Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

Bil. 1.

Butir-butir Tajuk

Muka surat

2. 3. 4. 5. 6.

Isi Kandungan 1.0 - Penghargaan 2.0 - Objektif Kajian 3.0 - Kaedah Kajian 4.0 - Laporan Kajian 4.1 - Salasilah keluarga 4.2 - Perkembangan diri dan keluarga 4.3 - Tokoh dalam keluarga 4.4 - Peristiwa keluarga bersejarah dalam

7. 8. 9. 10.

5.0 Rumusan 6.0 Lampiran 7.0 Rujukan 8.0 - Esei

Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang telah banyak memberikan sokongan dan sumber untuk menyiapkan folio sejarah ini. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada guru matapelajaran Sejarah saya diatas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa saya membuat folio ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya amat berterima kasih kerana mereka secara tidak langsung memberi saya sedikit idea bagi memperbaiki lagi mutu dan kualiti folio ini. Sekian, terima kasih.

2.0 - Objektif Kajian Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut: a) Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya) Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga.

saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya) Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya) Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya) Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja) Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan ceria) Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya.

3.0 Kaedah Kajian Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut: a)Kaedah temuramahSaya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya. b)Kaedah pemerhatianSaya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka. c)Kaedah analisis dokumen Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya, dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu bapa dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

4.0 Laporan Kajian 4.1 - Salasilah keluarga 4.2 - Perkembangan diri dan keluarga 4.3 - Tokoh dalam keluarga 4.4 - Peristiwa bersejarah dalam keluarga

4.1 Salasilah keluarga

SALASILAH SEBELAH EMAK SAYA

Wan Hussain Bin Abas + Ramlah Binti Yackob


Datuk Dan Nenek Saya

Wan Fazlyatun Binti Wan Hussain

Wan Zamilah Binti Wan Hussain + Norizan Bin Salleh


Ibu saya dan Ayah Saya

Wan Muhammad Syukri Bin Wan Hussain

Ibu Saudara

Bapa Saudara

1&2
WAN MUHAMMAD IKWAN NAJMUDIN BIN NORIZAN WAN MUHAMMAD FARIZWAN NAQIUDIN BIN NORIZAN

3&4
WAN MUHAMMAD HAFIZ AL-FAYED BIN NORIZAN WAN MUHAMMAD AIZAT FARHAN BIN NORIZAN

5&6
WAN MUHAMAD ALIF BIN NORIZAN

WAN MUHAMMAD IRFAN HAKIM BIN NORIZAN

Salasilah keluarga bermaksud asal-usul keturunan sebuah keluarga. Carta salasilah keluarga saya (sila rujuk muka surat 8) bermula daripada Haji Wan Hussain iaitu datuk saya dan Hajah Ramlah iaitu nenek saya (rujuk no. 1). Datuk saya berasal dari Terengganu manakala nenek saya berasal dari Kelantan. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 12 April 1948 dan menetap di Besut Terengganu. Datuk saya bekerjasebagai seorang renjer hutan manakala nenek saya seorang suri rumah. Hasil dari perkahwinan datuk dan nenek saya, mereka telah dikurniakan tiga orang anak, iaitu Zamilah ibu saya yang dilahirkan pada 9 Mac 1963, Wan Fazlyatun yang dilahirkan padatahun 1964, Wan Syukri yang dilahirkan pada tahun 6 April 1965, datuk saya telah dinaikkan pangkat sebagai askar . Pada tahun1980, datuk saya berhenti bekerja sebagai askar dan pulang ke kampong halaman, iaitu Kampung Alor Lintah serta bekerja sebagai seorang nelayan. Di sampingitu, datuk dan nenek menambahkan pendapatannya dengan menanam sayur sayuran dan buah buahan untuk dijual. Hasil penat lelah bekerja setiap hari, telah menampakkan hasilnya. Datuk dan nenek berjaya memberi semua anak anaknya pendidikan dan ilmu agama yang sewajarnya sehingga mereka boleh berdikari danberdiri di atas kaki sendiri. Pada tahun 1988, datuk saya menjadi seorang kontraktor kecil kecilan sehingga kini dan di samping itu, datuk saya juga mengusahakansebuah ladang kelapa sawit di sekitar pantai Kampung Alor Lintah. Manakala nenek saya menjadi seorang peniaga runcit dari tahun 1988 hingga sekarang. Kini,semua anak anaknya sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga masing masing.Pada tahun 1967, iaitu ibu saya telah berkahwin dengan bapa saya, Norizan dan mempunyai enam orang anak iaitu Wan Muhammad Ikwan , Wan Muhammad Farizwan, Wan Muhammad Hafiz Al-fayed(saya), Wan Muhammad Aizat Farhan, Wan Muhammad Alif dan Wan Muhammad Irfan Hakim. Ibu sayamengajar di sebuah sekolah menengah dan bapa saya bekerja sebagai seorang peniaga

