, panduan dan tatacara. Sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agama, kesusesteraan dan perundangan.
Kebudayaan
Peranan kemasyarakatan
Sebagai lambang jati diri bangsa dan sebagai alat penyatuan sesuatu bangsa atau kaum.
Sebagai alat untuk pengajaran, panduan dan tatacara. Dan sebagai alat untuk
Pendidikan
menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agama, kesusesteraan dan perundangan.
RUMUSAN Berdasarkan huraian yang telah dibuat, sejarah perkembangan bahasa Melayu dapat diperhatikan menerusi teks kesusasteraan Melayu lama. Hasil daripada kajian ini telah memperlihatkan beberapa perbezaan antara bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden terutamanya perbezaan dari segi penggunaan perkataan dan juga susunan ayat.Bahasa Melayu Klasik dilihat sering menggunakan ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit. Ianya juga sering menggunakan ayat pasif , songsang dan bahasa istana. Penggunaan kosa kata klasik dan perdu perkataan menjadikan sesebuah ayat yang terkandung dalam bahasa Melayu Klasik berbelit-belit dan sukar difahami. Ayatnya juga banyak menerima pengaruh bahasa Arab dengan penggunaan aksara Jawi dan kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa. Fenomena ini berbeza dengan bahasa Melayu Moden dimana perkataan-perkataan yang digunakan mencakupi semua bidang sementara ayat-ayatnya pula lebih mudah difahami, tersusun dan jelas maksudnya. Ini adalah kerana bahasa Melayu Moden telah dibangunkan oleh badan yang bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun begitu hasil karya klasik perlu dipelihara agar ianya menjadi tatapan warisan akan datang.
RUJUKAN Abu Bakar Hamid, 1975. Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasbullah Ibrahim, 1993. Ulasan dan contoh jawapan Hikayat Hang Tuah. Selangor: Pan Asia Publications Sdn Bhd. Ibrahim Hamzah, 1983. Kesasteraan Melayu Moden STPM. Kota Bharu: Penerbitan Seri Kota. Kassim Ahmad, 2008. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah karim, etc, 2010. Tatabahasa Dewan edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. W. Shamsuddin M. Yusoff, 1976. Sejarah sastera Melayu moden. Kuala Lumpur: Pustaka Antara Zainon S. Ahmad, 1987. Sastera Melayu moden untuk STPM. Kuala Lumpur: Penerbitan Elman.