Anda di halaman 1dari 6

Bismillaahirrahmaanirahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Kedah Makmur

Pertamanya, sukalah saya melafazkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah, kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama pada Majlis Penutup Sambutan Minggu Integriti Nasional peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman bagi tahun 2013 hari ini. Hadirin dan Hadirat sekalian, Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Jawatankuasa Minggu Integriti Nasional dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, selaku penganjur majlis pagi ini kerana berjaya melaksanakan Majlis Penutup Sambutan Minggu Integriti Nasional. Semoga usaha murni ini dapat membantu memantapkan usaha-usaha peningkatan Integriti di negara ini dan khususnya terhadap sekotor pendidikan negara.

Tanpa usaha yang tidak pernah mengenal erti jemu dan penat lelah, dedikasi dan komitmen yang tinggi dari tuan-tuan dan puan-puan semua, saya percaya segala program yang telah dirancangkan selama satu minggu ini, iaitu bermula dari Hari Pelancaran Minggu Integriti Nasional sehingga kepada Majlis Penutup Sambutan Minggu Integriti Nasional tengahari Ini, ia pasti cuma terakam sebagai kertas cadangan sahaja. Tidak bergerak hatta berganjak. Hadirin dan Hadirat sekalian Sejak Hari Pelancaran pada 23 September 2013 yang lalu, beberapa program ataupun aktiviti telah di anjurkan oleh pihak jawatankuasa dengan cadanagan Institut Integriti Malaysia bagi dijadikan sebagai pengisian Minggu Integriti Nasional peringkat IPG Kampus Darulaman. Antaranya adalah seperti Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster, Pertandingan Klip Video dan Fotografi, Pertandingan Pidato Integriti dan Kembara Integriti.

Tidak lupa juga pihak jawatankuasa juga menganjurkan pameran bersempena Minggu Integriti Nasional ini dengan menjemput agensi-agensi kerajaan seperti Institut Pengurusan dan Integriti, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan Hospital Sultanah Bahiyah yang bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman. Terima kasih saya ucapkan kepada semua agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan pameran ini. Hadirin dan Hadirat sekalian, Sekalung ucapan terima kasih juga ingin saya ungkapkan kepada pihak Institut Integriti Malaysia yang sudi membiayai segala peruntukan yang diperlukan sepanjang menjayakan Minggu Integriti Nasional peringkat IPG Kampus Darulaman bagi tahun 2013 ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada lain-lain masa dan program demi meningkatkan mutu profesionalisme penjawat awam sendiri.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Minggu Integriti Nasional dari aspek penganjuran, penyertaan serta pengurusan. Segala sumbangan, keringat dan jasa yang telah anda curahkan amat-amat saya hargai. Saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi taala wabarkatuh.

Anda mungkin juga menyukai