4.2 Perkembangan Diri dan Keluarga Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa saya, ibu saya, abang dan adik saya.Selepas perkahwinan ibu bapa saya pada 24 Mei 1967, ibu bapa saya tinggal di kampung Renek . Ibu saya berpindah sekolah dari Sekolah menengah Kebangsaan Alor Keladi ke Sekolah menengah Kebangsaan Renek, Besut pada awal tahun 1997. Pada masa yang sama, bapa saya mendirikan sebuah perniagaan kecil-kecilan di kampung . Bapa dan ibu saya tinggal bersama sama di rumah yng telah siap dibina .Saya dilahirkan pada 26 ogos 1997 dibesarkan di rumah tersebut t sehingga saya berusia 15 tahun. Pada tahun 2000, adik saya, Aizat dilahirkan. Pada tahun2004, kami sekeluarga pindah ke sebuah rumah yang lebih besar dan selesa iaitu di Kg Kuala. Sehingga kini kami menetap di sini dengan penambahan dua orang ahli keluarga iaitu adik lelaki saya yang lahir pada tahun 2004, Muhammad alif dan adik bongsu lelaki saya yang dilahirkan pada tahun 2009, Irfan Hakim. Walaupun keluarga saya tidak terlalu besar, namun setiap anggota ahli keluarga memainkan peranan yang besar dan penting bagi mewujudkan suasana ceria dan harmoni di dalam keluarga saya.

4.2.1 Bapa saya Nama bapa saya Norizan Bin salleh . Beliau dilahirkan di kampung halamannya iaitu Kampung Kerandang, 27 Mei 1962. Bapa saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Nering, Besut pada tahun 1970 hingga tahun 1976. Seterusnya beliau menyambung pengajian sekolah menengah. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Nasarudin pada tahun 1977 hingga tahun 1982 dan tinggal di asrama yang disediakan. Pada tahun 1980 bapa saya memohon jawatansebagai seorang guru sandaran. Permohonan tersebut berjaya dan bapa saya mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerteh selama beberapa bulan sebelum ditawarkan meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kent Tuaran Sabah. 4.2.2 Ibu Saya Ibu saya bernama Zamilah. Beliau dilahirkan di Hospital Kelantan pada tanggal 9 Mac 1963. Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tok Dor dari tahun 1 sehingga tahun 6 iaitu pada tahun 1970 sehinggalah tahun 1976. Pada tahun 1977, ibu saya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud hingga tahun 1982. Pada tahun 1983, ibu saya mengambil kursus perkeranian di Kota Kinabalu selama 5 bulan sementara menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) diumumkan. Pada tahun 1983, ibu saya memohonmasuk ke Maktab Perguruan. Setelah beberapa bulan, ibu saya ditawarkan masuk keMaktab Perguruan Kent Tuaran, Sabah.

4.2.3 Diri Saya Nama Wan Muhammad Hafiz al-Fayed. Saya dilahirkan di Hospital Besut pada 26 ogos tahun1997.. Saya pernah tinggal di kg Renek dan kini saya tinggal di Kuala Besut. Saya merupakan anak ketiga dari enam adik-beradik. Saya menjejaki alam persekolahan di usia 5 tahun. Pada tahun 2002, sayapernah bersekolah di Pra-sekolah Sekolah Kebangsaan Kuala Kubang. Manakala pada tahun 2003, saya bersekolahdi Tadika Kemas. Ketika saya berusia 7 sehingga 12 tahun, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubang. Saya telah Berjaya memperoleh keputusan yang kurang cemerlang iaitu 3A 2B dalam peperiksaan UPSR.Dan saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Renek.

