Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK VOKAL

SEBUTAN Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ-organ yang terlibat dalam sebutan adalah: a) b) c) d) Mulut Bibir Lidah Rahang

Jelasan sesuatu sebutan bergantung kepada dekoordinasikan antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyan pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan bunyi vokal, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi bonsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya memberi laluan udara dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan ton yang lebih resonan.sebutan yang baik dapat ihasilkan melalui latihan yang konsisten dan berterusan. Bagi menghasilkan sebutan yang jelas, cirri-ciri berikut memainkan peranan yang penting. Ciri-ciri ton nyanyian meliputi 4 perkara: a) b) c) d) Tenaga Intensiti Kekuatan bunyi Harakat

PENGHASILAN TON Seseorang penyanyi berupaya menyanyi dengan ton yang jelas, bergema sepanjang range vokal sekiranya ia memahami konsep penghasilan ton. Ton dalam nyanyain meliputi tenaga, intensity kuat lembut bunyi ton dan panjang pendek ton tersebut.ton nyanyian berbeza dengan ton bercakap melalui panjang pendek ton dan kualiti vokal dan intensitinya. Apabila vokal seperti AH disokong dengan pernafasan dan dibentuk dengan mulut dan intensitinya ( kekuatan ) ditingkatkan. Ini memberi ton yang bergema dan intonasi yang baik. Ton nyanyian bermula dengan tenaga atau kuasa pengeluaran pernafasan udara melalui kord vokal dan keluar melalui mulut. Kualiti ton dimanipulasikan melalui bunyi vokal ( a,e,i,o,u ). Apabila vokal terang, ton mungkin kedengaran sumbang atau syap dan sekiranya vokal itu gelap ia akan kedengaran flet. Pertukaran kualiti vokal menentukan pitch dan intonasi. Formasi vokal ( a,e,i,o,u ) asas dalam teknik vokal. Bentuk vokal disokong oleh pernafasan, menentukan posisi dan arah sesuatu ton. Mulakan dengan nyanyian vokal

asas. Bermula dengan menyebutkan ia dahulu perlahan-lahan, kemudian beransur-ansur memanjangkan bunyi vokal tersebut. Setiap vokal mempunyai bentuk yang berlainan. Setiap kali ia disebut dan dibunyikan, anda perlu memerhatikan pembentukan mulut mengikut vowel. Ini perlu dibuat dalam range yang selesa dan tahap dinamik yang sederhana. Latihan menyebut dan menyanykan vokal perlu dimulakan dengan vokal terbuka seperti AH dan OO . Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut: a) mulakan dengan vokal asas ( a,e,i,o,u ) b) mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat. c) mulakan dengan nilai not yang pendek dan kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga nilai not yang panjang.

RESONAN DAN PELONTARAN SUARA Kekuatan bunyi ( volume ) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari paru-paru. Dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamik. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik. Julat pitch adalah jarak antara pitch paling rendah dengan pitch paling tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai jlat pitch yang besar. Resonan Resonan adalah getaran udara dalam sesuatu rongga. Satu rongga yang boleh menghasilkan resonan disebut resonator. Kenapa alat muzik boleh menghasilkan bunyi nyaring? Ini kerana alat-alat muzik tersebut mempunyai rongga resonator yang berlainan. Manusia memiliki 3 buah resonator. 1) rongga mulut sebagai resonator yang pertama 2) rongga dada sebagai resonator yang kedua 3) rongga hidung dan kepala sebagai resonator yang ketiga. Rongga resonator dalam diri manusia dapat memperkaya suara kita dengan resonator dan lontaran suara kita akan menjadi lebih besar. Suara menjerit jelas tidak bermutu dan tidak sama sekali menghasilkan suara yang baik. Menjerit bukan cara menyanyi yang baik. Bentuk mulut, lontaran suara, kawalan suara dari paru-paru berkait rapat dengan resonan dan beberapa peratus kegunaan resonator yang dinyatakan. Tidak ada satu pitch pun yang dihasilkan hanya dengan menggunakan 100% resonator kepala. Tidak ada pula yang menggunakan 100% resonator dada.kebiasaannya pitch yang dihasilkan kombinasi ketiga-tiga rongga resonator. Sebagai contoh, untuk menghasilkan pitch tinggi yang baik, kita menggunakan 60% resonator kepala, 25% resonator mulut dan 15% resonator dada. Sebaliknya, untuk menghasilkan pitch yang rendah yang baik pula, kita menggunakan 70% resonator dada, 20% resonator mulutdan 10% resonator kepala. Kesimpulannya, semakin tinggi pitch yang dinyanyikan, semakin besar peratus

penggunaan resonator kepala dan semakin kecil resonator dada. Sebaliknya, semakin rendah pitch yang dinyanyikan, semakin besar penggunaan resonator dada dan semakin kecil penggunaan resonator kepala. Untuk menyanyikan pitch mendatar, sederhana kita menggunakan resonator mulut.

