Anda di halaman 1dari 1

Bahasa Melayu: Hala Tuju Selepas Merdeka

Peristiwa Bahasa

Oleh TENGKU FAUZIAH KU MAT dan AZLINA MD. SADIK Cendekiawan dan ilmuwan umumnya maklum bahawa kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa antarabangsa merupakan fakta yang tercatat dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu sejak zaman Sriwijaya pada abad ketujuh Masihi dengan kemuncaknya pada zaman Kesultanan Melayu. Kedudukan dan taraf bahasa Melayu diperkasakan lagi dengan termaktubnya Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tidak dapat dipersoalkan, apatah lagi dicabar. Perjuangan meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang tinggi dan bermartabat perlu dikuatkan dengan iltizam dan pendekatan yang kreatif dan berani, agar bahasa Melayu bukan sahaja menjadi milik orang Melayu, malah menjadi milik rakyat Malaysia dan penduduk Nusantara. Namun begitu, perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu sejak hampir enam dasawarsa ini memperlihatkan pelbagai cabaran dan kendala. Tempias daripada proses globalisasi mula memberikan kesan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penduduk di negara ini. Persoalan dan polemik bahasa semakin hangat diperdebatkan. Kehangatan ini amat terasa apabila isu keyakinan terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah mula goyah. Wujud usaha untuk mengubah persepsi gemilang bahasa Melayu, yang kononnya lemah, layak digunakan di pasar malam, malah jauh sekali mampu digunakan di peringkat tinggi, apatah lagi di persada antarabangsa! Sejajar perkembangan mutakhir , tiba masanya untuk masyarakat mengamati dan menghayati perubahan, pencapaian dan masa depan bahasa Melayu di bumi tercinta ini. Usaha melihat ke belakang seharusnya dijadikan landasan bagi menjana fikiran dalam usaha menegakkan maruah dan kedaulatan bahasa Melayu agar wahana komunikasi ini dapat digunakan dengan penuh penghayatan dan keyakinan dalam semua bidang. Sesi forum Dilema dan Hala Tuju Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka juga telah diadakan sebelum pembentangan resolusi persidangan. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Januari 2013.

http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1086

Anda mungkin juga menyukai