4.2 Tokoh dalam Keluarga

Bapa saya yang bernama Norizan Bin Salleh boleh dijadikan sebagai tokoh keluarga saya. Bapa saya boleh dikatakan sebagai seorang yang serba boleh, banyak sungguh kelebihan dan pencapaiannya. Menurutnya, tiada apa pun yang mustahil dalam hidup ini, asalkan kita mempunyai keyakinan diri bahawa apa yang kita lakukan akan menuju kepada kejayaan. Beliau juga berkata bahawa kejayaan itu tidak senang untuk dicapai, kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa pun demi masa depan kita.Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang tidak berada, kecermelangan bapa saya dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah telah menganugerahkannya Tokoh Murid disekolah rendahnya iaitu, Sekolah Rendah jenis biasa. Disamping kecermelangan akademik, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum terutamanya ragbi dan hoki. Beliau sudah pun beberapa kali mewakil sekolah dalam permainan-permainan tersebut. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pengawas sekolah dan juga pendebat sekolah.Sekali lagi, beliau telah menjadi seorang pengawas sekolah. Beliau jugamewakili sekolah dalam permainan ragbi dan hoki. Menurut kawan-kawan beliau, beliau merupakan seorang yang tegas dan dihormati di sekolah tersebut. Selepas memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan ditawarkan ke kem perguruan di Sabah.Selepas itu,, beliau juga mengadakan kursus dan bengkel mengajar untuk menjadi seorang guru yang baik. Oleh kerana itu, beliau juga kerap tidak ada di rumah.Sejak saya kecil lagi, bapa saya telah menanamkan minat untuk membaca dalam diri saya disebabkan beliau juga gemar membaca. Tambahan pula, beliau juga mahu saya memperoleh kejayaan dalam kehidupan di dunia ini. Bapa saya akan membawa saya ke perpustakaan awam sekurangkurangnya 3 kali dalam sebulan. Beliau selalu berpesankepada saya bahawa membaca itu ialah jambatan ilmu.Memang benar kata-katanya itu, kemahiran membaca bukan sahaja membantu.saya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan malah ia membantu proses perkem bangan mental dan sosial saya dengan lebih baik. Sehingga sekarang, saya gemar membaca buku pada masa lapang dan sebelum saya tidur.Bapa saya tidak pernah berkompromi untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada adik-beradik saya. Bapa saya sering memberi nasihat dan dorongan kepada kami supaya kami dapat mencapai kejayaan yang cemerlang bagi masa dapan kami.Banyak yang telah saya memperoleh daripada bapa saya. Sesungguhnya, sayaamat bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah S.W.T seorang bapa yang cemerlang sepertinya. Sememangnya, beliau amat layak untuk menjadi tokoh keluarga saya.

4.3 Peristiwa bersejarah dalam keluarga

Kenangan ini telah berlaku pada 25 Februari 2009. Pada tarikh tersebut, saya telah berjaya memasuki Sekolah Kebangsaan Renek. Peristiwa ini akan dikenang selama-lamanya oleh saya dan ahli keluarga.Tetapi, sebelum saya berjaya merealisasikan impian saya, iaitu untuk memasuki sebuah sekolah berasrama penuh, saya terpaksa bekerja dengan keras sepanjang tahun2008. Ibu bapa saya juga telah banyak member dorongan kepada saya.Pada 9 September 2008, saya telah menduduki peperiksaan Ujian PencapaianSekolah Rendah (UPSR). Setelah bertungkus lumus selama 4 bulan, saya tidak berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut. Dengan itu, saya pun telah memohon untuk memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Renek. Ibu bapa saya juga menyokong keputusan saya untuk memasuki sekolahtersebut kerana sekolah itu ialah sebuah sekolah elit.Pada 19 Februari 2009, saya telah menerima surat tawaran daripada Sekolah Tersebut dengan Membuat rayuan. Saya terasa amat gembira. Ahli kelurga saya turut gembira atas kejayaan saya. Pada hari pendaftaran, saya berasa teramat teruja. Jikalau kita bekerja keras untuk mendapat sesuatu, tentu kita akan berjaya.

5.0 - Rumusan Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah sayaketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluargasaya yang seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini.Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga antara satu sama lain.Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, danmenganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikan-kebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah ini.

6.0 - Lampiran

7.0 Rujukan *Buku Ahmad Fauzi Bin. Mohd. Basri, 2002, Sejarah Tingkatan Satu, Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka. *Internet http://www.scribd.com/doc/15429736/Vurmila-Folio-Sejarah-Salasilah-Keluarga http://www.scribd.com/doc/4674701/Salasilah-Keluarga *Folio-Folio Salasilah Keluarga Tingkatan Satu

*Temubual Norizan Bin Salleh Wan Zamilah Binti Wan Hussain Lot 4392 Gong Penaga Kuala Besut. 3.30pm. Norizan Bin Salleh Lot 4392 Gong Penaga Kuala Besut 8.25pm. Wan Zamilah Binti Wan Hussain

8.0 ESEI..

Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa. Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitiktolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara. Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang paling maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu mengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri. Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk

memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga untuk membangun dan mengukuhkan negara. Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan halal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepi demi mencapai citacita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Presiden Amerika Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presiden mengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa yang kita runtuhkan.

Anda mungkin juga menyukai