PERNAFASAN Pernafasan terkawal adalah asas untuk nyanyian yang baik. Pernafasan yang dimaksudkan adalahyang menggunakan mulut dan diafragma dimana semasa menarik nafas, udara akan mengisi ruang dibawah paru-paru.semasa menghembus nafas, diafragma mengecut dengan perlahan-lahan. Sebutan dan ton Cirri-ciri dalam nyanyian meliputi a) b) c) d) tenaga intensity kekuatan bunyi / volume panjang pendek

Pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan bunyi vokal, kualiti ton dan intonasi yang baik. Apabila konsonan digabungkan dengan vowel, ia akan menghasilkan bunyi yang bermakna. Konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan adalah penting dan perlu ditekankan dalam nyanyian supaya dapat didengar dengan jelas. Dalam nyanyian, mulut dan kerongkong perlu dibuka luas supaya memberi laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan ton yang lebih resonan. Latihan-latihan pernafasan Latihan pernafasan perlu dijalankan di dalam warm up / latihan persediaan. Penyediaan berhubungkait dengan frasa (phrase ), ketepatan pernafasan dan intonasi yang baik. Dengan pengawalan pernafasan, seseorang penyanyi dapat menghasilkan ton yang berkualiti, jelas, cantik disamping memenjangkan frasa muzik atau menyanyi dalam nada pitch yang tepat. Ketepatan muzikal bergantung kepada pengurusan pernafasan. Pernafasan dan mengawal pengeluaran nafas boleh dibimbing melalui latihan-latihan yang mudah yang betul. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan dan antara yang dipilih adalah seperti berikut:

a) Menghembus dan menarik nafas ~ hembuskan semua udara dalam peparu sehingga anda rasa anda perlukan udara . tarik nafas secara perlahan-lahan tanpa menggunakan tenaga yang banyak. ~ berdiri lebih kurang 2 inci dari cermin, tarik dan nyanyi. Jika cermin menjadi kabur dan banyak hembusan nafas ini bermaksud terlalu banyak udara dikeluarkan. b) Merasa letakkan kedua-dua tangan disisi badan dan tarik nafas. Rasa samaada serangka anda bergerak, hembus nafas dan berbisik a c) Bernafas secara mengejut biasanya apabila terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat, ulang beberapa kali. d) Bernafas sambil berbaring baring atas lantai, samaada dengan kaki lurus atau lutut bengkok dengan tapak tangan atas lantai. Letakkan tapak tangan anda pada abdomen. Nafas dan rasakan abdomen naik keatas. Sekarang keluarkan nafas dengan hiss. Ulang aktiviti dengan meletakkan buku pada abdomen. e) Pernafasan staccato latihan ini dilakukan dengan sebutan ts secara berulang-ulang sehingga anda dapat merasakan otot di bahagian perut terlibat dalam proses pernafasan. Ia boleh menguatkan otot-otot tersebut dan membantu dalam pengurusan pernafasan ~hiss/hoo (bernafas dan sambil bernafas secara perlahan-lahan, angkat kedua tangan ke atas) f) Menyedut dari straw Menyebut dari straw menguatkan lagi sensitivity penyanyi kepada keupayaan pernafasan. Pembentukan mulut bulat seolah-olah menyedut air dari straw. Sedut udara perlahan-lahan melalui formasi mulut oo dalam kiraan tiga. Hembuskan udara melalui bunyi hiss perlahan-lahan dalam kiraan 10. Ini dibuat berulang-ulang. Perlu pastikan postur yang baik dalam mengeluarkan udara. g) Pernafasan besar Bernafas denan sepenuhnya dengan paru-paru melalui hidung dan mengeluarkannya dengan perlahan-lahan. h) Mengucap h i) Bunyi bisikan Letakkan hujung jari dibawah serangka untuk menentukan samaada otot-otot yang terlibat dalam pernafasan bergerak. j) Latihan suspension secara legato ( licin ) k) Latihan-latihan lain seperti; Menghidu bunga, menyelam, meniup lilin, piff, puff,poff meniup belon juga boleh dijalankan.

KLASIFIKASI SUARA Setiap orang mempunyai suara yang unik. Suara wanita dan lelaki, samaada dewasa atau remaja boleh dikategorikan mengikut jenis suara dan range not yang boleh dinyanyikan. Penyanyi wanita yang mempunyai suara tinggi dikenali sebagai penyanyi soprano. Suara lelaki yang rendah dan dalam dikenali sebagai suara bass. Jenis-jenis suara mengikut urutan ialah soprano, treble, mezzosoprano, alto, contratto, countertenor, yenor, baritone dan bass. Biasanya, di dalam koir sekolah atau kumpulan kecil hanya 4 jenis suara yang biasa digunakan iaitu: a) b) c) d) Soprano Alto Tenor Bass

Anda mungkin juga menyukai