Anda di halaman 1dari 12

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

MATLAMAT Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya : Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.

Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

Apakah Pembelajaran Secara Kontekstual ?


Mereka tidak boleh didorong untuk belajar Mereka tiada kemampuan untuk menguasai mata pelajaran akademik

Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran hari ini ?


Kegagalan membantu murid mencari hubungkait Antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada Antara sekolah dengan dunia luar

Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain Antara pengetahuan lepas dengan cabaran kini, dan cabaran kini dengan tanggungjawab masa depan

Apakah kekangan dalam membina hubungkait tersebut ?


Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas sekolah dan guru Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru Terlalu terkongkong kepada pendekatan pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan

APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL ?

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on.

Teori pembelajaran secara kontekstual

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Untuk kumpulan sasaran murid yang manakah pendekatan kontekstual PALING sesuai ? Jenis murid Kumpulan sederhana

Ciri murid Lokasi sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional sekolah-sekolah menengah harian 13 17 tahun cenderung kepada aplikasi konsep terdorong melalui aktiviti hands-on tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak

Apakah pandangan pakar pedagogi tentang pendekatan pembelajaran kontekstual ?

Students involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other students in groups or teams. A curriculum and teaching methodology tied to the childs experiences and interests. Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drilloriented, stimulus/response methodologies. The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with past experiences. Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated through some case-based or problem-based learning environment. Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.

Mengapa Kontekstual ?
Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran. Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan. APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN? Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN Kita kekalkan : 10 % Apa yang kita baca 20 % Apa yang kita dengar 30 % Apa yang kita lihat 50 % Apa yang kita dengar dan lihat 70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain 80 % Apa yang kita alami sendiri

95 % Apa yang kita ajar kepada orang lain

TEORI KECERDASAN PELBAGAI Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai. Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan.

Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada : MURID Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian bukti Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan

Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama

GURU Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.

Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

INDUSTRI Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

APAKAH KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Relating (Menghubungkait) Experiencing (Mengalami) Applying (Mengaplikasi) Cooperating (Bekerjasama) Transfering (Memindahkan)

Relating (Menghubungkait) Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.

Experiencing (Mengalami) Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi di mana wayar plug 3 pin sterika tertanggal. Applying (Mengaplikasi) Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi di mana sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar. Cooperating (Bekerjasama) Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama. Transfering (Memindahkan) Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan bahawa segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m akan menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

Bagaimana Melaksanakannya ? Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi berikut: MOTIVASI Pengenalan Isu perbincangan Alat bantu mengajar

PEMAHAMAN Penerangan konsep dan perbincangan kelas Bacaan dan melakukan Contoh kajian

KEMAHIRAN APLIKASI Aktiviti Hands-On Penyelesaian masalah

IMBASAN KEMBALI DAN PENILAIAN Ingat kembali fakta utama Penilaian kemajuan

Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

Komunikasi Pengajaran Guru Sokongan Pentadbir Sekolah Sokongan Masyarakat

Komunikasi Antara :

1. 2. 3. 4.

Murid Guru Ibu bapa Masyarakat Pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat.
Maklum balas daripada murid adalah satu komponen yang penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual. Ibu bapa dan masyarakat perlu memahami keadaan dan kaedah pengajaran yang terkini dan memberi sokongan kepada perancangan dan perkembangan pembelajaran kontekstual.

Kurikulum
Disiplin tradisional diubahsuai dalam konteks yang bermakna.

Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan guru hanya sebagai fasilitator.

Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual dikenal pasti terlebih dahulu.
Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan dengan kaedah pembelajaran kontekstual. Maklumat tentang hubungkait kurikulum dengan individu, masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan.

Teks & Bahan Sokongan

Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan. Suasana Bilik Darjah Bilik darjah diubahsuai supaya murid boleh menjalankan aktiviti hands-on secara berkumpulan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan.

Persekitaran Luar Sekolah

Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya.

Penilaian

Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk membantu murid menguasai pembelajaran.

Sokongan Pentadbiran Sekolah


Infrastruktur Perkembangan Staf Kepimpinan Kewangan Masa

Sokongan Masyarakat

Penyediaan Situasi Tempat Kerja Sebenar Kerjasama Industri Dan Sekolah Sokongan Teknikal
Hubungan rapat antara Kementerian Pendidikan dengan industri adalah penting untuk mendapatkan sokongan teknikal, kewangan dan memberi pendedahan kemahiran kepada murid tentang alam pekerjaan. Murid memerlukan pengalaman hands-on. Mereka menimba pengalaman ini dengan cara bekerja atau membuat latihan amali di dalam situasi tempat kerja sebenar. Industri perlu berkomunikasi dengan Kementerian Pendidikan untuk menyumbang dalam perkembangan kurikulum.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL I knew Applied Math wouldnt be easy for me. Math never is. Im learning how to comprehend problems and think through instead of just doing the mechanics of math. I like being able to have a group or partner. (Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat). Oleh itu, pendekatan secara kontekstual ialah Still the SAME Mathematics, History, Music, Science BUT taught and learned DIFFERENTLY Still the SAME Mathematics, History, Music, Science

BUT taught and learned DIFFERENTLY

Anda mungkin juga menyukai