Anda di halaman 1dari 4

BUTAKAH CINTA

Amira meneliti bait-bait kata puitis itu sepenuh hati. Itulah yang berlaku pada dirinya sekarang, mencintai seseorang dalam diam, dia tidak mampu untuk memberitahu perasaannya itu pada orang yang dicintainya. Amira merasakan dirinya penuh kekurangan, sebenarnya rasa rendah diri yang keterlaluan itulah yang menyebabkan dirinya seolah-olah terkurung dengan perasaannya sendiri, dan dia seolah-olah rela melepaskan orang yang dicintai sepenuh hati dalam diam itu pergi. Amira mengeluh kecil, sambil meletakkan pen yang dipegang untuk ke dapur. Di dapur mamanya sedang menggoreng ikan berdasarkan bunyi desiran minyak panas dikuali. mama masak apa hari ini? Tanya Amira. Hari ni mama masak lauk istimewa untuk dua orang anak mama balas Puan Lisa. kakak mana? Tanya Puan Lisa sambil meninjau melihat ikan yang digorengnya. apa lagi, tidur lagi Ma balas Amira. Puteri ni, apa nak jadi, tidur tu kalau tak dah tengah hari tak bangun, apa nak jadi dengan anak dara zaman ini rungut Puan Lisa. Ma, jangan marah, kak Puteri buat kerja malam tadi, lepas subuh tadi baru dia tidur jelas Mira, dia masak perangai mamanya yang cepat sangat marah kalau yang tidak kena dengan anakanaknya. mana Mia tahu? Tanya Puan Lisa pula, dia berasa bersalah pula merungut tanpa usul periksa. tadi masa Mia bangun solat subuh, Mia jenguk bilik Kak Puteri tengah mengadap komputer lagi dan lepas tu dia solat subuh dan pesan pada Mia kejutkan pukul 10 pagi, la sekarang dah 10.30, matilah Mia lupa nak kejut dia, nasib baik la Mama tanya kalau tak habis Mia, Mia pergi kejut kakak sekejap Ma. Terkocoh-kocoh Amira menaiki tangga ke tingkat atas untuk mengejutkan kakaknya. Puan Lis hanya menggeleng kepala melihat telatah Amira. Amira Safia dan Puteri Balqish dua butir permata bagi dirinya. Amira seorang yang peramah tetapi ada bab-bab yang tertentu boleh menyebabkan dia menjadi sangat pendiam, bijak, baik hati dan paling berdisiplin, masih berlajar di sebuah Universiti tempatan. Manakala Puteri, seorang yang manja walaupun dia anak sulung, lemah lembut berbanding Amira, petah berhujjah dan kini berkerja sebagai peguam di sebuah firma guaman terkenal. Dia bersyukur kedua anaknya dapat membesar dengan suasana yang baik dan dia sentiasa mendoakan kebahagian mereka. Kak Puteri, Mia tanya sikit boleh tak? Amira bersuara sambil matanya asyik memandang kakaknya yang sedang sibuk menaip menggunakan komputer. Tanyalah, apa dia?, sejak bila mintak izin nak tanya ni, biasanya tak pernah pun nak mintak izin jawab Puteri sambil matanya tidak lekang dari skrin komputer. O.K, macam ni,.aa berat mulut Amira untuk berkata. wei, apanya Mia tanya Puteri, Mia adalah panggilan untuk Amira. Puteri menyimpan fail yang dibukanya

