Anda di halaman 1dari 3

Refleksi LADAP SK Pandan Indah

Kekuatan projek/aktiviti : a) Projek ini telah menambah pengalaman kami dari segi mengendalikan satu program LADAP. Saya telah menggunakan cara yang senang dan jimat kos untuk melaksanakan LADAP. Cara ini boleh saya gunakan semasa di sekolah kelak.

b) Saya telah belajar cara membuat kertas kerja LADAP dan surat jemputan untuk penceramah. Guru pembimbing dan pihak sekolah banyak membantu kami dalam melaksanakan projek ini.

c) Projek ini telah dapat mengembangkan lagi pengetahuan guru tentang asas pengajaran Pendidikan Muzik terutamanya guru yang bukan opsyen muzik. Dengan ini mereka dapat memperbaiki kaedah pengajaran di dalam kelas. Mereka juga turut mempelajari teknik-teknik yang patut diaplikasikan bagi membuat kelas muzik yang seronok dan berilmu.

d) Guru-guru telah melibatkan diri dengan sangat aktif dalam kursus tersebut. Ini dapat dilihat apabila penceramah mengadakan aktiviti. Kelihatan guru-guru memberi fokus dan membuat aktivti tersebut dengan bersungguh-sungguh.

Kelemahan projek/aktiviti : a) Kebanyakkan guru tidak menepati waktu kursus. Ini dapat dilihat guru guru banyak datang selepas penceramah memulakan ceramahnya. Ini telah mengganggu konsistenan penceramah dan konsentrasi guru-guru lain.

b) Selain itu semasa penceramah sedang memberi ceramah, para guru keluar masuk dewan. Ini akan memberi impak yang negative pada diri guru dan pihak sekolah dimana pihakpenceramah akan beranggapan bahawa guru-guru tidak mempunyai disiplin dan sekaligus akan menjejaskan nama sekolah.

c) Semasa membuat aktiviti, alatan muzik dan salinan nota sangat terhad. Ini kerana penceramah tidak membuat salinan yang mencukupi untuk para guru.

d) Masa juga tidak mencukupi . Kursus ini telah dijalankan dalam masa dua jam, dan guru-guru tidak dapat input yang banyak daripada penceramah.

Cadangan Penambahbaikan: a) Guru perlu datang sebelum waktu kursus. Ini boleh membantu guru untuk mencari keselesaan sebelum sesi ceramah bermula. Selain itu, guru

bolehlah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk ceramah tersebut.

b) Guru hendak menunggu pertukaran sesi ceramah untuk keluar dari bilik ceramah. Dengan ini, penceramah tidak rasa terganggu dan begitu juga dengan rakan-rakan guru yang lain yang sedang memberi fokus terhadap ceramah.

c) Sebelum mengadakan ceramah, penceramah hendaklah menyediakan salinan nota yang mencukupi bagi para peserta. Dengan ini para peserta atau tidak berkongsi . Ekoran daripada berkongsi nota, guru-guru tidak dapat memberi tumpuan terhadap ceramah. Begitu juga dengan pihak penganjur haruslah menyediakan alatan muzik dalam kuantiti yang secukupnya.

d) Masa untuk kursus hendaklah dipanjangkan. Ini dapat memberi input yang lebih banyak lagi kepada para peserta atau guru-guru. Lebih baik sekiranya LADAP ini dijalankan satu hari.