dan mula keluar dari microsoft word dan terus membiarkan komputer terbuka. Serta-merta dia menghadapkan mukanya ke muka Amira. Mereka sangat rapat dari kecil kerana di rumah itu hanya mereka berdua adik beradik. Puteri dapat merasakan ada sesuatu yang berat menggangu hati Amira adik kesayangannya itu. Puteri walaupun anak sulung yang manja tetapi dia tetap boleh diberi award sekiranya apa-apa jua masalah yang berkaitan dengan adik dan mamanya,biasanya dialah yang ke hadapan dahulu untuk menyelesaikannya, dalam manjanya masih ada karisma dan sikap kepimpinannya terselah, O.klah, adik, apa dia,beritahu kak Puteri, macam berat sangat ni,beritahulah kalau kak Puteri boleh tolong, kak Puteri tolonglah, kalau tak dapat nak tolong kita cubalah iktiar untuk selesaikannya, O.k? Puteri memberi jaminan. Amira membisu, dia sebenarnya mahu memberitahu Puteri perkara ini tetapi dirasakan amat berat mulutnya. Adakah masalah ini penting atau tidak penting? Itu yang berlegar-legar dalam kotak pemikiranya. Dia mengambil keputusan untuk memberitahu Puteri kerana dia rasa sudah tidak sanggup lagi untuk memikirkannya. Macam ni kak, Mia rasa Mia suka dengan seseorang, tetapi dia tak tahu Mia suka dengan dia, Mia rasa macam dekat sangat dengan dia walaupun kami tidak pernah bertegur sapa, Mia selalu sangat terserempak dengan dia, ,masa tu jantung Mia mesti dupdapdap macam tidak boleh berhenti Mia perasaan jantung Mia jadi macam ni beberapa minggu lepas,orang kata ni adalah perasaan cintabetul ke Kak Puteri? suara Amira berterus terang tentang lelaki yang disukainya. Itulah positifnya Amira, dia akan bercerita tanpa berselindung dengan Puteri walau apa pun masalah dan yang penting sikapnya yang sering berusaha untuk keluar dari masalah, ini menjadikan dia istimewa pada pandangan Puteri. Puteri kenal lelaki yang disebut Amira itu, rasanya dia tinggal di taman yang sama dengan tempat tinggal kami. Mia, rasanya dia tinggal kat taman kita ni jugakan? Puteri minta penjelasan. Ya tepat sekali! jawab Amira pantas. Macam itu pun boleh jatuh cinta?, memang cinta itu buta! Puteri berkata sambil tersenyum sinis pada Amira. Walau apa pun pada pandangan Puteri lelaki itu memang baik jadi tidak mustahil Amira menyukainya. Puteri tersenyum, ini rupanya yang bersarang di fikiran adiknya. Patut akhir-akhir ini dia nampak terlalu beremangat dan kadang-kadang nampak lesu, jatuh cinta rupanya cinta remaja (cinta monyet atau sejati?) entah Puteri sendiri tidak tahu untuk mengukurnya. Kak Puteri, janganlah senyum-senyum macam tu, kalau tau kak Puteri Cuma nak senyum dengar masalah Mia ni, lebih baik tak payah beritahu bebel Amira. La, senyum pun tak boleh? Giat Puteri. adik dah jatuh cinta rupanya, tapi si dia tak tahu adik suka dia, susah ni dik, apa orang kata bertepuk sebelah tangan!, Tak berbunyi... so tak ada faedahnya, kita kena ingat apa pun yang kita lakukan mestilah ada manfaatnya dan kena berpijak di bumi nyata tahu? jelas Puteri.

Habis macam mana nak selesaikannya, kak Puteri tolonglah, hari-hari asyik ingat dia tu, memang tak berfaedah rasanya, tapi perasaan tu dating sendiri gaumam Mira. Adik, bercinta tak salah tapi yang tak betulnya ialah cara kita melayan cinta itu, lebih-lebih lagi kita sebagai wanita Islam, kena jaga adab dan syariat dan lebih-lebih lagiMia tengah belajar pula tu, kak Puteri tak haling adik suka orang tu, itu adalah fitrah manusia. Satu masalahnya orang tu tak tahu adik suka dia. Sekarang ini akak boleh beri dua pandangan, suka hatilah mana satu adik nak pilih. Pertama, adik berterus terang dengan dia, beritahu dia adik suka dia dan nak berkawan dengan dia, risikonya dia akan terima atau tolak cinta adik, sekiranya dia lelaki yang dia baik akan tolak dan terima dengan terhormat, maksubnya maruah kita sebagai wanita masih terjaga, andainya tidak, tercalar juga maruah kita sebagai wanita, berani ke dik? Adik fikirlah. Cadangan yang kedua, adik simpan sahaja perasaan suka dengan dia tu, kalau benar dia jodoh Mia, ia tidak akan ke mana-mana, sekarang Mia masih belajar, dia pun tengah belajar, utamakan pembelajaran, anggap perasaan cinta ini sesuatu yang manis dan boleh menjadi sumber kekuatan bagi kita untuk terus hidup, buat solat hajat dan solat isthikarah. Sebenarnya apabila kita menyintai seseorang tidak semestinya kita memilikinya, dan cinta yang sejati itu ialah kita sentiasa doakan kebahagiannya walaupun dia tiada di sisi kita, dengan cara itu kita juga akan rasa gembira jelas Puteri lagi, dia pun tidak tahu bagaimana dia pandai berfalsafah tentang cinta. Tetapi apa yang dilontarkan itu ada logiknya pada pandangan Amira. Mia, jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, perinsip kita menjadi larut dan cair, cita-cita Mia belum tercapaikan? Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Hanya kesetiaan akan mengikat cinta. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa member. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Itulah positifnya cinta jelas Puteri lagi. Sekarang ini terserah pada adik nak buat keputusan. O.k? Puteri meneruskan semula kerjanya yang tergendala tadi. Dia berasa lega dapat memberikan pandangan tentang masalah itu. Dia dapat melihat wajah Amira yang keruh sudah ceria semula, itu menunjukan Amira akan dapat membuat keputusan yang tepat untuk dirinya sendiri, dan itulah harapannya. Betul kata Kak Puteri, cinta tak semestinya memiliki, sekarang ini aku harus lepaskan dia pergi dahulu, kalau ada jodoh tak ke mana, aku masih mempunyai banyak perkara untuk diburu dalam hidup ini selain dari memburu cintanya bisik hati Amira sambil tersenyum walaupun ia sedikit pahit untuk dilalui dan turut membekas hatinya. Amira tahu keputusan yang dibuat ini akan melegakan kak Puteri dan Mamanya. Perjalanan hidup masih berliku, dia berazam untuk membuat

yang terbaik dan dia juga berdoa agar cinta itu akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Hatinya berbunga ceria apabila mengingatinya.

Anda mungkin juga menyukai